Setelah episod ‘perang dingin’ yang kononnya didakwa berlaku di antara Hailey Bieber; model popular merangkap suri hati penyanyi, Justin Bieber dengan Selena Gomez; penyanyi, pelakon dan bekas kekasih Justin Bieber, akhirnya mereka sendiri meletakkan titik noktah terhadap gosip liar itu.
Selena, 30 dan Hailey, 25 pada hari ini menggegarkan internet apabila foto mesra mereka bersama berjaya dibidik jurugambar yang berada di acara gala tahunan kedua Academy Museum of Motion Picture yang dibawakan oleh Rolex. Acara pada tahun ini meraikan para pelakon seperti Julia Roberts, Tilda Swinton, Steve McQueen dan penerbit filem, Miky Lee.
Bukan satu, bukan dua tetapi TIGA pose berbeza ‘dibelanja’ mereka sebagai bukti kepada hubungan mereka yang tidak bermasalah.
Selena dan Hailey tidak kekok berdiri rapat sambil melakukan gaya yang pelbagai termasuklah merapatkan pipi ke pipi dan saling berpelukan.
Ini juga merupakan pertemuan terbuka di khalayak ramai di antara dua jelitawan itu setelah beberapa kali sebelum ini ‘berjaya’ mengelakkan diri daripada menghadiri acara sama seperti di karpet merah Met Gala dan anugerah Grammy.
Ads
Pertemuan ini juga hadir setelah Hailey baru-baru ini melakukan pendedahan ‘bombshell’ mengenai persepsi peminat fanatik Selena yang menuduhnya merampas suami, Justin daripada Selena. Hailey menepis semua dakwaan itu menerusi episod podcast Alex Cooper berjudul Call Her Daddy di Spotify.
“Bukanlah karakter saya untuk memusnahkan hubungan seseorang… saya tidak pernah tertarik untuk melakukan sedemikian.. apa yang boleh saya katakan, sesungguhnya, saya tidak pernah bersamanya (Justin) semasa dia masih dalam hubungan dengan sesiapa. Orang perlu tahu apa yang benar kerana kebenaran itu wujud,” ulas Hailey.
Susulan temubual eksklusif pada bulan lalu itu, Selena tanpa berselindung berkongsi pendapatnya di sesi live TikTok mengenai tindakan peminat fanatik yang membuli orang lain kerana ‘rasa sayang’ mereka terhadapnya.
“Saya rasakan, beberapa perkara yang saya tidak perlu pun tahu adalah keji dan menjijikkan, dan ia tidak adil, dan tiada siapa layak dilayan sebegitu rupa,” katanya.
Well, well.. adakah peluang bergambar ini hanyalah atas tiket publisiti oleh pihak pengurusan Selena, Hailey dan Justin atau ia benar-benar ikhlas? Hanya mereka sahaja yang tahu. Apa yang penting, tindakan mereka ini telah menutup mulut peminat fanatik yang selalu melaga-lagakan tiga personaliti popular itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syarikat perkhidmatan basikal servis, oBike secara rasminya menamatkan operasi di Singapura bermula Isnin lalu (25 Jun).
Servis oBikes juga dipadam daripada aplikasi GrabCycle di Singapura bermula Isnin lalu.
Menurut oBike, keputusan ini diambil berikutan masalah persetujuan di antara syarikat tersebut dengan peraturan baru Persatuan Pengangkutan Darat untuk menangani masalah basikal yang tidak diparkir semula di tempat yang disediakan.
Basikal yang dibiarkan saja di penghadang jalan Kallang Road dan Sir Arthur’s Bridge.
oBike yang ‘dihumban’ saja ke tong sampah di Ubi Avenue 4.
Peraturan baru ini memerlukan syarikat servis seperti oBike memastikan pengguna basikal skan kod QR di setiap lokasi parkir sebagai bukti mereka telah meletakkan basikal semula di tempat yang sepatutnya. Namun selepas berbincang, oBike memilih untuk menamatkan operasi kerana peraturan baru ini akan mengakibatkan ‘isu kewangan’ kepada mereka.
oBike, bagaimanapun berkata penamatan operasi di Singapura itu TIDAK AKAN memberi kesan kepada operasi oBike di negara serantau seperti Malaysia. Ia masih akan beroperasi seperti biasa, jadi korang bolehlah menarik nafas lega.
Walaupun oBike dalam kenyataan mereka berterima kasih kepada lebih 1 juta pengguna aktif mereka di Singapura sejak servis itu diperkenalkan pada Januari 2017, nampaknya ramai netizen yang membuat aduan tidak berpuas hati terhadap perkembangan terbaru ini.
Keadaan basikal di luar asrama St Andrew’s Junior College.
Bukan saja basikal oBike, basikal syarikat lain pun ditinggalkan berdekatan Margaret Drive.
Dari jam 5 pm hari Isnin sehinggalah 4 pm semalam, Persatuan Pengguna Sinapura (CASE) telah menerima 232 aduan terhadap oBike. Kebanyakannya mengadu yang mereka belum menerima bayaran refund untuk wang deposit walaupun syarikat itu tidak lagi beroperasi.
Di Singapura, pengguna oBike perlu memasukkan wang deposit S$19 untuk pelajar dan S$49 bagi pengguna lain. Ketika ingin menekan butang ‘refund deposit’ pada app, pengguna akan berdepan dengan masalah connection.
Ada juga yang mendakwa butang tersebut sudah ‘hilang’ dari app tersebut.
Haih, kesian juga dengan pengguna oBike di Singapura memandangkan mereka tegar menggunakan perkhidmatan itu di sana.
Kita yang masih ada servis oBike di Malaysia kenalah bersyukur dan menjaga kondisi basikal yang ada.
Sumber: Channel News Asia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami budak Gen Z…Raya Raya Bergaya… Eh ternyanyi pula! Hehe…
Ha! Mesti tahun ni korang tak sabar nak cari port selfie Raya kan! Jangan risau sebab shopping mall sekitar Lembah Klang sekarang dah all out dengan dekorasi Raya yang memang next level untuk korang abadikan memori Aidilfitri 2025!
Dari dekorasi tradisional Melayu klasik, keindahan bunga tanjung, kemanisan warna warni kuih-muih sampailah ke budaya raya yang penuh glam! Ini antara lokasi must-visit! yang korang patut rasai sendiri supaya vibe Raya lebih menarik. Jangan lupa juga untuk check-it-out persembahan budaya, promosi menarik, dan semestinya, Instagram-worthy backdrops yang pasti buat feed korang meletop!
PAVILION KUALA LUMPUR
Membawakan tema ‘Budaya Raya’ yang penuh glam, Pavilion Kuala Lumpur mempersembahkan kemeriahan budaya Ramadan & Syawal dengan koleksi eksklusif Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selain itu, bersempena ulang tahun ke-30 bergelar anak seni, Pavilion KL juga membuka galeri istimewa yang memaparkan barisan busana ikonik, trofi dan plak penghargaan yang diraih oleh penyanyi nombor satu tanah air kita juga tau. Jadi memang rugi sangat kalau korang terlepas peluang keemasan ini.
IOI CITY MALL, PUTRAJAYA
Di media sosial, ramai yang memang menantikan dekorasi daripada IOI City Mall, Putrajaya ni tau! Diinspirasikan dari bunga tanjung iaitu bunga rasmi Negeri Selangor yang melambangkan keanggunan, kesucian, dan kebersamaan. IOI memilih tema bunga ini kerana ia sangat dekat dengan budaya dan warisan Melayu. Selain itu, bunga tanjung juga sering dikaitkan dengan keindahan serta tradisi turun-temurun seiring dengan semangat Hari Raya Aidilfitri.
SUNWAY PYRAMID
Sunway Pyramid memang tak pernah mengecewakan bila tiba musim raya! Tahun 2025 ni, dekorasi raya mereka meletop dengan konsep EIDisi Manis, diinspirasikan daripada warna-warni kuih raya yang penuh nostalgia. Lebih istimewa, dekorasi ini turut berkolaborasi dengan sentuhan bakat seni anak tempatan, thatDania. Jadi, pastikan Raya kali ini bukan sekadar cantik di mata, tapi kenangan korang pun perlu diisii dengan hal-hal yang manis saja!
MELAWATI MALL
Bertemakan ‘Syawal Membayu’ jom rasa vibe Raya paling lit di Melawati Mall. Apa yang lebih menarik, korang yang nak shopping dengan keluarga juga boleh cuci mata dengan lebih tenang sebab mereka siap sediakan tempat untuk kanak-kanak bermain juga tau!
Jadi tahun ni jangan biarkan Raya korang berlalu macam tu saja. Dengan dekorasi yang semakin next level, lokasi-lokasi shopping mall ini memang wajib masuk dalam list korang. Dari vibe tradisional sampai yang penuh glam, setiap sudut itu dah ready untuk korang #OOTD dan cipta memori Aidilfitri yang paling legend.
Selain daripada yang REMAJA listkan ini, cuba korang kongsi juga mana lagi dekorasi paling cantik yang korang dah tengok!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aidilfitri lalu, kecoh dunia hiburan di Malaysia apabila selebriti tempatan, Alya Iman mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab dalam satu hantaran di ruangan Instagram-nya.
Baru menginjak usia 22 tahun pada Februari lalu, dalam hantaran tersebut Alya tampil anggun mengenakan persalinan kurung moden berona biru muda. Wajahnya dirias cantik oleh jurusolek, Cuki Ajis dan rambutnya pula didandan rapi oleh hair stylist, Hamidi Jamili.
Alya yang merupakan anak bongsu kepada bekas pelakon terkenal dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustafa menceburkan diri dalam dunia glamor sebagai peragawati berhijab sebelum terjun ke dunia lakonan.
Menceburi dunia lakonan sejak berusia 18 tahun, itu bukanlah perkara yang mengejutkan lantaran kedua-dua Allahyarham datuk dan bapanya merupakan orang seni.
Datuknya yang popular dikenali sebagai Kala Dewata atau nama sebenar, Profesor Dato’ Dr. Mustapha Kamil bin Mohd Yassin merupakan seorang penulis novel, penulis skrip dan pensyarah bidang drama dan penulisan kreatif di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Antara drama televisyen terkenal hasil penulisan beliau adalah Atap Genting, Atap Rembia yang popular sekitar tahun 70an.
Azmil Mustapha pula seperti yang kebanyakan kita ketahui merupakan pelakon popular sekitar tahun 1980an dan 90an menerusi watak-watak ikonik seperti Ali dalam filem Ali Setan dan Taufik dalam filem Suara Kekasih.
Walaupun baru menceburi dunia seni, Alya sendiri sudah membintangi pelbagai drama antaranya Senafas Rindu, Lelaki Kelas Sebelah, Bukan Kahwin Paksa dan Ku Punya Hati. Filem lakonan pertamanya pula adalah 7 Minggu Sebelum Kahwin yang disiarkan di saluran Astro First.
Sesudah kehilangan kedua orang tuanya, Alya dilihat cukup kuat. Kelmarin misalnya, Alya menyantuni golongan kurang berkemampuan dengan memasak untuk mereka dan turut meraikan mereka di kedai restoran makanan segera yang terkenal.
Video tersebut yang dimuat naik di ruangan Insta Story memperlihatkan Alya beramah mesra dengan kanak-kanak dan juga individu dewasa yang hadir untuk mendapatkan bantuan makanan. Dalam video tersebut Alya meninggalkan coretan berbunyi, “This one if for you, mom and dad.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!