
Setelah beberapa hari berteka-teki, akhirnya predisen ke-46 Amerika Syarikat telah pun diumumkan. Joe Biden yang mewakili parti Demokrat telah berjaya mengalahkan Donald Trump medahului sebanyak lebih 73 juta undian setakat ini.
Menurut laporan BBC news, seiring dengan kejayaan ini Biden merupakan presiden paling tua yang akan mengangkat sumpah dalam sejarah presiden negara kuasa besar dunia itu. Dia juga berjaya menyekat Trump yang hanya mampu bertahan selama sepenggal pemerintahan sahaja.
Dalam kenyataan ringkas seperti yang ditulis The New York Times, Biden meminta untuk mengembalikan perpaduan dan juga memperbetulkan keadaan. “Dengan kempen berakhir, sudah waktunya untuk meletakkan kemarahan dan retorik keras di belakang kita dan bersatu sebagai sebuah negara,” katanya.
Jelasnya lagi, “Sudah tiba masanya Amerika bersatu dan bersedia untuk sembuh. Kami adalah Amerika Syarikat. Dan tidak ada apa yang tidak dapat kita lakukan, jika kita melakukannya bersama-sama.”
Biden sebelum ini pernah bergelar naib presiden Amerika Syarikat kepada presiden Barrack Obama selama dua penggal dari tahun 2009 ke 2017.
Sumber: BBCnews & The New York Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ini Tragedi Bangsa Indonesia,” – Ramai Maut Dalam Kejadian Rusuhan Bola Sepak, Najwa Shihab Ungkap Rasa Kesal

Hari ini dunia dikejutkan dengan kejadian yang menyayat hati apabila 129 orang (setakat berita ditulis) telah didapati maut dalam kejaian rusuhan akibat ketidakpuasan hati keputsan bola sepak.
Pelawanan yang berlangsung di antara dua kelab bola sepak tersebut tercetus apanila penyokong Arema FC meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas kepada Persebaya Surabaya dengan jumlah gol 2-3.
Ini merupakan kekalahan pertama kelab itu kepada musuh tradisi mereka sejak lebih dua dekad. Dek kerana kekacauan yang berlaku, polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan ada penyokong mengalami sesak nafas.
Paling penyedihkan, menurut laporan terkini lebih 129 maut. Menyentuh tentang isu yang meragut lebih 129 nyawa, pengacara popular Indonesia, Najwa Shihab berkongsi rasa di laman Instagram.
“Satu kehidupan terlalu banyak, terlalu banyak. Terutamanya ini. Penilaian, penilaian, penilaian. klise? Jelas sekali klise jika penilaiannya hanya dangkal. Lebih-lebih lagi jika reaksi hanya kepada liga yang berhenti seketika. Maka ia diteruskan seperti biasa, seolah-olah semuanya baik-baik saja, hanya kerana ia telah mengeluarkan sekatan, sekatan dan sekatan.
“Tidak ada penilaian jika tindak balas hanya menyalahkan dan menghukum mereka yang paling terdedah, tidak menyentuh pihak berkuasa langsung, dan berakhir dengan ucapan takziah.
“Ratusan nyawa yang terkorban adalah tragedi yang luar biasa. Ini bukan lagi tragedi bola sepak Indonesia, ini sudah menjadi tragedi bagi bangsa Indonesia. Langkah luar biasa mutlak telah diambil oleh semua pihak berkuasa tertinggi di negara ini untuk menghukum mereka yang bersalah, merombak apa yang mesti dirombak.
“Ayat ini tanggungjawab bersama bermaksud tiada siapa bertanggungjawab. Menyiratkan keinginan untuk lepas tangan. Jadi mari kita kawal bersama. Tragedi ini mesti disiasat dengan teliti. Takziah kepada semua mangsa di Kanjuruhan. Hati dan perasaan saya bersama semua keluarga yang ditinggalkan,” tulisnya.
Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila salah seorang penyokong Arema FC tidak berpuas hati dan meluru ke arah pemain untuk meluahkan kekecewaan. Ekoran tindakannya itu, penyokong lain turut turun menyerbu ke padang sehingga menimbulkan kekecohan.
Ketika ini, team Najwa di Narasi News Room telah berkolaborasi dengan beberapa organisasi media lain untuk mengumpul bukti. Mereka melancarkan kempen untuk memohon foto dan juga video yang mungkin dirakam oleh penyokong bola sepak yang berada lokasi kejadian bagi membantu penyiasatan tragedi tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dipukul Dengan Objek Tumpul Di Kepala”, Inilah Punca Kematian Adik Adam Yang Disorok Dalam Peti Ais

Semalam viral kisah seorang ibu yang meminta pertolongan mencari anak sulungnya, Adam Rayqal bin Mohd Sufi Naeif, berusia 5 bulan yang didakwa oleh pengasuh diambil oleh bapanya sehingga menimbulkan situasi panik oleh ibunya, Farrah Madihah Othman, 28. Kejadian ini berlaku di Taman Nakhoda, Batu Caves.
Namun kes ini mula menarik perhatian apabila bapa Adam, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi, 28 turut memuat naik berita yang turut mencari anaknya. Jika awalnya rasa risau kerana sangka anak kecil ini dilarikan orang tetapi kes kemudian bertukar menjadi tragis apabila pemeriksaan rapi polis mendapati bayi malang itu telah disumbat di dalam peti ais. Allahyarham Adam telah dibungkus dengan lampin lengkap berpakaian dan dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau yang membawa kepada penangkapan pengasuh dan teman serumahnya juga seorang perempuan.
Dalam laporan perubatan terkini yang dikeluarkan punca membawa kepada kematian allahyarham Adam Rayqal adalah disebabkan kecederaan akibat pukulan objek tumpul di kepala seperti yang dikeluarkan oleh Pakar Perubatan Forensik, Dr Siew Sheue Feng dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi.
Ternyata, perbuatan ini amat kejam dan tak boleh diterima oleh akal manusia bagaimana seorang pengasuh sanggup memukul bayi berusia 5 bulan!



Ekoran kes yang tular dan menjadi viral ini, satu status yang ditulis atas nama Didi Anthony mula mencetuskan satu tanda tanya adakah benar pengasuh ini, menggunakan nama Qayla Adriana Aoki di fbnya sebagai seorang yang bermasalah?
Ini kerana statusnya seolah-olah mendakwa Qayla Adriana telah memukul dan menjerit-jerit di telinga anak angkatnya yang buta dan tidak boleh berjalan. Malah pertanyaannya yang bertanya di mana baby berusia lima bulan iaitu Adam turut menimbulkan satu pertanyaan tentang sikap pengasuh berkenaan. Lebih memeranjatkan dalam tempoh Adam hilang itu, pengasuhnya Qayla Adriana telah memuat naik satu status mencari bayi untuk dijaga seolah-olah tiada perasaan bersalah atau melakukan sebarang kesalahan.
Berikut adalah status yang ditulis oleh Didi Anthony
Knp la ko ni @qayla… Sedangkan dgan anak angkat ko dri syurga yg taleh berjalan n buta ni pon ko blh pkul maki jerit2 kat telinga die dpan org …. Inikan lagi ko ngasuh anak orang plak umor 5bln… Tak sangka weyh ko mcm tu… . Sanggup ko ltak budak tu dalam peti n bungkus dlam beg…
.. Ape la hati binatang ko ni QayLa Adriana Aoki…. Harap tlg ssapa yg boleh slamatkn anak angkat die ni…… Pic lama dgan anak syurga.soalan skrang… Mana bby yg umor 5tahun ke atas ni plak…

Biar sudah ditangkap pihak polis yang sedang menjalankan siasatan namun tulisan ibu allahyarham Adam Raqyal meruntun hati setiap rakyat Malaysia khususnya yang mempunyai anak kecil.
Ibu arwah telah menulis : Adam syg… (sayang). Sejuk ya dalam peti tu….xpe (tak apa) syg nnti msuk(sayang nanti masuk) syurga semua indah2 yg (yang) Adam dapat….Igt (Ingat) pesan mama jg (jaga) diri kat sana.Nanti mama papa dtg ye syg (datang ye sayang) kita mandi buih lagi,”.

Menerusi status akaun Facebook dipercayai milik ibu mangsa menggunakan nama Farah Madi, wanita berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada kawan, saudara mara dan rakyat Malaysia kerana berusaha mencari Adam.
“Innalillahiwainnalillahirojiun…Terima kasih kepada semua kawan-kawan, saudara mara dan rakyat Malaysia semua kerana berusaha cari Adam dan doa baik-baik untuk Adam. Adam Rayqal bin Mohd Sufi Naeif 9/2/2018-3/7/2018,”muat naiknya lagi dalam status tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, hasil siasatan mayat bayi malang itu ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku.
Memetik kenyataannya dalam laman portal berita, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dibalut dengan kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau. Mangsa ditemui anggota polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
“Mayat bayi ditemui selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan. Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
Dalam pada itu Berita Harian memaklumkan, datuk mangsa, Mohd Fauzi Jusoh, 61, berkata, dia sangat terkilan dan sedih dengan kematian Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif apatah lagi, mereka sekeluarga belum puas bermesra dengan bayi itu yang baru berusia lima bulan itu.
“Saya lebih pilu mengenangkan Adam ditemui dalam keadaan menyayat hati di bahagian petak beku peti ais yang nyatanya tidak boleh diterima akal sama sekali. Kehilangannya sangat dirasai kami sekeluarga dan saya berharap hukuman setimpal dikenakan ke atas mereka yang melakukan perbuatan kejam, tidak berperikemanusiaan itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Fauzi berkata, Adam Rayqal tinggal dengannya dan isteri di Chendering, di sini sepanjang Ramadan lalu selepas anaknya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, gagal mencari pengasuh yang sesuai.
Bagaimanapun, pesara bank itu berkata, pada Aidilfitri lalu, menantunya, Farah Madiha Othman, 28, yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur memberitahu sudah menemui pengasuh untuk anak sulung mereka.
“Atas sebab itu Adam dibawa pulang ke Kuala Lumpur, namun saya tidak menyangka yang pengasuh ini tidak begitu dikenali menantu. Sebelum ini, mereka saya hantar Adam di rumah pengasuh lain (sebelum dijaganya ketika Ramadan) tetapi hanya bertahan lima minggu sahaja kerana tidak sesuai,” katanya yang turut berada di Kuala Lumpur menguruskan jenazah cucu keduanya.
Katanya, dia reda dengan kejadian yang berlaku dan tidak menyalahkan anak mahupun menantunya berikutan sudah ditakdirkan Allah SWT. Ketika ini, Mohd Fauzi berharap polis melakukan siasatan terperinci dan individu menyebabkan kematian cucunya dihukum setimpal.
Menurutnya, jenazah Adam Rayqal dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ladang, Kuala Terengganu bersebelahan Masjid Ladang, di sini, kira-kira jam 6 petang ini. Al-Fatihah untuk arwah Adam Rayqal dan semoga syurga untuk anak kecil ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serangan Masjid Di Christchurch, Netizen Doakan Syurga Buat Mangsa Korban

Berita yang menggemparkan seluruh umat Islam hari ini apabila sebuah masjid di Christchurch, New Zealand telah pun diserang dan menyebabkan 49 maut, manakala 20 lagi parah.
Insiden tembakan di masjid tersebut disiarkan secara ‘live’ oleh si pelaku dan ini sangat mengejutkan seluruh rakyat dunia.
Difahamkan, setakat ini seorang rakyat Malaysia disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington menjadi mangsa dalam insiden berkenaan.
Pihak polis di sana kitni telah mengarahkan semua masjid di seluruh New Zealand menutup pintu demi keselamatan Jemaah.
Berita ini turut mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang masing-masing melahirkan rasa sedih dengan insiden yang menimpa.




Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern juga telah mengesahkan sekurang-kurangnya 49 orang telah terkorban. Beliau menyifatkan kejadian ini sebagai serangan pengganas.
Sama-sama kita doakan agar keselamatan umat Islam dilindungi dan semoga mangsa korban ditempatkan ke Jannah. Aamin.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

