Tumit kaki merekah ini bukan sahaja buat keyakinan kita down dan nampak tidak menyenangkan. Malah, ia juga akan menyebabkan rasa tidak selesa seperti terasa ngilu dan sakit jika tidak di ambil tindakan. Lagi parah bila tumit kaki mula berdarah atau menggelupas ia akan menyebabkan jangkitan bakteria.
Jadi, korang perlu ambil tahu tentang tips hilangkan rekahan pada tumit supaya bersih dan licin!
Tip untuk tumit merekah dan bersinar dalam masa lima minit sangat mudah dan hanya perlu menggunakan 2 barang sahaja.
Kebanyakan antara kita merasakan bahawa tumit kaki tidak penting, tetapi ingat ya. Tak guna mempunyai muka yang cantik tetapi kaki seperti orang tua dan buruk. Malu sangat ya. Tidak salah untuk ambil sedikit masa untuk mendapatkan kaki yang lembut sampai boleh di belai-belai tumit.
Ads
Guna dua bahan untuk tumit kaki yang cantik dan lembut
Bahan yang boleh anda gunakan ini selalunya mesti ada dekat dapur rumah anda. Bahannya adalah, limau nipis atau lemon bersama garam. Selalunya anda perlu menggunakan bersama berus gigi yang mempunyai bulu yang kasar. Apa yang perlu anda lakukan adalah, ambil limau yang sudah anda lunyai atau hancurkan itu dan gosok pada bahagian tumit. Pastikan anda campur dua bahan ini bersama.
Ads
Seterusnya, pastikan anda skrub dibahagian tumit kaki yang merekah tu. Jangan buat terlampau kasar takut sakit pula tumit kaki sampai luka. Kegunaan limau dan garam tadi adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada kaki anda. Anda akan melihat hasil daripada berus tadi. Pasti menjadi. Kaki terus nampak tidak merekah lagi dan kelihat lembut.
Akhir kata, sebagai wanita penjagaan tumit kaki itu sangat penting. Walaupun orang tak nampak kaki anda tetapi untuk kecantikan kaki dan kesihatan kaki. Anda dinasihatkan jaga dengan baik. Pastikan anda mementingkan kesemua bahagian dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tidak salah untuk mengambil berat tentang kecantikan kaki anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak kecil lagi, kita sudah dihidangkan dengan imej cantik dan sempurna si Disney Princess..
Cinderella, Snow White, Red Riding Hood dan ramai lagi puteri Disney ditonjolkan sebagai perempuan yang ramping, berdagu runcing dan tubuhnya bersaiz tidak masuk akal jika dibandingkan dengan realiti sebenar tubuh manusia.
Disney pernah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan lagi latar belakang, warna kulit dan bentuk tubuh badan karakter utama di dalam filem keluaran mereka. Antaranya ialah Merida dari filem Brave dan Moana yang bertubuh normal seperti kanak-kanak perempuan biasa.
Namun selain daripada itu, tak banyak imej lain yang sebegitu rupanya.
Imej biasa Puteri Disney. Cinderella dan Rapunzel.
Oleh sebab itu, seorang artis ilustrator melalui akaun Instagram-nya, Neoqlassical Art Official telah mempamerkan karya lukisan grafiknya yang meraikan perempuan bertubuh normal.
Ini termasuklah koleksi puteri-puteri Disney yang diolah. To be honest, they look just as beautiful as the original version!
Cuba lihat 12Puteri Disney pilihan kami, mana satu yang paling korang gemari?
01
Ariel dari Little Mermaid
02
Merida dari Brave
03
Alice dari Alice In Wonderland
04
Snow White
05
Mulan
06
Moana
07
Anna & Elsa dari Frozen
08
Rapunzel dari Tangled
09
Jane dari Tarzan
10
Cinderella
11
Jasmine dari Aladdin
12
Aurora dari Sleeping Beauty
Cantikkan! Kita semua patut berbangga dengan tubuh badan sendiri.
#GirlPower
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat hanya membaca berita tanpa tahu tugas sebenar bagaimana wartawan mendapatkannya.
Jika dibandingkan dengan kerjaya lain, harus diketahui bukan mudah untuk wartawan mendapatkan bahan berita. Perlu lakukan penyiasatan, penyamaran dan dalam sesetengah berita perlu berada di lokasi negara terlibat biar diri terdedah kepada ancaman bahaya. Ini semua dilakukan demi memastikan berita disiarkan benar-benar menepati selera masyarakat.
Minggu ini, dunia baru meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Ia satu peluang untuk meraikan kebebasan akhbar selain untuk memberi penghormatan kepada wartawan yang telah kehilangan nyawa mereka di tempat kerja. Untuk makluman, Malaysia antara negara yang mengamalkan kebebasan media.
Era dunia digital tanpa sempadan, perkembangan berita palsu semakin berleluasa. Semuanya mahu menjadi wartawan tanpa tahu etikannya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan “kewartawanan bebas dan profesional tidak pernah menjadi lebih penting kerana akauntabiliti dan kredibiliti media yang ada dalam soalan”.
Menurut Pollup World Poll pula, persepsi masyarakat tentang kebebasan media paling tinggi terjadi di Eropah Barat dan Denmark, Norway, Finlandia, Switzerland, Belanda, Ireland dan Sweden khususnya.
Tapi di sebalik kebebasan media yang dicanangkan, kes pembunuhan wartawan yang membongkar berita khususnya kegiatan jenayah tidak terlepas menjadi mangsa ancaman kongsi gelap yang menaruh dendam.
Baru-baru ini, 10 orang telah ditangkap berhubung kes pembunuhan wartawan, Daphne Caruana Galizia yang dibunuh dalam satu serangan bom kereta pada 16 Oktober lalu.
Kematiannya benar-benar mengejutkan negara tetapi pada skala global, pembunuhan terhadap wartawan benar-benar terjadi. UNESCO mencatatkan dari 2012-2016, seramai 530 orang wartawan terbunuh di seluruh dunia, malah wartawan Malaysia antara yang mati ditembak semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia oleh penembak curi.
Negara perang, Syria menjadi tempat paling tidak selamat buat wartawan yang membuat liputan berita di negara ini kerana 86 orang wartawan telah mati dibunuh sejak perang bergolak.
Senarai 12 negara paling tidak selamat untuk wartawan
Selain Syria, Iraq juga mencatat kematian kedua tertinggi seramai 46 orang. Ini diikuti Mexico, Somalia, Pakistan serta beberapa buah negara seluruh dunia yang turut tersenarai banyak melibatkan pembunuhan terhadap wartawan.
Untuk budak journalism dan boardcast, ini mungkin cabaran kerja dan sedikit ilmu pengetahuan untuk sama-sama kita hadapi. Memang ajal di tangan Allah SWT tetapi seperti kata seorang ustaz, tiada siapa yang mahu keluar bekerja untuk mati. Betul tak?
Berikut adalah kes-kes pembunuhan wartawan yang berlaku di seluruh dunia.
Pada 2009, lelaki bersenjata telah membunuh 32 wartawan di wilayah Maguindanao yang sebahagian penduduknya beragama Islam selain turut mengorbankan 25 orang awam.
Peristiwa ini dikenali sebagai “pembunuhan beramai-ramai Maguindanao” dan masih dikenang sehingga ke hari ini kerana ia peristiwa paling dahsyat untuk wartawan di dunia ini.
Media tempatan melaporkan, pembunuhan itu bermotifkan politik kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan calon gabenor yang akan bertanding dalam pilihan raya dengan penyandangnya, Andal Ampatuan.
Noramfaizul menjadi wartawan pertama negara yang terkorban semasa membuat liputan di luar negara. Alfatihah untuk allahyarham.
Jurukamera BERNAMA, Noramfaizul Mohd Nor merupakan wartawan pertama dari Malaysia yang mati ketika membuat liputan kerja. Allahyarham maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011. Beliau adalah wartawan Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.
Seorang wartawan tempatan yang melaporkan tentang keganasan kumpulan dadah di negara Mexico telah mati ditembak. Javier Valdez, 50, yang juga penulis sambilan bagi agensi berita AFP khabarnya telah mati dibunuh.
Javier mati ditembak kerana keberaniannya membongkar jenayah dadah
Valdez yang juga pemenang Anugerah Kebebasan Media Antarabangsa anjuran Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) merupakan wartawan kelima yang ditembak mati di Mexico pada tahun ini. Ternyata kerjaya ini benar-benar mencabar.
Wartawan ini cukup terkenal dengan keberaniannya
Dalam pada itu, Stesen berita Al-Jazeera melaporkan salah seorang wartawan bebas terbunuh di utara Syria hari ini dalam satu serangan udara oleh tentera Rusia menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Ibrahim juga mati ditembak
Ibrahim al-Omar, yang membuat liputan untuk siaran langsung Al-Jazeera Mubasher terbunuh dalam serangan udara tersebut di bandar Termanin. Sejak 2011, sebanyak enam orang pekerja Al-Jazeera terbunuh ketika membuat liputan mengenai konflik Syria dan yang terakhir merupakan seorang jurugambar, Zakaria Ibrahim ditembak mati oleh penembak tepat.
Dalam senarai tahun lepas, wartawan yang paling muda terbunuh ialah Luis Emanuel Ruiz Carrilo dari La Prensa, berusia 21 tahun, yang diculik dan dibunuh dipercayai oleh anggota kartel dadah di Mexico. Wartawan paling tua terkorban ialah Paul Lockyer dari Australia, Rafik Tagi dari Azerbaijan dan Phamon Phonphanit dari Thailand, kesemuanya berusia 61 tahun.
Keduanya mati ditembak kerana sedang membuat siaran secara langsung
Seorang wartawan dan seorang jurukamera, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, yang sedang bersiaran secara langsung terbunuh apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat. Berita ini nyata mengejutkan rakan mereka mereka berada di studio.
Biar apa pun yang terjadi, namun semangat rakan-rakan wartawan ini memang patut disanjung. Semoga keberanian mereka menjadi inspirasi buat kita dan korang yang baru nak memulakan kerjaya ini dimasa depan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...