Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memberi penghormatan terakhir beliau kepada Sasterawan Negara, A. Samad Said di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Bangsar.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar mengenang Allahyarham sebagai seorang tokoh sastera yang banyak menyumbang kepada perkembangan seni dan budaya negara. Beliau turut mengimbas kembali hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka sejak sekian lama.

“Negara kehilangan sosok pendidik bangsa yang menumpahkan seluruh jiwa dan hayatnya kepada sastera, seni dan budaya,” kata Anwar sambil menyifatkan karya Allahyarham sebagai wadah yang mengajar masyarakat untuk lebih peka terhadap nasib insan.

“Surat-Suratmu Akan Sentiasa Terpahat Dalam Ingatan” Datuk Seri Anwar Ibrahim Kenang A. Samad Said, Sahabat Yang Setia Ketika Susah
Kredit foto: DSAI

“Surat-Suratmu Akan Sentiasa Terpahat Dalam Ingatan” Datuk Seri Anwar Ibrahim Kenang A. Samad Said, Sahabat Yang Setia Ketika Susah

Menurut beliau, hubungan mereka turut melalui detik-detik sukar apabila Allahyarham terus memberikan sokongan ketika beliau berada di penjara. “Pak Samad yang saya kenali adalah antara sahabat yang tetap setia tatkala saya terbungkam di penjara,” ujarnya.

Ads

Datuk Seri Anwar turut mengimbas bagaimana surat-surat yang dikirimkan antara mereka menjadi sumber kekuatan sepanjang melalui fasa sukar tersebut. Persahabatan berkenaan kemudiannya terus terjalin dan berkembang selepas Anwar dibebaskan.

Selain itu, beliau juga menyifatkan Allahyarham sebagai individu yang teguh mempertahankan prinsip, khususnya ketika berdepan isu berkaitan kezaliman dan perjuangan masyarakat. Karya puisi serta pandangan yang dilontarkannya turut menjadi antara medium untuk menyampaikan suara dan pemikirannya.

“Surat-Suratmu Akan Sentiasa Terpahat Dalam Ingatan” Datuk Seri Anwar Ibrahim Kenang A. Samad Said, Sahabat Yang Setia Ketika Susah

Ads
“Surat-Suratmu Akan Sentiasa Terpahat Dalam Ingatan” Datuk Seri Anwar Ibrahim Kenang A. Samad Said, Sahabat Yang Setia Ketika Susah
Kredit foto: DSAI
“Surat-Suratmu Akan Sentiasa Terpahat Dalam Ingatan” Datuk Seri Anwar Ibrahim Kenang A. Samad Said, Sahabat Yang Setia Ketika Susah
Kredit foto: DSAI

Dalam perkongsian sama, Datuk Seri Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Mereka turut mendoakan agar keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sasterawan Negara, A Samad Said Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Ads

Untuk info, keluarga serta kenalan rapat Allahyarham A. Samad Said turut hadir ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi memberikan penghormatan terakhir. Solat jenazah Allahyarham yang berlangsung pada jam 10 pagi telah selesai sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk urusan pengebumian.

Sumber: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads