Baru-baru ini, kisah hidup yang mencetus inspirasi oleh seorang graduan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Dr. Malik Yatam mencuri perhatian orang ramai di media sosial selepas beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) ketika masih menjalani hukuman penjara.
Pencapaian luar biasa beliau sekaligus membuktikan bahawa jeriji besi bukan penamat segalanya apabila pendidikan menjadi pintu kedua untuk membina masa depan. Selepas lebih dua dekad menjalani hukuman penjara, Dr. Malik kini muncul sebagai simbol harapan, disiplin dan keazaman luar biasa yang secara tidak langsung mencabar stigma masyarakat terhadap bekas banduan.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, Dr. Malik yang turut dikenali dengan nama Dr. Murad berkongsi perjalanan luar biasa hidupnya yang bermula seawal usia remaja. Perjalanan akademiknya bukan satu laluan mudah apabila berdepan kekangan masa, akses internet yang terhad serta ketiadaan kemudahan pembelajaran sempurna, sekaligus menjadikan setiap langkah satu ujian mental dan emosi.
Kredit foto: Threads Dr Malik YatamKredit foto: Threads Dr Malik Yatam
View on Threads
Bagaimanapun, segala cabaran itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar dan membina masa depan berteraskan ilmu.
Ads
“Banduan pertama Malaysia, memperolehi PhD semasa dalam penjara. Selama 24 Tahun dalam penjara, saya mengambil SPM sehingga PhD semasa dalam penjara. Masuk Umur 14 Tahun. Dapat Pengampunan pada usia 38 Tahun.”
Memetik laporan yang diterbitkan Harian Metro, difahamkan Dr. Malik dilahirkan di Sabah, kemudian berhijrah ke Semenanjung pada usia 14 tahun demi membantu keluarga akibat kesempitan hidup.
Namun, eksploitasi dan penderaan majikan akhirnya mengheret beliau ke kancah tragedi yang membawa kepada hukuman penjara sebagai Tahanan Limpah Sultan. Dalam tempoh 24 tahun di sebalik tirai besi, beliau memilih pendidikan sebagai jalan keluar, bermula dengan SPM, diikuti STPM, ijazah sarjana muda dan akhirnya PhD dalam Pentadbiran Perniagaan.
Ads
Kredit foto: FB Malik YatamKredit foto: Harian Metro
Bagi Dr. Malik, pendidikan bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi proses memulihkan maruah dan membina semula keyakinan diri. Ia juga menjadi medium untuk membuktikan perubahan adalah sesuatu yang realistik, walaupun masyarakat masih dibelenggu stigma terhadap bekas banduan.
“What’s next? Saya dalam usaha untuk merealisasikan tesis saya menghasilkan Usahawan dalam kalangan prospek. Dengan membuat ladang cili bersama prospek. Saya juga menerima jemputan sekolah dan universiti. Pada masa yang sama penulis buku ‘PhD Dari Penjara’, mohon sokongan warga thread,” tulisnya.
Ads
Kredit foto: FB OUMKredit foto: Threads Dr Malik Yatam
Hari ini, Dr. Malik bukan sahaja bergelar pemegang PhD, beliau malah aktif menyumbang kepada masyarakat melalui keusahawanan tani dan perkongsian ilmu. Kisahnya turut menjadi bukti bahawa pendidikan mampu memutuskan kitaran gelap masa lalu dan membuka ruang kepada masa depan yang lebih bermakna, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.
Di samping itu, program pendidikan dalam penjara semakin dilihat sebagai pemangkin perubahan sebenar, bukan sekadar inisiatif sampingan. Melalui pendidikan, prospek bukan sahaja dibekalkan ilmu akademik, malah dibina semula dari sudut pemikiran, nilai diri dan hala tuju kehidupan. Dalam konteks ini, perjalanan Dr. Malik menjadi contoh paling nyata bahawa ilmu mampu mengubah jalan hidup walau bermula dari titik paling gelap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Malaysia, kini giliran negara jiran kita, Indonesia menikmati The BTS Meal yang baru sahaja dilancarkan semalam di negara itu.
Sama seperti di sini, BTS Meal dihidangkan dengan 9 ketul chicken McNuggets, kentang goreng dan minuman coca-cola bersaiz sederhana serta sos sweet chilli bersama saus cajun. Hidangan tersebut berharga Rp 40,909 (RM 11.83) dan apa yang menariknya, di Indonesia menawarkan set jimat 2 hidangan BTS Meal dengan harga Rp 77,273 (RM 22.35).
Sambutan yang diterima sangat luar biasa dan pihak media Indonesia juga turut melaporkan gambar kesesakan yang berlaku di beberapa cawangan McDonald’s.
Khabarnya, beberapa cawangan McDonald’s terpaksa ditutup sebentar kerana terlalu ramai orang dan dikhuatiri menyebabkan penularan COVID-19.
Sekurang-kurangnya 13 cawangan McDonald’s sesak di Indonesia dan buat sementara waktu, beberapa cawangan di Semarang akan ditutup beberapa hari ekoran bimbang kes wabak COVID-19 meningkat.
Indonesia antara negara Asia Tenggara yang mempunyai peminat BTS yang ramai, maka tidak hairanlah situasi seperti ini boleh berlaku.
Apa-apa pun diharap agar situasi ini dapat dikawal oleh pihak berwajib agar tidak berlaku kemudaratan di kemudian hari.
Semalam, masyarakat dikejutkan dengan berita satu mayat yang dipotong enam bahagian ditemui di tepi jalan Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran persimpangan Rawang Selatan.
Paling menyedihkan, ada sebahagian keratan tubuh mangsa disumbatkan ke dalam beg bagasi manakala separuh bahagian badan ditemui di tepi jalan.
Menurut laporan Malaysia Gazzete, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki dewasa itu daripada orang awam pada jam 11.25 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat tersebut. Berdasarkan maklumat sumber juga, mayat berkenaan tidak mempunyai tanda suntikan BCG yang berkemungkinan adalah warga asing.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada IPD Sungai Buloh telah bergegas ke tempat kejadian itu.
“Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai bagasi pakaian sebelum pemeriksaan lanjut di dalam bagasi berkenaan telah menemui serpinan potongan badan dalam enam bahagian iaitu mayat tapa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.
“Identiti mayat dan jantina mayat berkenaan belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, satu sumber berkata, bahagian badan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di lereng bukit di lokasi tersebut. Kata sumber, polis kemudian menemui sebuah bagasi berhampiran mayat mangsa yang diisi dengan bahagian kepala manusia, kaki, tangan dan dua lagi anggota badan lain.
“Anggota badan dalam bagasi itu disyaki milik mayat lelaki yang dijumpai tanpa kepala dan beberapa bahagian badan lain di tepi bagasi itu,” kata sumber.
Dalam pada itu, Shafa’aton memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut di lokasi kejadian juga turut dijalankan oleh Unit Forensik Polis Kontinjen Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Apabila admin-admin page Facebook mula berinteraksi, biasanya macam-maca gelagat lucu akan menyusul. Tapi, jarang-jarang kita tengok para admin saling membahan sambil berbalas pantun kan?
Kalau korang ni kategori food hunter, mesti korang perasan yang baru-baru ni A&W ada melancarkan menu terkini mereka iaitu Burger La Mole. Burger ayam berempah ini nampaknya bukan biasa-biasa, sebab instead of sos cili atau tomato, ia dibanjiri sos coklat. Like, seriuslah burger dan coklat?
Kami pun angkat kening jugak bila denga sos berperisa coklat ni. So, tak hairanlah kalau geng Media Hiburan pun sengaja mengusik dengan memanggil burger La Mole ini sebagai ‘menu pelik’.
Alang-alang pantun dibalas, admin FB A&W takkan nak senyap pula. Geli hati kami baca pantun kuda hitam ni. Sampai ternyanyi-nyanyi sekali.
Sampai sanggup mengaku Geng Bawang ya..
Tak habis lagi…
Macam hampir berjaya je dapat habuan tu… siap panggil artis tolong backup lagi!
And… it’s ON gais!!!
Yes guys.. Media Hiburan dan A&W akan sambung Perang Pantun pada 7 April ni di A&W PJ Palms. Siap panggil Ruhainies dan As’ad Motawh lagi! Kalau ikut poster yang A&W upload tadi, sesiapa yang dine in di outlet PJ Palms sepanjang Pantun War ni akan dapat Root Beer free! Alang-alang nak berpantun tu, boleh la kita review sikit Burger La Mole dengan sos coklat yang ermm.. unik ni. Let’ssss…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!