[FOTO] Ratu Dari Asia Menonjol Dalam Persalinan Berkonsep Tradisional Termasuklah Malaysia

Share

Bahang pertandingan ratu cantik paling berprestij, Miss Universe semakin dirasai memasuki minggu kedua para pesertanya berada di New Orleans, Amerika Syarikat.

Hanya berbaki empat hari sebelum pentas akhir Miss Universe, 85 wakil yang bertanding pada edisi ke-71 ini semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti melibatkan mereka bagi tujuan promosi serta latihan menjelang 14 Januari ini.

Salah satu daripada aktiviti menarik tersebut adalah acara makan malam gala yang dianjurkan pada petang tadi waktu tempatan. Acara khas yang menemukan kesemua wakil dengan pemilik organisasi Miss Universe baharu, Anne Jakrajutatip tidak disia-siakan oleh mereka untuk tampil dalam persalinan paling glamor sejak bertandang ke sana.

ARTIKEL BERKAITAN

: Miss Universe, Miss USA & Miss Teen USA Kini Milik Billionaire Transgender Asal Thailand – REMAJA

REMAJA telahpun mengumpulkan foto-foto stail gaun wakil dari benua Asia termasuklah negara Asia Pasifik, Australia untuk tatapan korang. Apa yang menariknya, beberapa negara Asia ini memilih untuk mengangkat martabat tradisi negara masing-masing apabila mereka menggayakan persalinan berkonsepkan budaya dan bukannya demi tampil glamor bak primadona Hollywood semata-mata.

Kemboja

Negara Kemboja umpamanya kelihatan cukup elegan dalam gaun halter neck biru dengan potongan cut-out pada bahagian torso. Menghiasi bahagian dadanya adalah sulaman manik eksklusif berwarna biru dan champagne,

India & Indonesia

Wakil India, Divita Rai yang semakin popular mengungguli carta ramalan pemenang juga memilih persalinan tradisional 100 peratus dalam set lengha keemasan dengan percikan biru, biru firus dan merah.

Tidak mahu ketinggalan dalam persalinan berkonsep tradisi ialah wakil Indonesia yang memilih gaun dengan suntikan elemen Kebaya Indonesia asimetrikal dalam fabrik lace merah serta batik parang emas. Paling menonjol adalah aksesori tali pinggang yang juga menampilkan corak batik.

Malaysia

Hi Miss Malaysia! Wakil negara, Lesley Cheam got the memo dan tidak mengecewakan dalam persalinan gaun serba hijau rekaan D’Keringkam oleh Danny Zulkifli. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pereka fesyen tersebut, Keringkam yang juga dikenali sebagai Selayah merupakan aksesori skaf kepala tradisional yang dahulunya dipakai oleh wanita kerabat diraja dan bangsawan dari Sarawak. Ia diperbuat daripada fabrik yang ditenun halus untuk digayakan dengan persalinan tradisional wanita negeri tersebut.

Well, Lesley did look regal in this green number. Dia kelihatan selesa dalam gaun moden paras lutut yang mendapat interpretasi fabrik tradisional dan korset yang diilhamkan daripada persalinan era Victoria.

Nepal

Wakil Nepal tidak ketinggalan ingin memartabatkan tradisi negaranya di pentas Miss Universe dengan menyarungkan sari biru keemasan yang sarat perincian pada bahagian lengan. Dia bijak mengekalkan aksesori anting-anting dan gaya rambut ringkas demi memastikan tumpuan terarah kepada gaunnya.

Berbangga rasanya apabila melihat wakil-wakil dari benua Asia di atas ingin mempromosikan sedikit elemen kebudayaan negara masing-masing untuk tontonan masyarakat dunia.

Jom lihat jelitawan Asia di acara makan malam gala yang memilih persalinan yang lebih moden dan kebaratan.

Australia

Bhutan

Jepun

Korea

Myanmar

Filipina

Singapura

Thailand

Vietnam

ARTIKEL BERKAITAN: Oh No! Latvia & Curacao Jadi Wakil Terawal Dijangkiti Covid-19 Di Miss Universe 2022 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN