Terbaru, jaguh boling remaja negara, Ethan Damien Goh melakar sejarah apabila muncul sebagai juara bagi Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 di Petaling Jaya pada Ahad.
Kejayaan tersebut diraih selepas atlet berusia 15 tahun itu mengejutkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Hafiz Zainuddin 220-180 dalam aksi final di Sunway Mega Lanes.
Dalam pada itu, ini merupakan gelaran pertamanya bersama skuad senior dan kejayaan tersebut amat sukar dipercayai kerana bersaing dengan ramai pemain berpengalaman.
Kredit foto: Kosmo
“Saya sangat teruja dapat bermain dalam perlawanan akhir. Kejayaan ini tidak dijangka, namun saya sangat bangga dengan cara saya beraksi hari ini (Ahad),” katanya.
Ads
Sehubungan itu, kejayaan tersebut membolehkan Ethan memperoleh wang besar RM50,000, manakala Hafiz meraih RM25,000 dan Luke Doyle dari Australia membawa pulang RM13,000 setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Terbuka Malaysia menarik penyertaan pemain boling bertaraf dunia termasuk Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol serta juara Jelajah PBA,Tun Hakim Tun Hasnul Azam.
Walau bagaimanapun, Ethan langsung tidak gentar dengan nama-nama besar dan kejayaan tersebut akan dikenang sebagai salah satu kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan.
Ads
Kredit foto: FB ABF OnlineKredit foto: FB ABF Online
Dalam pusingan pertama final stepladder, Hafiz menewaskan Doyle 219-182 untuk mendapatkan peluang merebut gelaran. Namun Ethan lebih awal memperagakan impiannya untuk mendahului pusingan Masters dengan jumlah lapan permainan yang hebat menerusi 1,998 jatuhan pin mengatasi Doyle (1,876) dan Hafiz (1,755).
“Saya tidak pernah melalui perlawanan stepladder seperti ini. Ia pengalaman berharga. Saya tidak dapat melakukannya tanpa keluarga, jurulatih dan semua yang telah menyokong saya.
Ads
“Sejujurnya, saya terlalu teruja dan tidak tahu apa lagi yang boleh saya katakan,” katanya.
Sekadar info, pemain kidal yang kini menuntut di Maple Leaf Kingsley International School di Putra Heights itu mewakili Sarawak dalam kejohanan tempatan. Selepas meraih kejayaan besar, Ethan memasang impian untuk menyertai pasukan kebangsaan bagi Piala Dunia Remaja di Sweden pada 15 hingga 22 Jun depan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang nenek membaca surah Yasin ketika sedang menunggu cucunya yang sedang menduduki peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah meraih perhatian masyarakat di media sosial.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong melalui TikTok, kelihatan seorang warga emas duduk di bangku luar dewan sambil membaca al-Quran dan berzikir sementara cucunya menjawab SPM.
Difahamkan, keberadaan warga emas itu di sekolah adalah untuk memberi semangat kepada kepada cucunya yang baru sahaja kehilangan ibu.
Gelagat seorang nenek yang tenang menunggu cucu SPM sambil membaca yasin di kawasan sekolah (Kredit: Tiktok @c_s.ihsan)
Menurut sumber, ibu pelajar tersebut baru saja meninggal dunia pada Oktober lalu dan calon merupakan pelajar cemerlang yang mendapat pointer 3.6 seperti didedahkan guru yang mengajar pelajar ini.
Video dimuat naik di akaun TikTok @c_s.ihsan kini mendapat 1.1 juta tontonan dengan lebih 188 ribu tanda suka selain turut mendapat pebagai komen warga di Tiktok.
Menerusi komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa sayu dan hiba apabila terkenangkan kampung halaman terutama insan tersayang bergelar nenek atau ibu yang sudah pergi menemui Ilahi.
Dalam pada itu, ramai di antara pengguna internet turut menghargai pengorbanan warga emas itu yang setia menunggu sehingga cucunya selesai mengambil peperiksaan.
Wah! Semoga dengan doa nenek pelajar ini, cucunya memperoleh kejayaan dunia akhirat, insyaAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap larian pastinya memerlukan sepasang kasut yang selesa…
adidas melancarkan warna-warna terkini francais SUPERNOVA yang dirombak dalam warna baharu segar yang diilhamkan daripada keceriaan larian.
Francais SUPERNOVA termasuk SUPERNOVA RISE yang memenangi anugerah, bersama dua model baharu yang boleh dibeli buat kali pertama: SUPERNOVA SOLUTION dan SUPERNOVA STRIDE.
Ketiga-tiga siluet ini menampilkan busa super kejuruteraan semula adidas – Dreamstrike+ – diilhamkan oleh buih LIGHTSTRIKE PRO yang digunakan dalam francais Adizero yang memecahkan rekod, tetapi dengan formula yang dikemas kini untuk menawarkan keselesaan dan kusyen yang tiada tandingannya.
Dikodkan semula dalam Orange Spark yang boleh dibezakan dan bersemangat, yang akan dipaparkan di seluruh koleksi adidas tahun ini, kasut itu dilengkapi dengan kepingan pakaian yang sepadan.
Supernova Rise
Sokongan Rods: Tapak setiap Rise dipenuhi dengan sistem buih padat yang dimuatkan bawah memastikan sokongan neutral dari tumit ke kaki, untuk peralihan yang sangat lancar untuk membantu mengalir dengan mudah.
Tumit Selesa: Gabungan buih kusyen lembut dan tekstil lembut di sekeliling tumit, bekerja seiring untuk memeluk tumit dengan sokongan yang selesa.
Cengkaman: Outsole atau tapak kasut Supernova Rise dibuat dari gabungan getah yang tahan lama yang menawarkan cengkaman yang sangat baik pada permukaan basah dan kering dikenali sebagai getah Adiwear.
ARKL
adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL) Larian Supernova
Baru-baru ini, adidas telah menganjurkan Supernova Run iaitu adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL) pada 9 Mac lalu. Acara bermula seawal jam 6.30 pagi itu berlangsung di Sentul Depot, Kuala Lumpur.
Larian Mac yang pertama tersebut juga menawarkan peluang kepada pengguna untuk mengetahui keselesaan Supernova dan berhubung dengan keseronokan berlari.
Direka bentuk sebagai pengalaman larian yang mendalam dan holistik dari awal hingga akhir, larian dan aktiviti penglibatan yang disertakan sesuai untuk pelari dari semua peringkat.
adidas Supernova Rise kini boleh didapati di kedai-kedai adidas atau pengedar terpilih dan juga menerusi laman sesawang adidas Malaysia pada harga RM599.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan hanya wanita, lelaki masa kini suka dengan aksesori bukan, apatah lagi aksesori tersebut dari jenama terkemuka seperti Pandora ini.
Jika korang menggemari barang perhiasan bersaiz kecil dan cute, sesuai sangatlah kalau korang berkunjung ke butik Pandora yang berdekatan. Ia memang ikonik dengan produk gelangnya yang boleh dihiasi dengan pelbagai jenis “charm,” dengan pilihan bergantung kepada cita rasa pemakai.
Kini Pandora memperkenalkan desain leksikon baru, Pandora ME yang direka khas untuk mewakili semua peringkat generasi. Koleksi ini memberi peluang kepada semua orang menggayakan dan memakai reka bentuk yang dipersonalisasi dan disesuaikan. Menariknya korang juga boleh mencipta sendiri barang kemas anda dengan rangkaian barang perhiasan terbaru oleh Pandora ME.
Pandora Me, dihadirkan dengan gelang (Pandora ME Link Chain Bracelet), Medal (Pandora ME Medallions), Loket Nama (Pandora ME Styling Word Links) dan Cincin (Pandora ME Rings). Cantik sungguh!
Setiap satu simbol memberikan maksud yang unik bagi pemakai seperti memori indah, item kegemaran, harta peribadi, pencapaian dalam hidup dan sebagainya. Terpulanglah kepada korang untuk menonjolkan identiti diri seperti mana yang anda mahu dalam pelbagai gaya penampilan yang unik.
Wah min suka betul style Pandora Me ni, simple je tapi ada class.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan Datuk Misbun Sidek terus diiktiraf apabila beliau menerima tawaran kelab India untuk membimbing bakat muda dalam misi melahirkan pemain nombor satu dunia.