Putus cinta bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah individu. Ada yang sampai menganggu emosi sehingga menyebabkan depresi.
Walau bagaimanapun, korang tak seharusnya meratap dan bersedih seumur hidup. Come on gaiss, bunga bukannya sekuntum dan kumbang juga bukan seekor. Tak baik layan perasaan tu sangat.
Namun begitu, tak dinafikan juga bukan mudah untuk melupakan orang yang kita sayang. Jadi, apa yang korang kena buat sebenarnya kalau nak mengubati heart broken ni?
Ada 6 tip yang korang boleh try hasil perkongsian Suhaimy Harun di laman Twitternya. Siapa tahu kalau-kalau tip ni berguna untuk korang juga.
Ads
Let’s check this out!
1. Traveling alone
2. Sibukkan diri
Ads
3. Jangan guna orang lain untuk kepentingan sendiri
Tidak lama dahulu ramai yang menjangkakan trend muzik K-pop akan mula pudar dan berlalu bergitu sahaja. Namun ternyata ia merupakan satu ramalan yang sangat meleset sama sekali.
Bahkah, industri muzik K-pop kini semakin berkembang maju dan menjadi antara kuasa besar serta penentu trend muzik global. Buat peminat K-pop yang REMAJA yakin terdapat cukup ramai pengikutnya di luar sana (termasuk kamu) perkembangan ini pastinya sesuatu yang amat dibanggakan.
Kali ini REMAJA ingin meraikan peminat K-pop dengan sebuah kuiz yang simple dan menarik. Mari kita sama-sama cuba jawab soalan dan adakah jawapan yang kamu terima sama dengan grup K-pop yang kamu minati. Tapi… kalau dapat yang tidak sama itu jangalah salah kami pula ya. This is just for fun! 😉
Tarikh istimewa 22.02.2022 bukan saja memberi makna terindah buat pasangan muda Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah yang menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Malah buat pasangan penyanyi bervokal mantap tanah air iaitu Syamel dan Ernie Zakri, mereka turut berkongsi kegembiraan kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan pada jam 10.14 pagi ini.
Syamel dan Ernie Zakri
Menerusi hantaran di Instagram, Syamel telah memaklumkan berita gembira itu dengan penuh kesyukuran sambil memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ernie dan anaknya itu.
“Syukur Alhamdulillah, cinta hati ibu dan daddy selamat dilahirkan pada pukul 10.14 pagi tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.
“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” catat Syamel.
Buat masa ini, pasangan duet lagu Aku Cinta itu masih memilih untuk merahsiakan nama bayi mereka. Begitupun, mereka tetap terbuka untuk memuat naik foto yang menampakkan sekilas imej fizikal bayi mereka.
Dalam pada itu, ribuan ucapan tahniah membanjiri ruangan komen di hantaran Syamel. Tidak ketinggalan ialah bapa saudara Ernie yang juga merupakan penyanyi popular, Anuar Zain yang menzahirkan rasa teruja untuk menantikan saat dapat menenung bayi mereka.
“Tahniah Syamel.. looking forward to meet Cucuku,” katanya.
Lah, dah pangkat atuk rupanya abang Anuar, hehe..
Turut mendoakan segalanya dipermudahkan buat mereka berdua adalah rakan selebriti lain seperti Fizo Omar, Awal Ashaari, Elizad, Tabby Dolla, Hael Husaini, Khai Bahar, Yusuf Bahrin dah ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Model kasut Nike Air VaporMax sekian lama telah digemari oleh ramai pencinta sneakers.
Tidak kiralah sama ada korang adalah peminat tegar jenama Nike ataupun tidak, rekaan VaporMax tentunya pernah menarik perhatian korang untuk memiliki sepasang kasut tersebut.
Terbaru, Nike bakal memperkenalkan Nike Air VaporMax 2020 Flyknit yang dianggap sebagai kasut paling mesra alam dalam sejarah pembikinan mereka.Impian itu dapat dicapai oleh Nike setelah research berkesan dilakukan oleh jenama tersebut terutamanya teknologi rekaan circular-nya.
Nike kini memandang serius terhadap isu pembuangan sisa dalam penghasilan produk mereka. Sebolehnya sebagai salah satu jenama peneraju dalam pembikinan kasut, mereka ingin mengelak perkara itu daripada terjadi.
Jom tengok bagaimana Nike tukar impian itu kepada realiti menerusi Air VaporMax 2020 FlyKnit ini.
Batch pertamanya diperbuat 75 peratus daripada bahan guna semula. Ini mampu dilakukan kerana teknologi 1 fabrik dari hujung hadapan ke belakang.
Fabrik FlyKnit diperbuat dairpada 67 peratus bahan industri yang telah dikitar semula termasuklah botol plastik.
Bahan TPU pada belakang tapaknya mengandungi 60 peratus bahan kitar semula. Ia memberikan corak abstrak sebagai corak di bahagian belakang.Akhir sekali tentulah rekaan tapak kasut. Dikenali sebagai Nike Grind, tapak Nike Air VaporMax 2020 FlyKnit juga diperbuat daripada bahan kitar semula.
*
Menarik tak?
Bila dah tahu mengenai proses pembikinan kasut ini, penulis rasakan kita lebih dapat menghargai estetika kasut tersebut. Dengan konsep ‘Rawthenticy’, kami percaya ini lebih daripada sekadar sneakers biasa.
Malah dalam koleksi Nike Air VaporMax sekalipun, model ini jelas special dan tersendiri.
Korang boleh mendapatkan Nike Air VaporMax 2020 bermula 23 Julai ini.
Tinggal 3 hari je gaiss! BTW, bagi yang masih berdepan kesukaran untuk memilih sneakers, korang boleh mencuba beberapa tip BERKESAN ini.
Big Stage Rocketfuel kembali dengan musim terbaharu di Astro Ria menampilkan persaingan sengit, barisan alumni berjaya serta bakat baharu yang bakal mencorakkan industri hiburan Malaysia.