Tragedi kemalangan bas pelajar di Gerik, Perak yang berlaku pada awal Jun lalu ternyata meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia, khususnya apabila kisah dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat, Muhammad Adham Tuan Adnan dan Nur Ain Najwa Mohd Ilias, tular di media sosial.
Terkini, nasib kedua-dua pelajar ini mendapat perhatian istimewa daripada Kerajaan Negeri Terengganu apabila mereka diangkat sebagai anak angkat negeri di bawah Portfolio Kebajikan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim, selepas mencapai persetujuan bersama beberapa pihak kerajaan negeri dan agensi kebajikan.
Menurut beliau, sebagai usaha jangka panjang, kedua-dua pelajar ini akan menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500 seorang bermula Julai ini sehingga mereka tamat pengajian di UPSI.
“Kerajaan Negeri menerusi portfolio kebajikan tidak membiarkan anak-anak ini menghadapi kesusahan bersendirian. Kita akan bersama mereka hingga mereka berjaya menamatkan pengajian,” jelas Maliaman kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman hari ini.
Tambahnya, pemilihan Adham dan Ain Najwa dibuat berdasarkan beberapa faktor, termasuk latar belakang keluarga masing-masing yang cukup mencabar.
Ads
“Semua sedia maklum ibu bapa Adham adalah Orang Kurang Upaya Penglihatan dan fizikal, manakala Ain Najwa pula anak yatim, lahir dalam keluarga susah dan sedang melalui proses pemulihan yang mencabar,” ujarnya lagi.
Kisah Menyentuh Hati Seluruh Rakyat
Sebelum ini, kisah Adham dan Ain Najwa menyentuh hati ramai setelah tular di media sosial. Bukan sahaja kerana kecederaan yang dialami mereka, tetapi juga kisah ketabahan keluarga masing-masing.
Pengorbanan ibu bapa Adham yang merupakan OKU fizikal dan penglihatan telah mengundang simpati masyarakat yang turut menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggungnya.
Manakala kisah pengorbanan dua adik kembar Ain Najwa pula menjadi tular selepas mereka nekad menangguhkan pengajian semata-mata untuk memberi laluan kepada kakak mereka menyambung pelajaran.
“Adik-adik saya terpaksa tolak tawaran ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana nak kerja dahulu. Katanya, ‘Kakak belajar, kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir’,” luah Ain Najwa.
Difahamkan, keluarga Ain Najwa kehilangan bapa tercinta beberapa tahun lalu yang bekerja sebagai mekanik, manakala ibunya kini uzur dan hanya mampu mengambil upah mencuci rumah jiran untuk menyara keluarga.
Ads
Akibat kemalangan tersebut, Ain Najwa mengalami patah bahu kiri dan kecederaan di pergelangan tangan. Kini, dia sedang menjalani proses pemulihan dan dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk permohonan kad OKU.
Adham juga turut mengalami kecederaan serius dan datang daripada keluarga kurang berkemampuan. Pelajar UPSI ini telah menjalani pembedahan dan memerlukan rawatan susulan secara berpanjangan.
Untuk rekod, kos rawatan Adham sebanyak RM2,900 turut ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Malaysia Gazatte
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tular akibat dipukul sekumpulan individu di pasar pagi di Padang Astaka Chukai baru-baru ini, selamat tiba di Makkah untuk menunaikan umrah.
Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, atau lebih dikenali sebagai Paijang, bersama dua anaknya, Nurul Farhana dan Ahmad Faris, tiba di tanah suci pada Selasa.
Perkembangan tersebut dikongsikan menerusi hantaran video di laman Facebook syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.
Bapa kepada lima anak itu meluahkan keterujaannya dalam menunaikan ibadah umrah buat kali pertama yang ditaja oleh Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.
Paijang turut berharap agar kesihatannya bertambah baik setelah pulang ke tanah air.
“Ini kali pertama saya berpeluang untuk menunaikan umrah dan kali pertama juga melalui pengalaman menjejak kaki ke luar negara.
“Saya harap dapat diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah. Saya juga mahu berdoa di tanah suci agar ALLAH kurniakan kesihatan yang bertambah baik kepada saya dan ahli keluarga saya.
“Semoga saya dan anak-anak dikurniakan umrah yang mabrur dan semoga ALLAH SWT kabulkan segala doa saya,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, anak perempuannya turut berkongsi kegembiraannya dapat bersama bapanya menunaikan umrah.
“Alhamdulillah, di sebalik rezeki abah yang dapat tajaan, turut terselit rezeki saya.
“Saya tak sangka dapat tunaikan ibadah umrah pada usia yang masih muda dan ia ditaja pihak yang baik hati,” ujar Nurul Farhana.
Dengan kesempatan yang diberikan ini, mereka berharap agar ibadah umrah yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan doa-doa mereka dimakbulkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 ijazah tinggi tapi pilih hidup gelandangan, itulah kisah kontroversi seorang lelaki muda dari China yang kini tular di seluruh dunia. Dengan hanya berbelanja sekitar 100 yuan sebulan (kira-kira RM60), Zhao Dian membuktikan bahawa tidak semua orang mendefinisikan kebahagiaan melalui wang, kerjaya hebat atau status elit.
Genius Akademik, Tapi Nekad Hidup Sederhana
Zhao Dian, 32, bukan calang-calang orang. Beliau memiliki dua ijazah sarjana muda dan tiga ijazah sarjana dalam bidang kewangan daripada universiti berprestij di Sydney, New York, Beijing dan Paris. Namun, pencapaian itu dianggapnya sebagai “belenggu” yang tidak pernah membawanya kepada kebahagiaan sejati.
Selepas bertahun-tahun berada di luar negara, Zhao mendapati ketenangan sebenar bukanlah pada kerjaya hebat, sebaliknya pada pekerjaan sederhana. Malah, ketika bekerja sebagai pencuci pinggan di Paris, beliau mengakui:
“Mencuci pinggan boleh membawa kebahagiaan, jadi mengapa perlu menunggu pekerjaan yang ideal?”
Hidup Dengan RM60 Sebulan
Pada tahun 2023, Zhao kembali ke China dan pernah bekerja sebagai pelayan di festival bir dan hotel. Namun tahun lalu, dia memilih keputusan paling drastik dalam hidupnya – menjadi gelandangan di bandar Dali, Yunnan.
Kini, kehidupannya serba ringkas. Beliau makan di restoran vegetarian percuma, tidur seawal jam 9 malam, dan hanya menggunakan simpanan peribadi berjumlah 2,500 yuan (lebih kurang RM1,500) untuk bertahan. Bayangkan, seorang lulusan sarjana dunia kini hidup dengan bajet semurah RM60 sebulan sahaja!
Bagi Zhao, memiliki latar belakang elit dan pendidikan berprestij terasa lebih seperti satu “belenggu,” terbeban dengan luka masa kecilnya yang bermasalah serta ketegasan ibu bapa yang tidak berperikemanusiaan. Foto: Handout.
Dari Luka Emosi Ke Falsafah Hidup Baru
Zhao mengakui bahawa masa kecilnya yang penuh tekanan serta hubungan renggang dengan ibu bapa membuatkan dia ingin bebas daripada ikatan material. Walaupun sudah memutuskan hubungan dengan keluarganya di New Zealand, beliau masih berhubung secara dalam talian dengan anak perempuannya yang berusia 10 tahun.
Hari-harinya kini dipenuhi dengan membaca, mengembara, menganjurkan kelab buku dan berkongsi video kaunseling psikologi secara dalam talian. Zhao juga melancarkan projek untuk membantu kanak-kanak mencari minat sebenar mereka kerana percaya sistem pendidikan toksik telah merosakkan ramai generasi muda.
Zhao telah memutuskan hubungan dengan ibu bapanya yang tinggal di New Zealand, namun dia masih merindukan hubungan yang penuh makna. Foto: Handout.
Simpati vs Kritikan
Kehidupan luar biasa Zhao mencetuskan reaksi bercampur. Ada yang mengagumi keberaniannya meninggalkan sistem hidup penuh tekanan demi mencari kebahagiaan sebenar. Tetapi ramai juga yang mengkritik tindakannya sebagai terlalu idealistik dan tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan pengorbanan ibu bapa serta tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Apa pun pandangan orang ramai, kisah ini wajar dijadikan renungan. Pendidikan tinggi dan kerjaya hebat tidak semestinya menjamin kebahagiaan. Kadangkala, ketenangan datang daripada hidup sederhana dan keberanian untuk jujur dengan diri sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat Najib kepadanya.
Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.
Keputusan berkenaan dibuat menerusi Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan Najib turut perlu mematuhi segala syarat yang ditetapkan sepanjang menjalani tahanan di rumah.
Sekiranya mana-mana syarat berkenaan dilanggar, pengampunan bersyarat tersebut akan terbatal dan beliau perlu kembali ke penjara untuk meneruskan baki hukumannya.
Permohonan Ditangguhkan Minggu Lalu
Keputusan terbaru itu hadir seminggu selepas permohonan pengampunan Najib ditangguhkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 pada 11 September lalu.
Ketika itu, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan berkenaan dipertimbangkan semula dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang seterusnya.
Istana Negara menjadi tumpuan pengamal media sejak awal pagi hari ini bagi mengikuti perkembangan mesyuarat berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar turut dilihat menghadiri mesyuarat tersebut.
Hannah dilaporkan meninggalkan Istana Negara terlebih dahulu sebelum diikuti Mohd Dusuki sekitar pukul 9.43 pagi.
Hukuman SRC Pernah Dikurangkan Pada 2024
Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes melibatkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Pada Julai 2020, beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana berkenaan.
Bagaimanapun, menerusi Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-61 pada 29 Januari 2024, hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Keputusan terbaru pengampunan bersyarat Najib itu kini membolehkan beliau menjalani baki hukuman bagi kes SRC International secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan.
Najib Turut Merayu Sabitan Kes 1MDB
Dalam perkembangan berasingan, Najib turut sedang merayu sabitan dan hukuman dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada Disember 2025, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion terhadapnya selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Perkembangan pengampunan bersyarat Najib itu memberi perubahan kepada cara baki hukuman kes SRC International dijalani, manakala proses rayuan berhubung kes 1MDB adalah prosiding yang berasingan.
Sumber : Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!