Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, telah memberi tempoh sehingga April kepada pempengaruh, Imran Bard, untuk memohon maaf secara bersemuka selepas namanya dijadikan konten yang didakwa mencalarkan imejnya.
Ellie berkata, dia memberi dua pilihan kepada Imran, sama ada bersemuka dengannya atau berhadapan dengan tindakan lanjut.
Menurut Ellie, isu ini berkaitan dengan masyarakat dan kesannya adalah buruk kerana dia menerima banyak mesej negatif yang menyakitkan hati.
“Saya tidak akan senyapkan benda ini. Perkara ini ada kaitan dengan masyarakat. Bila nama pempengaruh, dia akan mempengaruhi masyarakat sama ada untuk perkara baik atau buruk.
“Dalam hal saya ini, ia lebih kepada buruk kerana saya banyak terima mesej yang menggelarkan saya sundal, rupa buruk, pelakon sendu dan pelbagai konotasi negatif lain,” katanya.
Ads
Ellie juga menambah bahawa Imran sepatutnya bertemu dengannya sebelum bulan puasa, tetapi dia mendakwa berada di kampung.
Oleh itu, Ellie memberikan tempoh sehingga Hari Raya nanti untuk Imran datang berjumpa dengannya. Jika Imran tetap berdegil, Ellie akan menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang, Ellie berkata bahawa maruahnya yang tercalar tidak akan dapat dipulihkan dengan wang ringgit.
Ads
“Selama tiga dekad saya bekerja keras untuk berada di kedudukan hari ini. Reputasi yang dibina selama ini tercalar disebabkan video yang dimuat naiknya itu.
“Berapakah nilai diri yang hendak diletakkan? Takkanlah nilai saya RM200,000, RM500,000 ataupun RM1 juta? Saya adalah anugerah Allah SWT,” ujarnya.
Ellie juga menegaskan bahawa dia ingin melihat sejauh mana tanggungjawab yang akan diambil oleh Imran berkenaan isu ini.
Ads
Selain, drama popular Nafsu itu turut menasihatkan Imran mengenai adab untuk memohon maaf, menegaskan bahawa dalam agama Islam, memohon maaf tidak seharusnya dilakukan melalui telefon, sebaliknya perlu dilakukan secara bersemuka dengan orang yang telah kita lukakan hatinya.
“Kalau betul pun dia minta maaf, saya akan nilai sama ada dia ikhlas ataupun terpaksa sebab takut kena hentam,” tambahnya.
Sebelum ini, Imran telah memohon maaf melalui Instagram Story (IGs) berhubung video TikTok yang dimuat naik dengan kandungan berunsur fitnah terhadap Ellie.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Platform penstriman atas talian, Netflix telah membuktikan bahawa ia adalah salah satu peneraju produksi drama dan filem yang mementingkan diversiti dalam kalangan pelakonnya.
Salah satu drama popular di Netflix yang dianggotai oleh pelakon berlainan kaum, adat dan warna kulit ialah Bridgerton. Tidak lama lagi, musim keduanya akan menemui penonton dan apa yang membuatkan ramai ternanti-nanti adalah kerana kemunculan beberapa pelakon baharu dari bangsa berlainan.
Dua orang pelakon berdarah kacukan Inggeris-India; Charithra Chandran dan Simone Ashley telahpun diambil bagi melakonkan watak adik-beradik Sharma pada musim kedua.
Untuk meraikan diversiti ini, produksi Bridgerton menjanjikan keistimewaan dari segi trek lagu yang akan dimainkan pada setiap episod.
Salah satunya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham nyanyian mendiang Lata Mangeshkar. Biarpun tiada kenyataan rasmi mengapa lagu tersebut menjadi antara yang dipilih, REMAJA prcaya produksi ingin memberi penghormatan kepada legasi Lata; lebih-lebih lagi setelah beliau menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini.
Kata Charithra Chandran, 25 yang melakonkan watak Edwina Sharma, dia tidak dapat menahan air mata ketika lagu tersebut berkumandang semasa menonton previu.
Charithra Chandran.
“Filem (Kabhi Kushie Kabhi Gham) dan lagunya sudah menjadi ikonik dalam dunia Bollywood, semua orang membesar dengan mendengarkannya. Jadi apabila ia dimainkan, I was like, betulkah ini dan terus mengulang tayang. Lagu ini adalah ‘family song’ dan babak Bridgerton itu mewakili mesej yang sama. I love that.
“(Saya) menghantarkan mesej kepada Chris Van Dusen (penulis Bridgerton) dan memberitahunya babak tersebut membuatkan saya mengalirkan air mata kerana ia menggabungkan kedua-dua dunia saya; India dan Inggeris,” kata graduan Universiti Oxford itu.
Sementara itu, Simone Ashleyyang membawakan watak Kate Sharma dan buah hati kepada Anthony Bridgerton pula berkata, Bridgerton telah menjadi hit kerana ia mewakili pelbagai kebudayaan untuk dipertontonkan kepada penonton antarabangsa.
Pada zaman di mana ‘diversiti’ masih menjadi satu isu kompleks yang tercetus dalam dunia realiti, gambaran diversiti menerusi seni lakonan ini diharapkan mampu mengubah mindset penonton untuk menjadi lebih inklusif terhadap kepelbagaian latar belakang orang di sekeliling.
Simone Ashley di samping Jonathan Bailey.
Musim kedua Bridgerton mengisahkan tentang Lord Anthony Bridgerton (lakonan Jonathan Bailey) yang sedang mencari calon isteri terbaik.
Sebagai abang sulung dalam keluarga aristokrat itu, dia perlu menjaga nama baik keluarga dan mencari calon yang menyamai taraf luar biasanya. Pencarian itu seakan menemui jalan buntu sehinggalah Kate Sharma dan adiknya, Edwina Sharma tiba dari India.
Tak sabarnya nak binge-watch Bridgerton pada hujung minggu ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sekali dah viral, memang selepas tu merata-rata korang akan lihat produk yang sama dalam pelbagai jenis rupa.
Terbaru, minuman pearl bubble tea begitu mendapat sambutan sehinggakan hampir disetiap cawangan kedai mereka dipenuhi pengunjung. Cakaplah macam mana sekali pun, gula tinggi ke, tak baik untuk kesihatan ke, tapi masih ramai yang tak mahu melepaskan peluang untuk mencuba.
Sekarang ni bukan hanya minuman bubble tea, tapi boba pearl ni juga turut dihidangkan dalam pelbagai jenis makanan.
Serious la wey?
Okay, jom kita lihat antara hidangan yang disediakan bersama boba pearl.
1. Boba Pizza
Okay bayangkan korang makan gigit pizza dan terasa kekenyalan boba pearl tu. Hm onz ke tak?
2. Boba Egg Tart
Taiwan memang terkenal dengan egg tart mereka. Jadi, nah kalau korang nak rasa lain dari yang lain, bola cuba egg tart yang ada boba pearl ni
3. Boba pancake
Dihidangkan bersama krim susu dan juga ketulan boba yang melimpah ruah. Nampak mewah hidangan ni.
4. Boba Brulee
Roti bakar yang diletakkan creme brulee cheese dan seterusnya diisi dengan boba pearl dan dihiasi dengan wafer berperisa coklat. Pergh, nampak menyelerakan.
5. Boba Burst Bun
Roti lembut yang berintikan krim teh hitam dan juga boba pearl yang kenyal.
6. Boba Dorayaki
Dorayaki yang dikenali sebagai ‘kuih Doraemon’ ini juga tak ketinggalan untuk mendapatkan sentuhan boba pearl.
7. Roti bakar Boba
Macam mana la agaknya rasanya ya? Kena try ni!
8. Boba Cheesecake
Pergh, meleleh-leleh cheese kek dia dengan boba pearl tu. Kecur air liur.
9. Boba Waffle
Di Kajang, ada sebuah restoran yang menyediakan winter milk tea waffle yang boleh korang cuba.
Ok macam-macam ada kan? Persoalannya, korang sanggup ke nak try? Mungkin ada yang suka dan mungkin juga tidak.
Jadi, tepuk dada tanya selera!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, ramai yang sibuk memperkatakan tentang kesalahan mengisi nama penumpang pada tiket penerbangan yang mungkin boleh membawa masalah untuk korang menaiki pesawat nanti.
Kalau tak pun, di Malaysia mungkin korang boleh lepas, takut pula bila sampai ke destinasi luar negara lain pula jadinya.
So, untuk memastikan segala urusan berjalan lancar, korang harus mengisi butiran dengan lengkap dan betul.
Berikut kami kongsikan cara mengisi butiran peribadi bagi tempahan penerbangan di Air Asia.
Semasa mengisi butiran tetamu ketika membuat tempahan penerbangan, sila pastikan nama korang dieja dengan betul dan diwajibkan sama dengan ejaan dalam pasport, visa, kad pengenalan kebangsaan (ID) dan dokumen perjalanan yang lain.
Contohnya:
Nama unik
Sistem Air Asia tidak menerima simbol atau aksara khas dalam nama-nama tetamu, contohnya:
1. Nama dengan alias @
Bagi yang melakukan perjalanan dalam negeri, jika nama korang dieja dengan nama @ atau nama kedua dalam Kad Pengenalan korang, keluarkan tanda @, masukkan ruang antara kedua-dua nama atau isikan nama pertama saja.
2. Nama dengan tanda sengkang
Jika nama dieja dengan tanda sengkang -, sila ganti dengan ruang
3. Nama tunggal
Jika nama korang hanya terdiri daripada nama tunggal, contohnya Suryadi, sila isikan ruangan Nama Keluarga dengan nama sama yang diisikan dalam ruangan NamaDiberi
Sekiranya korang ingin menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, boleh rujuk cara-cara mengisi nama dengan betul di malaysiaairlines.com
Diharap sedikit sebanyak penerangan ini dapat membantu memudahkan urusan pembelian tiket penerbangan korang nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.