Pemilik nama Engku Aleesya Engku Emran hangat diperkatakan sejak Jumaat minggu lalu setelah remaja yang bakal menginjak ke usia 12 tahun itu menghadiri majlis pernikahan ayahnya, Engku Emran Zainal Abidin, 46 kepada Noor Nabila, 37.
Aleesya yang hadir bagi memberikan sokongan kepada bapanya itu kelihatan cukup poise dan tenang pada sesi pernikahan dan mengambil gambar sepanjang majlis tersebut sehinggakan warganet memuji kematangannya.
Peluang untuk bertemu Erra Fazira semalam di majlis pengenalan duta pelitup muka Himaya telah diambil oleh REMAJA untuk bertanyakan kepada primadona filem Melayu itu sendiri mengenai Aleesya dan bagaimana anak daranya itu mampu berdepan dengan ‘situasinya’ kini.
Ads
Selain menyifatkan Aleesya gembira dan teruja untuk kini bergelar kakak dan mempunyai seorang adik tiri (Jebat Jayden), Erra juga mengakui sisi matang yang dimiliki oleh Aleesya.
“Saya dengan Aleesya berbicara seperti orang dewasa. Ada masanya, dia manja. Tapi kebiasaannya, jika saya perlu jelaskan sesuatu kepadanya dengan fakta dan contoh, minda Aleesya memang terbuka untuk menerima.
Ads
“Saya selalu bercerita dengannya tentang kehidupan. (Bila sudah) dewasa nanti, apakah expectation kita. Saya selalu ingatkannya walau secantik manapun seseorang itu, jika perangainya tidak elok, orang di sekeliling tidak akan suka juga.
“Sedikit sebanyak, Alhamdulillah adalah sedikit pesanan saya yang ‘diserap’ olehnya. Mungkin juga situasinya kini membuatkannya lebih matang. Bila dia dengan bapanya (selama empat hari seminggu), pembawakannya lain. Bila dia dengan saya, lain pembawakannya. Sama saja seperti remaja lain,” kata beliau yang melahirkan Aleesya pada tahun 2009.
Ads
Sudah tentu apabila usia seorang anak dara meniti ke zaman remaja, lebih banyak cabaran yang akan dihadapi oleh si ibu dan Erra tidak terkecuali. Jelasnya, dia selalu mengingatkan diri bahawa dia juga tidak sempurna dan dahulu perlu belajar daripada pengalaman sendiri.
“Kami sama-sama banyakkan membaca untuk kami menjadi insan yang lebih baik. Masa saya pun terhad dengannya. Dalam tiga hari seminggu itulah saya nak mengajar, mendidik, nak marah, nak bermanja dengannya. Jadi saya enggan mengambil remeh mengenai apa-apa perkara berkaitan Aleesya.”
Dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu, Erra telah dilantik sebagai duta pelitup muka Himaya bersama penyanyi, Wany Hasrita.
Sudah menjadi trend backpackers apabila mereka lebih memilih untuk menginap di hotel kapsul ketika pergi melancong sama ada di luar atau pun dalam negara.
Sejak wabak pandemik COVID-19 melanda dunia, masyarakat Malaysia tidak dibenarkan untuk ke luar negara dan selepas tamat sahaja Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk bercuti di negara kita sendiri.
Mengambil masa untuk berehat dan melepaskan stres, kami percaya ramai yang sedang merancang percutian bersama rakan-rakan mahu pun keluarga tersayang.
Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan antaranya adalah ke bandar Muar, Johor.
Bandaraya Muar
Pernah diiktiraf sebagai Bandar Pelancongan Terbersih Asean pada Forum Pelancongan Asean 2018 di Chiang Mai, Thailand, bandar Muar mempunyai tarikan tersendiri dari sudut pelancongan domestik mahupun makanan.
Nah, kalau korang penggemar Mee Bandung, disinilah tempat paling sesuai untuk dikunjungi.
Bagi korang yang inginkan percutian jimat, seorang lelaki yang dikenali sebagai Azhar Jaa telah pun berkongsi satu tempat penginapan yang murah, iaitu hotel kapsul berharga hanya RM30 untuk satu malam.
Jika ada yang ingin merasai pengalaman tidur di dalam kapsul ala-ala spaceship, korang boleh memilih hotel kapsul ini ejen media sosial.
Lokasi hotel ini juga strategik, dekat dengan bandar dan bagi yang beragama Islam, korang tidak perlu risau kerana ada ruangan khas untuk mendirikan solat.
Azhar juga meninggalkan pesan sekiranya korang cepat berasa lemas di tempat yang sempit, maka tidak digalakkan untuk cuba bermalam di hotel kapsul. Hiks!
Namun, terdapat juga bilik-bilik kontena yang lain seperti tertera dalam gambar untuk pilihan individu yang tidak suka menginap di hotel kapsul.
Hm, dengan harganya yang murah dan berbaloi, rasanya hujung minggu ini bolehlah ajak kawan-kawan untuk plan weekend getaway korang.
Pelakon veteran, Roslan Saleh dilaporkan meninggal dunia pada usia 69, pagi ini.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anak Allahyarham, Farahanis Roslan menerusi hantaran di laman sosial Facebook.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi,” tulis Farahanis di Facebooknya.
Difahamkan, kenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan, dijangka selepas solat Jumaat pada hari ini.
Roslan yang mesra disapa Pak Lan, telah lama bergelut dengan penyakit diabetes kronik sejak kira-kira empat tahun lalu, yang memberi kesan terhadap kesihatannya.
Isterinya, Zainun Majid mengesahkan bahawa keadaan kesihatan suaminya tidak banyak berubah sejak beliau terlantar di rumah.
Roslan Saleh yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan pernah membintangi pelbagai drama dan filem popular, antaranya Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan.
Namun, beliau tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis dan diabetes.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook Farahanis Roslan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka suara sumbang juga boleh menjadi faktor seseorang itu untuk terkenal? Haaa…itulah apa yang berlaku kepada lelaki muda ini apabila dia menyertai rancangan I Can See Your Voice Malaysia baru-baru ini.
Video klip ringkas itu menyaksikan lelaki yang digelar penyanyi misteri nombor 2 sedang menyanyikan lagu Sembah, nyanyian asal Naim Daniel kepada para penonton. Lebih menghiburkan lagi apabila identiti lelaki itu rupanya adalah seorang penyamar maka nyanyian yang sepatutnya merdu bertukar menjadi mimpi ngeri.
Respon dari warganet yang menyaksikan video klip tular itu juga menghiburkan apabila ramai mengatakan lagu tersebut telah ‘rosak’ dek kerana nyanyian lelaki misteri tersebut.
Bahkan video itu berjaya menangkap perhatian penyanyi asal sendiri yang berseloroh bahawa dirinya akan berhenti menyanyi dek kerana nyanyian sumbang peserta tersebut.
“That’s it. Saya nak berhenti menyanyi,” seloroh finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 tersebut di laman Twitternya semalam.
Peminat komposer tersebut turut mengakui bahawa pada awalnya mereka terkejut apabila penyanyi itu memberi komen sebegitu rupa berkaitan kareernya. Namun setelah diselidik dengan lebih mendalam, mereka sedar bahawa kenyataan dari Naim hanya sekadar gurauan.
Persembahan Naim yang menarik perhatian orang ramai di AJL yang lepas.
Menjenguk ke ruangan komen juga, rata-rata turut terhibur dengan klip pendek tersebut.
“Aku sampai tak boleh tahu dah lagu original dia mcm mana, member tukar habis,” komen seorang warganet.
“Tiba keluar notifikasi kau nak berhenti menyanyi. Naim Naim. Buat suspen sahaja,” seloroh peminatnya.
“Okay lah tu, abang ini boleh ganti tempat Naim,” gurau warganet lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Naim Daniel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.