Satu demi satu drama Melayu di kaca televisyen membabitkan pelakon yang diambil daripada bakat-bakat baharu Hero dan Dewi Remaja. Sejak dari dulu lagi, industri hiburan di negara kita sering memberi dan membuka peluang buat pendatang baharu menimba pengalaman untuk beraksi di depan kaca tv.

Terbaharu, drama Do You Love Me Captain menampilkan dua finalis Hero Remaja 2020, Haziq Deen dan Azim Yusof bergandingan dalam naskhah arahan Adam Hamid. Meskipun ini bukan drama pertama lakonan mereka, namun ia memberikan pengalaman berbeza kerana berpeluang berlakon dalam satu set penggambaran yang sama.

Finalis Hero Remaja 2020, Haziq Deen & Azim Yusof ‘Bertemu’ Dalam Do You Love Me Captain

“Sebenarnya saya tidak menyangka mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama ini, tambahan pula membawakan watak sebagai seorang doktor. Ia adalah satu cabaran untuk saya kerana watak ini bukanlah seperti watak-watak lelaki biasa, menjadi seorang doktor juga bukanlah mudah. Daripada segi percakapan dan gaya, banyak yang saya pelajari untuk benar-benar menghayati watak sebagai Dr. Idlan,”

Finalis Hero Remaja 2020, Haziq Deen & Azim Yusof ‘Bertemu’ Dalam Do You Love Me Captain

“Kalau ikutkan ini merupakan drama ketiga lakonan saya. Tetapi kali ini rasanya seperti lain sikit kerana peminat mula menyedari kemunculan saya di kaca tv. Semalam merupakan episod pertama Do You Love Me Captain dan ramai pengikut saya yang berkata “Akhirnya Azim keluar TV”,” jawab Azim.

IKLAN

Lain pula dengan Haziq yang membawa watak sebagai Hakim, seorang lelaki yang sangat tergilakan wang. Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan duit dia memang suka sebab Hakim seorang yang banyak hutang. Dia sedaya upaya ingin mendapatkan Daneena kerana sekiranya Daneena kahwin, gadis itu akan mendapat harta. Kali ini watak saya berpeluang membawakan watak antagonis dan saya berharap agar lakonan saya dapat diterima ramai,” ujar Haziq pula.

Finalis Hero Remaja 2020, Haziq Deen & Azim Yusof ‘Bertemu’ Dalam Do You Love Me Captain

Gandingan pertama di kaca TV selepas Hero Remaja 2020

IKLAN

“Alhamdulillah, ini merupakan antara impian saya untuk berada satu frame dengan Haziq. Tapi, kami dalam drama ini kami tidak mempunyai babak bersama namun masih lagi kerap berjumpa di set penggambaran. Walaupun tidak ada scene yang digandingkan, saya tetap berasa happy apabila mendapat tahu bahawa akan muncul dalam drama lakonan bersama rakan Hero Remaja,” jelas Azim.

Finalis Hero Remaja 2020, Haziq Deen & Azim Yusof ‘Bertemu’ Dalam Do You Love Me Captain

Haziq turut mengakui bahawa dia berasa teruja kerana berada dalam satu drama dengan sahabatnya di Hero Remaja 2020, namun Haziq berharap agar selepas ini mereka dapat menjadi sparing dalam drama-drama lain.

IKLAN

“Saya memang happy dapat berkerja satu set penggambaran dengan Azim. Kami dapat bersembang bersama dan hanya berjumpa tetapi tidak ada peluang untuk beraksi dalam babak yang sama.Watak Haziq dengan Azim tidak berkaitan sangat kerana Azim menjadi kawan baik kepada hero dan Haziq pula membawakan watak antagonis. InsyaAllah satu hari nanti saya berharap agar berpeluang berdialog pula dalam satu drama yang sama dengan rakan-rakan Hero Remaja,” tambah Haziq.

Jangan lupa saksikan drama Do You Love Me Captain yang disiarkan di TV3 pada setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=9DQhaU6VfAM

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI