Malam 14 Jun 2022 nyata merupakan malam milik Malaysia setelah pasukan bola sepak kebangsaan berjaya menundukkan pasukan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus menempah slot ke kejohanan Piala Asia 2023.
Ini merupakan kali pertama Malaysia layak ke pusingan akhhir Piala Asia secara merit dalam tempoh 42 tahun. Kali terakhir ia dilakukan secara merit adalah pada tahun 1980 manakala pada pusingan akhir Piala Asia 2007 pula, Malaysia beraksi kerana mendapat tiket selaku tuan rumah.
Ternyata, sokongan penyokong di stadium (dan tentunya di hadapan kaca televisyen) telah menjadi di antara faktor yang memangkin semangat pemain. Tanpa penat lelah, kelompok Ultra Malaya terus bersorak dan menyanyikan lagu semangat khas buat pemain Malaysia.
Ia secara tidak langsung menangkis kenyataan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menyifatkan sorakan penyokong boleh membuatkan pemain Harimau Malaya hilang fokus sewaktu kalah kepada pasukan Bahrain, 11 Jun lalu.
Ads
Antara kain rentang gergasi yang gigih disediakan dan diperagakan oleh Ultra Malaya.
Jika diamati secara teliti di kaca televisyen semalam, tentu ada sebahagian daripada korang yang perasan dengan kain rentang yang digantung oleh Ultra Malaya semalam. Kain rentang yang berbunyi, “Peja Jgn Sap Gam !!!” (Faizal Azumu, Jangan Hisap Gam) merupakan indikasi kepada betapa tidak masuk akalnya kenyataan Faizal mengenai sokongan Ultra Malaya.
Foto yang menunjukkan kain rentang itu juga kini telah tersebar luas di media sosial serta aplikasi pesanan mesej hinggakan ia mendapat perhatian daripada empunya badan, Faizal sendiri.
Ads
Menerusi ciapan di Twitter, Faizal memberi respon balas dengan berkata, “Nasihat yang amat baik kepada saya dana kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita.”
Terdahulu, Faizal cuba menarik balik kenyataan asalnya yang mendatangkan amarah kepada ramai pihak dengan memohon maaf atas kesilapan kata-kata.
“Sorakan dan sokongan penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini yang berlaku di negara jiran kita, apabila Lembaga Narkotik Thailand akan mengeluarkan ganja daripada senarai dadah dan membenarkan orang ramai untuk menanam tumbahan itu di rumah bagi kegunaan sendiri.
Menurut laporan Reuters, sebelum ini Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang meluluskan ganja pada tahun 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.
Kini, orang ramai boleh menanam tanaman ganja di rumah tetapi ganja berkenaan tidak boleh digunakan untuk tujuan komersil tanpa lesen lanjut. Peraturan ini perlu diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi dan perlu menunggu selama 120 hari sebelum tumbuhan ganja di rumah menjadi sah.
Kementerian Kesihatan Thailand akan membentangkan draf rang undang-undang berasingan kepada parlimen yang menyediakan butiran mengenai penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran dan penggunaan komersilnya.
Namun begitu, ganja yang ditanam sendiri perlu digunakan untuk tujuan perubatan seperti ubat herba tradisional. Kesalahan menanam ganja tanpa makluman kepada kerajaan akan dikenakan hukuman denda sehingga 20,000 baht dan menetapkan denda sehingga 300,000 baht atau tiga tahun penjara; atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menjual tanpa lesen.
Harapnya kebenaran ini tidak disalah guna dan dapat memberikan manfaat dalam dunia perubatan di Thailand. Ramai juga yang tertanya-tanya Malaysia bila lagi?
Jujurnya, masih ada yang terkeliru bagaimana untuk melaras kedudukan tepat cermin sisi kenderaan. Kadang kala, kita melaras cermin sisi mengikut keselesaan mata kita dan merasakan ianya sudah selamat kerana masih nampak kedudukan kereta di belakang.
Ada masa ketika ingin menukar lorong atau memotong kenderaan lain di lebuh raya, biasanya kita akan melihat cermin sisi dahulu dan kemudian memberi lampu isyarat untuk beralih kedudukan.
Ramai merasa yakin dengan cara itu namun di saat korang ingin mengalih kedudukan kereta dan memotong, tiba-tiba lampu tinggi (high beam) tersuluh dari arah belakang menandakan kedudukan kereta belakang sudah merapat. Jika tidak cekap masuk ke lorong semula, korang mungkin akan terlibat dalam kemalangan atau kereta dilanggar dari arah belakang.
Bagi yang masih keliru untuk melaras secara tepat kedudukan cermin sisi kereta ini, tontonlah video tik tok yang dikeluarkan oleh Auto Parts Laboratary ini. Ia sangat-sangat membantu mana-mana pemandu untuk melaras kedudukan cermin sisi pada kedudukan lebih tepat dan mengelak titik buta serta mengelak kemalangan.
Ini kerana cermin sisi kenderaan bagi pemandu mesti dapat melihat pemegang pintu dan berada di kedudukan paling bawah untuk kita melihat kenderaan datang dari belakang dengan lebih tepat. Begitu juga kedudukan cermin sisi bagi penumpang di sebelah pemandu, ianya mesti sama iaitu kita boleh melihat pemegang pintu juga.
Insya Allah, jika kedudukan cermin lebih tepat, korang bukan saja dapat melihat keduduakn kereta dari arah belakang tapi dapat melihat titik buta kenderaan dengan lebih tepat. Sharing twitter : @hazimroslan96
Setelah Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom kembali mempopularkan lagu 4 Dara nyanyian asal Noraniza Idris menerusi babak lakonannya dalam drama Kampung People 2, nampaknya dia tidak menunggu lama untuk menerima pelawaan Faizal Tahir untuk mencipta 4 Dara versi 2020.
Selain daripada Kak Lina, FT juga menampilkan rapper Zizi Kirana dalam lagu berdurasi 2 minit 30 saat ini
Sempena pelancaran video muzik rasmi 4 Dara 2020, nah kami senaraikan 4 sebab utama ia ngam!
01
Pertama sekali, FT enggan mengambil risiko untuk merakamkan video dalam musim pandemik ini. Sebaliknya dia menggunakan teknologi green screen sahaja bagi merealisasikan imej keseluruhan video ini.
The visuals though..
Kak Lina menyapu di tangga Batu Caves, kak Lina keluar sebagai billboard 3D, mereka bertiga di hadapan menara condong Teluk Intan.
Seriously, these scenes are as random as they can get, and we love it!
02
Ketiga-tiga penyanyi yang terlibat dalam penerbitan lagu dan video muzik ini nyata telah memberikan yang terbaik. FT, Kak Lina dan Zizi Kirana berjaya menghiburkan rata-rata penonton dengan aksi spontan mereka terutamanya kak Lina yang memang tak control ayu! Hehe..
Dia dan Zizi juga membuktikan bahawa mereka mampu menyanyi dengan vokal yang lancar dan sedap didengar pada bahagian masing-masing walaupun mereka lebih dikenali sebagai pelakon komedi (yang dahulunya bermula sebagai penyanyi serius) dan rapper.
03
“Haa Zizi Masokk!”
Kemunculan ayat ‘Blackpink In Your Area’ oleh Zizi Kirana berjaya untuk cairkan hati Blinks seperti kami.
Empat tiga dua satu Macam hitam merah jambu Blackpink in your area Pilih bias mana satu
04
Ingatkan dah habislah video muzik ini. Rupa-rupanya FT selitkan satu lagi elemen kelakar pada bahagian credit roll! Berlatar belakangkan pemandangan tepi jalan di Kampung Mangkuk iaitu lokasi utama dalam drama Kampung People, penonton bukan saja tertarik dengan aksi kak Lina, FT, Zizi Kirana dan Adib Hussin menari.
Malah, bahagian kredit untuk video ini juga menyerlahkan lagi kreativiti Faithful Music sebagai penerbit video ini.
Penerbit: My Chinese Friend Make Up: Sepupu Jiran Budak Prop: Tak Cukup Bajet Choreographer: Sendiri-sendiri Pengarah: Ahh Aku Tak Suka Orang Mengarah Aku
Haihh, macam-macam lah FT ni. Hehe.. apapun, kami semua memang terhibur!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!