
Setiap bulan semua perempuan mempunyai masalah yang hampir sama, iaitu mengalami period pain. Sama ada kronik atau tidak, senggugut ketika datang bulan dah jadi perkara biasa untuk mereka.
Bagi individu yang sering berhadapan dengan masalah period pain yang teruk, seorang pengguna Twitter telah berkongsi tip tentang penggunaan herbal plaster yang dapat membantu mengurangkan rasa senggugut daripada asyik menelan pil tahan sakit.
Betul juga tu, kalau terlalu bergantung pada ubat je pun tak elok sangat, jadi apa kata korang cuba inisiatif lain yang dikongsi oleh Hanis Rodzmi ini.





Selain itu, ada juga yang mencadangkan penggunaan plaster yang boleh korang dapatkan di Daiso. Harga pun jauh lebih murah dan dapat memberikan kesan yang sama.

Harapnya kaedah ini dapat membantu perempuan di luar sana dalam menyelesaikan masalah ‘bulanan’ mereka. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selesa Pun Boleh Jadi Stylish! Jom ‘Usha’ 16 Kasut Pilihan Kami Daripada LARRIE

Tahun baru, gaya baru! Bagaimana jika REMAJA katakan yang anda pun boleh perolehi keselesaan baru tanpa perlu menggadaikan soal gaya peribadi?
Ya! Kami ingin kongsikan mengenai koleksi terbaru Larrie bagi musim Spring/Summer 2024 yang telah diperkenalkan baru-baru ini.


Satu perkara yang pasti, Larrie berjaya menyediakan rekaan kasut baharu bagi lelaki dan perempuan untuk pemakaian seharian dengan campuran gaya kasual mahupun formal.
Sejak mula menawarkan pilihan fesyen kasut yang segar lagi menyelesakan di Malaysia pada 1978, Larrie kekal signifikan sebagai ‘sahabat’ terbaik bagi kaki anda.
Tambahan pula, Larrie kini didatangkan dengan pelbagai fungsi baharu selari dengan perubahan teknologi dalam pembuatan kasutnya. Antara yang paling menarik perhatian REMAJA adalah teknologi anti-bakteria pada bahagian lapik tapak (lining).


Bukan sahaja ia menawarkan sokongan lengkungan kusyen di dalam kasut agar alignment tapak selesa pada setiap langkahan. Malah, rekaan U-shape yang ada pada heel cup juga memberikan kestabilan dan mengurangkan tekanan pada tapak kaki si pemakai.


Tidak kiralah sama ada anda inginkan vibes yang lebih kasual seperti pergi melancong, beriadah dan bersantai mahupun vibes yang lebih serius untuk pemakaian di tempat kerja serta kampus, Larrie ada jawapannya untuk apa anda cari-cari selama ini.
Ini kerana Larrie sudah berpengalaman bagi menawarkan rekaan istimewa untuk ditawarkan mengikut personaliti serta gaya peribadi pemakainya.
Jom lihat 14 lagi kasut pilihan REMAJA oleh Larrie dari koleksi terbarunya:













***
Rambang mata, bukan! Tepuk dada tanya selera, yang mana yang berkenan di hati dan yang mengikut kehendak anda sekarang, itulah pilihan yang tepat.
Pelbagai rekaan kasut, sandal dan sneakers lain turut ditawarkan oleh Larrie di stor serta di dalam talian. Layari sahaja ke larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com untuk gambaran yang lebih lanjut terhadap koleksi baharu Larrie.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inspirasi Fesyen Muslimah Indonesia Jadi Keunikan Koleksi Pertama FarahAlya

Setibanya tarikh satu Ramadan, tentunya peniaga fesyen di Malaysia kini sedang berlumba-lumba memperkenalkan koleksi pakaian Aidilfitri. Kadangkala, masing-masing dilihat tidak mahu kalah dengan rekaan dan potongan baharu.
Namun buat jenama FARAHALYA yang baru sahaja memperkenalkan koleksi pertama sempena Ramadan ini, mereka lebih gemarkan identiti pakaian muslimah evergreen yang boleh dipakai pada bila-bila masa serta untuk apa jua tujuan.
Menurut pengasas FARAHLYA iaitu Datin Hamizan Puteh, mereka terlebih dahulu telah mengkaji apa yang digemari oleh remaja sekarang yang inginkan sesuatu yang santun, sopan, selesa digayakan dan paling penting, fashionable.
Orang kata, tak malulah untuk sesiapa sarungkan pakaian berkonsepkan jubah ini ke mana-mana.
Datin Hamizan Puteh
“Selama setahun, kami kaji fesyen remaja di Indonesia yang gemar tampil bergaya walaupun modest. Di sana, pakaian seperti jubah ini bukan hanya untuk digayakan semasa Hari Raya Aidilfitri sahaja tetapi juga boleh dipakai pada bila-bila masa ke mana saja.
“Pakaian di Indonesia tidak gentar untuk bermain dengan warna biarpun ia digelar ‘Muslimah wear’ Jadi itu sesuatu yang ingin diterapkan oleh FARAHALYA iaitu identiti elegan biarpun aurat ditutup rapi.
“Di media sosial pun, semakin ramai remaja yang tidak segan memuat naik OOTD (outfit of the day) dengan pakaian muslimah seperti ini. Jadi, menerusi koleksi ini, FARAALYA memberi lebih banyak pilihan kasual kepada mereka,” kata Datin Hamizan.
Tambah menarik lagi apabila jenama FARAHALYA ini juga mendapat sentuhan anak tunggalnya sendiri, Farah Alya yang kini sedang menuntut di Australia.
*
Melihat kepada koleksi pertama FARAHALYA yang dinamakan sebagai ZYZAH ini, ia jelas mendapat tempias potongan jubah dan gaun labuh pada masa yang sama.
Jom lihat lima aspek yang membuatkan koleksi ZYZAH ini menarik untuk dimiliki.

Lima pilihan warna pastel yang diperkenalkan menjadikannya pilihan yang segar.

Dari segi material, ia diperbuat daripada fabrik Japanese Cotton di mana ia mempunyai efek kilauan yang tidak keterlaluan.
Tak perlulah untuk korang risau dengan isu ‘order lain, dapat lain’ kerana FARAHALYA mementingkan aspek fabrik yang selesa dan cantik terletak.
Di bahagian lengannya mempunyai zip untuk memudahkan pemakai mengambil wuduk.
Di bahagian hadapan juga mempunyai bukaan zip untuk memudahkan ibu yang menyusukan anak.

Hanya 1000 helai saja dijual demi memastikan rekaan yang dikeluarkan oleh FARAHALYA tidak dimakan zaman.
*
Koleksi ZYZAH oleh FARAHALYA ini boleh korang miliki pada harga RM129 setiap satu dalam saiz S hingga XL di LAMAN WEB & INSTAGRAM mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi Terjawab, Michelle Yeoh Tak Ambil Anak Angkat Tapi..

Tahun baru 2024 menjadi detik yang tidak akan dilupakan oleh pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh apabila beliau menimang cucu pertamanya, sekaligus kini memikul gelaran nenda.
Ia berlaku kurang dari tempoh sebulan setelah Yeoh melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Jean Todt di bandaraya Ipoh dan pulau peranginan, Pangkor.

Pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) 2022 menerusi filem Everything Everwhere All At Once itu pada awalnya memuat naik sekeping foto yang menunjukkan kaki seorang bayi di atas telapak tangan orang dewasa dengan kapsyen berbunyi,
“Satu keajaiban pada hari pertama tahun 2024. Kami amat-amat diberkati… Sukar untuk jelaskan betapa gembiranya saya untuk berita bahagia ini.”

Hantaran di Instagram itu lantas menuai spekulasi dalam kalangan peminatnya yang tertanya-tanya jika bayi tersebut milik orang lain ataupun sememangnya Yeoh dan Todt mengambil anak angkat.
Malah, tinjauan di bahagian komen juga mendapati ramai warganet pantas mengucapkan tahniah kepada ‘power couple’ itu.

Namun tidak lama selepas itu, Yeoh menjelaskan bahawa tapak kaki bayi itu hakikatnya milik cucu sulung beliau; iaitu anak kepada Nicolas yang merupakan anak lelaki Todt daripada hubungannya sebelum ini.
Yeoh seterusnya menitipkan penghargaan beliau kepada Nicolas dan isterinya setelah merealisasikan impian mereka berdua menjadi datuk dan nenda.
“Terima kasih sayangku Nicolas dan Darina kerana membuatkan kami datuk dan nenda paling gembira dan bangga. Selamat lahir buat bayi Maxime.”

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Academy Awards Ke 95
Untuk pengetahuan, Yeoh dan Todt telah menamatkan pertunangan berusia 19 tahun mereka pada tahun lalu setelah mereka mendirikan rumah tangga pada bulan Julai di Geneva, Switzerland.
BACA LAGI: Gembira Michelle Yeoh Bergelar Isteri Jean Todt, Ibu Titip Harapan Resepsi Diadakan Di Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

