Bintang K-Pop terkenal, V dari kumpulan fenomena global BTS baru-baru ini kembali mencetuskan sensasi luar biasa di Amerika Syarikat apabila hadir untuk membuat lontaran pertama atau lebih dikenali sebagai ‘ceremonial first pitch’ di perlawanan Major League Baseball (MLB) di Dodger Stadium, Los Angeles.
Kehadiran penyanyi itu menjadi perbualan hangat di media sosial pada 26 Ogos semalam, selepas beliau melangkah masuk ke padang memakai jersi Dodgers sambil disambut sorakan gemuruh peminat. Saat lagu hit BTS berjudul ‘MIC Drop’ bergema di seluruh stadium, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung (30) dengan penuh gaya melontarkan bola pembukaan sebelum perlawanan antara LA Dodgers menentang Cincinnati Reds bermula.
Tidak cukup dengan itu, V turut kembali ke tengah padang untuk melaungkan frasa ikonik Dodgers, “It’s time for Dodger baseball!” yang pernah dipopularkan penyiar legenda Vin Scully dan aura keyakinannya nyata membuat seluruh stadium bertambah gamat.
Dalam pada itu, apa yang lebih mengujakan adalah kesan kehadirannya terhadap jualan tiket. Sejurus pengumuman bahawa V bakal membuat lontaran pembukaan, platform jualan tiket popular, StubHub melaporkan lonjakan lebih lima kali ganda jualan tiket untuk perlawanan tersebut. Malah, sistem mereka turut mengalami gangguan sementara akibat trafik luar biasa.
Menurut pengulas sukan di lokasi juga tidak ketinggalan memberikan pujian berbunyi,
Ads
“V adalah sensasi global. Sejurus penampilannya diumumkan, jualan tiket melambung tinggi. Tanpa ragu beliau adalah bintang bertaraf dunia,” katanya.
Selain itu, lontaran bola V juga mendapat pujian orang ramai yang menyatakan bahawa lemparannya hebat, cukup sempurna seakan boleh ditawarkan kontrak sebagai seorang pemain.
Ads
Sementara itu, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensinya BigHit Music, V sempat berkongsi kenangannya menonton perlawanan itu bersama anggota BTS yang lain.
“Saya masih ingat pernah menonton perlawanan Dodgers di sini bersama ahli BTS ketika baru debut dulu. Kali ini dapat kembali semula memberikan saya rasa nostalgia yang bermakna. Melontar bola di tempat penuh kenangan ini benar-benar istimewa,” katanya.
“Jika diberi peluang lagi, saya ingin belajar dengan lebih baik dan melakukannya semula. Terima kasih ARMY dan semua peminat baseball atas sokongan padu kalian,” ujarnya lagi.
Ads
Kehadiran pelantun lagu ‘Slow Dancing’ itu jelas bukan sahaja menghubungkan peminat K-pop dan penggemar sukan, malah mengukuhkan lagi pengaruh globalnya. Di luar dunia muzik, beliau kini menjadi wajah utama untuk jenama fesyen mewah, kempen minuman global serta produk gaya hidup premium.
Untuk perkembangan terkini, BTS dijadualkan akan kembali dengan projek muzik baharu serta perancangan untuk mengadakan jelajah dunia berskala besar menjelang musim bunga 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila negara dilanda ujian pandemik wabak Covid-19, sedikit sebanyak semangat nasionalisma di kalangan rakyat Malaysia turut disemai. Ini jelas dapat dilihat apabila kita sebagai satu negara bersama-sama berdepan dengan wabak tersebut dengan penuh berdisplin dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Lantas apabila 2 logo patriotik diperkenalkan baru-baru ini, ramai yang berharap agar logo pada tahun ini menyampaikan mesej dan imej yang kena dengan situasi semasa.
Iyalah, isu logo dan bulan Patriotik di Malaysia ini memang selalu mencetuskan kontroversi. Hehe, bukan apa. Bukan semua orang boleh menerima suatu logo yang dicipta dan dipilih..
Guess what guys, ramai yang memuji rekaan yang diperkenalkan!
Logo pertama untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kelak memilih tema Malaysia Prihatin. Rekaan logo ini berbentuk hati dengan elemen Jalur Gemilang dan bunga kebangsaan kita iaitu Bunga Raya.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah, tema Malaysia prihatin khas menunjukkan semangat rakyat Malaysia dalam memerangi ujian Covid-19.
“Prihatin juga mewakili keprihatinan kerajajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat,” jelas beliau.
Logo 50 Tahun Rukun Negara
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun melancarkan satu lagi rekaan logo. Kali ini ia adalah sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.
Logo yang dihasilkan dengan kerjasama BERNAMA, Jabatan penerangan dan Kumpulan Media Karangkraf itu mempunyai angka 50 sempena tahun ulag tahun manakala elemen Jalur Gemilag melambangkan prinsip yang kita sudah sedia tahu.
Paling menarik perhatian penulis adalah reka bentuk seakan tengkolok yang menunjukkan keunikan warisan dan budaya Melayu.
Sumbe foto: BERNAMA
Cantik kan?!
Psst, bercakap tentang logo, korang ingat lagi kontroversi yang pernah dihadapi semasa logo Tahun Melawat Malaysia 2020 diperkenalkan?
Pelakon meningkat naik, Shasha Abedul mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah kesihatan mental seperti depresi dan kerisauan melampau (anxiety) yang menyebabkan serangan panik.
Dalam temu bual di sidang media drama Project: Exit, Shasha mengakui bahawa situasi tersebut berlaku sekitar tiga tahun lalu dan dia terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar psikologi dan ahli terapi.
“Tiga tahun lalu, saya mengalami gangguan mental, ‘depression’, ‘anxiety’ dan serangan panik. Tapi saya tak sampai tahap nak cederakan diri sendiri.
“Bila tahun pertama saya rasakan perkara itu, saya tak tahu macam mana nak mengawalnya. Saya pergi jumpa ahli terapi dan pakar psikologi untuk kenal pasti apa yang saya alami dan macam mana nak tangani. Alhamdulillah, saya makin okay,” katanya kepada Remaja.
Enggan bergantung kepada ubat, aktres berusia 28 tahun itu menjelaskan bahawa tahap kesihatannya kini semakin baik kerana dirinya menjalani sesi terapi secara berkala.
“Selepas tahun ketiga, doktor ada bagi saya makan ubat. Tapi saya tak makan kerana saya tak mahu bergantung dengannya sebab itu juga saya jumpa ahli terapi.
“Jadi, saya dapat keseimbangan dari situ. Pakar psikologi, dia doktor yang memang akan bagi ubat. Kalau buat terapi, kita boleh kongsi apa yang kita rasa,” tambahnya.
Shasha turut mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami serangan panik semasa penggambaran Project: Exit disebabkan watak yang dibawanya yang seakan mencerminkan dirinya.
“Bila saya bawa karakter Jannah dalam drama itu, sebenarnya beberapa peratus adalah diri saya sendiri. Bila dapat naskhah tersebut, saya tak rasa pun macam saya tengah berlakon. Saya rasa Tuhan dah persiapkan diri saya lebih awal.
“Saya juga beberapa kali diserang ketika ‘shooting’. Saya ingat lagi untuk babak terakhir untuk drama ini. Watak itu dah terlampau mengawal emosi saya,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dapat bayangkan selebriti Korea menyebut, “Oh Mak Kau” ?
Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada video promosi saluran atas talian, Netflix untuk mempromosikan K-drama terbaru mereka, Vagabond kepada penonton di Malaysia.
Sebelum ini, pelakon Hollywood Neoh Centineo dan Odiseas Georgiadis pernah melakukan video berkonsep seakan sama untuk mempromosikan filem The Perfect Date. Kali ini, tiba giliran pelakon Korea Selatan pula.
Pasangan serasi, Bae Suzy dan Lee Seung-gi yang merupakan teraju utama drama Vagabond diminta untuk meneka maksud beberapa slang percakapan berbahasa Malaysia.
“Jom tengok siapa yang dapat pelajari Bahasa Malaysia dengan lebih pantas!” kata Seung-gi sebelum bermula.
Antaranya slang yang perlu mereka teka maksudnya termasuklah ‘Oh Mak Kau’, ‘Alamak’, ‘Fuyoh’, ‘Power’ dan ‘Member’.
Kami ingatkan game seperti ini mudah untuk Suzy dan Seung-gi memandangkan mereka agak familiar dengan peminat di rantau ASEAN. Tetapi tidak! Hehe..
Ada jawapan yang mereka dapat agak, ada yang tersasar.
Cer tengok video yang dikongsikan oleh Netflix Malaysia di bawah. Serius comel!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.