Inpirasi

Engku Aleesya Bangkit Lawan Demam Denggi, Tetap Duduki IGCSE!

Share

Demam denggi pun tak goyang! Engku Aleesya tetap duduki IGCSE walaupun tubuhnya lemah dan tidak sihat. Kisah ini bukan sekadar tentang peperiksaan atau kejayaan akademik, tetapi tentang semangat luar biasa seorang remaja yang berjuang melawan sakit demi menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar.

Engku Aleesya Lawan Sakit, Tetap Tamatkan Peperiksaan

Anak kepada selebriti terkenal Erra Fazira dan Engku Emran, iaitu Engku Aleesya, menjadi tumpuan ramai apabila tetap menduduki peperiksaan akhir International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) walaupun dirinya sedang menghidap demam denggi.

Menurut perkongsian Engku Emran di laman Instagram, tahap kesihatan Engku Aleesya mula merosot sekitar Mei lalu apabila disahkan menghidap demam denggi. Keadaan itu membuatkan doktor mahu menahannya di hospital kerana suhu badan berada pada paras membimbangkan.

Namun selepas perbincangan, Engku Emran dan pihak doktor sepakat memberi peluang untuk Aleesya menamatkan kertas peperiksaan terakhirnya keesokan hari. Sebagai jaminan, Engku Emran perlu menandatangani surat akuan bagi memastikan anaknya akan dibawa semula ke hospital sebaik selesai peperiksaan.

“Saya terpaksa menandatangani surat akuan dan berjanji dengan doktor untuk membawanya semula ke hospital sebaik sahaja peperiksaan tamat,” tulisnya.

Pihak sekolah turut menunjukkan keprihatinan dengan menyediakan bilik khas lengkap dengan sofa, bagi membolehkan Engku Aleesya berehat sekiranya mengalami pening atau keletihan ketika menjawab soalan.

Doa Seorang Ayah Buat Engku Aleesya

Sementara anaknya berjuang di dalam dewan peperiksaan, Engku Emran menunggu penuh sabar di luar, tidak henti-henti berdoa agar Allah mempermudahkan urusan anak gadisnya itu.

“Saya menunggu dengan sabar di luar, berdoa tanpa henti agar ALLAH meringankan kesakitannya supaya dapat menjawab kertas itu dengan baik,” katanya lagi.

Sejurus tamat peperiksaan, Engku Aleesya terus dikejarkan semula ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Walaupun diuji dengan kesakitan, semangat Aleesya tidak pernah luntur malah menjadi inspirasi kepada ramai pelajar di luar sana.

Cemerlang Walau Diuji Demam Denggi

Usaha dan pengorbanan Engku Aleesya akhirnya membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai pelajar cemerlang IGCSE, memperoleh keputusan hebat dengan gred A+ dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik, serta A dalam Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi.

Bagi Engku Emran, detik ini bukan sekadar tentang keputusan cemerlang, tetapi tentang semangat juang dan kekuatan mental anaknya yang luar biasa. Beliau juga menitipkan pesanan agar Engku Aleesya terus berjuang dan tidak berputus asa apabila berdepan cabaran hidup.

Inspirasi Untuk Remaja Malaysia

Kisah Engku Aleesya menjadi bukti bahawa tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Dalam usia remaja, dia sudah menunjukkan erti sebenar ketabahan dan disiplin diri yang patut dicontohi.

Buat pelajar di luar sana, kisah ini wajar dijadikan inspirasi:

  • Utamakan kesihatan, tapi jangan mudah mengalah dengan cabaran.
  • Percaya pada diri sendiri walau dalam keadaan sukar.
  • Hargai sokongan keluarga — seperti Engku Emran yang sentiasa berada di sisi anaknya.

BACA LAGI : Engku Aleesya Cemerlang IGCSE, Ready For A-Level! – Erra Fazira Luah Bangga

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana