Masjid Al Muhajirin menerima pujian netizen selepas pihak pengurusannya menyediakan jaket solat khas untuk dipakai oleh jemaah lelaki yang hadir dengan pakaian kurang sesuai, khususnya kemeja-T yang mempunyai visual atau grafik yang boleh mengganggu tumpuan ketika solat.
Inisiatif tersebut dikongsikan oleh seorang individu menerusi akaun Threads, zhrfsohod, baru-baru ini dan pantas meraih perhatian warga maya.
Seperti yang kita sedia maklum, pemakaian ketika solat bukan sekadar soal menutup aurat, tetapi turut melibatkan adab dan kesopanan.
Pakaian dengan imej keterlaluan, mesej sensitif atau visual mencolok mata boleh mengganggu kekhusyukan jemaah lain.
Daripada menegur secara terbuka atau memalukan individu tertentu, pihak masjid memilih pendekatan lebih lembut dan praktikal dengan menyediakan jaket solat untuk kegunaan jemaah.
Pada poster yang disediakan, tertera pesanan:
Ads
“Jika anda rasa baju anda mengganggu solat jemaah di sekeliling, sila pakai jaket solat yang telah disediakan oleh pihak masjid.”
Pendekatan ini dilihat sebagai satu bentuk teguran berhemah tidak memalukan, tidak menghukum, tetapi tetap menjaga adab rumah Allah. Malah, penyediaan jaket solat ini memberi pilihan kepada jemaah untuk memperbaiki keadaan tanpa rasa tertekan.
Masjid Sediakan ‘Jaket Solat’ Raih Pujian Netizen
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai langkah matang serta penuh hikmah.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa pendekatan seperti ini lebih efektif berbanding teguran keras kerana ia mendidik tanpa menjatuhkan air muka sesiapa.
Dalam konteks masyarakat moden yang lebih sensitif terhadap teguran terbuka, pendekatan lembut sebegini dilihat lebih sesuai dan berkesan.
Ramai menyifatkannya sebagai contoh terbaik bagaimana institusi masjid boleh menegur dengan cara beradab sambil mengekalkan suasana ibadah yang selesa dan harmoni.
Ads
Masjid Sebagai Ruang Inklusif dan Harmoni
Usaha ini jelas bertujuan menjaga kesopanan serta menghormati jemaah lain, tanpa menyekat kehadiran sesiapa. Penyediaan jaket solat dilihat sebagai solusi seimbang mengekalkan keterbukaan masjid, dalam masa sama memastikan kekhusyukan solat tidak terganggu.
Dalam suasana masyarakat yang pelbagai latar belakang, pendekatan inklusif seperti ini amat penting. Masjid bukan sahaja tempat ibadah, tetapi juga pusat penyatuan ummah. Justeru, setiap langkah yang diambil perlu mempertimbangkan aspek pendidikan, kasih sayang dan kebijaksanaan.
Walaupun nampak ringkas, inisiatif jaket solat ini membuktikan bahawa pendekatan kecil dan praktikal mampu memberi impak besar dalam membentuk budaya saling menghormati ketika beribadah.
Ia juga memperlihatkan bahawa teguran tidak semestinya datang dalam bentuk kata-kata keras, sebaliknya boleh dizahirkan melalui tindakan yang penuh hikmah.
Sumber: Threads zhrfsohod
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika baru-baru ini memberikan kejutan kepada peminat masing-masing apabila mengumumkan bakal mengadakan konsert ‘The Journey of Sound’ yang bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 14 Disember ini.
Judika atau nama sebenar Judika Nalon Abadi Sihotang (46) berkata, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju selepas mendapat tawaran berkolaborasi bersama penyanyi lagu ‘Biarlah Rahsia’ itu
“Bila saya dengar nama datuk (Siti Nurhaliza) terus tidak ada kata-kata lain langsung kerana saya memang mengaguminya dari dulu, jadi bila diminta untuk buat konsert dengan Datuk saya terus pilih tarikhnya. Ini antara salah satu impian saya untuk nyanyi bersama bakal jadi kenyataan”
“Dulu waktu Datuk buat konsert di Axiata Arena, saya hanya datang jadi tetamu sahaja dan waktu saya pula buat konsert di sana (Axiata Arena) dan ingin minta Datuk nyanyi sekali tapi jadual tidak sesuai. Jadi konsert ini akan jadi konsert ‘balas dendam’ saya kerana boleh berkolaborasi,” Judika berseloroh ketika sidang media konsert ‘The Journey of Sound’ di Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza pula menyifatkan Judika sebagai seorang penyanyi serba-boleh dan menyakinkan para peminat yang hadir di konsert tidak akan kecewa dengan persembahan yang bakal disajikan selama tiga jam.
“Judika ini senang sangat bekerja dengannya, sebab kalau saya bagi lagu orang lain seperti Cakra Khan, Faizal Tahir pun suaranya semua boleh masuk malah dia boleh buat style dia tersendiri. Saya suka sangat terutamanya bila dapat bersama atas pentas dengan artis yang ada karisma, karakter serta aura memukau,” ujar Siti Nurhaliza.
Selain itu, kedua penyanyi yang bakal mengegarkan pentas konsert ‘The Journey of Sound’ itu juga teruja apabila untuk melakar sejarah menjadi antara penyanyi terawal membuat persembahan di stadium yang boleh memuatkan sehingga 26,000 peminat setelah siap diubah suai nanti.
‘The Journey of Sound’ akan menjadi konsert mega daripada dua penyanyi ini, dari negara berbeza namun dengan tujuan sama iaitu mengukuh dan mengeratkan silaturrahim peminat muzik di Nusantara.
Pembelian tiket boleh dibuat melalui www.ticket2u.my bermula 12 Oktober, tiket dijual pada harga RM 199 (CAT 5), RM 299 (CAT 4), RM 399 (CAT 3 LOWER / UPPER), RM 499 (SEAT 3), RM 599 (SEAT 2), RM 699 (SEAT 1), RM 799 (ROCK ZONE), RM 799 (VIP ROYAL BOX), RM 899 (VIP ROCK ZONE), RM 1,199 (VIP) dan RM 1,299 (SUPER VIP).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan kebanyakan masyarakat hari ini menjadikan siaran YouTube sebagai salah satu punca pendapatan harian mereka. Maka, tidak hairanlah jika korang melihat kepelbagaian jenis content yang ada di laman YouTube.
Ada yang berkongsi resipi, gaya hidup, diari travel, malah dengan hanya tidak berbuat apa-apa juga mereka boleh mendapatkan tontonan yang tinggi.
Seperti apa yang dilakukan oleh seorang YouTuber dari Indonesia ini, dia telah memuatnaik sebuah video yang berdurasi 2 jam 20 minit tanpa melakukan apa-apa. Lelaki itu hanya duduk di hadapan kamera tanpa melakukan sebarang aktiviti. Yang kedengaran hanya bunyi serangga dan cengkerik dikawasan rumahnya. Hiks!
Walau bagaimanapun, video tanpa pengisian ini berjaya mencatatkan lebih daripada 1 juta tontonan kurang dari sebulan.
Wah hebatnya, duduk diam macam tu pun boleh jana income ye. Hehe!
Video yang dimuatnaik daripada channel Sobat Miskin Official ini turut menjelaskan bahawa tujuan dia membuat video ini adalah kerana daripada desakan masyarakat Indonesia yang memintanya untuk membuat content bagi mendidik anak muda. Jelasnya lagi, jika ditanya sama ada video ini bermanfaat atau tidak, ia terpulang kepada penonton untuk menafsirkannya.
Menerima hampir 15 ribu komen, ramai netizen yang terhibur dengan video tersebut.
Ternyata, dengan hanya tidak melakukan apa-apa, lelaki ini berjaya menarik perhatian ramai masyarakat di luar sana, termasuk pihak media.
Tak perlu bersusah payah fikirkan tentang content menarik, rupanya video ‘biasa-biasa’ pun orang tengok kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor popular, Fattah Amin meluahkan rasa kasih yang mendalam terhadap puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya, dalam satu temu bual yang menyentuh hati ramai penonton hingga ada yang sebak.
Pelakon berusia 35 tahun itu turut mengakui bahawa dia tidak pernah menginginkan perceraian dengan bekas isterinya yang juga ushawan terkenal, Nur Fazura.
“Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi.
“Daddy sayangkan Fatima. Fatima tahu macam mana daddy sayangkan Fatima, dari lahir sehingga kini,” katanya.
Menurut Fattah lagi, meskipun kini tidak lagi tinggal sebumbung bersama anaknya, dia berharap Fatima tidak melupakannya sebagai seorang ayah.
“Sepanjang kita bersama, daddy simpan semua kenangan dalam telefon. Walaupun sekarang ini, daddy sudah tidak lagi duduk dengan Fatima tapi daddy harap Fatima tak lupakan daddy.
“Daddy akan sentiasa cuba untuk luangkan masa dengan Fatima sebaik mungkin,” tuturnya lagi.
Fattah turut menyatakan keinginannya untuk terus membahagiakan anak perempuan tunggalnya itu.
“Daddy nak bawa Fatima pergi jalan-jalan, kita pergi taman, beli toys dan apa sahaja yang buat Fatima gembira.
“Bila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya,” tambahnya.
Sekadar info, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun pasangan itu sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.
Hak penjagaan penuh Fatima diserahkan kepada Fazura, manakala Fattah dibenarkan untuk bermalam bersama anaknya dua kali seminggu serta melawat sebanyak tiga kali seminggu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Tiktok Syakila Dream
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...