Festival Filem Cannes yang berlangsung di selatan Perancis pada setiap tahun sudah pasti memartabatkan naskah-naskah filem terbaru dan terhebat dari seluruh dunia.
Tahun ini, ada khabar gembira dari anugerah berprestij dunia, Festival Filem Cannes ini apabila filem tempatan kita iaitu Tiger Stripes kini telah mencipta sejarah sebagai filem pertama yang berjaya memenangi hadiah utama di Semaine de la Critique (Cannes Critics’ Week) yang merupakan acara sampingan.
Amanda Nell Eu yang juga merupakan pengarah Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang memenangi hadiah utama €10,000 (RM49,622).
Filem ini juga bersaing untuk hadiah Camera d’Or, anugerah untuk filem cereka pertama terbaik yang dipersembahkan dalam salah satu pilihan Cannes (Official Selection, Directors’ Fortnight, dan International Critics’ Week).
Ads
Filem ini juga dibintangi oleh Zafreen Zairizal, Deena Ezral dan Shaheizy Sam.
Sinopsis Filem Tiger Stripes
Tiger Stripes mengisahkan tentang Zaffan, seorang remaja berusia 12 tahun yang berjuang untuk memahami tubuhnya yang mengalami akil baligh dan kemudian bergelut dengan perubahan fizikal dirinya.
Ads
Zaffan dipulaukan oleh masyarakat kerana dianggap pelik. Selepas membuat keputusan untuk melawan rasa takut dan menerima semua keanehan tentang dirinya, Zaffan mula berubah dan muncul sebagai seorang wanita yang kuat.
Filem ini merupakan terbitan bersama antara 8 wilayah termasuk Malaysia, Singapura, Taiwan, Perancis, Jerman, Belanda, Indonesia dan Qatar. Tiger Stripes juga adalah filem cereka Malaysia keempat di Cannes, dan yang pertama sejak 2010.
Ads
Cayalah…Tahniah kami ucapkan kepada semua yang terlibat dengan pembikinan filem ini!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah melancarkan video muzik Let Me bulan lalu, Zayn Malik is on the roll dengan muzik video terbaru dan ia telahpun mencapai kedudukan nombor 41 dalam senarai Trending.
Entertainer merupakan single terbaru Zayn Malik dan ia dikeluarkan seiring dengan muzik video melalui akaun YouTube Vevo-nya. Sarat dengan adegan pendek yang dimuatkan ke dalam sebuah video, ramai yang memuji video tersebut – sama seperti respons mereka terhadap video-video sebelum ini.
Namun, satu perkara lagi yang SAMA di antara semua video muzik Zayn adalah penampilan model perempuannya yang – hhm – tak ubah seperti sosok wajah bekas kekasihnya, iaitu model Gigi Hadid.
Okay, okay, lets recap. Entertainer adalah video sequel kepada Let Me yang dilancarkan bulan lalu. Di dalam Let Me, model yang dimaksudkan iaitu Sofia Jamora membuat penampilan kali pertama. Sudah tentu jika namanya pun sequel, Sofia akan terlibat sama di dalam Entertainer, kan?
Sofia yang mirip dengan wajah Gigi membawa watak sebagai kekasih yang telah membohongi Zayn. Emosi tersebut turut jelas kedengaran pada lirik Entertainer.
When you lied to my face, I could see the truth.
Every step with the way I knew, how you fooled me, boo.
Sofia Jamora dan Gigi Hadid. Sama ke?
Adakah Zayn akan meneruskan sequel ‘percintaan curang oleh model berwajah seakan Gigi Hadid’ ini untuk video muzik seterusnya? Hhm, kenalah tunggu. Apapun, korang decide sendiri jika Sofia memang mirip Gigi?
Tak bernafas tengok trailer Avengers Endgame malam tadi! Belum puas kupas filem Captain Marvel, malah ada antara mereka belum sempat menonton filem tersebut, trailer Avengers Endgame dah keluar. Dalam tak sedar, siri Avengers MCU bakal melabuhkan tirainya bulan April ini. Ala.. mesti sedih lepas ni. Kalau tengok trailer ni rasa macam tak sabar pula nak tengok!
Pernah terbayang tak, yang personaliti kita kadang-kadang persis seperti hero-hero Avengers ini? Mungkin ada persamaan here and there, tapi kuasa hero mereka tu memang tak ada lah dalam diri kita. Apa yang penting, kalau mereka tiada kuasa, mereka manusia normal sama macam kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan Blackpink sekali lagi telah mencatatkan rekod peribadi apabila mencapai kejayaan yang membanggakan di saluran YouTube.
Muzik video BOOMBAYAH yang dilancarkan pada 8 Ogos 2016 pada jam 8 malam waktu Korea telah pun melepasi 1 billion tontonan di YouTube pada kira-kira jam 8.25 pagi waktu Korea pada 13 Oktober 2020. Ini bermaksud muzik video ini memerlukan masa selama sekitar 4 tahun dan 12 jam untuk mencapai jumlah tontonan tersebut.
BOOMBAYAH adalah muzik video ketiga Blackpink yang mencapai 1 billion tontonan mengikuti DDU-DU DD-DU dan Kill This Love. Walaupun muzik video BOOMBAYAH mengambil masa yang agak lama untuk mencapai 1 billion tontonan berbanding dua lagu mereka yang lain, namun difahamkan Blackpink merupakan satu-satunya selebriti Korea dengan tiga muzik video yang mencapai kejayaan dan BOOMBAYAH adalah muzik video debut K-Pop yang mendapat lebih daripada 1 billion tontonan di YouTube.
Kejayaan ini turut diraikan oleh para peminat mereka dan rata-ratanya mengucapkan tahniah buat kejayaan yang dicapai oleh kumpulan K-pop wanita popular ini.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.