Saban tahun, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan bertambah meriah dengan budaya pemberian duit raya dan salah satu golongan yang paling teruja menantikan duit raya mereka tentulah golongan kanak-kanak.
Biarpun baru berusia lebih tiga bulan, cahaya mata sulung pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail, Muhammad Bilal turut tidak terkecuali daripada menjadi penerima duit raya pada tahun ini.
Apa yang mencuri tumpuan warganet kali ini bukanlah disebabkan Bilal menerima duit raya biarpun masih kecil. Namun ia terarah kepada jumlah duit raya yang diterimanya.
Menerusi paparan video di TikTok berdurasi 20 saat yang dimuat naik ke TikTok rasmi Neelofa, ia menunjukkan ibu bapa Bilal sedang sibuk mengira jumlah duit raya yang diterimanya. Ada kepingan wang not RM1, RM10, RM20, RM50 dan RM100.
Lebih menarik adalah apabila Bilal juga menerima sekeping not Dirham iaitu mata wang Emiriah Arab Bersatu (UAE). Untuk pengetahuan, not 1000 Dirham tersebut sama nilainya dengan RM1,192 tau!
Ujar Haris, “Alhamdulillah. Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Jadi, hasil kutipan duit raya pada tahun ini RM14,020. MasyaAllah, hebat (daripada kita lagi).”
Tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati warganet gembira dan teruja melihat rezeki yang diterima oleh bayi itu. Ada yang berseloroh mengatakan duit raya yang diterima Bilal lebih tinggi jumlahnya berbanding wang pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Ads
Ada juga pengguna TikTok berkata nilai itu melebihi hantaran yang pernah diterimanya. Dan ada juga yang ingin ‘lock’ Bilal menjadi menantu. Amboii..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syukur bumi Malaysia tiada gunung berapi. Tsunami melanda tidak kira masa dan waktu dan tragedi gempa bumi yang melanda di negara-negara jiran kita cukup menyayat hati.
Terbaru, susulan pengeluaran debu dari salah satu gunung berapi paling aktif di selatan Manila petang semalam, Ketua Institut Volkanologi dan Sismologi Filipina, Renato Solidum menjangkakan akan berlakunya fenomena ‘tsunami gunung berapi’ dalam tempoh beberapa hari.
Gunung berapi Taal yang berada kira-kira 65km dari kawasan selatan Manila itu dikatakan meletus kali terakhir adalah pada 1977.
Serious situation here with Level 4 and a ‘hazardous eruption’ imminent of #Taal volcano. Everyone be safe- stay indoors. Let’s prepare the worst and how the best. pic.twitter.com/MtxbNra0Mo
Menurut sumber, gunung berapi Taal telah menunjukkan beberapa tanda sejak akhir Mac lalu. Namun petang Ahad lalu, debu tebal setinggi 15km boleh dilihat dari jauh diikuti dengan beberapa gegeran yang dikatakan seperti ‘raksaksa menghampiri’.
Keadaan ini menyebabkan pihak pejabat bencana tempatan terpaksa mengambil tindakan memindahkan lebih 6,000 penduduk setempat dan penduduk dari kawasan kejiranan ke kawasan yang lebih selamat.
MANILA, Philippines – The Taal Volcano in Batangas remained under Alert Level 4 early Monday morning, January 13, as it spewed lava fountains amid the threat of a hazardous eruption. pic.twitter.com/8Umz2uEL3q
Untuk pengetahuan anda, pulau kecil gunung berapi Taal sering menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangannya yang cantik, namun disebabkan amaran bahaya yang sudah meningkat kepada skala empat daripada lima menyebabkan kawasan itu ditutup untuk pelancongan buat sementara waktu.
Setakat ini tiada laporan kecederaan dilaporkan oleh media dan pihak berkuasa tempatan.
So korang yang merancang bercuti ke Filipina tu diharap dapat la postpone hajat korang tu!
Sumber: NY Times, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Putera Harry dan Meghan Markle cepat menerima hadiah pertama untuk royal baby setelah berita kehamilan Meghan disampaikan Kensington Palace, semalam.
Hari ini merupakan hari pertama Harry dan Meghan memulakan jelajah Australia mereka.
Bertempat di Admiralty House iaitu kediaman rasmi Govenor Jeneral Sydney, Harry dan Meghan disambut secara rasmi oleh 18 wakil negara yang terlibat di dalam kejohanan Invictus Games Sydney 2018.
Meghan yang menyarung dress dari pereka fesyen Australia, Karen G juga berjumpa dengan bekas perenang dunia, Ia Thorpe dan beberapa lagi duta Australia.
Dalam pada beramah mesra, Govenor Jeneral sempat menyampaikan hadiah perkahwinan berupa topi Aussie Akubra kepada pasangan tersebut. Selain itu, beliau juga menyediakan permainan fluffy Kangaroo dan sepasang ugg boots untuk menyambut berita royal baby itu.
“Thank you, that’s so sweet,” ujar Meghan.
Selepas tamat, mereka berdua kemudian beredar ke Zoo Taronga untuk berjumpa dengan 2 ekor bayi koala. Di situ, jurugambar sempat mengambil foto jelas yang menunjukkan Meghan bersama baby bump-nya.
Walaupun berbadan dua, Meghan masih kuat untuk meneruskan itinerari seperti menaiki feri untuk ke Opera House, menonton sesi latihan Bangarra Dance Company di sana dan bertemu rakyat Australia dengan berjalan di sekitar kawasan itu.
Fuhh, yang belum pernah mengandung pun belum tentu larat nak buat semua tu.
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam tadi.
Yazid, yang berduet dengan Ruhil Amani, menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih, sebuah lagu yang asalnya dipopularkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli Sarip.
Meskipun berusaha memberikan yang terbaik, persembahannya gagal menambat hati juri dan membuatnya berada di tempat terbawah.
Pada malam yang sama, penyanyi Sheila Abdul mencuri tumpuan apabila muncul sebagai juara konsert minggu kelima.
Persembahan bertenaga Sheila melayakkan dirinya meraih Anugerah Terpaling Adabi, sekaligus membawa pulang wang tunai RM2,000. Liza Aziz pula menduduki tempat kedua, manakala Ning Baizura berada di posisi ketiga.
Selain itu, penyanyi lagu Mungkinkah itu turut dipilih sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian peminat.
GV11 minggu keenam, yang bakal berlangsung pada 29 Disember ini, dijangka menyajikan kelainan apabila barisan peserta diberikan tema Lagu Seram untuk cabaran seterusnya.
Sementara itu, Jihan Muse mengumumkan bahawa dia akan berehat daripada tugas mengacara kerana persiapan menyambut kelahiran anak ketiganya.
Tempatnya akan digantikan oleh Sherry Alhadad yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad sehingga ke pentas akhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!