
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meerqeen Tumpah Air Mata Setelah Tamat Drama Angkara Cinta

Drama rantaian popular di saluran Astro Prima iaitu Angkara Cinta telahpun melabuhkan tirainya pada minggu lalu dan memberi laluan kepada sebuah drama adaptasi berjudul Hati Yang Dikhianati yang menemui penonton hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Bintangi Drama Adaptasi MISTRES HERMANAS, Mengapa Arena Wan Beremosi Pula? – REMAJA
Begitupun, Angkara Cinta masih segar di minda penonton yang setia menanti di hadapan kaca televisyen setiap jam 6 petang demi mengikuti drama 115 episod itu.
Salah satu faktor utama yang menarik begitu banyak tontonan setiap kali ditayangkan terletak pada gandingan dua orang pelakon terajunya iaitu Hun Haqeem dan Meerqeen.
Meerqeen sewaktu ditemui REMAJA hari ini mengaku chemistry di antara mereka berdua semakin kuat hingga ke penggambaran babak terakhir.
“Meerqeen banyak belajar dari episod satu hingga terakhir. Banyak sangat perasaan yang ada semasa penggambaran tamat, sedih dan gembira itu bercampur-aduk.
“Meerqeen dan Hun (Haqeem) sendiri pun dah menjadi sahabat yang saling memahami perangai masing-masing. Kami lebih seperti ‘brothers’.
“Sebagai pendatang baharu, banyak kata-kata semangat, tip do’s & don’ts yang Hun berikan kepada Meerqeen; melebihi soal lakonan dalam set pengggambaran sahaja.
“Jadi bila kita dah selalu berborak tentang Angkara Cinta di set, tentulah kami sayangkan drama rantaian ini hingga air mata kami tertumpah selepas drama tersebut tamat secara rasmi,” kongsi pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu.
Bercakap mengenai chemistry, ramai juga peminat Meerqeen yang memberikan ‘tanda restu’ sekiranya dia benar-benar bersama dengan pasangannya dalam Angkara Cinta iaitu pelakon, Yuna Rahim.
But we are sorry to break this to you, that may not happen at all.
“Realitinya, hubungan Meerqeen dan Yuna di luar set amat berbeza daripada di dalam set Angkara Cinta. Kami ini individu yang ‘gila-gila’ di luar set, kami sudah seperti kakak dan adik.
“Apapun, kepada peminat drama Angkara Cinta yang telah memberi sokongan dari awal hinggalah ke episod 115 minggu lepas, terima kasih banyak-banyak. Andalah pemberi motivasi kepada team Angkara Cinta untuk teruskan momentum.
“Tanpa penonton, karya ini tidak akan menjadi sebutan dan trending seperti sekarang,” tambahnya.
Enggan Masuk Campur
Biarpun drama Angkara Cinta diminati ramai, ia tidak terlepas daripada dipalit kontroversi.
Ia berikutan pendedahan insiden fosil berusia jutaan tahun yang dirosakkan di Gua Matsoorat, Ipoh. Gua tersebut yang merupakan salah satu lokasi penggambaran juga menjadi ‘mangsa’ kepada kesan contengan grafiti pada dinding gua dan menyebabkan kemarahan warganet.
Biarpun isu tersebut hangat diperkatakan, sebagai salah seorang pelakonnya, Meerqeen lebih selesa mengambil langkah untuk tidak masuk campur terhadap siasatan yang dilakukan.
“Meerqeen percaya (pelakon Angkara Cinta) juga enggan masuk campur dengan kontroversi tersebut demi mengelakkan sebarang vibe negatif yang boleh menggangu konsentrasi kami sewaktu masih menjalani penggambaran.
“Jadi, kami serahkan saja isu tersebut kepada pihak pengurusan dan kru untuk kendalikannya,” simpulnya. Tak sabar nak tunggu naskah seterusnya daripada pelakon berusia 19 tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Transformasi Irfan Akmal Daripada Mat Rempit Menjadi Anggota Polis

Tidak semua selebriti yang ada di Malaysia ini memulakan karier dalam industri hiburan sejak azali lagi.
Ada yang mempunyai pekerjaan tetap sebelum menceburi bidang ini oleh kerana bakat yang ada. Ada juga yang mencuba nasib hanya untuk glamor sekejap (eh!)
Buat finalis program pencarian Hero Remaja 2017 yang kini sedang berlangsung di saluran Astro Ria, mereka adalah antara muka-muka baru yang kebanyakan datang daripada latar belakang berbeza dan asalnya bukanlah anak seni. Contohnya seperti Irfan Akmal yang juga merupakan seorang anggota polis terlatih di Bukit Aman.
Yes, you read that right. Seorang polis juga turut menghadiri sesi ujibakat kami pada bulan Mei lalu dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ramai je peserta yang datang dari pelbagai tempat dan latar belakang. Namun, apa sebab utama Irfan nak mencuba nasib di dalam Hero Remaja 2017?

Bekas Mat Rempit Pun Ada Angan-Angan
“Seperti peserta lain yang hadir dulu semasa sesi ujibakat, saya juga ada angan-angan untuk terlibat dalam bidang seni. Sejak kecil, saya pendamkan minat untuk menjadi seorang pelakon. Tapi, pintu rezeki kan terletak di dalam kuasa Allah SWT. Saya ditakdirkan untuk menjadi seorang anggota polis,” kata Irfan dalam temu bual ringkas over lunch bersama penulis.
Selepas menamatkan peringkat sekolah menengah, Irfan tidak terus terjun sebagai anggota keselamatan tetapi dia berkhidmat dulu sebagai seorang mekanik di bengkel Hattan Auto Service di Kulai. “Saya merupakan pomen dulu untuk tempoh masa yang agak lama juga. Macam-macam jenis keretalah yang telah saya baiki. Hasil tunjuk ajar bos, banyak yang telah saya pelajari mengenai membaiki kereta ini,”

Irfan kemudiannya memulakan latihan sebagai kadet polis pada awal tahun 2015 pada usia 22 tahun.
“Saya apply untuk sesi bersama SPA bagi jawatan Polis Penjara tetapi selepas keputusan keluar, saya dapati saya tak lepas ujian dan temuduga tersebut. Hanya selepas itu, saya dipanggil untuk jawatan regular police officer. Alhamdulillah pada kali ini, saya lepas untuk diserap masuk ke program rekruit,” tambah Irfan.
Untuk tempoh enam bulan program rekruit itu, Irfan terpaksa melalui bermacam-macam bentuk latihan yang tidak terfikir penulis dek akal. Contohnya seperti, “Berlari semasa waktu pagi dengan berkasut kawad dan memegang M16”.
Err, M16?
“Ya, saya menjalani rutin itu pada setiap hari semasa berada di Pulapol Kuching, untuk 6 bulan straight,” katanya dengan senyuman penuh makna. Nyata dalam senyuman tersebut, penulis dapat rasakan perit dan pahit yang terpaksa ditelan Irfan. Tetapi dalam pahit itu, ada manisnya. Memori bersama ahli kadet yang lain yang terpaksa berjemur pasti tak boleh dilupakan begitu saja.
“Selepas berlari, kitorang perlu berkawad dan terus-menerus melakukan aktiviti fizikal seperti sit up, pumping dan angkat berat. Lepas lunch pula, kitorang bersambung dengan kelas teori bersama pengajar. Macam itulah hari-hari saya di sana selama 6 bulan.

“Pernah je saya rasa macam nak give up, tipulah kalau saya kata tak pernah. Tapi bila kenangkan wajah mak ayah saya, semangat tu pasti akan datang balik,” akui Irfan
Penulis tertanya juga, Irfan memang selama ini bercita-cita untuk menjadi polis ke?
“Tak pernah terfikir langsung haha. Saya dulu nakal sikit, suka merempit! ” Bukan setakat merempit saja, Irfan selalu dikejar anggota polis yang bertugas semasa merempit dari Kulai ke Stulang, Johor sejauh 20 kilometer. Hanya selepas diserap masuk ke dalam unit polis, barulah Irfan sedar – untuk menjalani tugas sebagai seorang anggota polis itu bukanlah perkara yang mudah.
“Sebagai mat rempit, memang mudah untuk kita rasakan thrill berlumba apabila masing-masing tak nak kalah kepada rakan-rakan yang lain. Tetapi saya lupa terhadap pengguna jalan raya yang lain. Jalan raya itu bukan hanya untuk kegunaan kita tetapi juga orang lain.
Cuba bayangkan kalau parents korang adalah antara pengguna jalan raya pada waktu itu. Jadi sebagai polis, memang patut untuk mereka menghalang perkara tersebut daripada terjadi,” kata finalis berusia 23 tahun ini.
Tak Percaya Berlakon Dengan Mawar Rashid

Penulis sempat mengorek rahsia cita-cita Irfan yang ingin sangat menjadi pelakon sejak kecil. Kebetulan semasa sesi ujibakat Irfan, dia berpasangan dengan rakan model, Aley Azami di dalam bilik yang sama. Pada waktu tersebut, team REMAJA telah menjemput bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Raysha Rizrose dan Mawar Rashid untuk sama-sama mengadili peserta.
“Kemudian apabila juri meminta kami berlakon bersama-sama Mawar, saya serius rasa cuak ! Haha, iyalah sebelum ini saya sempat lihat lakonan Mawar di TV je. Lagi pula dengan adanya model berpengalaman seperti Aley sebagai competitor saya, saya harung je lah dengan tugasan yang diberi.
“Sebelum memasuki bilik ujibakat, saya sempat berborak dengan finalis, Ikmal Amry semasa menunggu giliran. Ikmal sempat jugalah berkongsi tip. Katanya, kalau juri suruh lakukan sesuatu, buat je! Jangan tunjuk rasa teragak-agak,”ketawa Irfan.
Cuba korang klik video ujibakat Irfan di bawah, nampak macam teragak-agak tak ? Hehe..
Jangan lupa untuk saksikan Irfan Akmal dan finalis Hero Remaja yang lain dalam episod kedua program Hero Remaja 2017 malam ini di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123) pada jam 9.00 malam. Kalau korang sukakan mat rempit / abang polis ni, vote Irfan Akmal sebagai Hero Favourite korang di http://www.remaja.my/irfan-akmal/ Ingat, SATU HARI, SATU VOTE!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelbagai Rintangan, Akad Kongsi Pengalaman Tolong Mak Niaga Nasi Lemak

Muhammad Zaid Erakad Bin Hasbullah atau lebih dikenali dengaan Akad merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2021. Pemuda berbadan sado ini juga pernah dikatakan mirip bekas Hero Remaja, Kamal Adli dan mempunyai karakternya yang tersendiri dalam mencuri hati para peminat.
Sama tak dengan Hero Kamal Adli guys?
Penampilan Akad yang tegap sudah menceritakan tentang bakatnya dalam bidang sukan. Remaja yang pernah berjaya membawa pulang 4 pingat kemenangan ini telah memikul tugas sebagai seorang jurulatih bola lisut di sebuah sekolah rendah selama tiga tahun.
Kini, Akad lebih fokus kepada tugas menjual nasi lemak bersama ibunya di trak makanan sebagai kerjaya utama.

Adat berniaga, tidak selalunya langit cerah. Menurut anak ke empat dari lima beradik ini, pelbagai dugaan dilalui sepanjang menolong ibunya berniaga.
“Habis SPM saya terus tolong mak saya berniaga, macam-macam rintangan yang dilalui oleh saya dan mak. Sebagai contoh jika cuaca hujan dan lauk tidak habis, sebagai peniaga tak elok la simpan dan jual lauk itu hari esoknya. Jadi kami akan bungkus dan hantar ke masjid atau beri kepada orang yang memerlukan.”

Menurut finalis Hero Remaja ini, dia mula berniaga sejak zaman persekolahan lagi dengan mengambil tempahan nasi lemak daripada rakan-rakan sekolahnya.
Terdahulu, Akad pernah menyahut cabaran melakonkan watak ‘stunt’ dalam filem Paskal. Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang seni, remaja yang ceria dan mudah didekati ini berpotensi besar untuk mengembangkan minatnya.

“Perasaan semasa mendapat panggilan daripada pihak produksi, sudah tentu saya sangat terkejut dan tidak sangka terpilih menjadi antara finalis Hero Remaja 2021. Waktu tu saya dah tahu bahawa doa dari mak ayah, kawan-kawan dan doa saya sendiri telah dimakbulkan Tuhan. Sejujurnya saya sudah tidak sabar untuk melihat apakah cabaran yang akan dilalui oleh finalis tahun ini,” jelas Akad.
Tahniah kami ucapkan buat Akad kerana terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Akad untuk menjadi Hero Favourite korang dan jangan lupa, follow Ideen di laman sosialnya untuk melihat update terbaru.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

