Pemain dram kumpulan rock terkenal, Dowoon DAY6, meraih perhatian ramai apabila tampil menghulurkan sumbangan bernilai 100 juta Korea Won (kira-kira RM293,000) kepada Samsung Medical Center bagi membantu pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan perubatan.
Menurut kenyataan rasmi daripada agensi beliau, JYP Entertainment, sumbangan tersebut telah dibuat pada 31 Oktober lalu. Dana berkenaan akan digunakan untuk menampung kos pembedahan dan rawatan penting termasuk pemindahan organ bagi pesakit pediatrik di pusat perubatan tersebut.
Tindakan Mulia Cerminan Keperibadian Prihatin
Langkah murni Dowoon DAY6 atau pemilik nama sebenar Yoon Dowoon (30) ini sekaligus mencerminkan keperibadian yang prihatin terhadap isu kesihatan kanak-kanak serta keinginannya untuk memberi kembali kepada masyarakat.
“Saya dapat mengambil bahagian dalam usaha murni ini hasil daripada kasih sayang dan sokongan yang saya terima daripada para peminat.”
“Saya akan terus berusaha menyebarkan pengaruh positif sebagai tanda terima kasih atas semua kasih yang telah diberikan kepada saya,” kata Dowoon dalam kenyataannya.
Ads
Tindakan dermawan Dowoon DAY6 turut mendapat pujian daripada para peminat serta komuniti muzik K-Pop yang menganggapnya sebagai selebriti contoh yang menggunakan pengaruhnya untuk tujuan kebaikan.
Ramai menyifatkan usaha Dowoon ini sebagai inspirasi kepada artis lain untuk turut memainkan peranan dalam membantu masyarakat, terutama dalam bidang kebajikan dan kesihatan.
Selain aktif dalam aktiviti kebajikan, Dowoon DAY6 kini sedang giat membuat persiapan bersama anggota DAY6 untuk konsert istimewa mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Kumpulan tersebut akan mengadakan tiga konsert berturut-turut berjudul ‘The Present’ di KSPO Dome, Seoul, bermula dari 19 hingga 21 Disember ini.
Konsert berkenaan dijangka menjadi penutup tahun yang bermakna buat DAY6 yang kini meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan mereka dalam industri muzik. Ia juga menandakan perjalanan panjang kumpulan itu yang penuh pencapaian serta kasih sayang daripada peminat di seluruh dunia.
Dowoon DAY6 Terus Sebar Nilai Positif
Dengan sumbangan bernilai besar ini, Dowoon DAY6 membuktikan bahawa kejayaan dan populariti boleh disalurkan kepada tujuan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Sikap dermawan dan rendah hatinya menjadikan beliau contoh terbaik dalam dunia hiburan Korea yang sering mendapat perhatian global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Kacak, berbakat, dan punyai personaliti tersendiri’
Itulah antaran perkataan yang dapat diungkapkan buat salah seorang ahli kumpulan K-Pop terkenal, Jungkook BTS, ketika Remaja bertanya kepada segelintir fans bintang muda itu.
Tidak perlu diperkenalkan dan usah dipertikaikan apatah lagi dia kini menjadi kegilaan peminat di seantero dunia.
Lebih menguatkan lagi fakta tersebut apabila Jungkook diumumkan sebagai idola K-pop yang paling disayangi peminat melibatkan beberapa buah negara.
Pengiktirafan tersebut merupakan hasil tinjauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea (KOFICE) yang melibatkan lebih 26 buah negara, baru-baru ini.
Pencapaian tersebut sekali gus meletakkan figura berusia 26 tahun ini di tempat ketiga dalam kalangan artis solo Korea selepas Psy dan IU. Hasil tinjauan, sebanyak 23 daripada 26 negara memilih BTS sebagai kumpulan Korea yang paling diminati.
Tinjauan yang dijalankan kementerian tersebut meliputi 26 negara seperti China, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kesilapan dalam menyampaikan fakta dalam bentuk pendidikan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. The Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) menzahirkan rasa tidak puas hati akan fakta dalam buku tahun satu dan buku bahasa Inggeris tingkatan dua yang kecelaruan fakta mengenai tarian Sumazau, tarian tradisional Kadazandusun dan Taman Kinabalu.
Sekumpulan masyarakat etnik pribumi di Sabah telah menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyiasat maklumat mengelirukan tentang keadaan di beberapa buku-buku dan rujukan yang terdapat di pasaran.
Menurut FMT, dalam buku tahun satu, menunjukkan gambar sekumpulan penari Sumazau dengan kapsyen yang berbeza dari fakta asal. Menurut pengarang, tarian dilakukan selepas menuai padi dan pada hari Sabtu. Ia sama sekali salah kerana menurut Pengerusi KDCA Joniston Bangkuai, ia tidak terhad untuk menuai masa semata-mata, dan yang pastinya bukan dilaksanakan hanya pada hari Sabtu.
Untuk buku teks tingkatan dua pula mengatakan bahawa Taman Kinabalu dan Gunung Kinabalu terletak di Kota Kinabalu dan Orang Utan berkeliaran di kawasan tersebut, walhal jarak antara dua tempat itu melebihi 100km dan pastinya tiada orang utan di Taman Kinabalu.
Orang Sabah khususnya etnik Kadazandusun amat kesal dengan sikap Kementerian Pendidikan dan ahli akademik kerana tidak memandang isu ini serius. Bagi Bangkuai, Sumazau bukan lah satu benda baru, dan sudah banyak portal dan laman sesawang rasmi untuk mendapatkan info.
Dia turut berharap agar pengarang untuk menghubungi persatuan-persatuan yang berkaitan atau Kementerian bagi memastikan ketepatan fakta apabila menulis tentang isu-isu berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.
“Kesilapan fakta sepeti Taman Kinabalu boleh dielakkan jika mereka mempunyai kesungguhan bertanya kepada Kementerian Pelancongan Sabah,” katanya kepada FMT.
Menteri Penolong Pendidikan dan Inovasi, Jenifer Lasimbang berkata perkara itu berada di bawah skop Kementerian Pelajaran Persekutuan.
Beliau menambah, bagaimanapun, Sabah turut bertanggungjawab dalam kekurangan bahan terbitan yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk isu-isu seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penularan pandemik COVID-19 ketika ini ternyata membawa impak besar terhadap ekonomi negara. Tambahan lagi, situasi kes baru Covid-19 di Malaysia dilihat semakin melonjak selain pertambahan kes kematian disebabkan wabak pandemik tersebut.
Ramai diantara kita yang risau dan takut hendak keluar jadi seiring dengan kemajuan teknologi, aplikasi perkhidmatan makanan semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Salah satunya ialah FoodPanda yang merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan tempahan dan penghantaran makanan terus kepada pengguna.
So buat korang yang gemar mengunakan service FoodPanda ini, rupanya korang boleh dapatkan diskaun berganda semasa pembelian, ini kami senaraikan beberapa kod baucar yang boleh anda gunakan di aplikasi Foodpanda.
SENARAI BAUCAR FOODPANDA 2020
JOY – RM7 OFF
CUBAPANDA – RM10 OFF
.
RIANG – RM6 OFF
.
Dengan penggunaan kod-kod berkenaan, korang boleh berjimat lebih RM100!
.
Menariknya, kod baucar ini boleh digunakan sepanjang 2020. Jadi jangan lepaskan peluang, jom grab promosi ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!