Semoga ia jadi iktibar kepada kita semua. Ingatlah setiap perlakuan baik atau buruk datangnya dari diri kita sendiri kerana sebelum melakukan sesuatu perkara, pilihan di tangan kita. Malah sebagai khalifah dijadikan Allah taala, membezakan kita dengan makhluk lain hanyalah akal fikiran.
Tengah malam tadi, fb Info Roadblock JPJ/POLIS telah melaporkan, seorang penyanyi yang juga merupakan penceramah agama bebas telah ditangkap polis malam tadi atas dakwaan disyaki merogol seorang wanita yang juga kenalannya dalam media sosial di Shah Alam pada tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Sahat berkata, saspek berusia 25 tahun itu ditahan sekitar 11 malam tadi selepas hadir ke Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberi keterangan ekoran laporan polis daripada mangsa rogol pada Rabu lalu.
Katanya saspek didakwa melakukan perbuatan jijik itu di Studio I-Soho, Seksyen 7, Shah Alam dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.
“Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu mangsa perempuan berusia 23 tahun telah keluar dengan saspek yang baru dikenali di laman sosial Instagram dengan menaiki kereta milik saspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.
“Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di kawasan Batu 3, Shah Alam dan selepas makan, mangsa telah dibawa ke rumah saspek di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar dari penyakit kemurungan.
Ads
“Mangsa telah dirogol oleh saspek dan mangsa tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari tempat tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pada keesokan hari, selepas kejadian iaitu 12 September 2019 lalu sekitar jam 6.40 pagi, saspek telah didakwa memberikan amaran kepada mangsa supaya merahsiakan apa yang berlaku dan memberi amaran yang mangsa sentiasa dipantau setiap masa.
Menurut beliau, saspek terus menghantar mangsa ke bawah lobi apartment dan mangsa menaiki Grab untuk pulang ke rumah sewa mangsa di Subang Jaya.
Ads
Bagaimanapun pada 23 September 2019 mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang kerana mengalami tekanan perasaan serta dirujuk ke rawatan psikiatri.
“Pada Oktober 2019, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang serta telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan di wad psikiatri selama lima hari.
“Pihak Hospital Temerloh telah mengatakan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan sehingga laporan polis ini dibuat, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital yang sama.
Ads
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan saspek yang ditahan di lokap IPD Shah Alam akan direman pagi ini untuk membantu siasatan lanjut.
Penangan muzik video Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan penampilan istimewa daripada ahli kumpulan K-Clique, MK menarik perhatian netizen kerana walaupun telah dilancarkan 3 bulan yang lalu di YouTube, muzik video mereka telah pun mendapat lebih daripada 24 juta tontonan.
Lebih menarik, terbaharu Nabila Razali diruangan Instagram peribadinya yang diikuti 2.5 juta pengikut mengutarakan rasa terkejut kepada umum apabila muzik video Peluang Kedua di Youtube bukan sahaja mendapat jumlah tontonan yang banyak.
Malah, ruangan komen muzik video rasmi Peluang Kedua juga memperoleh respon yang lebih 66 ribu ditinggalkan penonton.
Biarpun begitu, rata-rata peminat tidak lagi mengetahui komen mereka yang keberapa namun akui suka dengan lagu tersebut yang dipuji mereka sangat best. Jadi tidak mustahil juga mendapat komen sebanyak itu.
“Lagu best mesti banyak comment”
Serius penulis pun tonton muzik video Peluang Kedua ini berulang kali. Harap ada ‘buah tangan’ Nabila dan MK lagi selepas ini. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan kesatuan hati di kalangan rakyat Malaysia memang wujud. Lihatlah pada beberapa isu khususnya jika negara dibantai oleh orang luar, kita semua sepakat menerjah fb orang yang menulis.
Your mum is green, mak kau hijau dan lain-lain ayat sehingga ramai yang terciduk apabila diserang ribuan netizen.
Walau ada kala “isu perkauman” sesekali terjadi, namun Malaysia yang sememangnya amat terkenal sebagai negara berbilang kaum sentiasa harmoni dan amat jarang berlaku rusuhan besar-besaran (ada tapi jarang ya) seperti yang berlaku di Amerika Syarikat berikutan kes tahanan kulit hitam George Floyd yang mati akibat sesak nafas.
Namun dalam menghadapi suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda reda namun keadaan di negara sudah mula menunjukkan hendak menang, adakalanya isu salah taip (typo) boleh jadi bahan kelakar netizen.
Satu perkongsian yang ditulis oleh seorang individu iaitu KWSP UNTUK BULAN NIE MEI DAH MADUK KE BETUM? TANYA JE (ayat tepatnya ialah KWSP bulan Mei ini dah masuk ke belum? Tanya je).
Selalu kita typo juga kala menaip tapi apa yang lucunya, netizen siap membalas di bahagian komen dengan mengikut cara sebutan itu dilakukan iaitu cara orang pelat sebut. Min yang baca pun jadi terikut-ikut cara sebutannya! Sampai susah cara sebut, lahai!
Korang bacalah sendiri, agak lucu jadinya gara-gara typo ini!
Atu Nak Tomen, Tak Moleh Tomen. Nak telegak teaih pelot2.
Belum matuk lagiii!
Ada yang dah maduk, ada yang behom!
Walaupun mungkin ada sesetengah dari kita rasa ini tak kelakar, mengejak orang lain namun cara setiap orang adalah berbeza untuk hilangkan stres masing-masing. Apa pun chill saja ok!
Kredit : Faiz Faizah / Komuniti Kuala Langat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehidupan di asrama penuh dengan kenangan. Baik ketika di sekolah mahupun universiti, ada pelbagai cerita terkumpul di sini sekaligus menjadi lipatan kenangan selepas masing-masing tamat sekolah.
Di asrama juga, ada pelbagai ragam dapat dilihat. Ada terlalu lembik sampai mudah kena buli, ada terlalu berdikari, ada budak dorm yang sombong, terlebih peramah dan pendek kata ada 1000 cerita mengenainya. Itu belum lagi yang buat perangai tidur sekatil sampai timbul isu-isu songsang dan sebagainya.
Tentu ramai nak tahukan, hukum tidur satu selimut yang biasa budak-budak asrama lakukan. Baca penjelasan dari Sohibus Samahah, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang juga Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum tidur dalam satu selimut.
Soalan :
Assalamualaikum, bolehkah pihak Tuan memberikan penjelasan berkenaan hukum tidur di dalam selimut yang sama seperti yang selalu berlaku di asrama.
Kehidupan di asrama penuh dengan pelbagai cerita dan kenangan. Gambar hiasan
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Dalam isu ini terdapat petunjuk nabawi yang disampaikan melalui sebuah hadis riwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain, dan tidak boleh bagi seorang perempuan untuk melihat aurat perempuan yang lain. Serta tidak boleh untuk seorang lelaki berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama demikian juga tidak boleh untuk seorang perempuan berbaring dengan perempuan yang lain di bawah selimut yang sama.
Riwayat Muslim (338)
Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam Al-Nawawi Rahimahullah berkata: Pada hadis ini menunjukkan kepada haramnya seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki[1] dan haramnya seorang perempuan untuk melihat aurat perempuan yang lain. Demikian juga haram bagi seorang lelaki untuk melihat kepada aurat seorang perempuan dan haram bagi seorang perempuan untuk melihat aurat lelaki secara ijma’.
Islam melarang lelaki mahu pun perempuan untuk tidur satu selimut kerana ia melibatkan aurat yang tidak boleh dilihat biar pun sama jantina
Kata al-Nawawi lagi: (Larangan berbaring di dalam pakaian atau selimut yang satu terhadap dua orang lelaki) adalah larangan yang menunjukkan kepada pengharaman sekiranya tidak ada lapik antara mereka berdua. Pada hadis ini menunjukkan keharaman menyentuh aurat orang lain pada setiap tempat dari badannya. Ini adalah perkara yang telah disepakati serta menjadi perkara yang diketahui umum. Orang ramai telah bermudah-mudahan dalam isu ini dengan berkumpulnya mereka di dalam bilik mandi yang sama. Maka wajib kepada mereka yang berada di situ untuk memelihara pandangan, tangan, dan anggota lainnya terhadap aurat orang lain. Juga wajib untuk dia memelihara aurat dirinya dari perhatian dan tangan orang lain. Lihat Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (4/25).
Imam Syams al-Haq Al-Azhim Abaadi pula dalam syarahannya ke atas hadis ini menukilkan kenyataan penulis kitab Al-Misbah terhadap perkataan ولا يفضي الرجل إلى الرجل yang berkata:
Seorang lelaki yang meletakkan dengan tangannya ke tanah, iaitu menyentuhnya dengan bahagian dalam tangannya. Meletakkan ke seorang perempuan, bererti dia menyentuhnya. Meletakkan kepada sesuatu pula bererti dia menyambungkan atau berhubung dengannya. Pada hadis ini larangan terhadap seorang lelaki untuk berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama. Demikian juga tidak boleh bagi seorang perempuan dengan perempuan yang lain. Sama ada antara keduanya itu ada penghadang atau tidak, iaitu dalam keadaan keduanya tidak berpakaian.
Syeikh Al-Azhim Abaadi juga menukilkan kata-kata Al-Thibi yang menyebut: Tidak boleh untuk dua orang lelaki berbaring di bawah selimut yang sama dalam keadaan keduanya tidak berpakaian (telanjang). Demikian juga orang perempuan. Sesiapa yang melakukan perbuatan ini perlu ditakzir. Rujuk ‘Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Dawud, Shams Al-Haq Al-Azhim Abaadi (11/43).
Kesimpulan
Setelah kami meneliti beberapa hujahan yang dikemukakan oleh para fuqaha di atas, kami menyatakan bahawa kita hendaklah menekuni beberapa perkara yang berikut:
Hadis tersebut menitikberatkan isu aurat antara sesama jenis. Dari sudut menyatakan pengharaman ke atas seorang lelaki dan perempuan untuk melihat dan menyentuh aurat kaum sejenis tanpa sebarang keperluan.
Oleh yang demikian, larangan berbaring di bawah selimut yang satu bagi dua orang lelaki adalah bagi mengelakkan berlakunya sentuhan dan penglihatan terhadap aurat satu sama lain. Kerana itu dihuraikan oleh para ulama: dalam keadaan keduanya tidak berpakaian.
Hadis ini tidak merujuk kepada pasangan suami isteri. Bahkan dalam mazhab Imam Al-Syafie, boleh bagi seorang suami melihat seluruh aurat isteri dan begitulah sebaliknya, melainkan ada pengecualian pada bahagian kemaluan.[2]
Sekiranya kedua-dua orang lelaki itu berpakaian lengkap menutup aurat, tetapi cuaca dan suhu sekeliling dalam keadaan sejuk, lalu kedua mereka tidur di bawah selimut atau comforter, maka ia tidaklah termasuk dalam perbuatan yang dilarang dalam hadis ini mudah-mudahan.
Namun, secara asasnya adalah kita memisahkan tempat tidur antara satu sama lain, bagi tujuan mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keharaman.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
[1] Dalam mazhab Imam Al-Syafi’e, aurat lelaki sesama lelaki adalah apa-apa yang berada antara pusat hingga lutut. Demikianlah juga aurat antara perempuan dengan perempuan yang lain.
[2] Isu hukum memandang kemaluan pasangan mempunyai perbahasan yang panjang dalam mazhab dan kami tidak memperincikannya di sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alif Rakib menerima sumbangan RM20,000 daripada Kerajaan Negeri Kelantan selepas mencipta sejarah sebagai Juara Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship.