Bagi peminat francais Scream, diam tak diam siri ini sudah pun menerbitkan lima buah filem dan yang terbaharu sudah pun ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Dua puluh lima tahun selepas rentetan pembunuhan kejam menggemparkan bandar Woodsboro, seorang pembunuh baharu telah memakai topeng Ghostface dan mula menyasarkan sekumpulan remaja untuk membangkitkan semula rahsia dari masa lalu yang membawa maut di bandar itu.
Foto: United International Pictures
Pada mulanya dalam siri ini, korang akan menyaksikan kisah sekumpulan remaja yang diserang oleh pembunuh bersiri yang memakai topeng Ghostface, dengan mangsa pertamanya Tara. Ada kisah yang berlaku disebalik serangan itu, dan rakan-rakan Tara mencari tahu siapakah sebenarnya pembunuh bersiri yang berlegar-legar di kawasan mereka.
Foto: United International Pictures
Apa yang menariknya, kemunculan watak-watak sebelum ini, Sidney, Gale dan Dewey menambah baik lagi jalan cerita dengan peranan penting yang dibawa oleh watak masing-masing.
Ads
Foto: United International Pictures
Namun begitu, satu kelemahan yang kami dapati apabila filem ini terlalu banyak adengan yang dipotong, dan bahasa ‘carutan’ yang digunakan juga dipotong terlalu kerap membuatkan penonton sedikit rasa tidak selesa. Tidak hairanlah jika filem ini diklasifikasikan untuk penonton berumur 18 tahun kerana bahasa kasar dan aksi ganas yang ditonjolkan.
Untuk yang tidak pernah mengikuti siri filem aksi seram ini, korang tidak perlu risau kerana jalan ceritanya mudah difahami tanpa perlu mengikuti setiap siri filem sebelum ini. Jangan tak timbul isu korang akan blur dalam panggung wayang. Hiks!
Ads
Foto: United International Pictures
Secara keseluruhannya, filem ini berbaloi untuk ditonton, lebih-lebih lagi buat peminat filem aksi pembunuhan bersiri. Dibintangi oleh Melissa Barrera, Kyle Gallner, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jenna Ortega, Marley Shelton, Courteney Cox, David Arquette dan Neve Campbell, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam berhampiran sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat di Malaysia sememangnya gemar menonton drama Korea dan rata-rata daripada mereka terlalu obses sehinggakan ada yang sanggu belajar bahasa Korea untuk lebih mendalami ‘jiwa’ semasa menonton.
Maka, tidak hairanlah sekiranya apa sahaja yang berkaitan dengan K-Drama sering menjadi perhatian netizen.
Seorang selebriti Instagram yang dikenali sebagai Azfar Heri turut berkongsi video kononnya sedang melakonkan scene dalam K-Drama dan skripnya dicadangkan oleh followers. Gelagat spontan Azfar mendapat perhatian ramai dan video tersebut sudah hampir mencecah 900 ribu tontonan di IGTV.
Rata-rata netizen terhibur dan memberikan reaksi positif terhadap video yang telah dikongsi.
Siapa yang ‘hantu’ K-Drama mesti faham dan boleh feel dengan penyampaian si Azhar Heri ni. Betul-betul bunyi Korea walaupun bahasa yang digunakan tidaklah semuanya betul. Siapa yang tak faham rasanya mesti percaya mamat ni boleh cakap Korea. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah dengar tak tentang Tranformsi National 2050 atau TN50?. Bagi remaja yang kurang pasti, TN50 ini ialah adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.
Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.
Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.
Sepanjang sejarah pembangunan negara, kita berpandukan cita-cita yang murni pada masa-masa yang penting. Bermula dengan era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), kita melangkah ke era Wawasan 2020 (1991-2020). Kini, kita perlu bersedia menghadapi tempoh 30 tahun akan datang.
Dunia akan jauh berbeza dari sekarang dalam tahun 2050 – apakah yang akan membimbing kita?
Jom kenali duta Belia TN50 yang telah disenaraikan berdasarkan kejayaan telah diraih oleh golongan belia ini. Ada 23 belia berjaya dari pelbagai latar belakang dan tidak terkecuali, ada raut-raut wajah yang anda kenali secara tidak langsung.
Remaja senaraikan 10 duta belia TN50 dari 23 duta yang disenaraikan…
Sarah telah menerbitkan komik pertamanya seawal usia 15 tahun dalam majalah popular Ujang.
Hari ini, lebih daripada sekadar artis di sebalik meja lukisan, Sarah ialah seorang anggota aktif Pekomik, yang mempelopori pembuatan, pengiktirafan dan promosi artis-artis komik Malaysia dalam bidang kandungan kreatif.
Beliau merupakan naib presiden Persatuan Penulis dan Ilustrator Buku Kanak-kanak bagi negara Malaysia. Bakat Sarah telah diiktiraf oleh MDEC yang menganugerahkan beliau Geran Komik Digital Malaysia (Malaysian Digital Comic Grant).
Sarah telah memperoleh ijazah sarjana muda sastera daripada Universiti Teknologi MARA.
Ganesh adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Saora Industries, yang berfungsi merawat air kumbahan sehingga menjadi air minuman serta menyediakan keperluan elektrik asas kepada kawasan pedalaman di Semenanjung dan Timur Malaysia. Sistem mudah senggara oleh Saora menggabungkan teknologi hijau yang digerakkan tenaga suria untuk meningkatkam keberkesanan dan memaksimumkan manfaat pengguna.
Beliau merupakan seorang penyumbang aktif untuk majlis belia dan keusahawanan di Malaysia seperti TEDx dan Forum Usahawan Muda Dunia. Ganesh juga merupakan pengerusi bagi Persatuan Alumni Axiata dan menyokong usaha sukarela sebagai seorang usahawan sosial.
Mendapat latihan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Ganesh telah diiktiraf oleh Institut Jurutera Malaysia untuk anugerah Projek Paling Inovatif dan baru-baru ini meraih Laureate Here For Good Award bagi tahun 2016.
Dzameer memulakan kerjayanya pada tahun 2007 sebagai seorang konsultan di PwC, di mana beliau menimba pengalaman dalam bidang pembangunan modal insan, peningkatan proses, dan pengurusan projek di Malaysia dan Indonesia.
Pada tahun 2009, beliau mendapat ilham memulakan Teach For Malaysia bersama Keeran Sivarajah, berlandaskan pegangan pendidikan mampu memperkasakan setiap anak muda hingga mampu mencapai potensi mereka.
Teach For Malaysia kini mempunyai lebih 300 alumni dan fellows, memberi impak terhadap lebih 44,000 pelajar di lebih 80 sekolah di sebanyak 9 negeri. Lebih 221 alumni menyandang jawatan dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pentadbiran awam, dan sektor swasta. Dzameer memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Kolej Imperial London, United Kingdom serta penerima Pingat Ahli Negeri Sembilan pada tahun 2015.
Dr Lutfi adalah Ketua Pegawai Eksekutif Hospitals Beyond Boundaries (HBB), sebuah pertubuhan yang membina klinik dan hospital untuk golongan miskin di rantau Asia Tenggara. Hospitals Beyond Boundaries bermula dengan klinik pertamanya di Phnom Penh, Laos.
Beliau juga merupakan seorang Pegawai Perubatan bahagian Penyelidikan Ekonomi Kesihatan di Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR). Beliau menaruh minat terhadap ekonomi kesihatan, di mana bidang penyelidikan beliau di IHSR menjurus kepada memperkasakan sector kesihatan dunia ketiga untuk menyediakan sistem kesihatan lestari.
Dari segi pencapaian akademik, sebagai graduan Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau pernah menerima anugerah kecemerlangan Tun Dr Ismail. Dr Lutfi turut merupakan salah seorang daripada 17 individu terpilih menyertai Sustainable Development Goals, setelah mendahului senarai 18,000 peserta dari 186 negara. Beliau juga pernah bertugas sebagai pelatih di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Switzerland.
Sebagai cendiakawan dan pemimpin belia berpengaruh, Yeen Seen baru-baru ini dinobatkan sebagai Young Global Leader oleh World Economic Forum. Beliau merupakan anggota UNESCO Steering Committee for Youth Leading Change for Peace in ASEAN dan juga ahli lembaga Global Institute for Women Empowerment.
Setanding dengan kehebatan beliau di arena belia antarabangsa, sewaktu banjir melanda Pantai Timur pada 2014, Yeen Seen melancarkan gerakan akar umbi #OpsHarapan, untuk memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Sehingga kini, gerakan tersebut masih bergiat menyumbang ke arah pembangunan negara.
Yeen Seen merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Research, Advisory and Technology (CREATE) setelah tamat menjawat peranan Ketua Pengarah Operasi di Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) juga mantan Pengarah Kanan Centre for Public Policy Studies (CPPS). Beliau merupakan lepasan Cardiff University dalam bidang perakaunan dan berijazah pasca siswazah di bidang dasar pendidikan daripada Warwick University, UK.
Setelah 20 tahun mewakili Malaysia dan 10 tahun bertarung raket di gelanggang skuasy professional antarabangsa, Sharon kini mencipta nama sebagai pengasas bersama dan pengarah Sports Warrior Global sebuah syarikat yang mempelopori pembangunan kepimpinan dan jati diri ahli sukan, beliau turut mengasaskan Sharon Wee Squash Pro Academy dan tidak kurang terkenal sebagai pengacara sukan di kaca TV.
Demi menyemarak semangat kesukanan dan menggalakan perkembangan bakat muda sukan tanahair, Sharon kerap menganjurkan ceramah serta seminar motivasi untuk atlit negara, pelajar universiti juga komuniti sukan tempatan.
Berbekal ijazah di bidang pentadbiran perniagaan, Certified Level 3 Elite Squash Coach, Sharon juga bertauliah sebagai jurulatih professional yang mampu menyemarak semangat, menguatkan kewibaan dan meninggalkan kesan demi kemajuan negara.
Zhariff Afandi tidak pernah menganggap diri beliau kurang upaya walaupun lahir tanpa kedua-dua belah tangan. Pada naluri beliau, kehidupan itu bukan sekadar ditempuh di tahap kelajuan biasa tetapi menjadi lebih menarik apabila wujud kucar-kacir.
Bersemangat tegar, beliau telah 10 tahun giat menglibatkan diri dalam bidang CSR, bantuan kemanusiaan dan program pembangunan masyarakat. Berbekal pengalaman tersebut, Zhariff menjadi sumber inspirasi kepada anggota masyarakat yang aktif di bidang keusahawanan sosial dan kerja-kerja bantuan kemasyarakatan.
Berpendidikan psikologi pembangunan daripada Griffith University, Australia, beliau turut mempunyai ijazah sarjana muda Sosiologi daripada KDU College. Zhariff merupakan pengasas TZI dan Ketua Pegawai Inspirasi Gemilang 4E serta LOKA Malaysia.
Dr. Louisa Shobhini Ponnampalam merupakan pakar cetacean atau mamalia laut yang lebih kita kenali sebagai ikan paus dan lumba-lumba.
Minat beliau dipacu keinginan mempelopori kesedaran tentang anugerah alam lautan Malaysia serta melindungi kepelbagaian mamalia laut tempatan.Hasil usaha beliau, maka pada Januari 2012 terbentuk MareCet Research Organisation yang menumpukan usahanya terhadap kajian dan perlindungan mamalia laut di perairan Malaysia. Dr. Louisa dan MareCet kini giat berusaha memantau serta melindungi mamalia laut dengan sokongan masyarakat di Langkawi.
Salah seorang pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif tersohor negara, Dr Farrah-Hani membantu ribuan pesakit sembuh melalui kepakaran dan penyelidikan pelbagai teknologi perubatan terkini. Selaku ketua unit dan doktor kanan, beliau memimpin ratusan bakal doktor di Universiti Malaya yang mula mengorak langkah berkerjaya.
Beliau juga pernah mengharumkan nama negara sebagai ratu gimnastik berirama dan suatu ketika merupakan wakil solo Malaysia ke Kejohanan Jimnastik Dunia di Alicante, Sepanyol. Minat beliau terhadap sukan tersebut tidak pernah luntur dan Dr Farrah kini masih giat sebagai pengurus pasukan gimnastik berirama negara. Kini beliau ingin menyambung menabur bakti melalui penglibatan dengan TN50 dan belia yang bakal mengubah Malaysia di ambang 2050.
Faisal Ariff telah memperkenalkan Passport 2.0, yang diiktiraf sebagai pemenang di Pertandingan Impak Global Malaysia. Hasil kejayaan tersebut, beliau turut ditawarkan biasiswa bernilai USD30,000 melanjutkan pengajian pasca Siswazah ke Singularity University bertempat di Silicon Valley.
Faisal yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif BorderPass turut merangkul kemenangan di Anugerah Keusahawanan Asia (AEA) yang telah diadakan pada tahun 2016 di Tokyo, Jepun.
BorderPass berwawasan menjadi “cloud passport” yang pertama iaitu membolehkan kembara tanpa borang imigresen, seterusnya memudahkan pengurusan rekod perjalanan. Teknologi tersebut mencakupi pengiktirafan imej 3D dan lain-lain fungsi biometrik seperti cap jari, cap tapak tangan dan imbasan passport. Selain itu, Faisal juga merupakan sukarelawan untuk Mercy Malaysia dan telah menjalankan aktiviti kesukarelawanan di Afghanistan, Lahad Datu, dan Filipina.
Aktres jelita, Izara Aishah kini disahkan sedang hamil cahaya mata ketiga.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan secara rasmi oleh jenama tudung terkemuka, Shawl Publika menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.
Kehadiran bekas peserta Dewi Remaja itu dalam kempen koleksi terbaharu jenama tersebut disifatkan sangat istimewa apabila menampilkan figura seorang ibu yang sedang menantikan detik kelahiran.
“Izara sedang menantikan cahaya mata ketiga! Tahniah.
“Kolaborasi tahun ini sangat istimewa sebab kita dapat muse yang sedang hamil,” tulisnya.
Untuk rekod, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.