Penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain baru-baru ini mengumumkan bakal menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert ‘Still Raining’ yang akan diadakan pada 8 Februari ini.
Dijadualkan berlangsung di Resorts World Genting, Genting Highlands pelantun lagu Love Song dan Rainism itu menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan serta menggembirakan buat peminat setia dengan setiap evolusi muziknya sejak dahulu.
Konsert ‘Still Raining’ juga bakal menyaksikan Rain atau pemilik nama sebenar Jung Ji Hoon membawakan beberapa cover lagu nyanyian asal artis popular lain seperti Bruno Mars, New Jeans dan sebagainya.
“Konsert jelajah ini adalah cara saya untuk berhubung semula dengan peminat dan mengimbau kembali kenangan terindah yang kami pernah lalui bersama,” katanya yang juga pernah popular menerusi drama Full House dan Red Swan.
Ads
Sejak memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada tahun 1998, Rain telah mengeluarkan tujuh buah album seperti Bad Guy (2002), How to Avoid the Sun (2003), It’s Raining (2004), Eternal Rain (2006), Rain’s World (2006), Rainism (2008), dan Rain Effect pada tahun 2014 serta beberapa buah single.
Ads
Nama penyanyi yang kini berusia 43 tahun mula meraih populariti secara global menerusi album It’s Raining yang terjual lebih sejuta salinan di seluruh Asia pada ketika itu.
Selain itu, beliau juga pernah menerima beberapa anugerah berprestij termasuk enam (6) daripada Mnet Asian Music Awards dan tiga (3) Golden Disc Awards.
Tiket konsert ‘Still Raining’ di Genting Highlands akan dijual pada harga RM398, RM598, RM798, RM998, dan RM1,298 bermula 10 Januari ini.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Perbuatan yang dianggap suka-suka. Konon mahu bergurau jika tak disenangi, anda boleh didakwa atas tuduhan mencabul.
Tak kisah dia rakan sekerja. Kawan satu sekolah. Kawan baru kenal atau berlaku di tempat awam. Asal ada aduan, polis terus bertindak selepas laporan dibuat.
Kalau orang tak suka memang boleh jadi gaduhlahkan…
Sabit kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, hukuman penjaranya 10 tahun, denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.
Awas ya, kalau orang yang anda sentuh itu di bawah usia 18 tahun, selepas pindaan Julai lalu di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebat.
Baca perkongsian dari ASP Radhiah binti Mamat, 36 tahun dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) mengenai isu ini.
Jangan malu lapor pada pihak berkuasa
Tak kira, lelaki sama lelaki. Perempuan dengan perempuan atau berlainan jantina, asal aduan dibuat, anda boleh disiasat di bawah seksyen ini.
Menyedari ramai mangsa lebih suka mendiamkan diri, kata ASP Radhiah ia satu kerugian kerana suspek akan mencari mangsa lain seterusnya dan jenayah ini mungkin tidak terbendung.
Ditanya lokasi mana suspek selalunya aktif, katanya dalam pengangkutan awam seperti LRT, bas, komuter selain di pusat membeli-belah. Tak kurang juga kejadian kerap berlaku di sekolah, tempat kerja dan sebagainya.
Awas girl, dalam pengangkutan awam paling mudah orang nak kena cabul
“Kalau kejadian berlaku di tempat awam, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian masyarakat yang boleh bersama-sama menangkap suspek. Kalau sempat ambil gambarnya dan datang terus ke balai polis.
“Jika berlaku di pejabat, datang ke balai dan kita akan memanggil suspek ke balai. Jika di sekolah atau asrama, adu kepada guru yang bertugas supaya hal ini dapat diselesaikan.
“Pihak polis tiada spesifik tentang masa laporan. Bila-bila pun boleh. Lagi cepat lagi bagus kerana cabul ini tiada kesan seperti air mani sebagaimana kes rogol. Asal ada laporan, pihak polis akan jalankan siasatan,” katanya memaklumi pihak polis menerima banyak aduan berkaitan kes-kes ganguan seksual dan berharap masyarakat menyedari hak mereka.
Ramai remaja sekolah tak sedar hal ini
Sepanjang mengendalikan kes di Unit D11 ini, rakan sekerjanya, Inspektor Nurul Akma memaklumkan ramai beranggapan perbuatan menepuk bahu, menyentuh payudara, meramas punggung dan memeluk dari belakang itu gurauan semata yang mana mereka akan sama-sama mentertawakan mangsa.
Jangan takut buat aduan- Inspektor Nurul Akma
“Semua dianggap gurauan. Tapi jika pengadu membuat laporan kerana berasa tidak selesa dengan perlakuan itu, kita akan jalankan siasatan,’ katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumi kebanyak suspek kes ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Ada dua kemungkinan. Sama ada mangsa malu dan kedua lebih senang diamkan diri dan kerana itulah tiada tangkapan dibuat terhadap suspek,”katanya memaklumi tiada justifikasi “muka ganas” atau “muka baik” pelakunya tetapi perbuatan ini adalah satu jenayah yang tidak wajar dipandang remeh.
Ditanya dalam konteks remaja bercinta di mana sering kali berlaku sentuhan satu sama lain, perbuatan ini boleh dijurus kepada cabul jika salah seorang pasangan tidak menyukainya dan ada membuat aduan kepada pihak polis.
“Tak kisah mereka pasangan kekasih, kalau memang pada masa kejadian seperti dilaporkan, kita tetap akan siasat. Kalau terbukti, kita akan bawa suspek ke muka pengadilan.
“Samalah kalau mereka tinggal di asrama. Mungkin sekadar gurau-gurau tetapi perbuatan menyentuh mana-mana anggota tanpa kerelaan adalah satu jenayah iaitu cabul,”katanya menasihati remaja untuk memahami hak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ramai yang mengambil peluang untuk berjimat selagi boleh. Maka, kita perlu berbelanja dengan bijak untuk mengurangkan kos kehidupan harian.
Kedai Eco antara yang terkenal dikalangan ‘mak-mak’ kerana kesemua barang yang dijual hanya berharga RM2.10. Namun begitu, bukan hanya golongan mak sahaja yang berpusu ke sini, kaum lelaki dan anak muda juga menjadikan kedai ini sebagai pilihan utama untuk mereka berbelanja.
Kali ini kami nak kongsikan dengan korang tentang senarai barang pembersihan yang wajib beli di kedai tersebut. Walaupun murah, tapi kegunaannya memang tip top!
Buat apa nak membazir kalau boleh dapat murah kan? Jom kita lihat antara produk pembersih yang korang boleh dapat dengan hanya berharga RM2.10.
1. Tisu basah
Biasanya tisu basah digunakan untuk kegunaan peribadi, namun di kedai ini korang boleh dapatkan tisu khas untuk membersihkan rumah. Terdapat tiga jenis tisu basah, antibacterial wipes antaranya paling best kerana ia adalah multipurpose. Korang boleh letak di ruang rumah untuk senang dicapai.
Bagi jenis window wipes, ia bukannya hanya untuk cermin atau tingkap, sebaliknya korang boleh guna untuk lap barang perhiasan rumah yang dibuat daripada kaca atau kristal semasa membersihkan habuk. Nak cuci pintu peti ais pun boleh.
Untuk furniture wipes pula digunakan untuk lap semua perabot dan barang perhiasan kayu yang ada di rumah. Biasanya, penggunaan wet tissue ini digunakan untuk kerja pembersihan pantas 30 minit, untuk kecemasan atau untuk lap kesan minyak sahaja.
2. Kain lap microfiber
Kain ini sangat bagus kerana ia merupakan water absorbent. Ia juga mudah dibersihkan dengan syarat selepas digunakan terus dicuci. Kalau gunakan untuk lap permukaan cermin, ia tidak akan meninggalkan cebisan kain di atas permukaan. Boleh juga digunakan untuk buat deep cleaning, guna kain ini untuk lap dan bersihkan habuk.
3. Kitchen cleaner
Produk ini setanding dengan kitchen cleaner yang lain, walaupun murah tetapi kesannya terbaik. Spray kitchen cleaner ini di dapur gas dan selepas itu, lap dengan kain microfiber tadi. Instant cleaning.
4. Pembersih botol susu dan sayur
Bersih dan wangi, selain daripada kegunaan sebagai pembersih botol, ia juga boleh digunakan untuk basuh buah dan sayuran yanh dibeli di luar.
Akan Datang
5. Anti-urine dan anti-tobacco
Dua pembersih hilangkan bau ini juga boleh dimasukkan dalam senarai korang. Gunakan anti-urine sekirannya korang membela kucing, jika ia kencing di bawah sofa atau mana-mana tempat yang tidak sepatutnya, korang boleh gunakan semburan ini.
Cairkan sedikit (ratio 2 anti-urine: 1 air paip). Spray dan buat wet cleaning terus guna cecair yang sama. Hilang terus bau.
6. Pembersih mesin basuh
Rasanya ramai dah tahu tentang pembersih mesin basuh ini. Pembersih ini sangat membantu dan nak menggunakannya juga senang.
7. Magic span
Pernah viral sebelum ini, magic span ini sangat berguna untuk membersihkan permanent market pen, pensil atau krayon di mana-mana permukaan. Ia juga boleh membersihkan kekotoran kesan minyak, sambal dan banyak lagi.
8. Plastik sampah wangi
Memang wangi sungguh, satu dapur berbau harum. Korang boleh cari plastik sampah ini, memang berbaloi!
9. Laundry soap
Bukan hanya untuk mencuci pakaian, ia juga boleh disagat dan simpan di dalam bekas untuk kegunaan menyental bawah kuali dan periuk. Campurkan sabun ini dengan sabun basuh pinggan biasa, kesannya lebih berkilat.
Selain itu, korang juga boleh masukkan sedikit dalam air panas + cuka dan mop pada lantai. Memang berkilat. Kotoran pada baju putih juga mudah untuk ditanggalkan.
10. Laundry ball
Berfungsi untuk menambah geseran pada pakaian semasa dalam mesin basuh, geseran bertambah dan pakaian akan jadi lebih bersih. Lagi banyak laundry ball ini dimasukkan ke dalam mesih basuh, lagi banyak geseran terhasil dan pakaian juga akan lebih bersih.
11. Laundry net
Pakaian-pakaian kecil seperti pakaian dalam boleh dimasukkan di dalam laundry net ini supaya tidak cepat rosak. Jika tidak dimasukkan dalam laundry net, tali bra dan seluar dalam ini akan berpusing-pusing dan bersimpul dengan pakaian lain serta akan meregangkan tali bra dan hilang keelastikan getahnya. Di kedai Eco, terdapat tiga jenis laundry net, iaitu khas untuk bra, seluar dalam dan stoking.
12. Cleaning gel
Sebelum ini macam-macam jenis jenama telah digunakan, tapi harganya boleh tahan mahal. Kedai Eco juga mengeluarkan cleaning gel ini dan hasil penggunaannya juga boleh tahan bagus. Walaupun baunya tidak terlalu kuat, tapi masih okay untuk diletakkan di mangkuk tandas dan sinki. Setiap kali kena air, ia akan menghasilkan buih dan bebaskan bau yang wangi.
13. Compressed/vacuum bag
Produk ini digunakan untuk menjimatkan ruang dan semestinya ia sangat berguna untuk korang menyimpan barang atau pun ketika ingin melipat baju untuk dibawa semasa travel. Gunakan pam atau vacuum cleaner bagi menyedut udara dalam beg. Daripada tebal, ia terus menjadi nipis. Memang jimat ruang untuk disimpan.
Ha, memang berbaloi-baloi kan? Berbelanjalah dengan bijak. Hiks!
Amelia Henderson, bukan sahaja hebat sebagai seorang pelakon dan model, dia merupakan seorang pengacara masa kini yang cukup bagus dalam kerjayanya. Ini dibuktikan menerusi saluran Studio Sembang kendaliannya yang berjaya memukau penonton dengan caranya mengemudi setiap temu bual.
Miliki IQ 180, Menarik Tentang Amelia Henderson
Sejak kecil kecantikan Amelia terserlah.
Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai dirinya..
Dilahirkan pada 20 Oktober 1995, nama sebenar Amelia ialah Amelia Thripura Henderson.
Berasal dari Klang Selangor. Ibu Amelia merupakan kacukan Sri Lanka-Malaysia manakala bapanya pula berdarah Scotland dan seorang arkitek.
Aktif sebagai model sejak kecil, Amelia kerap menghiasi naskah iklan dan pernah menjadi wajah hadapan majalah Bintang Kecil yang sangat popular satu ketika dahulu.
Pernah ‘meninjamkan’ suaranya sebagai Barbie dalam tiga siri animasi Barbie.
Amelia bersama ibu ketika bayi.
Amelia pernah bergelar sebagai kerabat Diraja Kedah apabila mengahwini Tunku Dato’ Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar ketika berusia 20 tahun. Namun perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.
Bukan calang-calang orangnya, Amelia memiliki IQ 180 dan bergelar ahli Mensa International. Pertubuhan itu dikhususkan untuk mereka yang memiliki IQ yang tinggi.
Memiliki tubuh yang tinggi lampai, Amelia pernah dinobat sebagai Malaysia Model of The Year pada Asia Model Festival 2019 yang diadakan di Seoul, Korea.
Berbakat sebagai pelakon dan model, Amelia kini mengorak langkah sebagai seorang pengacara. Kalau nak tahu Amelia pernah menjadi pengacara program Hero Remaja pada tahun 2020 yang mana Nadhir Nasar menjadi juara edisi tersebut.
Di samping itu, wajah Amelia juga membintangi banyak drama tempatan antaranya Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi, Pengantin 100 Hari, Jangan Benci Cintaku dan Cinta Non Grata.
Di sebalik wajah cantik dan tubuh ideal dimilikinya, Amelia mendedahkan dia aktif dengan rutin tarian. “Saya tak mempunyai apa-apa rahsia untuk kekal cergas tetapi saya suka menari. Hampir kebanyakan masa dihabiskan dengan menari.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suga BTS Bay to Breakers mencuri perhatian dunia apabila Suga menyertai larian 12KM di San Francisco sebelum kembali ke jadual konsert padat BTS dengan stamina luar biasa.