Pasangan suami isteri ini antara yang sering mendapat perhatian masyarakat. Baru saja melahirkan anak ketiga pada 1 Mac lalu, hari ini pelakon Datin Seri Zizie Izette dan suaminya, ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra), empat tahun lalu.
Pastinya berita sebegini amat mengejutkan masyarakat. Sejak dua hari lepas di mana keduanya dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan menerima rasuah, di media sosial rata-rata peminat-peminat meminta pasangan ini bersabar di atas ujian Allah.
Pagi ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Bung Mokhtar, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Bung Mokhtar dan isteri, Zizie didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM2.8 juta namun keduanya mengaku tidak bersalah. Gambar Malaysiakini
Bung Mokhtar yang berada di dalam kandang tertuduh itu berkata, “Saya mengaku tidak bersalah dan ingin bicara.”
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Bung Mokhtar didakwa sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad telah secara rasuah memperoleh wang suapan keseluruhan RM2.8 juta melalui isterinya Zizie Izette, 41, sebagai upah mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Kesemua wang itu diberi oleh dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad iaitu Madhi Abdul Hamid, 38, dan Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) yang mana akaun itu di bawah nama Zizie Izette.
Ads
Kesemua kesalahan itu dilakukan di Public Bank Berhad cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melewati, Kuala Lumpur, antara 12 hingga 19 Jun 2015.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (akta 694) yang boleh dihukum mengikut subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan ikat jamin RM100,000 kepada tertuduh dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Datuk K Kumarendran yang mewakili tertuduh tidak membantah jumlah ikat jamin yang dikenakan termasuk syarat pasport itu.
Ads
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes dan pasport milik tertuduh diserahkan sehingga kes selesai. Sumber : HARIAN METRO
Pasangan suami isteri ini yang didakwa hari ini selepas didakwa menerima suapan RM2.8 hasil pelaburan FELCRA ke unit amanah Public Mutual Berhad
Sementara itu,MALAYSIA KINImelaporkan isterinya, Zizie Izette A Samad turut didakwa dengan tiga pertuduhan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Dia didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ads
Zizie mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Hakim kemudian menetapkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasportnya harus diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Azura menetapkan 10 Jun sebagai sebutan semula dan kes akan dibicarakan secara bersama dengan kes suaminya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitupun, hayatnya hanya bertahan selama dua bulan sahaja apabila saluran BBC melaporkan pesakit bernama David Bennett itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 8 Mac 2022.
Difahamkan, David yang telah berusia 57 tahun selamat menjalani pemindahan jantung haiwan itu secara genetik yang disebut sebagai xenotransplantation di sebuah hospital dekat Amerika Syarikat. Biarpun ia berlangsung dengan jayanya, keadaan kesihatan David mula merosot beberapa hari sebelum pembedahan susulan dilakukan.
David sebelum ini telah didedahkan dengan risiko-risiko yang bakal beliau hadapi disebabkan pembedahan genetik seperti ini.
Dia juga diberitahu bahawa pembedahan ini merupakan ‘satu tembakan dalam gelap’. Sama ada ia mengena atau tidak, semuanya bergantung kepada takdir.
Kata pakar bedah yang melakukan pemindahan jantung tersebut iaitu Dr. Bartley Griffith, “Beliau terbukti sebagai pesakit yang berani dan sanggup berjuang sehingga ke pengakhirannya.”
Disebabkan Krisis Kekurangan Organ
Terdahulu, pakar sains dan perbuatan tertarik dengan pembedahan satu dalam sejuta ini kerana mereka diyakinkan bahawa dunia kini selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ di pusat perubatan.
Penggunaan organ haiwan menerusi pembedahan xenotransplantation ini dikatakan mampu memenuhi permintaan setelah ia sekian lama dipertimbangkan.
Ini kerana data yang dikemukakan menunjukkan kira-kira 17 orang di Amerika Syarikat meninggal dunia pada setiap hari sementara menunggu giliran pemindahan organ, selain 100,000 lagi pesakit berada dalam senarai menunggu.
Kata mereka lagi, pemilihan injap jantung haiwan seperti khinzir ini adalah perkara biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang membesar sekitar 90-an pasti akan mengenali boyband tempatan yang terkenal seperti Kumpulan A To Z, Newboyz, QFace dan KRU. Tidak terkecuali juga dengan kemunculan Kumpulan Boboy yang muncul pada penghujung 1990-an dengan membawakan muzik bergenre pop rock.
Mesti teruja kan apabila salah seorang dari ahli kumpulan Boboy, Naqiu yang merupakan vokalis kumpulan ini mengumumkan menyertai pertandingan rancangan realiti hiburan paling popular Gegar Vaganza musim keenam (GV6)
Percaya atau tidak, sekitar 2001 merupakan zaman kegemilangan mereka sehingga jadual mereka begitu ketat dimana mereka pernah mencatat rekod persembahan sehingga 4-5 kali sehari. Album pertama kumpulan Boboy iaitu Episod Cinta turut mendapat kutipan melebihi 30,000 unit.(sumber NSR records)
Kumpulan Boboy yang terdiri daripada 5 orang anggota iaitu Bob, Along, Zul, Shah dan Naqiu begitu popular suatu ketika dahulu. Bukan sahaja dengan lagu-lagunya yang popular, malah rupa paras mereka dan style rambut belah tengah yang tengah ‘in’ ketika itu sentiasa menjadi sebutan di bibir peminat. Kiranya masa tu ni antara muka yang boleh buat ovari gadis-gadis meletup la tau.
Tapi kemana Naqui menghilang dari dunia muzik tempatan selama 14 tahun ini?
Sebenarnya, Naqiu bersama tiga lagi anggota asal kumpulan berkenaan pernah muncul dengan single berjudul Hukum Aku, sebagai isyarat kemunculan semula mereka namun lagu itu tidak mendapat sambutan ramai.
Menyanyi Di Kelab Malam
Begitupun, kegemilangan mereka tidak bertahan lama apabila nama kumpulan itu bagai pudar selepas kemunculan album ketiga, Masih Mencari, pada 2005.
Namun bagi penyanyi utamanya, Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33, perjalanan seninya tidak terhenti di situ apabila beliau terus aktif menyanyi walaupun bukan di arus perdana seperti zaman kemasyhurannya dulu namun beliau aktif menyanyi di kelab malam.
Naqiu kini juga sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Untuk rekod, GV musim pertama telah dimenangi oleh Ayai (Ilusi) dan diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4) dan Noryn Aziz (GV5). Tak sabar rasanya nak dengar suara naqiu di pentas GV6…
Sumber : Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini sedang mengalami gangguan elektrik sejak pukul 12.39 tengah hari tadi.
Menurut Facebook TNB Careline, gangguan ini melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan. Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota. Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Kelang.
Walau bagaimanapun, bekalaan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang. Punca kejadian masih lagi dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
Tanda pagar #Blackout juga menjadi tular di laman Twitter dan rata-rata warganet turut berkongsi kejadian blackout yang berlaku di kawasan mereka.
Jangan risau, TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.