Tak boleh buat tak tahu sebab rambut yang kritikal dengan minyak akan menyebabkan syampu tidak berbuih langsung. Malah bau rambut busuk dan buat rasa tak selesa.
Tip Kurangkan Rambut Berminyak, Boleh Guna Bedak Bayi Je
Mungkin anda telah mencuba pelbagai jenis syampu khususnya untuk kulit kepala berminyak tetapi tidak berkesan malah ada yang semakin teruk!
Sebenanya kulit kepala berminyak berpunca daripada pengeluaran minyak berlebihan dari sebum. Minyak yang keluar dikhaskan untuk menjaga kulit dari menjadi kering atau hilang kelembapan. Namun jika berlebihan boleh membawa kepada masalah kelemumur dan lebih teruk jangkitan kulat malassezia.
Anda dah penat dengan gatal-gatal dan rasa berminyak kepala? Mari ikuti langkah penjagaan ini.
Jaga Makan
Individu yang lebih banyak makan karbohidrat dan lemak boleh meningkatkan kadar pengeluaran sebum. Jadi kena kurangkan karbohidrat dan lemak sahaja ke? Bukan tapi pastikan sumber yang menyihatkan seperti dari minyak ikan atau makanan laut.
Kerap Syampu Rambut
Salah satu rutin yang wajib diterapkan ialah bersyampu dengan kerap tapi jangan terlalu banyak menggunakan produk. Cukup untuk membersih kulit kepala dan jangan mengosok terlalu kuat.
Guna Gel Rambut
Guna jumlah produk gel atau minyak rambut mengikut kesesuaian. Ingat semakin banyak produk rambut disapu rambut lebih tampak berminyak dan secara tidak langsung boleh menyumbat sebum.
Sembur Cuka Epal
Anda mahu cegah dari terus jangkitan kulat malassezia, senang buat air semburan dari campuran cuka epal. Campurkan dua atau tiga sudu besar cuka epal dengan secawan air dan letakkan dalam botol semburan. Pastikan anda sembur hingga akar dan kulit kepala sekurangnya dua atau tiga kali seminggu. Cuci rambut selepas dua atau tiga minit.
Kelebihan Bedak Bayi
Bedak bayi boleh memerangkap minyak pada rambut dan mengembalikan volume. Kalau anda tak mahu sembur syampu kering ganti sahaja dengan bedak bayi. Sapukan bedak bayi pada akar rambut, untuk rambut warna gelap campurkan bedak dengan bronzer.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Love, Bonito, jenama pakaian wanita terkemuka di Asia Tenggara baru-baru ini meraikan kegembiraan bersama menerusi pembukaan kedai utama mereka di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Era di mana sambutan Tahun Baru Cina kelihatan berbeza bagi setiap keluarga, Love, Bonito meraikan perbezaan ini dengan koleksi baharu mereka bertemakan ‘Modern Reunions’.
Menampilkan gaya oriental moden, koleksi baharu ini tersedia dengan gaya kembar ibu-anak dan pakaian keluarga yang sepadan untuk majlis makan besar yang semestinya tidak dapat dilupakan.
Dengan pembukaan kedai keenam dan yang terbesar di Malaysia, Love, Bonito
meneruskan sambutan mereka dengan menampilkan Koleksi Tahun Baru Cina yang semestinya bakal menarik hati penggemar fesyen.
Setiap pakaian melambangkan simbol kebersamaan dengan pilihan warna bertuah, sulaman eksklusif Opulent Florals, dan tekstil broked Heirloom Botanicals dan Rekindled Blooms.
Rachel Lim, Pengasas Bersama Love, Bonito, menyatakan bahawa jenama ini
amat berbangga dengan kemampuan mereka dalam memenuhi keperluan wanita Asia Tenggara, khususnya menerusi koleksi kali ini.
“Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang sangat istimewa bagi semua dan kami
di Love, Bonito mahu menjadikan ini pengalaman yang bermakna bagi setiap
keluarga, sama ada bagi mereka yang baru bergelar ibu, keluarga pelbagai budaya,
dan mereka yang telah kehilangan orang tersayang,” kata Rachel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai menyedari bahaya nikotin. Bukan saja meningkatkan risiko terkena kanser paru-paru dan mulut tetapi kajian mendapati penagihan terhadap nikotin boleh mengakibatkan mati pucuk, merosakkan sel-sel otak, penyakit jantung dan ereksi serta banyak lagi.
Bila menyedari bahaya nikotin ini, ramai beralih memilih rokok elektronik iaitu vape yang sangat popular di negara ini kononnya ia bebas dari nikotin. Cecairnya didakwa selamat serta tidak membahayakan tidak seperti rokok.
Baca perkongsian ditulis oleh Dr Suhazeli dari Medical Mythbusters Malaysia dan disiarkan laman fb Public Health Malaysia ini mengenai vape yang mana membuatkan ramai remaja khususnya yang masih bersekolah tertipu tentang kandungan nikotin di dalam vape. Lebih menakutkan ada cairan vape diletakkan ganja.
Ramai memilih vape sebagai satu alternatif tetapi rupanya cecairnya masih mengandungi nikotin di mana 40 peratus dari ujian air kencingnya didapati positif mengandungi nikotin
REMAJA TERTIPU
Sedih apabila lihat kedai vape makin bercambah di semua lokaliti seluruh negara. Walaupun majlis fatwa telah pun mengharamkan vape sejak 21 Disember 2015 lagi, tetapi para peniaga masih lagi ingkar dengan hukum [1].
Bahkan Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan lagi bahawa pengharaman menghisap vape bukan semata-mata kerana nikotin tetapi kerana kesan terhadap attitude atau sikap, tasyabbuh atau peniruan dengan budaya bukan Islam [2]. Justeru, perbuatan itu ditinggalkan berdasarkan kaedah Saddu al-Dzarīʿah.
Namun dari sudut akta kawalan tembakau, Setelah isu pengharaman itu meletus, segelintir dari peniaga mula bersandarkan kepada Akta Kawalan Tembakau 2004.
E-cigs di negara kita tiada satu akta yang mengikat kecuali Akta Racun 1952. Jika ianya diaktakan, pengedaran, penjualan dan penggunaan e-cigs mestilah dalam jumlah yang standard dan dikawal selia dengan ketat. Ini kerana nikotin tulen sudah terbukti merbahaya dalam jumlah/dos tertentu.
Remaja sekecil ini mungkin tidak menyedari bahaya vape tetapi fakta menakutkan ada cairan vape diletakkan ganja untuk memberi rasa lebih high.
Penjualan vape juga menggunakan akta pengawalan rokok, selain Akta Racun 1952, ianya termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.
Ini menjadikan penjualan, pengedaran dan pengambilan rokok terselia dalam dos nikotin yang terkawal secara ketat. Begitu juga dengan Terapi Gantian Nikotin yang digunakan oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi di dalam dos yang tetap dan dikawal selia.
Apa yang berlaku setelah 4 tahun isu ini berlegar?
Para peniaga mula tidak mengistiharkan jumlah racun nikotin yang terdapat dalam cecair vape yang dijual. Kononnya cecair tersebut bebas nikotin, tetapi mereka menambahnya tanpa disedari.
Lihat pendedahan kajian yang dibuat oleh pengkaji Universiti Stony Brooke New York ini. Kajian mendapati remaja yang berumur 12-21 tahun positif air kencing mengandungi nikotin. Walaupun label cecair vape yang dijual adalah bebas nikotin, 40% remaja berkenaan positif air kencing. Amat mengejutkan kita juga bahawa terdapat di sesetengah penyediaan cecair vape tersebut dicampur dengan ganja [3].
Kajian itu juga mengesahkan kandungan nikotin lebih tinggi dalam vape jenis baharu pod-mod dan seumpamanya.
Nikotin adalah dadah yang menjadi ketagih. Jika hanya asap vape yang disedut, para penagih vape tidak akan merasai ‘feeling’ dalam mendapatkan keseronokannya. Tetapi padah menanti di kemudian hari. Remaja sudah tertipu.
“Benda boleh tipu, buat apa nak istihar” – Matma Gani