Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Abdul Halim menjadi salah seorang daripada 17 penerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Sultan Selangor, semalam.
Ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang; Faisal atau nama sebenar Muhammad Faisal bin Abdul Halim menzahirkan rasa syukur dan terharu di atas penganugerahan itu.
Selain akan menjadi kenangan sepanjang hidup, penganugerahan itu juga katanya merupakan pembakar semangat untuknya kembali menjadi salah seorang pemain bola sepak disegani seperti sebelum insiden simbahan asid pada Mei lalu.
“Sultan Sharafuddin menyatakan supaya kerja keras, jangan putus asa dan teruskan (kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak) sebelum saya ucapkan terima kasih dan insyaAllah.
Ads
“Walaupun keadaan saya sekarang begini tapi saya terima. Ini semua takdir. Saya kena kuatkan semangat cari rezeki untuk isteri dan anak.” katanya kepada pemberita.
Penyanyi Altimet bersama Faisal Halim.
Menerusi satu kenyataan di Facebook-nya pula, pemain berusia 26 tahun itu mencatat, “Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diatas pengurniaan anugerah ini. Patik dengan rendah diri merasa penuh syukur dan terharu menerima penghargaan ini”
“Saat ini akan patik kenang selamanya dan pastinya akan menjadi satu motivasi baru untuk patik terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat semua. Daulat Tuanku.”
Faisal Halim menerima sokongan penuh daripada kelab bola sepak Selangor FC dan penaungnya, Sultan Selangor selepas menjadi mangsa simbahan asid.
Terdahulu pada 5 Mei 2024, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya sehingga menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.
Ads
Kecederaan yang dialami oleh tonggak pasukan Selangor FC dan Harimau Malaya itu menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.
Faisal kemudian tampil buat kali pertama pada 13 Jun di hadapan umum dalam sidang akhbar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mencipta sejarah tersendiri apabila bangkit tewas set pertama untuk menjuarai Kejuaraan Badminton Terbuka China di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pada Ahad.
Sze Fei-Nur Izzuddin yang juga juara Terbuka Jepun Super 750 diletakkan sebagai pilihan ketujuh memerlukan 58 minit untuk mengakhiri cabaran wakil tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu, 13-21, 21-12, 21-17.
Kejayaan beregu ranking ke-12 dunia di Kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 1000 itu juga membolehkan mereka mengulangi pencapaian legenda adik-beradik Datuk Seri Jalani-Datuk Razif Sidek muncul pasangan beregu lelaki negara terakhir menjuarai Terbuka China pada 1989.
Kedua pemain yang kini berusia 27 tahun, Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 pada aksi separuh akhir.
Sementara itu, Ji Ting-Xiang Yu pilihan kelima mara ke perlawanan akhir selepas mengetepikan satu lagi gandingan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-18, 21-11.
Kejayaan menjuarai kejuaraan Super 1000 itu membolehkan Sze Fei-Izzuddin membawa pulang AS$148,000 (RM622,361) manakala Ji Ting-Xiang Yu pula meraih AS$70,000 (RM294,360).
Kecemerlangan itu juga membolehkan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul beregu lelaki negara kedua mengungguli Terbuka China selepas kali terakhir dilakukan gandingan legenda adik beradik Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif pada 1989.
Sebelumnya, pada hujung bulan lepas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan menerima permohonan Sze Fei-Nur Izzuddin untuk bergerak secara profesional bermula 1 September.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena ulang tahun yang kelima, WonderLab dan WonderDewi baru-baru ini memperkenal siri penjagaan kulit terbaru iaitu WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica.
Kedua siri produk ini dilancarkan di ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up, The Starhill Bukit Bintang menawarkan produk dirumus istimewa untuk orang dan cuaca di Malaysia.
Barisan Produk Siri WonderLab Ageless Pre-AgeingBarisan Produk Siri WonderDewi Cica
Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab, WonderDewi, En.Hoe Kian Choon (KC Hoe), barisan produk yang baru dilancarkan ini menggariskan komitmen berterusan selain menunjukkan kebolehan mereka berinovasi dalam mencipta produk kecantikan.
“Kami menawarkan WonderLab Ageless Pre-Ageing sesuai untuk pengguna yang menginginkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi.”
“Manakala bagi siri WonderDewi Cica istimewa bagi pengguna yang lebih muda kerana ia lebih efektif dan berpatutan”
Dalam pada itu, ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up dengan tema ‘Be Iconic’ juga mengalu-alukan kemeriahan pengunjung di tengah kota Kuala Lumpur. Selain membeli belah barangan produk WonderLab dan WonderDewi, pengunjung juga boleh melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang menarik, dan membuat analisa kulit secara percuma!
Bagi penggemar kecantikan dan penjagaan kulit, anda dijemput beramai-ramai untuk singgah ke ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up, The Starhill Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 1 September ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harapan rakyat Australia untuk melihat roket buatan tempatan pertama mereka dilancarkan dengan penuh gemilang terkubur apabila ia terhempas di utara Queensland.
Roket setinggi 23 meter bernama Eris itu hanya sempat berada di udara selama 14 saat sahaja selepas dilancarkan dari Bowen Orbital Spaceport.
Percubaa pertama Australia untuk melancarkan kenderaan orbit dari bumi mereka ini dibangunkan oleh syarikat Gilmour Space Technologies dan merupakan salah satu projek penting buat industri angkasa Australia dalam lebih 50 tahun.
Menurut Gilmour Space, kesemua empat enjin hibrid pada roket itu berjaya dihidupkan. Enjinnya sempat terbakar selama 23 saat dan terbang selama 14 saat sebelum ia terjatuh berhampiran tapak pelancaran.
Namun, tiada kecederaan atau kerosakan alam sekitar dilaporkan oleh media Australia.
Biarpun berdepan kegagalan, pakar dari Australia masih melihat percubaan roket mereka untuk meninggalkan pelantar sebagai satu kejayaan. Mereka percaya, kegagalan awal adalah sebahagian daripada proses untuk berjaya dan ia merupakan proses normal yang dilalui oleh setiap organisasi angkasa di dunia.
Difahamkan, Gilmour Space kini bersiap sedia untuk melancarkan roket kedua pula dalam tempoh beberapa bulan; seiring dengan sasaran mereka untuk meningkatkan kapasiti pelancaran kepada empat roket setahun dan seterusnya, 12 roket setahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.