Pada usia ketika kanak-kanak lain masih sibuk bermain, Sayf Mikael sudah berani melangkah ke hadapan memperkenalkan bakatnya dalam dunia peragaan dan lakonan. Baru berusia enam tahun, keberaniannya berdiri di hadapan kamera membuktikan bakat semula jadi yang dimilikinya bukan biasa-biasa.
Tidak hairanlah Sayf Mikael atau nama sebenarnya Muhamad Sayf Mikael sering menjadi pilihan klien dan penerbit. Walaupun masih kanak-kanak, pembawaannya yang matang serta bersahaja menjadikan setiap watak yang dibawanya kelihatan hidup dan meyakinkan.
Terbaharu, bakat cilik ini muncul dalam drama bersiri Sumpah Ibuku dan Boleh Saya Bantu? yang disiarkan di TV3. Sebelum itu, Sayf Mikael terlebih dahulu diberi kepercayaan menerusi telemovie Mencari Tuhan Di Sebalik Dosa di bawah beberapa syarikat produksi.
Menurut ibunya, Anizatul Shima Mat Zin, 32, Sayf Mikael merupakan anak tunggal hasil perkahwinannya bersama suami, Lukman Hakim Halim, 33. Menariknya, mereka bukan datang daripada keluarga seni, namun minat dan bakat itu jelas terpancar dalam diri anak kecil ini sejak awal.
“Sebagai ibu, saya nampak kelebihan anak yang jenis cepat belajar malah sudah boleh membaca ketika umurnya dua tahun.
Ads
“Kami bukan daripada keluarga seni tapi rezeki anak saya apabila ditawarkan berlakon iklan oleh satu syarikat perbankan pada Ramadan lalu.
“Sejak itu, dia dapat tawaran berlakon drama pula dan nampak kesungguhan anak saya kerana dia boleh hafal skrip dalam tempoh sehari saja. Bakatnya pun nampak semula jadi kerana bagi situasi saja, dia boleh berlakon tanpa perlu pegang kertas (skrip),” katanya.
Selain keupayaan menghafal dialog dengan pantas, Sayf Mikael turut menunjukkan kebolehan luar biasa dalam menghayati watak, termasuk babak yang menuntut emosi mendalam meskipun bergandingan dengan pelakon dewasa.
“Saya tak tahu macam mana dia buat tapi Sayf Mikael memang mudah menangis.
Ads
“Apa boleh saya katakan, menangis macam petik jari saja baginya dan itu yang saya kagum,” katanya.
Walaupun anaknya semakin mendapat tempat dalam industri seni, Anizatul Shima dan suami tetap berpegang pada prinsip agar pelajaran sentiasa menjadi keutamaan dan tidak hanyut dibuai populariti.
“Baru-baru ini, anak saya menerima tawaran berlakon drama makro bertajuk Seikat Kasih terbitan syarikat Thousand of Years Media (TOYM). Drama itu sudah memulakan penggambaran dan akan ditayangkan Aidilfitri kelak.
Ads
“Walaupun seronok berlakon, saya dan suami selalu pesan kepada Sayf Mikael pentingnya pelajaran untuk masa depannya dan sampai masa, dia memang kena fokus belajar,” katanya.
Pada minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai penjualan tiket seawal 7 pagi untuk tayangan filem Avengers: Endgame di pawagam GSC dan TGV Malaysia.
Berita tersebut sedikit sebanyak telah mengejutkan netizen yang tidak percaya ketaksuban penonton di Malaysia yang ingin merebut tiket filem tersebut pada minggu pertama tayangannya, sehinggakan pawagam perlu membuat slot tayangan ekstra.
Nampaknya, peminat siri Marvel di Indonesia juga mengalami simptom yang sama. Tetapi mereka advance sedikit, Avengers: Endgame di sana akan mula ditayangkan bermula jam 5 pagi.
Sebelum waktu solat Subuh tu!
Info tular ini pada awalnya dikongsikan di akaun Facebook ‘Fans Filem Box Office’. Tertera di posting tersebut yang 12 pawagam Cinemaxx terpilih di Indonesia akan mula menayangkan filem tersebut seawal jam 5 pagi pada 24 April ini.
Ia akan terus ditayangkan sekerap mungkin hingga jam 5 pagi pada 25 April agar seramai mungkin peminat Avengers boleh menonton pada hari pertama tayangan.
Hebatkan?
Harapnya, penonton di Indonesia tidak memuat naik apa-apa spoilers lah pada hari itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan model terkenal, Daiyan Trisha yang kini sedang menunaikan ibadah umrah meluahkan hasratnya untuk bernikah di depan Kaabah, Masjidil Haram, Mekah jika diizinkan yang Maha Esa.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon itu menerusi sebuah hantaran di Instastory entri Instagram miliknya, baru-baru ini.
Menggelarkan kiblat umat Islam tersebut sebagai ‘cinta hati’, pelakon drama hit Projek: High Council itu menitipkan harapan agar Ilahi memperkenan doanya biarpun buat masa ini dia masih belum mempunyai bakal teman hidup.
“Cinta hati saya. Kalau ada rezeki nanti, nak nikah di sini. Ya Allah amin, permudahkanlah kalau ada rezeki.
“Masalahnya calon pun tiada lagi, dah fikir nak nikah di mana,” coretnya di Instagram.
Menerusi hantaran lain, Daiyan turut berkongsi momen-momen menarik dan menakjubkan yang berlaku sepanjang dia berada di Tanah Suci. Antaranya, dia mendapat sebuah bilik hotel dengan nombor bertuahnya iaitu 222.
Sekitar awal bulan ini, Daiyan berkongsi keterujaan apabila dijemput menjadi tetamu Allah SWT ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah buat kali kedua.
Lebih manis, ini juga merupakan kali kedua penyanyi lagu Penat itu menunaikan ibadah umrah pada bulan puasa seiring dengan niatnya untuk mengerjakan ibadah tersebut pada setiap Ramadan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Konsert minggu pertama Big Stage membuka tirainya semalam dengan kejutan hangat kepada para penonton apabila ianya menampilkan Elly Mazlein dan Rina Nose, personaliti terkenal Indonesia sebagai pasangan pengacara musim ini.
Turut menghiburkan apabila Rina Nose tampil berpakaian seakan akan Hetty Koes Endang ketika menyanyikan lagu berjudul Rindu bersama Kak Lina Pom Pom di awal pembukaan program.
Para penonton juga terkejut apabila Kak Lina sempat mendukung pelawak dari Indonesia itu ketika persembahan pembukaan tersebut berlangsung. Memang kecoh habis!
Ketika ditemubual, pelawak berusia 39 tahun itu turut mengakui bahawa dirinya terkejut ketika didukung oleh Kak Lina di atas pentas Big Stage.
“Ianya berlaku secara spontan. Aku sendiri tidak tahu yang dia mahu mengangkatku. Tapi situasi tersebut haruslah aku ‘sambut’ agar ianya tidak kelihatan canggung,” ujar beliau.
Meskipun berbeza bahasa, beliau mengakui bahawa dirinya selesa bekerja dengan penyanyi Janji Kekasih itu dan turut mendedahkan bahawa terdapat banyak persamaan di antara mereka berdua dari segi pemikiran.
Apabila ditanyakan perihal Waode, peserta dari Indonesia, beliau mengakui dirinya terkejut dengan persembahan yang ditampilkan.
“Sejujurnya sebelum ini saya sudah mengetahui pasal Waode kerana dia sering viral di Indonesia kerana menyanyikan lagu-lagu pop dengan gabungan genre dangdut. Namun aku tak menyangka sebegitu ‘powerful’ suaranya,” akui beliau yang kagum dengan persembahan Waode yang membawakan lagu berjudul Sial dari Mahalini.
Tambah beliau lagi, setakat minggu pertama ini, antara peserta yang paling digemarinya ialah Khoondoo dan Nadeera.
“Aku suka sama Khoondoo! Meskipun ketika menyanyikan lagu dengan ‘pitch’ yang tinggi, mereka masih kelihatan santai dan menjiwai lagu tersebut dengan penuh penghayatan,
“Nadeera juga bagus sekali. Suaranya ada ‘power’ tapi dia tidak memaksa suaranya ketika menyanyikan sesebuah lagu,” komen beliau kepada pihak media.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.