Sejak kebelakangan ini, ramai golongan muda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah disebabkan tekanan, kerja syif, pengambilan kafein berlebihan, ketagihan bermain gajet dan sebagainya.
Waktu tidur sebenarnya amat penting untuk kita sebagai manusia kerana ia memberi ruang kepada otak untuk berehat setelah seharian melakukan aktiviti dan bekerja. Selain itu, ia juga amat penting bagi golongan pelajar agar tidak terlalu kerap mengabaikan masa tidur pada waktu malam bagi menyiapkan tugasan kuliah atau keluar berseronok bersama rakan-rakan.
Menerusi satu kenyataan yang dikongsi melalui portal kesihatan Hello Doktor, tempoh waktu ideal mendapatkan tidur yang mencukupi bagi remaja berusia 14 hingga 17 tahun adalah 8-10 jam, manakala bagi orang dewasa adalah sekurang-kurangnya 7-9 jam sehari.
Kredit: School, 2013
Antara kebaikan yang boleh diperoleh melalui waktu tidur yang cukup adalah membantu meningkatkan fokus seseorang individu.
Dalam pada itu, tidur yang cukup juga dapat membantu menguatkan memori serta meningkatkan daya ingatan manusia.
Ads
Sebelum ini, ada kajian mendedahkan ketika manusia tidur, memori dan perkara yang dipelajari akan digerakkan ke kawasan otak yang lebih efisien dan bertahan untuk satu tempoh masa yang lama.
Di samping itu, kebaikan yang diperoleh melalui tidur yang cukup juga membantu pertumbuhan dan pemulihan tisu badan dengan lebih baik. Ini kerana ketika tidur, otak manusia akan menghasilkan hormon yang menggalakkan proses pertumbuhan dan pemulihan semula sel-sel di dalam badan.
Tidur yang sihat bagi remaja adalah 8-10 jam, manakala bagi orang dewasa 7-9 jam sehariDengan tidur yang mencukupi, seseorang boleh lebih fokus dan bertenaga dalam melakukan aktiviti seharian
Sementara itu, antara kesan buruk jika seseorang tidak mendapatkan tidur dan rehat yang cukup adalah mereka akan sukar untuk fokus dalam melakukan aktiviti seharian dan memberikan tumpuan pada hal tertentu.
Ads
Selain itu, pengurusan emosi juga akan terganggu dan seseorang itu berpotensi untuk mudah marah kerana fikiran mereka sudah letih sekaligus tidak dapat berfikir dengan baik.
Lebih membahayakan sekiranya bagi anda yang membawa kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta juga berisiko terlibat dalam kemalangan.
Ads
Ini jelas menunjukkan kekurangan tidur akan menyebabkan terjadinya ‘micro sleep’, di mana manusia akan terlelap dalam tempoh 1 hingga 30 saat, waktu yang singkat, namun ia boleh mengancam nyawa sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia
Intihanya, tidur yang mencukupi adalah aspek penting dalam kehidupan kita terutamanya dalam kalangan golongan muda. Kekurangan tidur bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, tetapi juga boleh mempengaruhi keselamatan diri anda dan orang lain
Oleh itu, penting bagi setiap individu untuk memberi perhatian terhadap waktu tidur mereka dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengutamakan rehat yang cukup setiap hari. Dengan tidur yang berkualiti, kita bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi harian, tetapi juga memastikan kesihatan jangka panjang yang lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai salah satu syarikat penerbangan terbaik dunia, Singapore Airlines sentiasa berevolusi dalam menghasilkan sesuatu perubahan yang akan mempesonakan penumpang mereka.
Terbaharu lebih kurang seminggu yang lalu, syarikat penerbangan nasional Singapura itu telah melancarkan motif baharu batik yang akan digunakan di dalam semua konsep rekaan baharu bagi sebarang kempen penjenamaan dan juga cenderamata syarikat itu yang sudah mula dijual di KrisShop.
Diinspirasikan dari corak batik asal kebaya ikonik Singapore Girls yang popular, corak ini diberikan sentuhan yang lebih moden agar senang untuk disesuaikan dengan sebarang rekaan digital.
Selain itu suntikan 10 jenis bunga asli Singapura menjadi tunjang asas kepada perubahan yang dilakukan ini. 10 bunga yang tumbuh meliar di Singapura ini melambangkan kekayaan alam semulajadi negara itu.
Walaubagaimana pun, kebaya ikonik pramugari syarikat penerbangan itu tidak akan digantikan dengan corak baharu dan akan terus kekal dengan rekaan asal yang telah dicipta lebih 47 tahun lalu iaitu pada tahun 1974 oleh pereka feyen antara bangsa, Pierre Balmain.
*** P/S- Singapore Girls merupakan gelaran bagi pramugari Singapore Airlines.
“Always nice to fly with friends. All the best for your IOE Adib #biasamaksudnya,” coretnya dalam ruangan kapsyen.
Video itu memaparkan, Adib terlihat segak memakai baju seorang juruterbang dan difahamkan kini pemuda itu sudah memulakan kerjayanya dalam Malaysia Aviation Group (MAG).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Adib kerana telah memulakan kerjaya baharu dan cita-citanya sudah tercapai.
“Akhirnya tercapai juga cita-cita dia nak jadi pilot.. good luck Adib!” komen seorang pengguna.
“Asbab “biasa maksudnya?” Adib viral dan impian (doa) untuk jadi pilot termakbul, Allah works mysteriously,” komen lagi seorang pengguna.
“Wah… dah jadi pilot dah dia.. Alhamdulillah!” tulis pengguna lain.
Terdahulu, gara-gara video ‘biasa? biasa maksudnya?’, bisnes graduan sekolah penerbangan itu menerima jumlah pelanggan yang ramai hampir setiap hari sehingga pernah menjual lebih 200 kilogram (kg) pisang dalam tempoh kurang enam jam.
Selain memiliki wajah kacak, sifatnya yang dikatakan sebagai lelaki soft-spoken (bercakap lemah lembut) merupakan antara faktor dia tular dan menjadi kegilaan wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik buat semua, Tourism Malaysia menawarkan e-baucar bernilai RM400,000 kepada pengunjung dalam kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’ hingga 10 Disember ini.
Pengunjung taman tema boleh menebus e-baucar yang diperuntukkan menerusi kerjasama Tourism Malaysia dan Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) itu.
Sumber: MATFA
Korang boleh menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus di lebih 25 buah taman tema dan pusat hiburan keluarga.
Penebusan e-baucar tunai bernilai RM10 setiap satu pula boleh dibuat dengan melayari laman web MATFA di matfa.org.my bermula 30 Oktober berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.
Program kerjasama ini juga dilakukan selari dengan Pelan Pemulihan Pelancongan bertujuan menyemarakkan kembali industri pelancongan domestik yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Dianggarkan sekurang-sekurangnya 40,000 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan kempen ini.
Antara taman tema yang tersenarai: Sunway Lagoon, Adventure Waterpark Desaru Coast, Legoland Malaysia Resort, Lost World of Tambun, The Top Penang, Wet World, A’Famosa Water Theme Park, Bangi Wonderland, Bayou Lagoon Park Resort, Discovery Park Gamuda Cove, i-City Theme Park dan Melaka Wonderland Theme Park & Resort.
Turut tersenarai ialah Jungle Gym, Ripley’s Adventureland Genting Highlands, Starship Galactica, Amverton Cove Gold & Island Resort, Aquaria KLCC, Espace, KL Bird Park, VAR Live, Dungun Escapade Resort dan banyak lagi.
Sumber: MATFASumber: MATFA
Malangnya tiket yang disediakan ke lokasi popular seperti Aquaria KLCC dan Bangi Wonderland telah habis diambil.
Untuk maklumat lanjut mengenai senarai taman tema yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen, korang boleh layari laman web mafta.org.my atau www.malaysia.travel
Ambil peluang ini untuk luangkan masa bersama yang tersayang dan cepat tebus baucar tersebut sebelum habis okay?
Apa-apa pun jangan lupa SOP, sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal ketika berlibur.