Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sebuah kereta Toyota kepada ibunya, Azizah Abdul Ghani, sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan atas segala pengorbanan wanita yang telah membesarkannya sejak kecil.
Pelakon terkenal ini membuktikan kejayaan yang diraih tidak membuatkan dirinya lupa akan jasa seorang ibu. Tindakan Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota itu nyata menyentuh hati ramai peminat yang mengikuti perkongsiannya di media sosial.
Momen Emosi Fattah Amin Hadiahkan Ibu Kereta Toyota
Momen penuh emosi itu dikongsikan menerusi sebuah video di TikTok oleh syarikat jualan kereta terlibat, memaparkan reaksi terkejut dan terharu ibu Fattah sebaik menerima hadiah berkenaan. Wajahnya jelas menahan sebak apabila menyedari kejutan istimewa yang diberikan oleh anak tercinta.
Keikhlasan detik tersebut membuatkan ramai netizen tersentuh, malah tumpang gembira melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah seorang ibu. Video berkenaan pantas tular dan menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial.
Hadiah Istimewa Tanda Kasih Seorang Anak
Kereta yang dihadiahkan ialah sebuah Toyota Noah berwarna red mica metallic, sebuah kenderaan jenis MPV yang cukup praktikal untuk kegunaan keluarga. Pemilihan kenderaan ini dilihat sesuai dengan keperluan harian dan keselesaan seorang ibu.
Ads
Dalam video berkenaan, turut tertera ucapan tahniah buat Fattah Amin serta doa agar pelakon itu bersama keluarganya sentiasa berada dalam lindungan dan kebahagiaan berpanjangan. Tanpa elemen berlebihan atau menunjuk kemewahan, tindakan Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota jelas mencerminkan nilai kesederhanaan.
Utamakan Keluarga Lebih Daripada Kemewahan
Rezeki yang diperoleh hasil titik peluh sendiri dikongsi bersama ibu tercinta, sekali gus mengundang rasa hormat dalam kalangan peminat. Sikap ini menjadikan Fattah Amin lebih dihormati bukan sahaja sebagai selebriti, malah sebagai seorang anak.
Ads
Ruangan Komen Dibanjiri Pujian Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap sikap Fattah yang disifatkan sebagai anak yang mengenang jasa dan sentiasa meletakkan ibu sebagai keutamaan. Ramai memuji keperibadiannya yang merendah diri walaupun bergelar pelakon terkenal.
Malah, ada yang menyifatkan tindakan Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota sebagai contoh “anak soleh” yang wajar dijadikan teladan oleh generasi muda. Bagi mereka, momen ini jauh lebih bermakna berbanding sebarang pencapaian glamor di pentas hiburan.
Tindakan Fattah Amin turut menjadi inspirasi kepada ramai anak muda yang menyimpan impian untuk suatu hari nanti membalas jasa ibu bapa mereka. Dalam dunia yang sering meraikan populariti dan kemewahan, kisah seperti ini hadir sebagai peringatan bahawa nilai kasih sayang keluarga tidak pernah lapuk ditelan zaman.
Untuk rekod, Toyota Noah ditawarkan di pasaran Malaysia pada anggaran harga sekitar RM115,000 hingga RM170,000, bergantung kepada spesifikasi dan varian. Hadiah ini bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi lambang kasih sayang seorang anak kepada ibu yang menjadi tulang belakang kehidupannya.
Bagi Majalah Remaja, kisah ini membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui harta atau populariti, sebaliknya sejauh mana kita mampu membahagiakan insan yang paling berjasa dalam hidup.
Waktu muda remaja macam ni la kalau boleh kita nak try macam-macam permainan ekstrem. Bak kata orang, tengah darah muda kan.
Antara yang menjadi pilihan anak muda ialah menaiki roller coaster. Selain daripada mendapat kepuasan, aktiviti ini juga katanya juga boleh menghilangkan stres kerana semasa bermain, kita boleh menjerit sekuat hati.
Kalau rasa ride di Malaysia ni tak cukup ekstrem, apa kata korang lihat 7 roller coaster paling ‘seram’ di dunia menurut pengalaman individu yang berkongsi di laman sosial.
1. Kingda Ka di Six Flags Great Adventure, New Jersey
Merupakan roller coaster yang paling tinggi, iaitu 456 kaki (139 meter) dan yang kedua paling laju di dunia. Bayangkan korang berada betul-betul puncak permainan ini dan pandang ke bawah, ahh mesti seram sejuk dibuatnya.
2. Ultra Twister di Nagashima Spaland, Jepun
Tidak hanya laju dan tinggi, roller coaster ini juga bergerak secara berputar ketika membuat pusingan. Kalua jenis tak tahan, confirm korang muntah la lepas main.
3. Sky Scream di Holiday Park, Jerman
Kalau tonton video macam ni pun dah buat kepala rasa pening, korang berani tak nak naik roller coaster ni? Hiks! Pusingan dan lengkok 360 darjah permainan ini membuatkan ia menjadi antara roller coaster paling ‘seram’ di dunia.
4. Takabisha di Taman Tema Fuji-Q Highland, Jepun
Merupakan ride yang paling curam di dunia dan korang bakal ‘jatuh’ pada ketinggian 121 kaki. Fuhhh rasa macam nak tercabut jantung.
5. Zumanjaro Drop Of Doom di Six Flags Great Adventures, New Jersey
Adrenalin rush yang korang bakal rasa adalah lebih kurang macam naik roller coaster. Berkongsi landasan yang sama dengan Kingda Ka, bayangkanlah macam mana rambut atau tudung korang berterbangan. Hehe! Kalau di Malaysia, permainan ini sama seperti Solero Shot yang pernah ada di Genting Highland satu masa dulu.
6. Diving Coaster di Happy Valley, Shanghai
Berkonsepkan floorless, kaki korang akan dibiarkan tergantung dan terkapai-kapai semasa menaiki ride ini. So, feel dia lain macam sikit la. Dengan dua jatuhan curam, pastinya orang yang berani saja akan cuba roller coaster ini.
7. X-Scream di Menara Stratosphere, Las Vegas
Landasan ride ni pendek saja, tapi ia tergantung di atas sebuah menara sambil menikmati langit biru menghadap bandar Las Vegas. Lihat saja dalam video di atas, rasa macam nak terjatuh ke bawah je kan? Eeee, sumpah tak mau naik. Haha!
Amacam, ada bran tak? Kalau rasa nak try, bolehlah simpan duit banyak-banyak then travel dengan kawan-kawan ok?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johnny Depp akhirnya memilih untuk membuka akaun TikTok selepas kemenangan terhadap kes perbicaraan kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard.
Hal ini juga membuat para peminat di seluruh dunia teruja selepas beliau dilaporkan membuka akaun TikTok miliknya semalam.
Pada waktu artikel ini ditulis, pelakon filem Pirates of the Caribbean itu kini meraih lebih 8,400,000 pengikut dalam tempoh kurang 24 jam selepas membuka akaun di TikTok.
Johnny memuat naik video pertama ala montaj yang menunjukkan dirinya melambai kepada peminat, bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip.
@johnnydeppTo all of my most treasured, loyal and unwavering supporters. We’ve been everywhere together, we have seen everything together. We have walked the same road together. We did the right thing together, all because you cared. And now, we will all move forward together. You are, as always, my employers and once again I am whittled down to no way to say thank you, other than just by saying thank you. So, thank you. My love & respect, JD♬ Stranger – Love Joys
Dalam pada itu, Johnny mengucapkan terima kasih kepada para peminat di ruangan kapsyen.
“Kepada semua penyokong yang sangat setia, tidak berbelah bahagi dan paling dihargai, kita telah pergi ke semua tempat dan juga melihat segala-galanya bersama.
Kita telah melalui jalan yang sama dan mampu melakukan perkara yang betul bersama-sama kerana anda mengambil berat. Kita semua akan maju bersama-sama sekarang.
Anda merupakan majikan saya seperti biasa dan saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi. Salam cinta dan hormat daripada saya.” JD
Video itu telah meraih lebih 16 juta tontonan pada waktu artikel ini ditulis.
Korang dah ikut belum akaun TikTok Johnny Depp ni?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.