Di sebalik segala cabaran yang datang sejak awal kehidupan, Fahry Al-Hazim membuktikan bahawa batas fizikal bukanlah penentu kepada sejauh mana seseorang mampu pergi.
Dilahirkan secara pramatang dan membesar dengan kaki palsu sejak kecil, perjalanan hidupnya sudah pun bermula dengan ujian yang bukan biasa-biasa.
Namun apa yang membezakan Fahry ialah cara dia melihat kekurangan itu bukan sebagai halangan, tetapi sebagai motivasi untuk terus melangkah lebih jauh daripada orang lain.
Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, Fahry Al-Hazim mencipta pencapaian luar biasa apabila berjaya meraih 12A.
Kejayaan itu bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan akademiknya, malah turut disertai dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang sangat tinggi satu kelebihan yang jelas membuka lebih banyak peluang di masa hadapan.
Kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Ia adalah hasil usaha berterusan, disiplin tinggi serta pengurusan masa yang sangat baik.
Ads
Dalam keadaan fizikal yang mencabar, beliau tetap mampu memberi fokus sepenuhnya terhadap pelajaran dan mencapai keputusan yang membanggakan.
Huffaz Muda Dengan Hafazan 30 Juzuk
Apa yang lebih mengagumkan, dalam kesibukan mengejar kecemerlangan akademik, Fahry Al-Hazim turut menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam hidupnya. Beliau merupakan seorang huffaz yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran ketika masih berada di Tingkatan 4, lebih awal daripada kebanyakan rakan seusianya.
Proses menghafal Al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan disiplin, fokus dan komitmen yang sangat tinggi setiap hari.
Kejayaan ini membuktikan bahawa Fahry bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut memiliki kekuatan spiritual yang kukuh.
Ads
Kejayaan dalam hafazan ini jelas menunjukkan bahawa konsistensi adalah kunci utama. Dengan jadual harian yang padat, Fahry tetap mampu membahagikan masa antara pelajaran, hafazan dan aktiviti lain secara seimbang.
Atlet Paralimpik Yang Mengharumkan Nama Negara
Tidak terhenti di situ, Fahry Al-Hazim juga aktif dalam bidang sukan sebagai atlet paralimpik acara rowing. Dengan semangat juang yang tinggi, beliau berjaya melangkah hingga ke peringkat antarabangsa, sekali gus membawa nama Malaysia ke pentas dunia.
Ads
Penyertaannya dalam sukan paralimpik membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk bersaing di peringkat tertinggi. Malah, ia menjadi pemangkin untuk beliau bekerja lebih keras dan membuktikan kemampuan diri.
Dalam dunia sukan yang kompetitif, hanya mereka yang benar-benar cekal mampu bertahan. Fahry menunjukkan bahawa dengan mentaliti yang kuat, seseorang mampu mengatasi segala cabaran dan mencapai kejayaan yang luar biasa.
Dalam dunia yang sering melihat kekurangan sebagai kelemahan, Fahry Al-Hazim hadir sebagai bukti hidup bahawa dengan disiplin, ketekunan dan tawakal kepada Tuhan, tiada apa yang mustahil untuk dicapai.
Kisah ini wajar dijadikan inspirasi kepada generasi muda agar tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup. Setiap kekurangan boleh ditukar menjadi kekuatan jika disertai dengan usaha dan mindset yang betul.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jaguh karate negara, C Shahmalarani berjaya mencipta sejarahnya tersendiri apabila meraih kemenangan pingat perak dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram pada Kejohanan Karate Asia (AKF) 2025 yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan, pada Ahad lalu.
Apa yang lebih menarik, pencapaian beliau itu juga telah menamatkan penantian 13 tahun buat Malaysia untuk merangkul pingat perak dalam disiplin kumite.
Walaupun begitu, hasrat atlet remaja berusia 26 tahun itu untuk menghadiahkan emas tidak kesampaian selepas tewas 1-7 kepada wakil tuan rumah Gulshan Alimardanova dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan Yunusobod.
Kredit foto: World Karate Federation
“Pingat ini sangat peribadi bagi saya. Ia lebih daripada sekadar kemenangan ini adalah satu pencapaian besar”
“Orang kata jatuh tujuh kali, bangkit lapan kali! Saya ambil tujuh penampilan di AKF untuk akhiri kemarau 13 tahun dan kembalikan nama Malaysia ke pentas final AKF,” katanya.
“Kejayaan ini menuntut pengorbanan besar, lima penyingkiran awal yang mendidik saya tentang kesabaran, ketabahan dan terus berusaha. Kini, saya akhirnya berada di tahap yang saya idamkan,” ujarnya.
Kredit foto: World Karate Federation
Pada masa yang sama, menurut Shahmalarani, kejayaan itu turut membakar semangatnya untuk terus melakar lebih banyak kejayaan demi mencipta legasi dalam sukan karate.
“Saya tidak akan berhenti di sini. Saya mahu terus mencipta kejayaan demi kejayaan kerana matlamat utama saya adalah meninggalkan legasi bermakna dalam sukan ini,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kali terakhir Malaysia meraih pingat perak dalam acara kumite adalah menerusi R. Loganesha Rao dalam kategori lelaki bawah 55 kilogram pada edisi 2012 di Tashkent.
Manakala, pingat emas terakhir pernah diraih oleh Mohd Hatta Mahamut dalam kategori bawah 84 kilogram pada edisi 2011 di Quanzhou, China.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik pejam celik lagi 21 hari kita bakal menyambut Syawal yang juga amat ditunggu-tunggu kerana itulah hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Pasti ramai yang excited nak buat kuih raya bagi menjimatkan kos pembelian. Kalau nak senang dan cepat, tunjuk saja dan keluarkan duit. Tapi rasanya mungkin tidak sesedap air tangan sendiri.
Jadi, buat korang yang kali pertama nak tunjuk bakat buat kek dan biskut untuk raya ni, jom kenali jenis-jenis Buttercup yang menjadi penyedap bahan kek dan biskut selama ini.
Pastinya ramai tidak menyangka buttercup ini ada jenis-jenisnya. Ingatkan semuanya sama, rupanya berbeza.Hahaha.
Baca perkongsian di fb yang dibuat oleh Dapur Cik Dayang ini.
INFO BUTTERCUP
Nak dekat Ramadhan dah, lepas tu nak raya pulak. Mesti ramai yang dah plan nak buat biskut raya atau kek kan? Biasanya antara produk pilihan ramai ialah marjerin jenama BUTTERCUP.
Tapi korang perasan tak Buttercup tu didatangkan dalam beberapa jenis packaging? Selama ni mak ingatkan semua tu isinya serupa je, rupanya tidak! Mak baru tau, kegunaannya pun sebenarnya berbeza-beza.
Okay pada yang belum tau, meh mak kongsikan ya, ini adalah info dari salah seorang kakitangan Bake With Yen cawangan Kota Damansara, dan info ini pula menurutnya, datang dari pihak Buttercup sendiri.
BUTTERCUP KETUL:
– Sesuai untuk sapuan roti.
– Sesuai untuk biskut.
– Tidak sesuai untuk kek, sebab kek akan jadi kering, berderai bila dipotong.
BUTTERCUP TONG :
– Sesuai untuk kek
– Sesuai untuk biskut
BUTTERCUP TIN :
– Sesuai untuk kek
– Sesuai untuk masakan
– Tak sesuai untuk biskut, sebab ia masin
Ringkasannya:
Kek – tin/tong
Biskut – ketul/tong
Masakan – tin
Jadi, katalah nak raya ni kita nak guna marjerin Buttercup untuk buak kek dan biskut, tak guna sangat untuk masak-memasak, maka kita belilah yang jenis dalam tong je.
Happy shopping! Happy baking!
Kredit info:
Ida Sumie #MidnightBakery
Bukan agent Buttercup
Boleh kongsikan kepada kawan-kawan. Semoga bermanfaat
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun kita masih beraya tahun ini dalam norma yang berbeza seperti biasa disababkan pandemik. Namun, raya tetap raya, dan tak lengkaplah hari raya kita semua tanpa pelbagai hidangan kuih raya di atas meja.
Sebab tulah selalunya masuk minggu pertama Ramadan je dah ada yang mula sibuk nak order macam-macam kuih raya kan?
Apa kata tahun ini, kita cuba pula buat kuih raya sendiri dengan resipi mudah menggunakan coklat! Resepi biskut raya dua bahan ini dikirim oleh Mashitah Amin di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.., dan mendapat 9.3 ribu perkongsian.
‘Coklat Badam Crunchy’
Sangai badam sampai perang dan sejukkan.
Cairkan coklat.
Masukkan badam dalam coklat yang dah cair, gaul dan masukkan dalam acuan kemudian sejukkan.
2. Coklat Fruit And Nut
Sangai kekacang sampai perang dan sejukkan.
Cairkan coklat (coklat beryl’s milk compound).
Masukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam coklat yang dah cair, gaul
Masukkan dalam acuan kemudian sejukkan dan potong.
Jangan risau dengan resepi biskut raya yang mudah ini, korang boleh buat sendiri biskut raya tanpa perlu risau tiada ketuhar. So guys, apa tunggu lagi.
Kisah SPM 2025 pelajar Korea Selatan, Kim Na Eun yang memperoleh 10A+ di SMK St Columba, Miri menjadi inspirasi tentang disiplin, usaha dan kejayaan luar biasa pelajar antarabangsa di Malaysia.