Dapat bayangkan selebriti Korea menyebut, “Oh Mak Kau” ?
Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada video promosi saluran atas talian, Netflix untuk mempromosikan K-drama terbaru mereka, Vagabond kepada penonton di Malaysia.
Sebelum ini, pelakon Hollywood Neoh Centineo dan Odiseas Georgiadis pernah melakukan video berkonsep seakan sama untuk mempromosikan filem The Perfect Date. Kali ini, tiba giliran pelakon Korea Selatan pula.
Pasangan serasi, Bae Suzy dan Lee Seung-gi yang merupakan teraju utama drama Vagabond diminta untuk meneka maksud beberapa slang percakapan berbahasa Malaysia.
“Jom tengok siapa yang dapat pelajari Bahasa Malaysia dengan lebih pantas!” kata Seung-gi sebelum bermula.
Ads
Antaranya slang yang perlu mereka teka maksudnya termasuklah ‘Oh Mak Kau’, ‘Alamak’, ‘Fuyoh’, ‘Power’ dan ‘Member’.
Kami ingatkan game seperti ini mudah untuk Suzy dan Seung-gi memandangkan mereka agak familiar dengan peminat di rantau ASEAN. Tetapi tidak! Hehe..
Ada jawapan yang mereka dapat agak, ada yang tersasar.
Cer tengok video yang dikongsikan oleh Netflix Malaysia di bawah. Serius comel!
Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai harga tiket Konsert solo pertama penyanyi terkenal Faizal Tahir, yang dikatakan agak mahal berbanding dengan konsert penyanyi lain.
Malah, ada segelintir netizen meminta agar Faizal menurunkan sedikit harga tiket jualan konsert tersebut agar ia mampu dibeli.
Berhubung perkara berkenaan, penyanyi lagu popular Sampai Syurga itu tampil menjawab mengenai isu konsert tersebut yang bakal diadakan 2 September ini.
Katanya, menjawab persoalan, dia menyerahkan urusan penjualan tiket sepenuhnya kepada pihak penganjur.
“Soal harga saya tidak boleh jawab lebih kerana di luar bidang kuasa saya. Secara jujurnya, masa tengok harga tiket pun saya tertanya juga ‘wow harga tiket macam ini ya’.
“Tapi perkara ini saya sudah serahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan tapi seperti penganjur cakap sebelum ini, mereka sudah mengambil kira banyak perkara untuk menetapkan harga tiket ini.
“Untuk saya patah balik dan kurangkan harga tiket itu agak susah tetapi seperti dimaklumkan pihak penganjur, ia adalah harga berdasarkan apa yang mereka jangka daripada saya,” katanya.
Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Aku Faizal Tahir Live in KL yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Tambah naib juara musim pertama rancangan realiti televisyen One In A Million (OIAM) itu, dia bagaimanapun berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.
“Bagi pihak saya, saya minta maaf banyak-banyak kerana ia bukan satu perkara yang saya boleh kawal dengan mudah.
“‘Sejujurnya ia memberikan sedikit tekanan buat saya apabila melihat harga tiket seperti itu. Sebagai penghibur, saya perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang mereka bayar itu berbaloi” ujarnya.
Berkata mengenai konsert itu lagi, persembahan pada malam tersebut adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.
“Ketika saya mempromosikan lagu terutamanya di media sosial, terlalu banyak komen daripada peminat yang meminta saya untuk membuat konsert solo. Pihak pengurusan kumpulkan semua komen itu dan tunjukkan kepada saya.
“Saya nak orang pulang dengan rasa mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diri masing-masing dan bukan hanya sekadar untuk berhibur,” tuturnya lagi.
Sekadar informasi, Konsert ‘Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur’ bakal di adakan di Dewan Merdeka, World Trade Centr, Kuala Lumpur pada 2 September ini.
Para peminat boleh mendapatkan tiket pada hari ini bermula jam 10 pagi di laman web www.jiotix.asia atau boleh hubungi di WhatsApp: 011-51003111.
Harga tiket bermula pada harga RM488 untuk Platinum, RM588 (Diamond), dan RM688 (VIP).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada usia 56 tahun, lagenda rock negara, Datuk Awie pernah mendedahkan pada awal bulan ini bahawa beliau dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bakal menimang anak ketujuhnya tidak lama lagi.
Cahaya mata Awie sememangnya dilahirkan secara berturutan sejak beliau mendirikan rumah tangga bersama bekas isteri pertama, Arni Nazira dan bekas isteri kedua, Rozana Misbun sehinggakan ramai peminat yang terlupa bahawa anak-anak beliau kian menginjak ke usia remaja serta belia atau young adult.
Datuk Awie.
Menerusi perkahwinan pertama, Awie dikurniakan dua orang puteri iaitu Putri Aleeya Antasha, 24 dan Putri Aleefa Antasha, 22 yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
Manakala daripada perkahwinan kedua, Awie mempunyai tiga orang cahaya mata terdiri daripada Putra Ahmad Merrah, 17; Putra Ahmad Rezzki, 16 dan Puteri Qasseh Antasha, 14. Anak keenamnya pula telah dilahirkan pada Januari 2021.
Awie jelas bersyukur apabila anak-anaknya kian membesar dan mempunyai visi jelas bagi menentukan haluan masing-masing.
Terbaru, tular di laman media sosial TikTok salah seorang anak Awie mempersembahkan bakat nyanyian malah pandai juga bermain instrumen gitar. Putra Ahmad Merrah, 17 nyata mewarisi bakat yang dikurniakan kepada Awie.
Sewaktu ditemui pemberita pada minggu ini, Awie juga mengakui minat Merrah ke arah bidang muzik. Tambahan pula apabila video tersebut tular baru-baru ini, warganet juga meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat jika Merrah akan meneruskan legasi ayahnya itu dalam bidang nyanyian.
Namun jauh di sudut hatinya, Awie tidak pernah menggalakkan atau memaksa Merrah untuk mengejar peluang menjadi seorang penyanyi kerana ingin anaknya mendahulukan pelajaran buat masa ini.
“Saya tidak pernah galakkan tapi kalau dia dah berminat, itu hak dialah sebenarnya. Apa yang saya suruh adalah akademik dulu. InsyaAllah kalau dia dah okay akademiknya, jadi teruskanlah dengan apa yang dia minati sekarang ini.
“Paksaan untuk menjadi artis ke, itu tidak pernah. Saya pernah cakap dengan dia, ‘Kau jangan jadi penyanyi..’ Jadilah seorang pembikin, jangan duduk di hadapan sebagai seorang penyanyi.
“(Tapi) dia seorang sahaja (yang meminati muzik). Kakak-kakaknya yang lain, mereka belajar untuk menjadi seorang pembikin sama ada dalam bidang pengurusan acara dan sebagainya,” ulasnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet memahami sentimen seorang ayah yang dirasai Awie untuk melihat ilmu terbuku di dada anak-anaknya terlebih dahulu sebelum mengecapi populariti dalam bidang lain.
“Dia nak anak dia jadi org terpelajar.” @firmetalpj
“Yelah, utamakan akademik dlu. Awie pun tahu hidup dalam industri macam mana. Bukan mudah nak berjaya jika tiada ilmu. Kalau tak berjaya pun ada ilmu, boleh cari punca pendapatan yang lain.” @anistaaimad_75_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu ini menandakan masuknya minggu ketiga warga negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjalani rutin harian di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Situasi ini telah mengubah norma rakyat memandangkan jumlah kes positif Covid-19 baharu yang secara konsistennya mencatatkan 3 angka pada setiap hari.
Terbaru, Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang tadi mengumumkan bahawa daerah Seremban di Negeri Sembilan pula kini diletakkan di bawah arahan PKPB selepas kes baharu di kawasan tersebut menunjukkan peningkatan beberapa hari kebelakangan ini.
Arahan PKPB akan mula dilaksanakan pada 5 November sehingga 18 November ini di 9 mukim berbeza. Ini termasuklah Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.
Ini bermakna penduduk di 9 buah mukim ini perlu mematuhi arahan yang dilaksanakan di Lembah Klang seperti penutupan sekolah, penurunan jadual perjalanan merentah daerah dan larangan untuk menjalani upacara keagamaan di rumah ibadah.
Menurut tinjauan REMAJA di media sosial, ramai netizen yang menetap di daerah Seremban tertanya-tanya sama ada pergerakan dari Negeri Sembilan ke negeri bersebelahan seperti Selangor dan Putrajaya dibenarkan.
Ini memandangkan jumlah penduduknya yang ramai bekerja di Lembah Klang dan berulang-alik dari kediaman ke tempat kerja masing-masing.
Menurut Datuk Seri Ismail, kerajaan akan membenarkan perjalanan rentas negeri tersebut untuk tujuan bekerja dengan surat perlepasan yang disahkan oleh pihak berkuasa.
“Saya sedar ramai penduduk di Seremban yang bertugas di Putrajaya dan Lembah Klang. Anda hanya perlu mendapatkan surat perlepas daripada majikan,” jelasnya.
Apa agaknya aktiviti yang dibenarkan dan tak dibenarkan dalam musim PKPB? Klik pautan di bawah.