“Ada yang mesej saya minta bantuan seperti nak beli susu anak, untuk pendidikan dan sebagainya.
Ads
“Saya bagi je bantuan tapi tak dinafikan, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan beberapa nombor telefon berbeza,” katanya kepada Remaja.
Pada masa sama, pempengaruh berusia 31 tahun itu turut memaklumkan tidak mampu menghulurkan bantuan kepada setiap orang kerana jumlahnya yang terlalu ramai, apabila akaun media sosialnya dilimpahi mesej daripada pengguna.
“Jadi saya rasa mungkin saya boleh buat yayasan untuk tolong orang, biar organisasi atau komuniti yang bagi bantuan tu. Saya memang tak boleh tolong semua orang, terlalu banyak.
“Saya kena naikkan bisnes saya lagi, bila dapat keuntungan saya boleh berkongsi dengan ramai orang,” kongsinya lagi.
Terbaharu, Pinn Yang tercalon dalam kategori TikTok Shop Creator of the Year di TikTok Awards 2024 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Pinn Yang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehadiran penceramah Muslim dari India, Dr Zakir Naik ke Malaysia tidak pernah lekang daripada kontroversi.
Dan kali ini, situasi tersebut masih tidak berubah.
Pada sebuah slot syarahan yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 9 Ogos lalu, Dr Zakir Naik telah mengeluarkan satu kenyataan bersifat rasis terhadap masyarakat Cina serta India di Malaysia.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, kenyataan itu berbunyi, “Agama Islam tersebar secara aman menerusi para pedagang. Malaysia (awalnya) menjadi (negara) Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, Inggeris datang. Mereka adalah tetamu baru kita.”
Err.. “Kita” ?
Kenyataan tersebut nyata tidak dipersetujui oleh beberapa orang menteri negara. Terbaru, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga inginkan Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.
Kata beliau menerusi kenyataan media melalui aplikasi WhatsApp, “Serangan ke atas saudara (berbangsa) Cina dan India adalah serangan terhadap semua rakyat Malaysia. Memanggil rakyat Malaysia sebagai ‘tetamu’ adalah tindakan yang tidak masuk akal.
“For God’s sake, they are Malaysians! Enough is enough..,” saran beliau.
Sebelum ini, Dr Zakir Naik menafikan tuduhan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia melalui syarahan. Beliau berpendapat ramai pengkritiknya yang selalu salah tafsir ucapan beliau untuk tujian politik dan aniaya.
Dan untuk pengetahuan, beliau kini dikehendaki di India atas tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
DAH hujung tahun, setiap kali berkumpul dengan keluarga, soalan yang sama pasti akan muncul tanpa gagal, “Bila nak kahwin?”
Bagi sesetengah orang, ia mungkin sekadar gurauan ringan atau pembuka bicara. Namun bagi segelintir individu, pertanyaan itu mampu mencetuskan rasa tertekan, malu atau keinginan untuk mengelak daripada terus berada dalam perbualan tersebut.
Gambar Hiasan AI
Manakan tidak, soalan itu seolah-olah menjadi penanda aras kejayaan hidup apabila usia semakin meningkat. Harapan keluarga agar menjejak kaki ke gerbang perkahwinan pula dirasakan semakin mendesak, tanpa mengambil kira keadaan emosi, kewangan dan kesiapsiagaan individu itu sendiri.
Tidak hairanlah ramai golongan muda hari ini berasa terbeban dengan tekanan sosial, lebih-lebih lagi apabila jiran tetangga, saudara mara, malah rakan sekerja tidak henti-henti bertanya tentang status cinta dan tarikh perkahwinan.
Dalam gurauan ringan itu, terselit satu mesej yang sering tidak disedari iaitu hidup bujang seolah-olah dilihat tidak lengkap. Sedangkan hakikatnya, setiap individu mempunyai pilihan dan perjalanan hidup yang berbeza.
Gambar Hiasan AI
Namun, di sebalik jenaka dan desakan halus tersebut, satu kajian antarabangsa membongkar hakikat yang lebih serius. Kehidupan bujang bukan sahaja menimbulkan tekanan sosial, malah berpotensi memberi kesan kepada kesihatan dan jangka hayat seseorang.
Bujang Berisiko Meninggal Dunia Lebih Awal?
Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan individu bujang berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang berkahwin. Dapatan ini sekali gus menjadikan persoalan klasik orang tua-tua itu bukan sekadar gurauan, tetapi mempunyai asas saintifik.
Menurut penyelidik Universiti California, Robert Kaplan dan Richard Kronick, individu bujang tetap berisiko meninggal dunia lebih awal walaupun mereka mengamalkan gaya hidup aktif seperti bersenam dan tidak mengalami masalah berat badan.
Kajian tersebut melibatkan data bancian dan sijil kematian seramai 67,000 orang dewasa di AS antara tahun 1989 hingga 1997, merangkumi golongan muda hingga warga emas.
Daripada jumlah itu, hampir separuh responden berkahwin, kurang 10 peratus adalah balu atau duda, 12 peratus bercerai, tiga peratus berpisah, lima peratus tinggal bersama tanpa berkahwin, manakala seorang daripada lima tidak pernah berkahwin.
Hasil kajian mendapati risiko kematian bagi individu bujang adalah sehingga 58 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang berkahwin dan tinggal bersama pasangan.
Lelaki Bujang Paling Terjejas
Richard Kronick menjelaskan, dalam kalangan golongan muda yang tidak pernah berkahwin, punca utama kematian adalah penyakit berjangkit seperti AIDS serta kemalangan.
Bagi kelompok pertengahan umur pula, penyakit kardiovaskular dan penyakit kronik dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada kematian awal.
Kajian itu turut menunjukkan bahawa lelaki bujang lebih berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding wanita bujang. Malah, lelaki berusia antara 19 hingga 44 tahun yang tidak berkahwin didapati dua kali ganda lebih berisiko meninggal dunia awal berbanding lelaki sebaya yang telah berkahwin.
Pengasingan Sosial Jadi Punca Utama
Prof Kaplan menjelaskan bahawa perkahwinan sering menjadi gambaran kepada kewujudan hubungan sosial yang lebih stabil.
Individu yang tidak pernah berkahwin berkemungkinan mengalami pengasingan sosial yang lebih ketara kerana kurang keterikatan dengan pasangan, anak atau struktur keluarga.
“Pengasingan sosial boleh meningkatkan risiko kematian pramatang,” jelasnya.
Pandangan ini turut disokong Ketua Eksekutif Scottish Marriage Care, Mary Toner, yang menyatakan bahawa hubungan stabil dan perkahwinan sihat bukan sahaja menyokong kesejahteraan emosi, malah memberi perlindungan kepada kesihatan.
“Gaya hidup terasing atau terlalu menyendiri boleh menjejaskan kesejahteraan seseorang, manakala hubungan yang stabil memperkayakan kehidupan,” katanya.
Bukan Tekanan, Tetapi Kesedaran
Kajian ini wajar dilihat sebagai peringatan tentang kepentingan hubungan sosial dan sokongan emosi dalam kehidupan, bukan sebagai tekanan untuk berkahwin secara terburu-buru.
Bagi individu bujang, isu ini bukan sekadar desakan keluarga yang perlu dihadapi, tetapi peluang untuk menilai semula gaya hidup, tahap sokongan sosial dan kepentingan membina hubungan bermakna sama ada melalui keluarga, sahabat atau pasangan.
Kesimpulannya, perkahwinan bukan sekadar ikatan emosi, tetapi turut berperanan sebagai ‘perisai’ kepada kesihatan dan jangka hayat. Kajian mendapati individu bujang, terutamanya lelaki muda, mempunyai risiko kematian lebih awal yang lebih tinggi, dengan pengasingan sosial dikenal pasti sebagai faktor utama.
Zaman teknologi yang kian canggih sekarang mampu melahirkan ‘wartawan segera’ yang tumbuh melata bagaikan cendawan selepas hujan. Hampir semua pengguna gajet canggih kini sudah pandai mengedit gambar, video atau audio menggunakan aplikasi mudah. Hasil suntingan boleh disiapkan sekelip mata dengan hanya beberapa minit gubahan. Tidak hairanlah ramai ‘wartawan segera’ muncul melalui platform-platform media sosial.
Jika kita lihat budaya kemasukan pelajar ke universiti dalam bidang Komunikasi Massa pula, kian menurun saban tahun. Adakah ini akan menjadi isu yang besar? Jawapannya ialah ya. Ia akan menjadi masalah besar kepada dunia media penyiaran profesional. Bayangkan dalam masa beberapa tahun akan datang, tiada lagi norma berita sahih disebarkan, sebaliknya yang ada hanya berita popular.
Orang awam sudah tidak tahu hendak membezakan antara berita palsu dengan yang benar. Masyarakat mula menormalisasikan budaya penyebaran khabar angin. Manakala remaja, akan jadi tidak peka dalam kehidupan. Perkara yang penting dianggap tidak penting. Manakala perkara yang kurang penting rancak diperbualkan. Nilai berita? Kian dipandang sepi.
Kita hanya mampu mengeluh melihat perbezaan ketara budaya penyampaian isu semasa pada saat ini. Ia amat membimbangkan para pengamal media profesional. Benar, sesiapa sahaja mampu menjadi ‘wartawan segera’. Tetapi mereka tidak akan mampu mencapai kriteria wartawan berintelek tinggi.
Wartawan yang berilmu akan mengkaji sesebuah berita dengan teliti, menyusun simbolik kata dengan berhemah atas tujuan mendidik masyarakat. Sekaligus akan memberikan impak kepada kepada komuniti untuk berubah sikap. Perubahan sikap dan tingkah laku masyarakat yang lebih baik adalah capaian tertinggi yang patut dibanggakan oleh seseorang wartawan berintelek.
Itulah nilai cendekiawan para wartawan profesional yang tidak ada dalam diri ‘wartawan segera’. Oleh itu, janganlah memandang enteng kepada secebis ilmu komunikasi. Ia sebenarnya mampu merubah peradaban dunia.
Artikel ini ditulis oleh Puan Hazwani binti Abdul Wahab yang merupakan seorang Pensyarah di Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!