Pengalaman berpantang selepas melahirkan anak sememangnya menjadi antara fasa paling mencabar buat wanita, lebih-lebih lagi jika berdepan komplikasi kesihatan. Situasi itu turut dilalui oleh pelakon popular, Elisya Sandha, apabila dia mengalami jangkitan luka pembedahan selepas bersalin anak kedua, sehingga menjejaskan kesihatan fizikal dan emosinya.
Menurut laporan hibglam, Elisya masih tidak percaya kini bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata. Namun, tempoh berpantang yang sepatutnya membantu memulihkan diri menjadi sebaliknya apabila dia terpaksa menanggung kesakitan berpanjangan.
“Tempat pembedahan C-Sect saya luka dan ada jangkitan. Duduk, baring, berjalan semua tidak selesa. Saya alami sakit kepala yang teruk sehingga mengganggu tempoh 44 hari berpantang saya,” katanya.
Tambah Elisya, situasi tersebut turut menjejaskan kesihatan mental sehingga membuatkan dia murung dan hampir mengalami tekanan perasaan (depression).
Hanya Suami Tempat Mengadu
Meskipun diuji dengan keadaan kesihatan yang tidak stabil, Elisya tetap memilih untuk merahsiakan keadaan sebenar daripada ibu kandung dan ibu mentuanya bagi mengelakkan mereka risau. Hanya suaminya, Uzair Haqimy Azman, mengetahui keadaan sebenar memandangkan dia sentiasa berada di sisi.
Ads
“Banyak perkara berlaku dalam tempoh pantang yang menyebabkan saya murung, tetapi alhamdulillah, dengan sokongan suami dan melihat anak-anak, saya perlahan-lahan dapat semangat saya kembali,” jelas Elisya.
Ibu Mertua Prihatin, Sokongan Moral Jadi Kekuatan
Dalam masa yang sama, Elisya turut menghargai keprihatinan ibu mentuanya, pelakon terkenal Sheila Rusly, yang sentiasa mengambil berat terhadap pemakanan dan keperluan sepanjang dia berpantang.
Ads
“Saya bersyukur kerana ibu mentua sangat ambil berat tentang pemakanan dan memastikan saya makan mengikut keperluan ibu berpantang. Cuma saya memilih untuk tidak memberitahu mengenai keadaan kesihatan diri kerana tidak mahu mereka risau,” katanya.
Untuk rekod, Elisya selamat melahirkan anak kedua, seorang bayi lelaki diberi nama Bahtera Elhaq, pada Mei lalu. Pasangan ini turut memiliki seorang anak perempuan, Bunga Elhaq, yang kini berusia tiga tahun.
Ads
Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021, dan kini membina keluarga kecil bahagia mereka bersama dua cahaya mata tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kalau saya dah buat yang paling sukar itu pun boleh dapat nombor last, jadi mungkin pada minggu hadapan saya buat yang biasa-biasa sahajalah. Boleh dapat nombor dua, tiga atau empat ke,” seloroh peserta The Hardest Singing Show, Kaka Azraff setelah beliau diletakkan di tangga tercorot pada episod pertama pertandingan itu, semalam.
Berbanding lapan lagi orang peserta, Kaka sekadar memperolehi 58.05 markah menerusi persembahannya menyanyikan lagu nyanyian asalnya sendiri, Gila dan Bukan Hal Aku.
Sewaktu ditemui pada sidang media semalam, Kaka mengakui masih sedang cuba memahami apa yang diinginkan oleh para juri dan produksi The Hardest Singing Show agar dirinya dapat memperbaiki kedudukan pada minggu-minggu seterusnya.
Kaka Azraff
“Rasanya, sudah ada sedikit elemen ‘hard’ yang diminta dalam persembahan saya tadi. Tapi macam tak cukup.
“Kalau (persembahan minggu pertama Kaka) boleh dapat nombor tercorot, kita fikirkan yang lain. Kita kena ubah sedikit permainan kita ke apa. Tengoklah.
“Kita sebenar ikut flow of the show. Tak nak lah lama sangat (tergantung di udara). Kita nak ada elemen penceritaan sebenarnya.
“Tapi kalau kita tahu (juri dan produksi) nak (tergantung) lama, saya boleh sahaja nyanyi secara tergantung sehingga habis kalau itu yang diambil kira,” ulasnya.
Kaka juga mendedahkan dirinya hanya dibekalkan satu hari latihan bersama abah-abah keselamatan atau harness. Baginya, di situlah cabaran dan elemen ‘hardest’ yang ditonjolkan oleh program tersebut.
Sebagai peserta, Kaka perlu berdepan tema dan konsep baharu yang diberikan pada setiap minggu untuk mara ke hadapan.
Janjinya, dia akan cuba dan memberikan yang lebih baik menggunakan elemen badminton dan berbasikal pula bagi persembahan minggu kedua yang bertemakan Revolu-Sihat.
FOTO: Astro/Azrul Rafie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita semua telah sedia maklum, negeri Selangor bersama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.
Perkara ini semestinya menimbulkan keresahan ramai pihak terutamanya peniaga-peniaga kecil yang akan terjejas dek situasi ini. Neelofa yang juga merupakan seorang usahawan berjaya menerusi satu ciapan di Instagramnya ada melontarkan seruan kepada pengikutnya di laman sosial terbabit.
Ujarnya, “Mendoakan dan berharap, agar PKPB kali ini tidak terlalu memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil secara khususnya dan rakyat secara amnya. Jom kita support sesama kita. Berbelanja dengan peniaga kecil, bantu promosi. Utamakan produk tempatan!”
Ciapan yang mendapat lebih 14 ribu ulang kicau dan hamper 20 ribu tanda suka ini ternyata menerima sokongan positif pengikut pengacara yang popular menerusi program Meletop dan kini Next to Neelofa.
Selain itu terlebih dahulu selebriti popular ini turut menyeru agar semua peminat bersabar kerana ini adalah cara terbaik untuk megurangkan tahap jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan.
***P/S – Always love her vibes! Neelofa yang juga merupakan Dewi Remaja 2009/2010 merupakan contoh wanita yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam kehidupan tidak kiralah dari sudut kerjaya mahupun rohani. So, korang yang baca artikel ini, tidak kisahlah lelaki atau perempuan cuba contohi nilai positif yang ditonjolkan wanita cantik asal Kelantan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muncul dalam sebuah video kempen kosmetik dan kecantikan tempatan, pelakon berkaliber, Reen Rahim mencuri perhatian ramai apabila tampil anggun dan ayu mengenakan hijab.
Menerusi beberapa hantaran klip video yang dimuat naik di entri Instagram, pelakon filem Syif Malam Raya dilihat mengenakan tudung berona merah hati ketika sesi fotografi untuk produk kecantikan tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Reen Rahim yang dilihat cantik dan ayu mengenakan hijab.
Selain itu, ada juga pengikutnya yang menitipkan doa buat pelakon berusia 34 tahun itu agar terus kekal istiqamah dalam berhijab.
“Insya-Allah kak Reen, pelan-pelan istiqamah. Suka gelagat gelak kak,” komen seorang warganet.
Sekadar informasi, pada Disember lalu, Reen selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Hazim, dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kenapa bateri telefon cepat habis masa travel walaupun tak guna aplikasi? Ketahui penjelasan sebenar tentang proses cellular handover dan tip jimat bateri semasa perjalanan jauh.