Gal Gadot mencipta sejarah apabila menjadi pelakon kelahiran Israel pertama yang diberikan penghormatan bintang ‘Hollywood Walk Of Fame’ pada Selasa.
Dalam ucapan yang diberikan oleh Gadot pada majlis berkenaan, beliau beberapa kali merujuk kepada asal-usulnya sebagai seorang warganegara Israel malah sempat menyelitkan beberapa ayat dalam bahasa Ibrani atau Hebrew.
“Saya hanyalah seorang gadis dari sebuah bandar di Israel,” katanya dan menerima sorakan yang kuat daripada penyokong khalayak di sana.
Sambungnya, “Kepada semua orang muda terutamanya gadis-gadis di luar sana; sekiranya seorang gadis dari Rosh Ha’ayin (merujuk kepada dirinya) boleh menerima bintang di Hollywood Boulevard, tiada apa yang mustahil.”
Hari istimewa pelakon Wonder Woman ini juga turut disaksikan oleh suaminya, Jaron Varsano serta empat orang anak perempuan mereka iaitu Alma, 13; Maya, 8; Daniella, 3 dan Ori, 13 bulan.
Ads
Bagaimanapun, acara Hollywood Walk of Fame itu dicemari dengan cemuhan penunjuk perasaan pro-Palestin yang sedikit sebanyak menangguhkan acara selama 15 minit sebelum ia bermula.
Antara papan tanda yang dipegang oleh penunjuk perasaan itu termasuklah slogan seperti, ‘Disney menyokong pembunuhan beramai-ramai’ dan ‘Hollywood, soal kemanusiaan adalah untuk semua insan’.
Protes berkenaan bertambah semarak susulan serangan tentera Israel secara besar-besaran di Gaza pada Selasa sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dalam serangan itu menurut media tempatan di sana.
Ads
Sebagai info, serangan terhadap Hamas di Gaza ini berlaku atas arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz atas alasan keengganan Hamas membebaskan tawanan warganegara Israel.
Berbalik kepada acara penganugerahan kepada Gadot tadi, bintang filem Disney Snow White itu juga secara lantang menyokong Israel seperti mana yang dilakukan Gadot sejak serangan pengganas 7 Oktober 2023 dan pencerobohan ke atas Gaza di media sosial dan secara terbuka di acara-acara yang dihadirinya.
Ads
Sentimen itu sekali lagi diucapkan Gadot sebelum acara semalam apabila beliau ditemubual oleh Variety.
“Saya tidak pernah membayangkan di jalan raya sekitar Amerika Syarikat dan di bandaraya seluruh dunia; kita akan melihat orang ramai tidak mengutuk kelompok Hamas tetapi meraikan serta bersorak pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi,” katanya.
Azan di Old Trafford akhirnya bergema buat pertama kali dalam sejarah, mencipta satu detik yang cukup simbolik dan menyentuh hati, khususnya buat komuniti Muslim di Manchester serta penyokong Manchester United di seluruh dunia.
Stadium ikonik yang dikenali sebagai Theatre of Dreams itu lazimnya dipenuhi dengan sorakan ribuan penyokong, laungan chant penuh semangat dan debaran aksi Liga Perdana Inggeris.
Namun kali ini, suasananya berubah menjadi lebih hening dan penuh makna apabila laungan azan berkumandang sempena majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Manchester United Muslim Supporters Club (MUMSC).
Azan di Old Trafford Cipta Detik Bersejarah Ramadan
Acara iftar tersebut menghimpunkan penyokong Muslim Manchester United dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan. Ia bukan sekadar majlis berbuka puasa biasa, tetapi simbol keterbukaan dan pengiktirafan terhadap kepelbagaian komuniti penyokong kelab gergasi England itu.
Detik paling mencuri perhatian sudah tentu apabila seorang muadzin dikenali sebagai Ibrahim melaungkan azan berhampiran Stretford End tribune barat yang begitu sinonim dengan sejarah dan budaya penyokong setia United.
Dalam ruang yang biasanya bergema dengan sorakan gol dan emosi dramatik perlawanan, kali ini suara azan mengambil alih suasana.
“Azan pertama dalam sejarah di Theatre of Dreams. Benar-benar momen yang terasa tidak nyata. Alhamdulillah,” kongsi beliau menerusi media sosial.
Video yang tular memperlihatkan Ibrahim berdiri tenang, melantunkan azan di Old Trafford dengan penuh penghayatan. Suaranya bergema merentasi struktur stadium yang gah itu, mencipta suasana yang luar biasa dan berbeza daripada kebiasaan.
Simbol Perpaduan dan Keterbukaan
Momen ini membawa makna lebih besar daripada sekadar satu acara keagamaan. Ia mencerminkan realiti bahawa komuniti Muslim kini menjadi sebahagian daripada landskap global bola sepak moden.
Old Trafford bukan sekadar stadium bola sepak. Ia simbol sejarah, tradisi dan identiti Manchester United. Apabila azan berkumandang di lokasi seprestij itu, ia menghantar mesej jelas bahawa kepelbagaian budaya dan agama boleh diraikan dalam ruang yang sama.
Bagi penyokong Muslim, detik ini memberi rasa dihargai dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada keluarga besar Manchester United.
Ia membuktikan bahawa identiti keagamaan tidak menghalang seseorang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti bola sepak global.
Secara tidak langsung, peristiwa ini membuka ruang kepada lebih banyak inisiatif inklusif pada masa akan datang. Ia menunjukkan bahawa institusi sukan mampu menjadi platform yang menyatukan pelbagai latar belakang tanpa mengira agama dan budaya.
Sumber : Instagram ibi.idris, manutdmuslims
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan k-pop wanita, 2NE1 merupakan salah sebuah kumpulan original dari generasi K-pop kedua yang berjaya menempatkan hiburan Korea di pentas dunia.
Daripada hanya sejumlah pendengar antarabangsa saja yang mengenali apakah sebenarnya K-pop, 2NE1 yang pada ketika itu masih mendapat tunjuk ajar dari lagenda, Big Bang perlahan-lahan membina nama mereka sehinggakan terhasil senarai panjang single yang masih relevan dan didengari oleh peminat K-pop sehingga ke hari ini.
Bagaimanapun, kejayaan 2NE1 tidak terlepas daripada dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Satu persatu ahlinya meninggalkan kumpulan tersebut dan menamatkan kontrak bersama YG Entertainment. Minzy, CL dan Park Bom membawa haluan sendiri melainkan Sandara Park.
Selepas berkuburnya 2NE1 pada tahun 2016, Dara masih kekal aktif di bawah label YG Entertainment menerusi lakonan, nyanyian solo dan tentunya, akaun YouTube-nya DARA TV yang berjaya memperolehi Gold Play Button. Akaun tersebut merupakan antara aset terkuat YG kerana lebih ramai peminat K-pop belasan tahun yang boleh mengaitkan diri mereka dengan YG Entertaiment menerusi video-video yang dimuat naik oleh Dara.
Hari ini menandakan tertutupnya satu jilid dan permulaan karier baharu buat Dara setelah YG Entertaiment mengumumkan bahawa kontraknya bersama label itu telah tamat dan tidak akan disambung selepas tempoh 17 tahun!
“Kami secara ikhlasnya berterima kasih kepada Dara yang telah bersama kami untuk 17 tahun, ke atas kepercaaannya kepada kami selama ini. YG akan sentiasa menyokong Dara dan akan terus membantunya untuk permulaan baharu ini. Kami telah saling terikat sejak 2004 dan dia telah debut pada 2009 bersama 2NE1. Dia banyak mempromosikan kami dalam pelbagai bidang; lakonan, fesyen, kecantikan, pengacaraan dan muzik.
“Teruskan minat dan sokongan anda kepada Dara supaya dia boleh terlah menyinar dengan positif. Terima kasih sekali lagi kerana menyayanyi artis YG Entertainment, Dara selama ini,” catat mereka.
Biarpun sedih, penulis percaya keakraban ahli-ahli 2NE1 masih wujud dan pastinya mereka akan menyokong keputusan Sandara Park ini. Kalau korang masih ingat, Dara pernah menangis semasa berada di Myanmar apabila ada peminat yang bertanyakan sama ada dia ingin kembali bersama 2NE1.
Apapun kini, mereka berempat bebas melakukan apa saja termasuklah untuk melakukan comback atau membawa haluan masing-masing. Fighting!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jenama sukan Alo Yoga mengumumkan bahawa Jin BTS telah dilantik sebagai duta global jenama itu pada 17 Oktober lalu bersempena kempen awal musim bunga bagi tahun 2025 dan pembukaan pejabat pusat pertama Alo Yoga di Korea Selatan di Taman Dosan, Seoul.
Menerusi sebuah temubual eksklusif media WWD bersama Naib Presiden Pemasaran dan Kreatif Alo Yoga, Summer Nacewicz menyatakan bahawa jenama tersebut telah menghasilkan ‘Media Impact Value (MIV)’ sebanyak USD3.6 juta, termasuk perkongsian di Instagram milik Jin atau nama sebenar Kim Seokjin bernilai USD1.2 juta.
MIV adalah salah satu sistem penilaian metrik hak milik yang dibina oleh Launchmetrics dalam menetapkan nilai monetari atau kewangan menerusi platform media yang membantu sesebuah jenama mengukur impak pendedahan media mereka dalam mempromosi produk.
Menurut Nacewicz, kerjasama di antara anggota kumpulan K-Pop sensasi, BTS Jin dan Alo Yoga juga menandakan tonggak penting bagi jenama berkenaan.
Dalam pada itu, Jin berfungsi untuk mengembangkan misi jenama tersebut bagi memberi inspirasi kepada masyarakat di seluruh dunia untuk merangkul kesedaran, pemulihan dan gerakan utamanya dalam sukan.
Selain itu, pemilihan Jin juga bukan sahaja kerana beliau mampu mewujudkan nilai-nilai positif, namun ia disertakan dengan kesan yang boleh mencetus perubahan kepada orang ramai melalui pengaruh dan platformnya yang kuat.
Nacewicz menambah, “kolaborasi ini adalah keselarasan sempurna dengan visi kami untuk mempromosikan kesihatan fizikal dan mental dalam skala global.”
Bercakap mengenai perkembangan seni Jin BTS, beliau baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul ‘I’ll Be There’ pada 25 Oktober lalu dan bakal muncul dengan album pertama solo pada 15 November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin berkongsi fasa bahagia selepas bergelar isteri, kisah perkenalan dengan Esmeer Mansor serta bagaimana cinta dan kematangan mengubah hidupnya.