Pelakon wanita terkenal, Emma Watson atau pemilik nama sebenar Emma Charlotte Duerre Watson baru-baru ini dilaporkan dilarang memandu selama enam bulan selepas didapati bersalah atas kesalahan memandu melebihi had laju.
Insiden berkenaan berlaku di Oxford, England pada 31 Julai tahun lalu apabila bintang Harry Potter itu memandu kereta Audi warna biru pada kelajuan 61 kilometer sejam di kawasan yang dihadkan kepada 48 kilometer sejam sahaja.
Walaupun tidak hadir ke prosiding di Mahkamah Majistret Tinggi Wycombe, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman denda sebanyak £1,044 (kira-kira RM6,200) dan menggantung lesen memandu beliau. Hukuman ini dijatuhkan secara automatik berdasarkan undang-undang jalan raya negara United Kingdom.
Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun itu terdahulu sudah mempunyai sembilan mata penalti pada lesen memandunya. Selain itu, tiga lagi mata tambahan dari kesalahan terbaru, ia mencukupi untuk mencetuskan penggantungan lesen selama enam bulan.
Selain itu, difahamkan Emma bukan satu-satunya bintang Harry Potter yang berdepan tindakan sedemikian. Rakan pelakonnya, Zoë Wanamaker turut dikenakan hukuman serupa kerana memandu pada kelajuan 74 kilometer sejam di kawasan had laju 64 kilometer sejam di Berkshire, England.
Ads
“Kedua-dua pelakon ini mempunyai sejarah kesalahan lalu lintas sebelum ini, dan pengumpulan mata penalti menjadikan penggantungan lesen sesuatu yang tidak dapat dielakkan,” kata Hakim Daerah Arvind Sharma yang mengendalikan kes tersebut.
Ads
Keputusan mahkamah itu sekaligus mencetuskan pertembungan nasib antara dua pelakon yang pernah berkongsi layar sama, namun kini tersangkut dari dunia nyata kerana kesalahan di jalan raya.
Sekadar info, Emma pernah mencipta nama menerusi watak Hermione Granger, kini lebih aktif dalam bidang akademik, pengarahan filem dan advokasi hak wanita. Antara karya terkenalnya selepas Harry Potter termasuk Beauty and the Beast dan Little Women.
Setakat ini, wakilnya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut, manakala wakil Wanamaker memilih untuk tidak memberikan sebarang komen kepada media.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri kartun Doraemon merupakan antara animasi popular yang diminati dan ditonton oleh kanak-kanak zaman 90-an. Setiap hari Sabtu jam 7 malam, pasti mereka sudah bersedia dihadapan televisyen untuk menonton siri animasi Jepun ini.
Kejayaan Doraemon bukan hanya pada siri televisyen sahaja, malah kartun comel ini juga telah berjaya dibawa ke pawagam dan menghasilkan beberapa buah filem daripadanya.
Terbaru, sebuah lagi filem Stand by Me Doraemon 2 yang merupakan sekuel kepada filem yang dilancarkan pada 2014 bakal menemui penonton pada Februari ini.
Stand by Me Doraemon 2 mengisahkan tentang Nobita yang telah berjaya mengubah masa deppannya menjadi lebih baik dan bernikah dengan Shizuka. Namun, kerana putus asa, dia memutuskan untuk kembali dengan nenek kesayangannya yang meninggal dunia ketika dia masih di tadika.
Neneknya gembira apabila Nobila telah kembali ke masa lampau dan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan bakal pengantin perempuan cucunya.
Sementera itu, Nobita yang bakal bernikah dengan Shizuka diserang penyakit serangan panik dan melarikan diri ke masa lalu untuk bertemu dengan Doraemon kerana takut jika dia bukan orang yang tepat untuk Shizuka.
Haih, Nobita ni daripada kecil sampai besar memang kalut kan. Haha!
Apa yang menarik perhatian peminat adalah Nobita bakal berkahwin dengan Shizuka. Ramai yang meninggalkan komen-komen lucu kerana kartun zaman kanak-kanak mereka pun bakal berkahwin, namun mereka masih lagi single.
Malah, ada juga yang mengimbau zaman kanak-kanak mereka sewaktu menonton siri animasi ini.
Mesti ramai yang dah tak sabar nak menonton filem sekuel ini kan? Rasanya ia akan ditayangkan di Jepun. Di Malaysia tak tahulah bila. Sama-sama kita nantikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kurang dari tempoh sebulan berlalu selepas ahli grup K-pop Big Bang, G-Dragon berangkat untuk melunaskan tanggungjawab menyertai latihan ketenteraan selama 2 tahun. Kini tiba giliran ahli grupnya, Taeyang untuk melakukan perkara yang sama.
Taeyang yang baru berkahwin pada awal Februari lalu didapati melaporkan diri untuk menyertai latihan ketenteraan pada hari ini. Berita tersebut tersebar selepas dia tiba di pusat latihan rekrut Divisi Infantri ke-6 pada jam 1.45 petang waktu Korea Selatan. Turut sama berada di situ ialah para peminat dan rakan media yang ingin memberikan sokongan.
Taeyang memilih gaya sama seperti G-Dragon pada hari melaporkan diri dengan memakai pakaian serba hitam. Mungkin kerana dia ingin kekal low profile dan tidak inginkan terlalu banyak perhatian.
Mana satu G-Dragon, mana satu Taeyang? Hehe..
Sebelum memasuki kompaun pusat rekrut tersebut, Taeyang sempat mengucapkan selamat tinggal kepada staf YG Entertainment dan juga bersalaman dengan peminat yang menunggu sejak awal pagi lagi.
Menariknya, oleh kerana ramai peminat dari luar negara di sana, dia didapati berturut dalam bermacam-macam bahasa berbeza bersama mereka.
Taeyang berdiri di hadapan crowd tersebut dan berkata, “Saya akan kembali semula dengan sihat,” sebelum memberikan salam hormat dan perpisahan.
Suasana tersebut nyata membuatkan netizen merasa sedih kerana mereka perlu menunggu 2 tahun lamanya sebelum boleh bertemu dengannya semula.
Di akaun Instagram, Taeyang juga sempat untuk memuat naik poster lagu terbaru Big Bang – ‘Flower Road ‘dengan pesanan, “Saya akan kembali dengan sihat. Untuk kamu semua, pilihlah jalan yang penuh berbunga (jalan yang baik).”
Flower Road akan menemui peminat Big Bang pada hari esok, pada jam 6 petang waktu Korea Selatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau kata nak diet je, mesti orang cakap jangan makan nasi. Tapi yang peliknya, berat tak turun-turun juga bila dah mula cut nasi dalam pemakanan seharian.
Persoalannya, adakah benar nasi itu menggemukkan? Bagaimana pula kalau dah exercise hari-hari pun tapi berat badan masih sama?
Ha, nak tahu jawapannya? Jom tonton video ini bagi menerangkan segala kemusykilan yang sering anda hadapi.