Pelakon jelita, Faezah Elai meluahkan rasa bangga dan syukur apabila anaknya kini secara rasmi bergelar seorang peguam selepas melalui istiadat penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara (Called to the Bar).

Pastinya, tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu selain dapat menyaksikan sendiri kejayaan anak selepas bertahun-tahun berusaha mengejar cita-cita.

Menerusi perkongsian di media sosial, Faezah yang jarang berkongsi mengenai kehidupan anak-anaknya memilih untuk membuat pengecualian kali ini bagi meraikan pencapaian istimewa tersebut.

Menurut pelakon itu, dia telah terlibat dalam membesarkan anaknya sejak berusia 11 tahun, sekali gus menyaksikan sendiri perjalanan pendidikannya dari Convent Kajang sehingga melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM).

Perkongsian Faezah Elai itu turut memperlihatkan betapa bermaknanya perjalanan membesarkan seorang anak sehingga berjaya mencapai impian dalam bidang yang diceburinya.

“Anak Saya Dah Jadi Peguam!” – Faezah Elai Bangga Lihat Anak Berjaya, Titip Ucapan Penuh Makna

“Jarang berkongsi mengenai anak-anak kerana saya lebih selesa menjaga privasi kehidupan mereka, tetapi hari ini saya membuat pengecualian!

“Saya telah menjadi sebahagian daripada perjalanan membesarkannya sejak dia berusia 11 tahun, dari Convent Kajang sehingga ke UM.

“Hari ini, dia secara rasmi diterima masuk ke Badan Peguam dan kini bergelar seorang peguam!” tulisnya.

Faezah Elai Bangga Lihat Anak Membesar & Berjaya

Dalam pada itu, Faezah turut meluahkan rasa bangga melihat perkembangan anaknya sehingga menjadi seorang wanita yang berjaya dalam bidang profesional.

Ads

Malah, pencapaian tersebut pastinya menjadi antara momen paling bermakna buat dirinya setelah bertahun-tahun menyaksikan perjalanan anaknya menuntut ilmu.

“Tidak dapat digambarkan betapa bangganya saya melihat dia membesar menjadi wanita seperti hari ini,” luahnya.

Bukan mudah untuk melihat seorang anak melalui pelbagai fasa kehidupan, bermula daripada zaman persekolahan sehinggalah melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Sudah tentu, setiap perkembangan dan pencapaian anak mempunyai nilai sentimental tersendiri buat insan yang membesarkannya.

Bagi Faezah Elai, peluang menyaksikan sendiri perjalanan pendidikan anaknya sehingga bergelar seorang peguam pastinya menjadi kenangan manis yang cukup berharga.

“Anak Saya Dah Jadi Peguam!” – Faezah Elai Bangga Lihat Anak Berjaya, Titip Ucapan Penuh Makna

Ads

Sempat Berseloroh Nak Saman Suami

Dalam keterujaan meraikan kejayaan tersebut, Faezah turut mencuit hati apabila sempat berseloroh menggunakan loghat Utara mengenai kerjaya baharu anaknya itu.

“The whole point of this post sebenaq nya nk habaq my daughter is a LAWYER now! So buat pasai ja, see you in court!!

“Org first dlm list saman, pak dia!! Katuk ku ngan lesung,” selorohnya.

“Anak Saya Dah Jadi Peguam!” – Faezah Elai Bangga Lihat Anak Berjaya, Titip Ucapan Penuh Makna

Kejayaan Anak Jadi Kebanggaan Keluarga

Melihat anak berjaya dalam bidang yang diminati sememangnya menjadi antara impian setiap ibu bapa.

Lebih manis apabila dapat menyaksikan sendiri perjalanan mereka sejak kecil, daripada mengenal dunia persekolahan sehingga berjaya menamatkan pengajian dan membina kerjaya sendiri.

Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, momen seperti inilah yang cukup istimewa untuk diraikan bersama keluarga.

Ads

Setiap anak mempunyai perjalanan dan cita-cita yang berbeza. Apa yang penting, mereka terus diberikan dorongan untuk berusaha serta membina masa depan dalam bidang yang diminati.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada anak Faezah Elai atas kejayaan membanggakan ini! Semoga terus cemerlang dalam dunia perundangan dan menjadi inspirasi buat generasi muda yang sedang mengejar cita-cita.

Sumber : Instagram faezahelai

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads