Walaupun kita masih beraya tahun ini dalam norma yang berbeza seperti biasa disababkan pandemik. Namun, raya tetap raya, dan tak lengkaplah hari raya kita semua tanpa pelbagai hidangan kuih raya di atas meja.
Sebab tulah selalunya masuk minggu pertama Ramadan je dah ada yang mula sibuk nak order macam-macam kuih raya kan?
Apa kata tahun ini, kita cuba pula buat kuih raya sendiri dengan resipi mudah menggunakan coklat! Resepi biskut raya dua bahan ini dikirim oleh Mashitah Amin di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.., dan mendapat 9.3 ribu perkongsian.
‘Coklat Badam Crunchy’
Ads
Sangai badam sampai perang dan sejukkan.
Cairkan coklat.
Masukkan badam dalam coklat yang dah cair, gaul dan masukkan dalam acuan kemudian sejukkan.
Masukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam coklat yang dah cair, gaul
Masukkan dalam acuan kemudian sejukkan dan potong.
Jangan risau dengan resepi biskut raya yang mudah ini, korang boleh buat sendiri biskut raya tanpa perlu risau tiada ketuhar. So guys, apa tunggu lagi.
Isu pengambilan vaksin Covid-19 menjadi perdebatan antara individu yang tidak percaya akan vaksin tersebut. Terdapat ramai juga kumpulan anti-vaksin yang mempertikaikan tujuan kerajaan yang mewajibkan pengambilan vaksin tersebut.
Namun kini bagi mereka yang beragama Islam, pengambilan vaksin tersebut adalah wajib jika mahu menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada tahun ini. Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menggariskan peraturan hanya mereka yang telah divaksin sahaja boleh melakukan ibadah haji tahun ini.
Menurut agensi Reuters, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara peraturan utama yang ditetapkan kepada para jemaah haji bagi mencegah penularan virus Covid-19.
Tahun lalu, hanya 1’000 jemaah haji yang tinggal di negara itu sahaja boleh menunaikan ibadah haji lantaran penularan virus Covid-19. Setakat ini Arab Saudi telah menyaksikan sebantak 378,002 kes positif Covid-19 dengan 368,926 orang pulih dari virus itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gelanggang angkat berat Tokyo 2020 menjadi lokasi istimewa buat negara Filipina setelah atlet wanitanya menuai pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Filipina di Sukan Olimpik.
Hidilyn Diaz yang juga bertugas sebagai anggota wanita Tentera Udara Filipina mencatatkan angkatan terakhir 127 kilogram bagi mengatasi pemegang rekod dunia dari China, Liao Qiuyun dalam kelas 55 kg wanita.
Kejayaannya ini memberikan kejayaan manis buat Filipina setelah dia puas berkorban selama ini demi memenangi pingat tersebut. Seperti Malaysia, Filipina juga dahagakan pingat emas pertama setelah mereka mulai menyertai kejohanan sukan terbesar dunia ini selama 97 tahun.
Pada edisi Olimpik di Rio pada tahun 2016, Diaz berpuas hati dengan memenangi pingat perak; sekaligus memecahkan kemarau pingat Filipina selama 20 tahun. Siapa sangka, kali ini Diaz kembali membanggakan Filipina pada tahap yang lebih memberangsangkan.
Menariknya, sebelum menuju ke Tokyo, Diaz terlebih dahulu memilih Malaysia sebagai medan latihannya bermula Februari 2020.
Ia demi memastikan konsentrasi atlet ini persiapan fizikal dan mentalnya. Sudah tentu, situasi pandemik yang melanda negara sedikit membantutkan kelancaran latihan Diaz. Sesudah pusat gimnasium di Kuala Lumpur ditutup, latihan terpaksa dijalankan di blok pangsapuri saja.
Malah kongsi Diaz dalam sidang media selepas kemenangannya, dia perlu berhati-hati agar tidak mmecahkan lantai berjubin dengan peralatan angkat berat.
Sesudah 8 bulan di Kuala Lumpur, Diaz beralih lokasi pula ke Kampung Kesang Jaya di Jasin, Melaka yang dimiliki oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia.
Akibat sekatan pergerakan yang kembali dilaksanakan di Malaysia, Diaz akur menggunakan parkir kenderaan di sebuah rumah sebagai pusat latihan.
“Walaupun saya tidak berlatih di kampung halaman, saya mempunyai ramai kawan Filipino di Malaysia yang suda ibarat keluarga saya di sana. I feel at home in Malaysia. Saya amat menghargai mereka.
“Kepada mereka yang membantu kami di Melaka, terutamanya ketika saya berdepan tekanan dan tidak mempunyai tempat latihan, kalian tetap menyediakan gym untuk saya dalam masa singkat. Saya juga bersyukur dalam melatih kanak-kanak di sana.
“Tentunya, saya akan pulang ke Melaka untuk terus berlatih dan kekalkan prestasi saya. Dalam sukan, kita tidak boleh mudah berpuas hati selepas menang.”
“Saya masih perlu berkerja keras untuk latihan seterusnya. Melaka bagi saya adalah lokasi terbaik untuk saya kekal fokus berlatih sewaktu pandemik ini,” ulas Diaz semalam.
Lihatlah bagaimana pengorbanan boleh membuahkan keputusan hebat, guys. Orang kata, ‘hustle demi hasil’. Filipina sudah memiliki pingat emas idaman mereka, mampukah Malaysia melakukannya pada Tokyo 2020?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejarah dicatatkan oleh pasukan badminton Indonesia di kejohanan Piala Thomas pada malam ini setelah mereka menewaskan juara bertahan 2018, China dengan keputusan 3-0. Ini sekaligus membolehkan skuad Garuda menamatkan kemarau 19 tahun mereka.
Tentunya, China tidak membiarkan Indonesia menikmati jalan mudah sebelum menjulang trofi Piala Thomas apabila saingan bagi setiap perlawanan yang mereka tempuhi adalah cukup sengit dan pada satu ketika, China seolah-olah mampu untuk mencuri mata kemenangan dalam kedua-dua acara perseorangan lelaki.
Namun, Indonesia tidak mudah mengalah dan mempunyai prestasi stamina serta mertaliti yang sama hebatnya dengan China.
Kali terakhir Indonesia dinobatkan sebagai juara Piala Thomas adalah pada tahun 2002 setelah Indonesia mengenepikan Malaysia 3-2. Dengan kejayaan kali ini, Indonesia secara rasminya telah memenangi Piala Thomas sebanyak 14 kali sejak 1958.
Arena Ceres di Aarhus, Denmark juga menjadi titik tolak kepada kemaraan pemain generasi baharu Indonesia. Kebanyakan daripada pemain mereka yang yang diturunkan berusia di bawah 26 tahun.
Anthony Sinisuka Ginting, 24.
Sebagai contoh, para pemain yang berjaya menjulang Indonesia malam ini ialah Anthony Sinisuka Ginting (24 tahun), Jonatan Christie (24 tahun), Fajar Alfian (26 tahun) dan Muhammad Rian Ardianto (25 tahun).
Jonatan Christie, 24.Fajar Alfian, 26 dan Muhammad Rian Ardianto, 25.
Trend menurunkan pemain muda ini juga adalah strategi sama beberapa lagi negara yang menyertai Piala Thomas pada kali ini termasuklah Malaysia dan China.
Ini demi memberikan mereka pengalaman berharga yang boleh menjadi kelebihan bagi perlawanan Piala Thomas pada tahun hadapan.
Secara tidak langsung, ini dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam dunia sukan di mana negara seperti Indonesia, China dan Malaysia tidak lagi mengharapkan keringat ‘kuda tua’ hanya disebabkan kejayaan lampau yang pernah mereka kecapi. Peluang menurunkan atlet muda ini jelas berbaloi. Buktinya, China dan Indonesia mampu tiba ke peringkat akhir.
Skuad muda Malaysia kali ini juga telah menunjukkan semangat serta mempunyai masa depan yang cerah. Tidak mustahil mereka mampu menyinar lagi selepas ini berbekalkan peluang yang diberikan ini dan di kejohanan seterusnya.
Maxis memohon maaf susulan insiden data pelanggan yang tular di media sosial. Syarikat mengesahkan insiden terpencil, sedang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikaitkan dengan kes tersebut.