Pada tahun 2021, dunia Kpop dibanjiri muka baru dalam industri lakonan yang pasti akan memeriahkan dan menyeronokkan. Selain masih muda dan baru memasuki dunia lakonan dalam waktu yang tidak lama, artis baru ini khabarnya berjaya menjadi ‘kegilaan’ para peminat K-Drama dan terima banyak tawaran drama.
Ini Remaja senaraikan 8 pelakon yang manjadi bualan netizen.
Song Kang
Salah satu bintang yang semakin meningkat tahun ini ialah Song Kang. Song Kang berjaya menjadi perhatian dek rupa parasnya yang sangat tampan dan luar biasa. Bukan hanya rupa paras, Song Kang juga berjaya memukau orang dengan bakat dalam drama-drama yang dibawa pada tahun 2021.
Song Kang mula menjadi anak seni pada tahun 2017 dalam drama The Liar and His Lover. Karier Song Kang kemudian semakin melonjak semenjak ia membintangi drama Love Alarm dan Sweet Home. Kini, drama terbaru Song Kang yang berjudul Nevertheless bersama Han So Hee juga menjadi hits.
2. Lee Do Hyun
Selain Song Kang, pelakon drama Sweet Home iaitu Lee Do Hyun ini juga berjaya mencuri hati penonton dengan bakat lakonannya yang luar biasa dan wajah yang menawan.
Menjadi salah seorang pelakon muda dengan bakat lakonan yang hebat, Lee Do Hyun pertama kali berlakon dalam drama Prison Playbook sebagai watak pemuda Lee Joon Ho pada tahun 2017 . Lee Do Hyun kemudian menjadi semakin popular dengan membintangi K-drama yang hits iaitu Hotel de Luna dan 18 Again.
Lee Do Hyun juga memenangi Anugerah Seni Baeksang 2021 dalam kategori Pelakon Baru Terbaik. Kini, Lee Do Hyun dilaporkan mendapat tawaran untuk drama Netflix baru dengan Kwak Dong Yeon yang berjudul Hounds.
3. Hwang In Yeop
Ads
Pelakon yang meroket berkat True Beauty, Hwang In Yeob, juga berjaya menjadi pelakon dengan visual paling banyak yang mencuri perhatian pada tahun 2021. Walaupun berusia 30 tahun, Hwang In Yeob hanya memulakan debutnya di drama televisyen pada tahun 2019 sebagai Park Dan Ho dalam drama The Tale of Nokdu.
Hwang In Yeob kemudian bermain dalam drama 18 Again and True Beauty yang menjadikan kerjayanya melambung tinggi. Populariti yang Hwang In Yeob perolehi bukan gurauan. Ini ditandakan oleh pengikut Instagramnya yang mencapai 9.4 juta pengikut dan jumlah fanclub yang telah meningkat.
Selain itu, Hwang In Yeob juga dibanjiri dengan tawaran untuk iklan dan pemotretan. Kini, Hwang In Yeob sibuk dengan penggambaran dua drama terbarunya, iaitu The Sound of Magic dan Why Oh Soo Jae.
4. Cha Eun Woo
Eun-Woo yang dikenali sebagai ‘Face Genius’ iaitu lelaki yang sungguh tampan.Nama Cha Eunwoo menjadi perhatian ramai sejak dia membintangi drama True Beauty, antara drama fenomena Korea Selatan yang ditayangkan pada awal tahun ini.
Jejaka berusia 24 tahun itu bakal kembali ke layar perak dengan membintangi filem Decibel yang mana dia akan bergandingan dengan aktor Kim Rae Won dan Lee Jong Suk.
Ads
5. Ba In Hyuk
Bakat ‘second lead’ drama My Roommate Is a Gumiho ini kian menyerlah tahun 2021. Ba In Hyu memulakan karier lakonannya dalam sebuah filem pendek berjudul Love Buzz pada tahun 2019.
Melalui watak yang dipegang dalam The Spies Who Loved Me, Bae In Hyuk dicalonkan untuk kategori Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Drama MBC 2020. Walaupun dia kalah, dicalonkan di acara anugerah itu adalah salah satu rekod pencapaian terbaiknya.
Pelakon dengan ketinggian 190cm ini kian mendapat tempat dihati penonton drama Korea. Selepas mencipta nama dalam beberapa drama sebagai watak sampingan, Rowoon daripada kumpulan idola SF9 mula menyahut cabaran sebagai watak utama dalam drama “Extraordinary You” dan kini “She Would Never Know”.
Makin mencurah-curah ‘job’ lakonan buat Rowoon!
7. Kim Young Dae
Kim Young Dae adalah seorang pelakon dan model di bawah agensi Outer Korea. Lelaki yang dilahirkan pada 2 Mac 1996 ini membuat debut pada tahun 2018. Namanya telah melambung tinggi sejak membintangi drama Extraordanary (2019). Lakonan dalam drama itu memperoleh pencalonan untuk Pelakon Baru Terbaik di MBC Drama Awards.
8. Jo Byeong Gyu
Mula meraih populariti dalam drama adaptasi dari sebuah webtoon iaitu Uncanny Counter. Jo Byung-gyu katanya turut menurunkan berat badan sebanyak 10kg demi membawa watak So Moon dalam drama ini.
Namun, pelakon muda ini terpalit dengan khabar angin mengenai keganasan sekolah.
Daripada artis di atas, siapakah artis kegemaran korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Permaidani merah di Festival Filem Antarabangsa Venice tahun ini lebih sunyi, dengan kekurangan bintang selebriti yang hadir disebabkan mogok serentak berterusan yang dianjurkan oleh Persatuan Pelakon Skrin-Persekutuan Artis Televisyen dan Radio Amerika dan Persatuan Penulis Amerika.
Namun, beberapa selebriti yang pernah bekerja dalam filem indie yang tidak diterbitkan oleh Alliance of Motion Picture and Television Producers telah menerima lampu hijau untuk hadir ke acara sinematik tahunan itu. Dengan ketiadaan ramai rakan pelakon dan penulis skrip, para hadirin mula memberi perhatian lebih kepada rakan artis yang hadir di acara tersebut.
Mari kita lihat fesyen ikonik yang ditampilkan oleh selebriti Hollywood dan internasional kali ini di Festival Filem Antarabangsa Venice!
Patrick Dempsey and Jillian Fink
Bagi peminat fanatik drama medikal Grey’s Anatomy pasti cukup kenal dengan figura lelaki tampan ini. Iya, Dr Derek Shepherd tampil di permaidani merah festival itu bersama isterinya dengan suit lengkap dari Brunello Cucinelli.
2. Rita Ora
Aik, penyanyi pop di Festival Filem? Haaa….bagi mereka yang tidak maklum, Rita Ora telah berkahwin dengan pengarah filem terkenal Taika Waititi yang turut merupakan penerima Anugerah Akademi, Anugerah BAFTA dan Grammy Award.
Penampilan elegan Rita Ora yang kelihatan luar biasa di Festival Filem Venice ternyata berjaya membuktikan dirinya ada kelas tersendiri!
3. Amal and George Clooney
Di mana sahaja George dan Amal Clooney berada, mereka pasti akan menjadi tarikan lensa kamera dan orang ramai.
Penampilan terbaru mereka tiada bezanya apabila mereka tampil dengan penuh gaya untuk menghadiri Festival Filem Venice 2023. Pelakon berusia 62 tahun itu kelihatan tampan dalam sut hitam, manakala peguam hak asasi manusia itu kelihatan cukup menawan memperagakan gaun vintaj Christian Dior.
4. Barbara Palvin
Penampilan awam pertama Barbara sejak mengikat tali pertunangan dengan pelakon terkenal Dylan Sprouse pada bulan Julai di Festival Filem Venice ternyata tidak menghampakan sama sekali.
Model berusia 29 tahun itu kelihatan cukup elegan ketika menuju ke tayangan perdana filem Poor Things dengan gaun eksklusif dari Giorgio Armani.
5. Sydney Sweeney
Bintang Euphoria ini berjaya memberikan penonton suntikan dos glamor Hollywood dengan penampilan mewah beliau. Tampil memperagakan gaun fishtail yang cukup menawan dari Armani , Sydney Sweeney kekal menjadi perhatian lensa kamera di Festival Filem tersebut.
6. Jessica Chastain
Pelakon filem terkenal Interstellar ini nyata kekal anggun pada usia 46 tahun apabila tampil memperagakan busana mewah dari Giorgio Armani pada malam perayaan festival tersebut.
7. India Amarteifio
Siapa sahaja tidak kenal dengan pelakon yang sedang hangat ini? India yang lebih dikenali dengan wataknya sebagai Queen Charlotte dalam siri televisyen Bridgerton hadir ke Festival Filem Venice 2023 dengan strapless gown yang cukup berkilauan dari Giorgio Armani.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Getty Images
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Aina Abdul sememangnya sinonim dengan lagu-lagu beremosi yang menuntut kekuatan vokal luar biasa.
Namun, kemunculan dua single terbaharunya yang tampil dengan nuansa lebih santai membuatkan ramai peminat mula merindui lagu bernada tinggi yang menjadi identitinya selama ini.
Menjawab persoalan tersebut, penyanyi dan komposer berusia 32 tahun itu menegaskan dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan elemen berkenaan kerana ia sudah sebati dengan perjalanan seninya.
Lagu Nada Tinggi Tetap Ada Dalam Album Baharu
Menurut Aina, nyanyian berteknik dan bernada tinggi merupakan ‘DNA’ yang dibina hasil proses pembelajaran selama bertahun-tahun, sekali gus menjadi kekuatan yang tidak akan diketepikannya.
“Benar kata orang, bila takda baru nak rindu. Dulu korang kecam saya sampai saya benci dengan lagu bernada tinggi.
“Tapi jangan risau, dalam album baharu nanti tetap akan ada lagu-lagu bernada tinggi. Saya tidak akan tinggalkan DNA saya.
“Saya melalui proses pembelajaran selama bertahun-tahun untuk menguasai teknik nyanyian seperti itu. Jadi, sudah tentu saya tidak akan tinggalkannya,” katanya.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dua single terbaharunya, Berjauh-an dan Sadis, yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.
Tampil Dengan Sisi Muzik Yang Lebih Santai
Berbeza dengan karya-karyanya sebelum ini yang sarat dengan elemen power ballad, kedua-dua lagu baharu tersebut mengetengahkan sisi Aina yang lebih santai dan berunsurkan healing.
Mengulas mengenai perubahan itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) berkenaan berkata, dia mahu mengajak peminat meneroka dimensi baharu dalam perjalanan muziknya tanpa menghilangkan identiti yang telah dibina.
“Cuma untuk fasa baharu ini, saya perlu ‘set the tone’ supaya peminat tidak keliru. Saya mahu membawa mereka ke dunia muzik yang baharu, tetapi dalam masa sama mereka sedar itu masih lagi dunia Aina Abdul,” katanya.
Kini Boleh Distrim Di Semua Platform
Dalam perkembangan sama, kedua-dua single terbaharu Aina, Berjauh-an dan Sadis, kini sudah boleh distrim di semua platform penstriman digital.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telahan orang ramai bahawa peserta ke-12 Big Stage 2022 berkontroversi adalah tepat sekali dengan pemilihan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli atau Iqbal.
Pendedahan tersebut yang dilakukan pada konsert pertama Big Stage malam ini sekaligus menyaksikan Iqbal bakal memberikan saingan kepada 11 peserta lain iaitu Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofia Mariella, Syafiq Abdilah, Tegar Septian, Tuah Adzmi dan Yazmin Aziz.
Biarpun pemilihan Iqbal ini mungkin dilakukan sebagai strategi untuk meningkatkan rating tayangan Big Stage 2022, tinjauan REMAJA di media sosial mendapati lebih banyak komen negatif dilontarkan ke arah peserta itu berbanding perasaan teruja penonton untuk melihat momen pertemuan Iqbal dengan bekas bos merangkap kekasihnya, Dato Seri Vida yang dilantik sebagai Presiden Netizen.
Untuk pengetahuan korang, perjalanan Iqbal sebagai seorang penyanyi bermula dari single pertamanya berjudul Hujan selepas episod putus cinta bersama Vida.
Single ciptaan Zai Hamzah manakala liriknya oleh Iqbal, Achoi Floor88 dan Eric Fauzi ini telah menjadi ‘tiket’ kelayakan Iqbal untuk menyertai Big Stage 2022 memandangkan video muzik lagu itu berjaya mencatatkan 2.1 juta tontonan sejak diluncurkan tiga bulan lalu.
Biarpun tular, penonton tetap sukar untuk menerima penyertaan Iqbal ini. Tidak kurang juga yang ‘menggertak’ enggan lagi menonton episod Big Stage 2022 seterusnya selagi Iqbal menyertainya.
REMAJA turut tertarik dengan sesetengah komen wargamaya yang membandingkan betapa mudahnya Iqbal sebagai peserta dengan kepayahan yang perlu diharungi salah seorang peserta Big Stage 2022, Tuah Adzmi.
Tuah yang juga merupakan pelantun lagu Insan Kau Cinta khabarnya telah melalui pusingan uji bakat Big Stage sebanyak tiga musim berbanding Iqbal yang mudah mendapat peluang pada percubaan pertamanya.
Tuah Adzmi
Sama ada korang setuju dengan penyertaan Iqbal ini atau tidak, juri telah memberikan respon mereka.
Iqbal yang menyampaikan lagu nyanyian asal Broery Marantika, Bila Bulan Bicara telah menerima 5 markah dari Ajai, 25 markah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan 20 markah (Aliff Aziz).
Manakala,Vida sebagai Presiden Netizen pula bertindak memuji keberanian Iqbal dan menyatakan nyanyian tidaklah seteruk yang disangka.
Konsert Big Stage 2022 minggu pertama menyaksikan kesemua 11 orang peserta yang melakukan persembahan malam ini mara ke episod minggu hadapan. Manakala, salah seorang pesertanya iaitu Megat Rahim tidak membuat persembahan setelah disahkan positif COVID-19.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...