Viral di media sosial tentang penyakit Polio setelah selama 27 tahun negara kita bebas daripada virus ini.
Terbaru, seorang bayi yang berusia 3 bulan disahkan dijangkiti virus tersebut akibat mengalami demam diikuti lemah anggota badan. Pihak hospital telah mengesahkan bayi dari Sabah itu dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1).
Hasil ujian pengesahan dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Makmal Serantau Polio di Australia, virus itu mempunyai kaitan genetik dengan virus polio dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di Filipina. (Harian Metro)
Apa itu polio?
Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa itu polio. Menurut myhealth.gov.my, polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat. Virus ini lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian. Jangan tak tahu, virus ini juga boleh menjangkiti orang dewasa.
Agen penyebab: Poliovirus jenis 1, 2 dan 3 (genus Enterviruses). WPV jenis 2 telah dibasmi semenjak tahun 1998.
Ads
Cara jangkitan: Berlaku dari orang ke orang melalui transmisi faecal-oral. Ini bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti. Namun, wabak polio jarang berlaku disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar kerana 95% kes yang dijangkiti tidak akan mengalami gejala.
Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.
Tempoh pengeraman: 7 hingga 14 hari sebelum gejala timbul. Ia boleh berlaku seawal 3 hari.
Simptom polio
Ads
⦁ Sebanyak 95% kes tidak menunjukkan gejala dan tubuh membentuk antibodi memberi perlindungan sepanjang hayat
⦁ 5% lagi menunjukkan tanda dan gejala selesema dan kemudiannya pulih semula
⦁ Kurang dari 1% kes yang dijangkiti virus polio menyebabkan penyakit lumpuh yang menjejaskan sistem saraf
⦁ Tanda dan gejala ringan yang terdapat dalam 5% pesakit yang dijangkiti adalah demam, malaise (letih dan lesu), sakit kepala, loya dan muntah
⦁ Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Pesakit akan mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang.
⦁ Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan
Komplikasi & Rawatan
Komplikasi yang berlaku bukanlah sesuatu yang biasa. Otot pernafasan dan/atau otot menelan menjadi lumpuh sehingga boleh mengancam nyawa. Kelumpuhan anggota badan adalah kekal.
Tiada rawatan khusus tetapi rawatan diberikan semasa fasa akut sehingga ke peringkat komplikasi lumpuh. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan. Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.
Apa yang korang boleh buat untuk mencegah daripada jangkitan polio adalah seperti berikut:
⦁ Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas
⦁ Pastikan sanitari baik, gunakan tandas dengan sistem kumbahan yang baik
⦁ Didihkan air minuman atau minum air yang dibotolkan atau air berkarbonat. (pastikan pembalut penutup botol tidak rosak)
⦁ Makan makanan yang tidak memerlukan banyak pengendalian. Kupas kulit buah-buahan. Elakkan salad atau ulam-ulaman (sayuran yang tidak dimasak)
⦁ Memakan hidangan bufet sebaik sahaja dihidang
⦁ Elakkan makan makanan berbungkus yang dijual di tepi jalan
Jangan ambil mudah tentang penyakit ini, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah mempunyai anak. Pastikan anak-anak menerima polio (IPV) yang lengkap iaitu ketika bayi berumur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan imunisasi tambahan ketika bayi berumur 18 bulan.
Program Imunisasi Kebangsaan adalah percuma untuk warganegara dan boleh didapati di semua klinik kesihatan. (Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan kemas kini angka mangsa Covid-19 di Malaysia yang meningkat kepada 16 orang, satu lagi perkhabaran mengejutkan diterima melibatkan influencer remaja terkenal, Cupcake Aisyah dan keluarganya.
Ia berkenaan abang kepada Aisyah iaitu Hakim Razip yang disahkan positif Covid-19 pada hari ini.
Berita itu dikongsikan oleh ibu Aisyah dan Hakim yang mesra dikenali sebagai Mama Sue menerusi paparan Instagram Story.
Pinta beliau agar ramai yang akan mendoakan kesejahteraan Hakim agar kembali pulih dan sihat sejahtera.
“Saya tidak tahu jika saya boleh berhadapan dengan perkara ini seorang, tetapi saya perlu tabah dan kuat untuknya (Hakim).
“Ma rindu dengan Hakim. Sejak dia pulang dari London, saya tak berpeluang untuk cium dan peluknya. Sorry Ma tak dapat melawat Hakim (untuk masa ini) Be strong okay,” catit beliau.
Aisyah dan Hakim mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur apabila universiti di sana ditutup akibat penularan Covid-19. Malah ramai pelajar Malaysia di UK yang pulang ke tanah air atas nasihat universiti masing-masing.
*
Sementara itu, penumpang pesawat Emirates Airlines (EK006) yang dinaiki oleh Aisyah dan Hakim dari London ke Dubai dan pesawat Emirates Airlines (EK342) dari Dubai ke Kuala Lumpur diminta agar melakukan pemeriksaan kesihatan pada kadar segera.
Pesanan ini turut dikongsikan oleh vlogger, Athisha Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti, Noor Neelofa. Menerusi akaun Twitter-nya, Athisha turut memaklumkan bahawa dia berada dalam penerbangan EK342 sama seperti Aisyah dan Hakim.
Lantas, dia segera melakukan pemeriksaan dengan doktornya sebaik saja mengetahui tentang keadaan Hakim yang disahkan positif.
*
Kami di REMAJA turut berdukacita dengan perkhabaran ini. Be strong Aisyah & family. Semoga Hakim segera pulih seperti sedia kala.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi kes kematian telah dilaporkan sebentar tadi dan ini menjadikan keseluruhan kes kematian pesakit COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 15 orang.
Menteri Hal Ehwal Agama sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan melibatkan prosedur menguruskan jenazah pesakit COVID-19 yang beragama Islam dan bukan Islam. Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad, jenazah hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.
Hal ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Hasrul Rizwan yang telah berkongsi cara pengurusan jenazah yang ditayamumkan.
Dapat hebahan dari hospital buat semua pengurus jenazah lantikan hospital untuk mandi jenazah pesakit COVID-19 mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD). Kalau dah masuk dalam body bag ni, hanya Munkar dan Nankir ja la yg mampu buka pun. Moga kita dijauhkan dari wabak nahare ni. pic.twitter.com/gH9ra1lkFy
Semoga perkongsian ini memberi pengajaran buat kita semua dan tolonglah patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan agar rakyat Malaysia dapat menghentikan penularan wabak COVID-19.
Hari ini dunia dikejutkan dengan kejadian yang menyayat hati apabila 129 orang (setakat berita ditulis) telah didapati maut dalam kejaian rusuhan akibat ketidakpuasan hati keputsan bola sepak.
Pelawanan yang berlangsung di antara dua kelab bola sepak tersebut tercetus apanila penyokong Arema FC meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas kepada Persebaya Surabaya dengan jumlah gol 2-3.
Ini merupakan kekalahan pertama kelab itu kepada musuh tradisi mereka sejak lebih dua dekad. Dek kerana kekacauan yang berlaku, polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan ada penyokong mengalami sesak nafas.
Paling penyedihkan, menurut laporan terkini lebih 129 maut. Menyentuh tentang isu yang meragut lebih 129 nyawa, pengacara popular Indonesia, Najwa Shihab berkongsi rasa di laman Instagram.
“Satu kehidupan terlalu banyak, terlalu banyak. Terutamanya ini. Penilaian, penilaian, penilaian. klise? Jelas sekali klise jika penilaiannya hanya dangkal. Lebih-lebih lagi jika reaksi hanya kepada liga yang berhenti seketika. Maka ia diteruskan seperti biasa, seolah-olah semuanya baik-baik saja, hanya kerana ia telah mengeluarkan sekatan, sekatan dan sekatan.
“Tidak ada penilaian jika tindak balas hanya menyalahkan dan menghukum mereka yang paling terdedah, tidak menyentuh pihak berkuasa langsung, dan berakhir dengan ucapan takziah.
“Ratusan nyawa yang terkorban adalah tragedi yang luar biasa. Ini bukan lagi tragedi bola sepak Indonesia, ini sudah menjadi tragedi bagi bangsa Indonesia. Langkah luar biasa mutlak telah diambil oleh semua pihak berkuasa tertinggi di negara ini untuk menghukum mereka yang bersalah, merombak apa yang mesti dirombak.
“Ayat ini tanggungjawab bersama bermaksud tiada siapa bertanggungjawab. Menyiratkan keinginan untuk lepas tangan. Jadi mari kita kawal bersama. Tragedi ini mesti disiasat dengan teliti. Takziah kepada semua mangsa di Kanjuruhan. Hati dan perasaan saya bersama semua keluarga yang ditinggalkan,” tulisnya.
Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila salah seorang penyokong Arema FC tidak berpuas hati dan meluru ke arah pemain untuk meluahkan kekecewaan. Ekoran tindakannya itu, penyokong lain turut turun menyerbu ke padang sehingga menimbulkan kekecohan.
Ketika ini, team Najwa di Narasi News Room telah berkolaborasi dengan beberapa organisasi media lain untuk mengumpul bukti. Mereka melancarkan kempen untuk memohon foto dan juga video yang mungkin dirakam oleh penyokong bola sepak yang berada lokasi kejadian bagi membantu penyiasatan tragedi tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!