Tinggal lagi beberapa bulan umat Islam bakal menyambut lebaran. Setiap kali menjelang Aidilfitri, pasti ramai pereka fesyen tempatan yang berlumba-lumba mengeluarkan koleksi baju raya masing-masing.
Malah, banyak fashion show sudah mula dianjurkan dan dipaparkan kepada semua untuk koleksi baju raya tahun 2023 ini.
Disebabkan terlampau ramai pereka fesyen serta jenama yang ada di pasaran, maka masing-masing cuba mengeluarkan rekaan yang luar batasan pemikiran normal.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila pertunjukan fesyen biasanya dilakukan di tempat tertutup, namun satu jenama ini menggunakan laluan pejalan kaki.
Selain menyakitkan pandangan mata dengan ‘fesyen’ yang dianggap tidak menghormati identiti asal pakaian tradisional Melayu. Pertunjukan tersebut juga didakwa turut mengganggu pejalan kaki.
Ads
Sudahlah susah untuk melintas, tiba-tiba ada pula ramai model yang mengambil keseluruhan ruang hingga menyukarkan orang lain.
Rata-rata pengguna Twitter mengecam acara berkenaan kerana menyalahgunakan kemudahan awam. Malah ramai yang mengkritik fesyen tersebut yang dikatakan merosakkan pakaian tradisional tersebut.
Jangan kerana terlalu fikirkan fesyen, hilang terus entiti pakaian tradisional orang Melayu sampai akhirnya menjadi bahan jenaka orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut sahaja nama Tan Sri Michelle Yeoh, ramai terus terbayangkan aksi-aksi lasak yang dilakonkan olehnya sendiri dalam filem yang mempamerkan seni pertahankan diri Kung Fu.
Namun tahukah korang, permulaan karier Michelle, 60 yang baru sahaja menerima pencalonan anugerah Oscars bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik sebenarnya bertitik-tolak daripada penyertaannya di pertandingan ratu cantik!
Tan Sri Michelle Yeoh di acara karpet merah anugerah Golden Globes 2023.
Minat wanita berkaliber kelahiran Ipoh, Perak ini sebenarnya terhadap dunia seni sebenarnya bermula dari seni tarian.
Seawal usia empat tahun, beliau telahpun memulakan latihan tarian balet. Setelah mereka berpindah ke United Kingdom ketika beliau berusia 15 tahun pula, ibu bapanya sendiri telah mendaftarkan Michelle untuk menyertai Royal Academy of Dance di London.
Minat mendalam terhadap tarian balet itu bagaimanapun menemui titik noktah apabila Michelle berdepan kecederaan tulang belakang. Itu tidak sesekali meleburkan semangatnya apabila beliau mencari bidang seni lain yang melibatkan koreografi termasuklah seni mempertahankan diri.
Tan Sri Michelle Yeoh semasa ditemui di acara karpet merah anugerah Critics Choice 2023.
Juara Ratu Cantik
Aura yang dimiliki Tan Sri Michelle Yeoh semakin menyerlah apabila beliau mencecah usia 20-an. Pada tahun 1983, beliau memilih untuk bertanding di pentas Miss World Malaysia, memenanginya dan sekali gus mewakili negara ke pertandingan Queen of the Pacific di Australia – DAN beliau juga memperolehi kejuaraan di sana!
Tan Sri Michelle Yeoh (tengah) diapit naib juara dan pemenang tempat ketiga di Miss Malaysia World 1983.
Dalam temu ramahnya bersama majalah Town & Country edisi Ogos 2022, Michelle telah menyentuh mengenai pembabitannya dalam pertandingan ratu cantik satu ketika dahulu.
“Saya memang sedikit kompetitif secara semulajadi. Saya rasakan juri-juri pada masa itu ‘buta’ agaknya,” selorohnya. Ibunya, Janet lah yang mendaftarkan anak daranya itu bagi menyertai pertandingan itu dan Michelle pada waktu itu tidak begitu yakin untuk menyertainya; apatah lagi untuk memenangi gelaran Miss World Malaysia!
Tidak lama selepas itu, beliau mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 yang dilangsungkan di London. Seingat beliau pada waktu itu, beliau telah memilih gaun tradisional berona hijau keemasan.
Sehingga ke hari ini, Michelle berkata ibunya akan ‘mengambil kredit’ di atas pembabitan awalnya itu dalam dunia glamor.
“All the time! She always tells me, ‘It’s me, I created her, I gave her this,’ and I’m like, ‘Yes, Mom.’ “
Korang mesti tertanya-tanya, bagaimana pula Michelle boleh terlibat dalam dunia lakonan dari pentas ratu cantik..
Haa, setahun kemudian beliau telah muncul dalam sebuah iklan televisyen untuk jenama Guy Laroche dan ia merupakan titik-tolak utama untuknya melebarkan sayap sebagai seorang pelakon antarabangsa.
Disebabkan iklan inilah, sebuah studio produksi kecil di Hong Kong menawarkannya watak dalam projek mereka dan bak kata orang, the rest is history.
Ternyata, Tan Sri Michelle Yeoh ialah seorang figura contoh yang paling ideal kepada remaja terutamanya gadis-gadis yang bercita-cita tinggi untuk berjaya.
Berkat kesabaran, minat yang mendalam dan tidak mudah mengalah selama 40 tahun dalam dunia glamor, lihatlah di mana Michelle berdiri sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai mengadu terkena migraine. Di mana hanya sebelah kepala terasa sakit berdenyut-denyut. Tapi tahukah, apabila kepala terasa berdenyut itu, ia sudah memasuki fasa ke tiga di mana ramai tidak perasan fasa-fasa sebelumnya.
Baca penjelasan panjang lebar dari Doktor Khairul Faizie sebagaimana dikongsikannya di fbnya, Khairul Faizie.
Ada ramai patient yang datang dengan aduan “saya migraine”. Tapi bukan semua yang kata dia ada migraine tu, sebenarnya hidapi migraine. Bukan semua sakit kepala itu migraine. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri jika anda sakit kepala. Ada 1001 diagnosis lain dari brain tumour, hingga lah ke sakit kepala biasa. Hari ini, aku tulis tentang MIGRAINE HEADACHE, apa ciri-ciri nya.
Baca penerangan lengkap dari Dr Khairul Faizie mengenai migraine
Sakit kepala biasa berbeza dengan migraine kerana biasanya sakit migraine bermula dengan sebelah sahaja
Apa itu migraine?
Secara mudahnya untuk faham migraine ialah:
1- Sakit kepala yang cirinya berdenyut-denyut (throbbing pain). Sakit berdenyut-denyut ini agak kuat atau sangat kuat (bukan sakit kepala biasa, sikit sikit)
2- Lokasi sakitnya ialah hanya melibatkan sebelah kepala sahaja / one side of the head, tidak kiralah sebelah kiri, atau kanan.
3- Selain sakit kepala, migraine juga menyebabkan simptom sampingan seperti mual, muntah, mata jadi sensitif pada cahaya, jadi sensitif pada bunyi bising, dan rasa kebas kebas.
3 Perkara ini yang perlu kita faham dan perhatikan, bila datangnya sakit kepala / headache. Tiga perkara ini yang biasanya doktor akan tanya untuk bantu dalam membuat diagnosis tentang punca sakit kepala anda.
Dan setelah semua pemeriksaan berkaitan ( seperti ujian darah, EEG dan CT scan otak ) dijalankan dan di dapati normal, maka mereka yg kerap sakit kepala yang menepati 3 perkara tersebut, adalah selamat utk dikatakan mereka menghidap migraine.
Faktor keturunan? Migraine memang di ketahui ada kaitan dengan faktor keturunan. Dan kajian saintis masa kini mendapati ada unsur genetik yang memainkan peranan dalam migraine.
Peringkat umur? Sebenarnya, semua peringkat umur boleh kena migraine, termasuk kanak kanak. Cuma kes dalam kanak kanak jarang dilaporkan antara sebabnya kanak-kanak kurang memberitahu simptom mereka secara tepat.
Bagaimana migraine di diagnos? Migraine ialah penyakit yang kita diagnosed setelah semua perkara yg mungkin menyebabkan sakit kepala, di ketepikan. ( Diagnosis of exclusion). Makna nya, mungkin anda perlu jalani pelbagai test seperti ujian darah, EEG, CT scan / MRI otak, even test air tulang belakang ( lumbar puncture) untuk doktor mengesan punca sakit kepala kronik anda. Andai semua test ini negatif hasilnya dan ciri ciri sakit kepalanya menepati tiga kriteria yang di tulis di atas, maka diagnosis anda ialah Migraine headache.
Pun begitu, secara umumnya, tak semua pesakit yang disuspek migraine, perlu jalani test yang ditulis tu. Ramai yang di diagnosed based on ciri-ciri simptomnya sahaja dan dengan syarat sakit kepala mereka itu tidak diikuti simptom-simptom lain yang bahaya / warning simptom.
Tahap2 berbeza berkaitan dengan sakit kepala
Punca migraine? Sebenarnya, saintis masih tak dapat jawapan sebenar kenapa ada orang kena migraine. Namun mereka beri beberapa teori seperti perubahan kimia dalam otak dan perubahan saluran darah boleh cetuskan migraine. Dan genetik di dapati ada main peranan.
Walaupun punca kenapa wujud migraine tidak di ketahui, namun terdapat banyak faktor yang boleh datangkan attack migraine, kita panggil ” trigger factor”. Tiggers factor nya ada yang bersifat hormon, environment, physical, emotional dan juga diet pemakanan.
Kena kenal pasti trigger faktor, dan cuba elakkan. Lain orang, lain trigger faktornya.
Antara trigger factornya ialah: – datangnya haid
– stres
– terlampau gembira / murung / kerisauan ( anxiety)
– kurang rehat / kurang tidur
– faktor makanan seperti kafein, coklat, buah buahan citrus. Juga makanan yang ada tyramine seperti daging salai / smoke salmon / makanan berjeruk dan juga sesetengah jenis cheese seperti cheddar cheese.
– faktor environment seperti cahaya terang / panas, cahaya berkelip kelip eg screen TV / komputer, bunyi bising, bauan yang kuat / mengganggu, perubahan cuaca.
Kesakitan melampau ketika migraine membuatkan individu biasanya gagal mengawal emosi di mana dari rasa ceria ia mungkin boleh menimbulkan rasa ketegangan
Fasa–fasa migraine: Sebenarnya, ada empat fasa dalam migraine attack. Namun tak ramai penghidap migraine sedar akan fasa-fasa ini dan majoriti hanya sedar fasa sakit kepala tu je (fasa ke tiga). Penting untuk memahami fasa-fasa migraine ini. Sebab ia akan banyak membantu anda dalam mengawal migraine.
Fasa 1 : Prodrome Ini ialah fasa permulaan / awal dalam attack migraine anda. Ia boleh berlangsung untuk beberapa jam, atau kadangkala hari. Dipanggil juga fasa ‘ pre- headache’ sebab fasa ini berlaku sebelum tibanya simptom sakit kepala. Sekitar 30 % – 40% penghidap migraine akan alami fasa 1 ini.
Antara simptom Fasa 1 ialah: – sakit leher
– rasa penat
– food craving
– mengantuk atau menguap berlebihan
– sembelit atau cirit
– sukar untuk fokus
– rasa sukar utk bertutur / hilang punca perkataan
– perubahan mood seperti rasa murung, rasa resah
Fasa 2 : Aura Sekitar 20 – 25 % penghidap migraine akan alami fasa Aura ini.
Apa maksud aura? Secara mudahnya, aura ini ialah perasaan / rasa yang tidak real, tidak benar benar berlaku.
Ada 2 jenis aura yang biasa di alami oleh pesakit migraine.
Auditory Hallucination dan Visual Hallucination.
Antara simptom Fasa 2 / simptom aura ialah:
– Dengar bunyi yang sebenarnya tidak wujud ( auditory hallucination)
– Nampak perkara yg tidak wujud ( visual hallucination ) seperti nampak flashes of light, nampak wavy lines / garisan beralun, dan juga boleh tidak nampak/ jadi blurred vision, walhal mata& penglihatan sebenarnya normal.
– Vertigo, iaitu perasaan rasa berpusing ( bukan pening)
– Simptom allodynia, iaitu jadi sensitif kepada sentuhan, contohnya orang sentuh kulit kita, kita rasa sakit..ataupun kita letak tangan atas sofa, lengan tu rasa sakit.
Fasa 3: Headache
Ini lah fasa yang majoriti penghidap migraine rasa.
Ajaib nya, ada kes yg mana penghidap migraine tidak alami fasa 3 ini. Makna nya mereka tidak sakit kepala ! Ini dipanggil migraine aura without headache.
Simptom sakit kepala dalam fasa 3 ni di cirikan sebagai:
– sakit berdenyut-denyut
– sakit pada sebelah kepala
– sakit kadangkala berubah dari kiri ke kanan kepala / vice versa
– tempoh sakitnya antara 4 jam ke 72 jam
( bagi sakit kepala berterusan > 72 jam, sila segera ke hospital).
-sakit kepala yang menjadi makin teruk bila buat aktivit fizikal.
– rasa sakit kepala mungkin merebak sakitnya ke bahagian gigi, mata, kawasan sinus ( sebab penglibatan saraf trigeminal di muka).
– rasa mual / muntah
– sakit kepala yg makin meningkat bila ada bauan ( osmophobia), bila ada bunyi ( phonophobia) dan pada cahaya ( photophobia).
Sakit kepala akibat migraine bukan main-main malah ada mereka yang mengalami mengalami kemalangan kerana ketika berlaku sedang memandu
Fasa 4: Postdrome Fasa 4 ni ramai tak sedar mereka alami. Mereka describe rasa lesu / letih lepas sakit kepala migraine. Sebenarnya., itu semua ialah simptom2 fasa 4 ini.
Antara simptom Fasa 4 ialah:
-keletihan
– mood jadi rendah / hilang mood
– sukar beri tumpuan
– sukar buat keputusan
Jenis Jenis Migraine 1) Migraine with aura
Iaitu migraine yang ada simptom aura ( Fasa 2 ) seperti yg dijelaskan.
2) Migraine without aura
Iaitu migraine yg paling ramai alami. Tiada sebarang warning signs ( simptom aura) yg datang sebelum sakit kepala.
3) Migraine aura without headache
Iaitu migraine yang hanya ada simptom aura, tapi tiada simptom sakit kepala.
Maka, fahami dulu penerangan ringkas yang aku tulis ini tentang MIGRAINE, supaya anda ada idea tentang apa itu migraine, dan tidak anggap semua sakit kepala = migraine.
Insya Allah, dalam tulisan berikutnya, aku akan tulis tentang rawatan migraine .
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah perkahwinan anak saudara mendiang Puteri Diana ini mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana dia seorang anak saudara kepada figura terkenal, tetapi dia juga merupakan seorang yang dikenali ramai dek statusnya yang datang dari keluarga bangsawan selain aktif dalam dunia glamor sebagai seorang model dan jurucakap kepada jenama-jenama terkenal.
Ketika hari perkahwinannya dengan Michael Lewis, majlis yang berlangsung selama tiga hari itu memperlihatkan beliau menggayakan busana-busana indah hasil rekaan duo pereka Dolce & Gabbana.
Why Dolce & Gabbana? Sebab wanita berusia 30 tahun ini merupakan jurucakap global dan juga model untuk jenama ini. Bertuah sungguh badan!
Jom kita lihat busana-busana indah rekaan Stefano Gabbana dan Domenico Dolce untuk ratu sehari ini.
.
.
.
.
.
Kenapa pula Lady Kitty Spencer tidak mengenakan Tiara The Spencer yang merupakan warisan turun temurun keluarga bangsawan Spencer?
Tiada penjelasan kukuh yang diberikan namun mengikut laporan Page Six, beberapa individu dari golongan bangsawan British membuat spekulasi yang mengatakan dia mengambil keputusan itu kerana untuk menghentikan rasa kurang selesa kematian Diana yang dekat dengan waktu perkahwinannya. Dan kemungkinan kegagalan perkahwinan ibu bapanya turut menyumbang kepada keputusan tersebut.
Sumber gambar: Instagram German Larkin, Dolce & Gabbana, Kitty Spencer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!