Fuhh, 12 negara bukanlah jumlah yang sedikit!

Dua orang pelajar dari Malaysia berjaya menidakkan penyertaan dari 22 peserta lain untuk memenangi kategori Seni Bina (Architecture) dan Reka Bentuk Dalaman (Interior Design) pada Pertandingan Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2017/18.

Ng Wai How (Universiti Malaya) yang sedang mengikut pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Seni Bina telah membawa pulang USD5,000 selepas rekaan bangunannya yang bertajuk War Museum –  Extension of Tugu Negara berjaya menambat hati juri dan industry experts lain.

Dua Pelajar Malaysia Berjaya Atasi 12 Negara Asia & Menangi AYDA 2017/18
Ng Wai How semasa perbentangan.

 

Menurut Ng semasa membentangkan rekaannya itu, sejak kecil, dia tidak mengetahui banyak perkara tentang kemegahan Tugu Negara.

IKLAN

“Jika saya sendiri tidak aware tentang sejarah tersebut, apatah lagi generasi yang akan datang. Oleh itu, saya ingin mengembalikan semula kisah perjuangan tugu ini secara interaktif dan lebih menyeronokkan,” kata Ng. Rekaan ini juga menggabungkan elemen landskap semula jadi setelah lebih separuh daripada bangunan tersebut ‘ditenggelamkan’ di bawah tanah.

 

Tapak Khas Untuk Pelihara Lebah

Dalam kategori Reka Bentuk Dalaman pula, pelajar Shahmeena Labeeb dari Taylor’s University pula dinamakan juara keseluruhan.

IKLAN

Dua Pelajar Malaysia Berjaya Atasi 12 Negara Asia & Menangi AYDA 2017/18

Shahmeena memilih idea untuk memelihara populasi lebah di Malaysia yang semakin kepupusan. Dengan menggunakan sebuah bangunan terbiar di tengah Kuala Lumpur sebagai tapak projek, dia menggabungkan research yang dilakukan dengan rekaan ‘mesra lebah’ untuk menghasilkan Plan Bee – City Beekeeping.

“Plan Bee juga adalah projek tahun akhir saya dan saya sangat bersyukur kerana juri telah melihat kreativiti di sebalik idea ini. Reka Bentuk Dalaman bukan untuk mencantikkan saja tetapi juga perlu memberi manfaat kepada manusia dan alam sekitar pada masa hadapan.

IKLAN

“Saya berharap kami berdua (bersama Ng Wai How) dapat memberi inspirasi kepada design students lain di Malaysia untuk terus berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita masing-masing.

Dua Pelajar Malaysia Berjaya Atasi 12 Negara Asia & Menangi AYDA 2017/18

Pertandingan AYDA ini telah memasuki edisi ke 10 pada tahun ini. Tahun demi tahun, jumlah peserta dan jumlah negara bertanding semakin meningkat.

Dengan kejayaan berganda buat Malaysia kali ini, kita boleh mengharapkan lebih ramai pelajar jurusan rekaan negara yang boleh mengeluarkan lebih banyak idea untuk membantu pembangunan Malaysia yang cantik, kreatif, berfungsi, cost effective serta membantu memelihara alam sekitar pada masa hadapan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI