Baru-baru ini, Christian Yu atau lebih dikenali sebagai DPR IAN, salah seorang pengasas kolektif muzik popular Korea Selatan Dream Perfect Regime (DPR), mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa kecewa terhadap bekas rakan kongsi melalui beberapa hantaran emosional di aplikasi X pada 6 Oktober lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, DPR IAN mendakwa bahawa dirinya tidak pernah menerima sebarang bayaran atau pampasan kewangan atas sumbangan kreatifnya selama lebih 10 tahun bersama DPR. Lebih mengejutkan, beliau turut menuduh rakan pengasas bersama, Scott Kim, telah mengambil kredit serta kawalan penuh terhadap hasil kerja DPR tanpa pengetahuannya.

DPR IAN Luah Rasa Kecewa Besar, Dedah Konflik & Pengkhianatan Dalam Dream Perfect Regime

Konflik Antara Christian Yu dan Scott Kim

Pada masa yang sama, DPR IAN menafikan dakwaan bahawa dirinya menjadi punca utama kepada keluarnya DPR LIVE dari kumpulan tersebut pada tahun 2023. Beliau menegaskan bahawa sepanjang tempoh bersama, beliau bertanggungjawab menyunting, mengarahkan, mengonsep serta menghasilkan hampir keseluruhan projek Dream Perfect Regime.

Menurut kenyataan rasmi, Christian Yu mendedahkan rasa kecewa kerana tidak dihargai selepas memberikan seluruh hidup dan tenaga untuk membangunkan DPR. Beliau turut menyatakan bahawa dirinya menerima imbuhan yang jauh lebih sedikit berbanding staf yang diambil untuk bekerja dalam pasukan tersebut.

Ads

DPR IAN Dedah Tekanan Emosi dan Isu Kepimpinan

Dalam luahan yang sama, DPR IAN menyentuh tentang perjuangan peribadinya menentang masalah kesihatan mental di tengah tekanan kerja dan konflik dalaman. Beliau turut mengisytiharkan dirinya sebagai CEO serta penerbit eksekutif sah bagi Dream Perfect Regime, sambil menitipkan mesej pedas kepada Scott Kim dengan berkata bahawa dia berharap “tidak akan pernah menemui kedamaian” atas apa yang berlaku.

DPR IAN Luah Rasa Kecewa Besar, Dedah Konflik & Pengkhianatan Dalam Dream Perfect Regime

 

Ads

Reaksi Dari Ahli Lain Dream Perfect Regime

Dua hari selepas pendedahan tersebut, DPR LIVE tampil membalas melalui aplikasi X dengan menolak dakwaan adanya konflik peribadi antara dirinya dan DPR IAN. Namun, beliau menuding kepada figura lain bernama Jeff Son sebagai individu yang memonopoli keuntungan serta pemilikan jenama Dream Perfect Regime.

Kisah ini sekali lagi membuka tirai kepada konflik dalaman yang selama ini tersembunyi di sebalik kejayaan besar kolektif tersebut. Pertikaian mengenai hak cipta, pembahagian aset, serta kawalan kreatif kini menjadi topik hangat di kalangan peminat dan pemerhati industri muzik Korea.

Ads

DPR IAN Luah Rasa Kecewa Besar, Dedah Konflik & Pengkhianatan Dalam Dream Perfect Regime

Kedudukan Terkini Dream Perfect Regime

Berdasarkan maklumat rasmi, jawatan CEO Dream Perfect Regime kini dipegang oleh Kim Hyunsoo, yang sebelum ini dikenali sebagai pengurus peribadi kepada DPR LIVE. Sebelum ini, kedudukan tersebut disandang oleh Scott Kim yang kini dituduh mengambil alih kredit serta hasil kerja kreatif yang selama ini diusahakan oleh Christian Yu.

Pendedahan konflik dalaman ini menjadikan nama DPR IAN kembali trending dalam kalangan peminat muzik Korea, sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada penggiat industri yang memerhati perkembangan Dream Perfect Regime dengan penuh minat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dprcandy (@iansweetbarom)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads