Terbaru, jaguh boling remaja negara, Ethan Damien Goh melakar sejarah apabila muncul sebagai juara bagi Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 di Petaling Jaya pada Ahad.
Kejayaan tersebut diraih selepas atlet berusia 15 tahun itu mengejutkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Hafiz Zainuddin 220-180 dalam aksi final di Sunway Mega Lanes.
Dalam pada itu, ini merupakan gelaran pertamanya bersama skuad senior dan kejayaan tersebut amat sukar dipercayai kerana bersaing dengan ramai pemain berpengalaman.
Kredit foto: Kosmo
“Saya sangat teruja dapat bermain dalam perlawanan akhir. Kejayaan ini tidak dijangka, namun saya sangat bangga dengan cara saya beraksi hari ini (Ahad),” katanya.
Ads
Sehubungan itu, kejayaan tersebut membolehkan Ethan memperoleh wang besar RM50,000, manakala Hafiz meraih RM25,000 dan Luke Doyle dari Australia membawa pulang RM13,000 setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Terbuka Malaysia menarik penyertaan pemain boling bertaraf dunia termasuk Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol serta juara Jelajah PBA,Tun Hakim Tun Hasnul Azam.
Walau bagaimanapun, Ethan langsung tidak gentar dengan nama-nama besar dan kejayaan tersebut akan dikenang sebagai salah satu kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan.
Ads
Kredit foto: FB ABF OnlineKredit foto: FB ABF Online
Dalam pusingan pertama final stepladder, Hafiz menewaskan Doyle 219-182 untuk mendapatkan peluang merebut gelaran. Namun Ethan lebih awal memperagakan impiannya untuk mendahului pusingan Masters dengan jumlah lapan permainan yang hebat menerusi 1,998 jatuhan pin mengatasi Doyle (1,876) dan Hafiz (1,755).
“Saya tidak pernah melalui perlawanan stepladder seperti ini. Ia pengalaman berharga. Saya tidak dapat melakukannya tanpa keluarga, jurulatih dan semua yang telah menyokong saya.
Ads
“Sejujurnya, saya terlalu teruja dan tidak tahu apa lagi yang boleh saya katakan,” katanya.
Sekadar info, pemain kidal yang kini menuntut di Maple Leaf Kingsley International School di Putra Heights itu mewakili Sarawak dalam kejohanan tempatan. Selepas meraih kejayaan besar, Ethan memasang impian untuk menyertai pasukan kebangsaan bagi Piala Dunia Remaja di Sweden pada 15 hingga 22 Jun depan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengikut perancangan awal yang diumumkan Resorts World Genting pada Februari lalu, taman tema Genting SkyWorlds sepatutnya sudahpun sedia untuk menerima kunjungan orang ramai bermula Jun ini.
Setelah beberapa kali projek taman tema di kawasan pergunungan popular itu tergendala semasa fasa pembinaan dan persiapannya, Genting SkyWorlds secara rasminya telah hampir disiapkan!
Malangnya, rakyat Malaysia terpaksa menunggu sedikit waktu lagi sebelum berkesempatan menikmati keriangan di sana berikutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang kini sedang dilangsungkan di seluruh negara bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus menular.
Menurut sumber daripada Maybank Research*, Genting SkyWorlds dijangka dibuka kepada orang ramai pada bulan Disember 2021 apabila Malaysia sudah semakin stabil dalam menangani jumlah kes baharu Covid-19.
Namun apabila ia dibuka kelak, korang pastinya tidak sabar untuk menaiki lebih daripada 20 tarikan terbaru di sembilan buah kawasan bertema yang ditempatkan di dalam Genting SkyWorlds!
Antara yang bakal menjadi rebutan pengunjung untuk dicuba tentunya adalah coaster : Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing di Dynamic Attractions, dark ride di Night at the Museum : Midnight Mayhem, lebih ride di Invasion of the Planet of the Apes dan di zon Ice Age: Expedition Thin Ice.
Selain itu, terdapat juga zon lain yang sama menariknya seperti Eagle Mountain, Central Park, Robots Rivet Town, Studio Place, Epic, Rio dan Liberty Lane.
Pada minggu ini, Ketua Taman Tema & Pengalaman (Head of Theme Parks & Experience) Resorts World Genting, Gregory Pearn telahpun memberikan sedikit sneak peak di sekitar Genting SkyWorlds menerusi beberapa hantaran foto di Instagram Story miliknya. And we cannot help to welp, nak pergi!
(Dari Kiri) Gregory Pearn (tiga dari kiri) bersama-sama Naib Presiden Eksekutif Resorts World Genting (RWG) Datuk Edward Arthur Holloway, Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi Lee Thiam Kit serta and Naib Presiden Taman Tema, Sanjay Nadarajah. Foto: Ihsan RWG
Selain daripada ride di kawasan taman tema kering, korang juga perlula sediakan pakaian ekstra okay kerana terdapat kawasan taman tema basah dengan water rides. Selain itu, ada juga tarikan lain yang wajib dikunjungi seperti restoran bertema yang pelbagai.
Urgh lihat sajalah foto-foto yang dikongsikan beliau di atas.
Sama-samalah kita berharap agar keadaan pandemik di Malaysia akan pulih dengan segera. Takkanlah korang tak nak ke Genting SkyWorlds ini kan? Hehe..
* Maybank Research melaporkan pakar analisa Samuel Yun Shao Yang memotong jangkaan keuntungan yang akan diperolehinya daripada pembukaan Genting SkyWorlds untuk tahun 2021 disebabkan penangguhan ini. Beliau menurunkan jangkaan pengunjung ke sana pada tahun ini daripada 12 juta orang kepada 8.5 juta orang saja; kira-kira 29 peratus lebih rendah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan topeng muka menjadi satu kewajipan oleh masyarakat dunia kala ini. Namun kini, ia bukan sahaja sebagai item wajib pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara namun juga dijadikan sebagai aksesori pelengkap fesyen.
Tidak dinafikan pelbagai jenis pelitup muka ataupun face mask yang telah diperkenalkan di pasaran. Ada yang dijual pada harga mampu milik, ada juga yang mendapat sentuhan pereka fesyen. Haa, bila dah ada sentuhan designer yang membuatnya sudah tentulah harganya buat kita rasa tak masuk akal.
Bayangkan apa yang korang boleh buat dengan wang sebanyak AS$1.5 juta (RM$6.2 juta)? Boleh beli beberapa buah rumah ini di tengah bandar di Malaysia siap kereta mewah kan.
Tetapi bagi orang kaya, wang sejumlah itu hanya dibelanjakan untuk sehelai pelitup muka yang disaluti berlian dan emas sebagai perhiasan, sekali gus melindunginya daripada pendemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Majalah Bazaar dan Forbes baru-baru ini menyenaraikan lima gedung mewah menghasilkan pelitup dan perisai muka yang kini diketengahkan dalam kategori fesyen terbaru.
1. Pelitup muka rekaan Yvel.
Kredit foto: The Australian
Memang tak tercapai dek akal untuk orang biasa memilikinya.
Pelitup muka berharga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) yang ditempah oleh pembeli dari Shanghai China ini direka oleh Yvel dan diperbuat menggunakan 250 gram emas 18k karat dan dihiasi dengan 3,000 batu berlian yang menjadikan aksesori itu beratnya 210 karat. Pelitup muka ini juga mempunyai tahap penapisan udara (N99) dan dikatakan mampu memberi kepuasan tidak terhingga kepada pemakainya. Hebat bukan, sehebat harganya.
2. Pelitup muka belian oleh Jacob & C0.
Kredit foto: The Australian
Penulis terus rasa nak nyanyi lirik lagu Diamond, nyanyian Rihanna “shine bright like a diamond” bila tengok facemask ni.
Pelitup muka rekaan Jacob & Co. ini diperbuat daripada tempaan emas 18k dan dihiasi dengan 3,040 butiran belian potongan bulat yang berkilaun. Ia sangat sesuai untuk dipakai sebagai lapisan kedua yang sudah tentulah memberi jaminan perlindungan sepenuhnya.
Harganya dianggarkan AS$250,000 (RM1 juta) dan boleh dimiliki di Butik Jacob & Co, Dubai Mall.
3. Perisai atau visor LV
Kredit foto: Louis Vuitton
Gedung fesyen terkemuka yang popular dengan beg mewah Louis Vuitton (LV) tidak mahu kalah dengan penghasilan pelitup muka ini juga nampaknya. Kini muncul perisai muka yang dihasilkan oleh , Louis Vuitton (LV).
Perisai muka ini ditambah dalam koleksi pemakaian pelitup muka kerana ia memberi pelindungan menyeluruh. Lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 dalam bentuk baru dikatakan lebih `ganas` dan meragut nyawa dalam tempoh yang singkat saja.
Louis Vuitton tetap tidak lupakan `imejnya` bila menghasilkan produk terbarunya, LV dikrafkan dengan begitu berseni ukiran keemasan berwarna cokelat dan ditampikan dalam bentuk yang sangat ringan, sensitif dan perisai atau visor perlindungan terbaik mutu dan nilai.
Ia akan dilancarkan pada Oktober 2021 dan boleh diperolehi di semua buktik terpilih di seluruh dunia.
Harganya belum diumumkan dan dijangka tidak kurang daripada kadar yang dikenakan pada koleksi produk LV sebelum ini. Setaraf barangan perlindungan kesihatan termahal di dunia.
4. Black Crystal Mask oleh Christian Siriano.
Kredit foto: Christian Siriano
Manakala bagi pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Christian Siriano pula, dia mahukan rekaannya sesuai untuk dikenakan dengan semua koleksi pakaian, mampu milik dan menjadikan wanita akan `tergila-gila` mahu memiliki pelitup muka hitam yang menawan ini.
Sebab barangan itu sudah tersenarai dalam Pelitup Muka Paling Mahal, Siriano menghasilkan pelitup dikenali Black Crystal Mask (Pelitup Kristal hitam), berkilauan dengan batu permata sebagai hiasan yang menjadikan pelengkap kepada koleksi pakaian mewah.
Pelitup muka itu dilaporkan dijual dengan harga AS$595 (RM2,456) yang boleh ditempah dalam talian di Christiansiriano.com. Kena cepat kerana koleksinya terhad.
Bagaimanapun disebabkan ia lebih kepada hiasan, pelanggannya digalakkan memakai pelitup muka pada lapisan pertama dan ada yang dijual bersekali dengan pelitup ini. Agak comel juga buatannya.
5. Pelitup muka daripada sutera asli.
Kredit foto: Bijan
Tengok warnanya pun kita dah tahu ini memang didesign untuk golongan bangsawan.
Pelitup muka pilihan gedung fesyen Bijan bukan dihiasi intan berlian atau emas permata. Sebaliknya butik yang berlokasi di Beverly Hills itu memilih untuk mengeluarkan pelitup muka yang dibuat daripada kain sutera asli yang dihasilkan di Itali.
Didatangkan dalam warna elegan hitam, putih mutiara dan sempena warna label jenamanya kuning, sentuhan Bijan dinamakan sebagai Pelitup Muka Sutera Asli, paling mewah di dunia kerana diperbuat daripada kain sutera asli dan disertakan dengan kotak penutupnya bersalut sutera jacquard. Kalau diri rasa bangsawan cepatlah tempah sebab pelitup ini pun dikeluarkan terhad.
Ia dalam harga lingkungan AS$480 (RM1,974.)
Hmm….memang tak masuk akal ye harga pelitup wajah buatan designer popular ni, tapi kalau diberi pilihan kan, penulis suka idea face shield dari LV tu. Apa-apapun yang penting bukannya cantik material ataupun nilainya, tetapi keselesaan dan keberkesanan face mask tersebut melindungi nyawa kita. Betul tak?
Bagi peminat tegar dunia sukan bola sepak, sudah tentu ada yang mengenali beberapa pemain bola sepak antarabangsa beragama Islam yang bermain untuk kelab terkenal di sekitar Eropah.
Antara kelab yang memiliki pemain bola beragama Islam termasuklah kelab Liverpool FC seperti Mo Salah dan Sadio Mane.
Pada bulan Ramadan kali ini, tiada banyak perbezaan dalam rutin harian bintang bola sepak di sana. Mereka tetap meneruskan ibadah Ramadan biarpun perlawanan bola sepak berlangsung pada setiap minggu.
Cuma baru-baru ini, bintang Liverpool Sadio Mane telah mendedahkan bahawa kelabnya mengambil langkah istimewa untuk bertolak-ansur dengan pemain Muslim sepanjang Ramadan.
Menurutnya, kapten pasukan, Jordan Handerson telah bertemu dengan Jurgen Klopp dan mengemukakan cadangan kepada pengendali Liverpool itu agar kelab mengubah jadual latihan sedia ada dan memberi ruang kepada pemain Muslim berpuasa dengan lebih selesa.
Selain Mane, pemain Muslim lain yang beraksi bersama juara Eropah 6 kali itu seperti Mohamed Salah, Naby Keita dan Ibrahima Konate juga menerima baik cadangan tersebut.
Foto Via Liverpool Fc
“Tidak mudah untuk kami menjalani latihan dan pada masa yang sama, melaksanakan tuntutan agama (berpuasa). Namun sebelum Ramadan tiba, kami ada berbincang dengan kapten pasukan (Jordan Handerson) dan memintanya menyarankan kepada jurulatih supaya kami dibenarkan berlatih pada waktu pagi.
”Klopp bersetuju dan bulan Ramadan menjadi lebih mudah untuk kami. Jika anda berlatih pada waktu pagi, anda mempunyai masa lebih untuk pulang ke rumah dan berehat. Jika latihan bermula jam 2 atau 3 petang, ia akan menjadi lebih sukar,” katanya.
Foto Via The Mirror
Mane juga mendedahkan bahawa dia gembira kelab sudah melakukan segalanya untuk memudahkan pemain-pemain Muslim berpuasa dengan sebaik mungkin.
”Kami berjumpa dengan pegawai nutrisi, Mona Nemmer dan beliau memberi bimbingan agar kami dapat berpuasa tanpa sebarang masalah,” katanya.
Ternyata, persetujuan Klopp untuk memberi keloggaran tidak disia-siakan oleh Sadio Mane dan rakan-rakan Muslim lain apabila mereka kekal memberikan yang terbaik di atas padang dan mempersembahkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pembedahan laparoskopi PMX berjalan lancar bagi merawat para-umbilical hernia. Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjalani fisioterapi dan proses pemulihan.