Inpirasi

“Anda Jangan Buat…” Bekas Banduan Raih PhD, Dr. Malik Yatam Tinggalkan Pesanan Buat Golongan Muda

Share

Kisah Dr. Malik Yatam yang tular di media sosial selepas berjaya meraih ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari dalam penjara pastinya ibarat satu plot kehidupan yang membuatkan ramai orang terdiam. Namun, baru-baru ini beliau sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi empat kesilapan besar yang mengubah seluruh jalan hidupnya.

Menurut Dr. Malik menerusi sebuah video di Tiktok miliknya, menjalani hukuman selama 24 tahun bukan sesuatu yang singkat. Baginya, tempoh tersebut bukan hanya tentang kehilangan kebebasan, tetapi ruang muhasabah yang akhirnya membentuk versi dirinya hari ini yang lebih berilmu, matang dan berani berkongsi kebenaran.

Dalam perkongsian berkenaan, beliau tampil dengan pesanan tegas yang ditujukan khas buat generasi muda. 

Kredit foto: Astro Awani
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official

BACA: Banduan Pertama Malaysia Berjaya Raih PhD Dari Dalam Penjara, Dr. Malik Yatam Buktikan Ilmu Tiada Tembok

“Anda jangan buat. 4 kesilapan menyebabkan saya meringkuk 24 tahun dalam penjara,” katanya.

Antara kesilapan pertama yang diakui ialah tidak mendengar cakap ibu bapa. Kedengaran klise, namun menurut Dr. Malik, di situlah titik mula kepada banyak keputusan silap yang lain. Apabila nasihat diketepikan, arah hidup juga mula tersasar.

Kesilapan kedua pula adalah menipu ibu bapa iaitu satu perbuatan yang pada awalnya mungkin dianggap kecil, namun hakikatnya membuka ruang kepada lebih banyak perkara negatif. Tambah beliau, sikap mudah terpengaruh dan terlalu mempercayai orang yang baru dikenali turut menjadi punca dirinya terjebak dalam situasi yang membawa padah.

Lebih memburukkan keadaan apabila keputusan dibuat tanpa berfikir panjang. Gabungan semua faktor ini akhirnya menyebabkan beliau terpaksa membayar harga yang sangat mahal dengan 24 tahun hidup di sebalik tirai besi.

Kredit foto: Threads Dr Malik Yatam
@remaja.my #RemajaFacts kali ini, jom kita kenali banduan pertama Malaysia yang berjaya meraih PhD, Dr. Malik Yatam membuktikan pendidikan mampu mengubah takdir hidup 🎓📚 Perjalanan serta dedikasi beliau menjadi simbol harapan dan perubahan sekaligus membuka ruang kepada masa depan lebih bermakna. Tahniah & syabas kami ucapkan kepada Dr.Malik! ✨ 📲 KLIK link di bio @majalahremaja untuk baca artikel penuh. Atau KLIK link di Instastory. #MajalahRemaja
#Remaja #RemajaMalaysia ♬ relaxing piano instrumental(1295343) – Futagami

 Walau bagaimanapun, di sebalik kisah silam itu, Dr. Malik membuktikan bahawa manusia masih mampu bangkit. Kejayaannya menamatkan pengajian hingga ke peringkat PhD ketika menjalani hukuman menjadi simbol bahawa pendidikan dan perubahan diri sentiasa ada ruang, walau dalam keadaan paling sukar sekali pun.

Terdahulu, beliau turut menerima perkenan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap pencapaian akademik dan transformasi dirinya. Ia sekaligus menutup episod lama dengan lembaran baru yang lebih bermakna.

BACA: Sultan Selangor Pertama Kali Berkenan Terima Menghadap Bekas Banduan Yang Diberi Pengampunan Baginda

Menutup perkongsian tersebut, Dr. Malik berharap agar pesanan ringkas yang dikongsikan sedikit sebanyak bermanfaat buat pengguna di media sosial. Dalam dunia yang serba pantas dan penuh pengaruh luar, pesanan ini mungkin nampak mudah tetapi bagi yang mahu mengambil iktibar, ia sebenarnya cukup dalam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE