Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel baru-baru ini telah mengadakan program berbuka puasa dan beramah mesra bersama pihak media di St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur.
Program tersebut memberikan peluang kepada mereka untuk lebih mendekati media, baik yang baru mahupun yang lama.
Ernie, yang turut hadir dalam majiis iftar tersebut, menekankan bahawa peranan media sangat penting dalam dunia seni, meskipun dunia hiburan kini lebih tertumpu kepada media sosial.
“Saya bermula dalam industri ini pada 2009, di mana saya berada di antara media lama dan baharu.
“Ketika bersama syarikat rakaman lama, saya diajar untuk bekerjasama dengan pihak media,” kata Ernie.
Ads
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Belakang Tabir itu juga berkongsi pengalamannya bekerja dengan artis senior yang banyak memberi tunjuk ajar tentang kepentingan media dalam kerjaya seni.
“Tanpa media, tiada cerita tentang kami, walaupun media sosial kini semakin besar.
“Media bukan hanya sebagai tempat untuk kita mendapat berita, tetapi lebih kepada hubungan yang dibina bersama mereka,” tambahnya lagi.
Ads
Bagi Syamel, hubungan dengan media adalah kunci dalam mengembangkan kerjaya seni, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan promosi konsert atau projek seni yang lain.
Tambahnya, dia turut memberikan pesanan kepada artis-artis baharu agar sentiasa merendah diri dan menghormati peranan pihak media.
“Adab itu penting. Jangan terlalu ‘feeling’. Banyak artis baharu yang telah ditanam dengan persepsi buruk terhadap media. Pada kami, lebih baik kita saling mengenali dan memahami fungsi media
“Jangan pula tanya kepada orang yang bukan ahli. Dari situ, proses pembelajaran itu akan bermula,” tuturnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa, yang sekali lagi tampil membantu mengumpul dana bagi menampung kos rawatan perubatan anaknya yang kini disahkan menghidap kanser tulang.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Amyza mengakui sukar untuk mengungkapkan kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan penghargaan terhadap usaha murni usahawan itu bersama pasukannya.
“Saya tak tahu apa kata-kata nak saya ucapkan kepada insan yang bernama Dato Alha Alfa. Ini kali kedua beliau membuat jualan untuk membantu urusan perubatan anak saya.
“Kesungguhan beliau untuk membantu anak saya, dengan membuat jualan untuk mengumpul dana perubatan dan memastikan anak saya mendapat rawatan yang terbaik,” tulis Amyza.
Amyza turut berkongsi bahawa kesungguhan dalam menganjurkan jualan khas bagi mengumpul dana amat menyentuh hatinya. Dia tidak lupa mendoakan kesejahteraan buat usahawan berkenaan serta seluruh pasukannya sebagai tanda penghargaan.
“Allah… Dato, hanya doa dalam hati saya ini untuk dato dan team. Doa yang tak terluah dengan kata-kata untuk saya tulis,” luahnya lagi.
Sebelum ini, usahawan kosmetik itu telah menyampaikan amanah sebanyak RM20,000 bagi membantu kos rawatan anak kedua Amyza, Adrian Adam, yang sedang berjuang melawan kanser tulang.
Difahamkan, sumbangan itu diperoleh daripada hasil jualan set produk khas yang dikeluarkan untuk meringankan beban pelakon terbabit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rata-rata daripada kita semua jika ditanya apakah makanan yang paling sedap, semestinya akan menjawab masakan ibu. Ini terutamanya kepada mereka yang belajar atau sudah berhijrah jauh dari kampung. Berjauhan dengan ibu tercinta akan membuatkan kita lebih rindu dengan masakan air tangannya.
Sejak kecil kita telah dibiasakan dengan masakan ibu. Sejak dari kecil kita sudah dibiasakan makan masakannya sehingga ia memberikan satu rasa yang cukup istimewa dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Hanya kita, ayah dan adik beradik sahaja yang akan faham akan rasa itu.
Tapi pernahkan kita terfikir mengapa kita semua menganggap masakan ibu yang paling sedap? Tiga faktor dibawah mungkin jawapannya.
FAKTOR PERTAMA
Berdasarkan beberapa kajian dan pemerhatian mendapati masakan yang dimasak dengan penuh rasa kasih sayang akan lebih memberikan rasa nikmat buat kita. Seorang psikologi dari England, Christy Ferguson telah melakukan pemerhatian saintifik berkaitan hal ini. Menurutnya persepsi emosional akan sesuatu rasa akan dapat ditingkatkan oleh faktor waktu, cinta dan rasa peduli terhadap masakan. Lantaran itu jugalah menjelaskan mengapa masakan ibu memberikan rasa paling enak kerana ia dimasak dengan pnuh rasa kasih sayang.
FAKTOR KEDUA
Sudah tentu masakan yang dimasak oleh ibu tercinta itu dibuat dengan bersih, sihat dan suci. Tidak mungkin seorang ibu akan memberikan anaknya makanan yang kotor atau mengandungi bahan merbahaya. Kecuali jika dalam keadaan darurat atau terdesal. Naluri ibu yang penuh kasih sayang mahukan anaknya dapat merasa yang terbaik. Sebab itulah kalau korang perasan ibu kita amat cerewet dan memilih sayur-sayuran dan bahan masakan yang terbaik dia boleh cari.
FAKTOR KETIGA
Ini faktor yang bersifat lebih peribadi. Jika balik kampung kita semestinya akan meminta untuk ibi tersayang memasak makanan kegemaran. Dari sini rasa excited itu sudah muncul kerana kita tahu hasilnya pasti akan konsisten dan jauh di sudut hati kita merundui rasa tersebut. Walaupun kadangkala menu yang disediakan cuma sederhanan sahaja, namun dengan keistimewaan ‘air tangan’ ibu itulah yang memberikan seribu satu bahagia. Dan jangalah kita kedekut atau berat mulut untuk memuji masakannya. Baginya melihatr anak-anak tersenyum riang menikmati masakannya sudah mencukupi.
Jadi, apakah masakan ibu korang yang paling digemari? Bagi penulis sudah semestinya ketam masak lemak cili api! 😀
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas penyanyi K-Pop yang juga merupakan anggota Crayon Pop, Cho A baru-baru ini berkongsi kisah menyayat hati apabila didiagnosis menghidap kanser serviks pada Mei tahun lalu.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya pada 14 Oktober lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Dancing Queen’ itu berkata dia pada awalnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia menghidap penyakit itu di usia muda.
“Saya didiagnosis menghidap kanser pada umur 33 tahun, yang mana ia sepatutnya menjadi usia yang paling membahagiakan dalam hidup saya. Pada Mei 2023, selama tahun awal pertama saya menjalankan kehidupan sebagai pengantin baru, saya ambil keputusan untuk pergi buat pemeriksaan prenatal secara kerap tapi waktu itu juga saya dapat khabar yang mengejutkan, saya ada kanser serviks.”
Kredit: Instagram @minjinchoa
“Pada awalnya saya tak percaya sebab macam tak mungkin saya muda dan sihat ada kanser. Saya siap tanya pada doktor sama ada itu salah diagnosis dan pergi ke 5 hospital terbaik yang lain dengan harapan dapat keputusan yang berbeza,” ujarnya lagi.
Cho A atau nama sebenar Heo Min Jin (34) kemudian turut menceritakan pengalaman di mana dia perlu menjalankan ujian seperti MRI dan PET CT Scan selepas mengetahui sel kansernya masih berada di tahap satu (1) dengan tumor bersaiz 3 sentimeter.
Menurut doktor yang merawat Cho A, kemungkinan untuk dia mendapatkan anak juga akan memberi kesan kerana tahap kesuburannya.
Kredit: Instagram @minjinchoa
Katanya, “Dunia saya seperti hancur selepas mendengar hal itu. Saya juga sedih sampai menangis tersedu-sedu, dan waktu itu adalah waktu paling sukar dalam hidup saya.”
Meskipun hampir berputus asa, namun suaminya tetap memberikan sokongan dan semangat untuk tidak pernah menyerah dan Cho A juga berusaha sebaik mungkin untuk mengecilkan tumor berkenaan dengan belajar mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
Kredit: Instagram @minjinchoa
Dalam pada itu, bekas penyanyi itu juga difahamkan telah menjalankan pembedahan dan kini tahap kesuburannya semakin membaik.
“Saya baru saja lulus untuk rawatan seterusnya dan dalam masa terdekat saya akan jalani pembedahan untuk melindungi kesuburan kandungan saya pula,” jelasnya menerusi perkongsian yang sama.
Tambahnya, kini dia bebas dari kanser tetapi untuk peringkat awal dia perlu melalui prosedur pengikatan rahim terlebih dahulu.
Cho A juga berkata bahawa masih banyak lagi rintangan yang perlu dilalui, berharap suatu hari dia akan seorang ibu dan mempunyai anak pada masa akan datang.
Di akhir perkongsiannya, dia berharap menerusi kisah yang dikongsi olehnya itu mampu memberi harapan dan sinar kepada sesiapa sahaja yang mengalami pengalaman yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah SPM 2025 pelajar Korea Selatan, Kim Na Eun yang memperoleh 10A+ di SMK St Columba, Miri menjadi inspirasi tentang disiplin, usaha dan kejayaan luar biasa pelajar antarabangsa di Malaysia.