Hari ini merupakan sesi pertama persekolahan pada tahun 2020 bagi beberapa buah negeri di Malaysia. Kalau kita lihat di media sosial, ramai ibu-ibu yang berkongsi foto anak mereka di hari pertama persekolahan.
Bermacam ragam boleh dilihat, terutamanya adik-adik yang baru pertama kali ke sekolah. Mesti tengah bersemangat kan?
Bagi korang yang berada di peringkat Sekolah Menengah pula, teruskan semangat untuk menimba ilmu dan jangan sesekali pernah berputus asa.
Sempena tahun baru ini, Remaja nak kongsikan kisah inspirasi seorang pelajar yang berusia 15 tahun, namun mempunyai pemikiran seperti orang dewasa yang dah berusia 24 tahun.
Muhammad Amir Rafiq Mohd Rafee merupakan anak kelahiran Terengganu yang sedang menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti di Jerman. Dia beruntung kerana dipilih oleh Universiti Leibniz di Hannover, Jerman untuk menjalankan kajian dalam bidang Sains Komputer Teoritikal.
Ads
Walaupun tidak mempunyai sebarang ijazah, anak muda itu bersyukur kerana universiti tersebut menerima penyelidik bawah umur sepertinya kerana apa yang penting bagi mereka adalah kajian yang dia jalankan itu.
Mula minat bidang sains komputer sejak berusia 12 tahun lagi, Amir merasakan bidang ini sangat mencabar tetapi seronok. Disebabkan itu dia mahu mengkaji lebih dalam bidang ini.
Ads
Muhammad Amir Rafiq juga merupakan pelajar yang terpilih mewakili Malaysia dan menjadi peserta termuda dalam ‘The 2019 International Philosophy Olympiad’ di Rom, Itali tahun lalu.
Remaja ini juga bercadang untuk mengambil peperiksaan peringkat A-Level dan akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti di Amerika Syarikat tahun ini.
Antara kenangan semasa kecilnya, sewaktu berusia 4 tahun, dia suka membaca ensiklopedia perubatan milik datuknya. Dia juga mempunyai kelebihan untk ‘scan‘ dan ingat setiap fakta yang dibaca.
Walau bagaimanapun, menurut ibunya mengakui bahawa Amir mempunyai kelemahan terutama melibatkan soft skills seperti kemahiran berkomunikasi dan pergaulan sesama rakan sebaya disebabkan dia mempunyai pemikiran lapan atau sembilan tahun lebih dewasa.
Kami doakan selamat maju jaya buat Amir dan semoga dia terus sukses dalam pembelajaran. Diharap kejayaan Amir ini dapat memberi inspirasi dan semangat buat korang untuk terus mencapai kejayaan dalam pembelajaran.
Kucing berwarna oren sering dikaitkan dengan sikap nakal dan suka bermain. Tambahan pula ia sering di cop sebagai ‘ketua penjahat’ yang dilihat cukup adventurous berbanding kucing berwarna lain.
Kisah yang berlaku kepada seorang pengembara di New York ini mencuit hati apabila dia tidak sedar yang di dalam begnya ada seekor kucing. Semuanya terungkai apabila pihak pekerja lapangan terbang mengesan haiwan tersebut menerusi mesin sinar x.
Kucing tersebut merupakan kucing kepada tuan rumah tempat menginap pengembara tersebut yang dijadualkan ke Florida. Ketika dihubungi oleh pihak berkuasa, tuan kucing tersebut yang dikenali sebagai Alix sendiri tidak sedar yang kucingnya itu telah hilang.
Bercakap kepada pihak media yang menghubunginya, Alix berkata, “Pegawai penguasa bertanya sama ada dia ingin mengambil tindakan terhadap tetamu tersebut. Mereka ingin tahu adakah itu merupakan percubaan untuk menculik kucing saya dan membawanya ke Florida.”
Pihak berkuasa bersedia untuk mengklasifikasikan lelaki itu sebagai catnapper dan meletakkannya dalam senarai tidak dibenarkan terbang, tetapi Alix meyakinkan mereka bahawa insiden tersebut adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan.
“Kucing-kucing kami sangat suka melihat beg dan kotak. Nampaknya salah seekor telah memanjat ke dalam beg pakaiannya tanpa. Ia hanya satu insiden yang tidak disengajakan,” katanya lagi.
Nama si oyen ini adalah Smells.
Sejurus selepas mendapat panggilan mengenai kucingnya itu, tunang Alix mendapatkan sebuah kereta untuk ke lapangan terbang JFK bagi menyelamatkan kucing yang kelihatan lesu itu mungkin disebabkan telah terperangkap di dalam beg dalam waktu yang agak lama.
“Saya bimbang dia akan ketakutan tetapi dia tidak mengeluarkan bunyi pun semasa dalam perjalanan pulang. Sejurus tiba di rumah saya memberinya beberapa hidangan yang disukainya dan dia bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku,” tambahnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Let’s face it. Apa saja produk yang dikeluarkan oleh selebriti dan Dewi Remaja 2009/10 iaitu Noor Neelofa pasti akan menjadi rebutan ramai peminatnya.
Tambahan pula apabila Starbucks Malaysia menjalin projek kolaborasi bersama jenama Naelofar Hijab pada minggu ini dan mengeluarkan koleksi hijab edisi terhad!
Sejak Isnin lalu, korang boleh ke stor Starbucks terpilih untuk mendapatkan 3 warna hijab rekaan pleated dan seakan crepe. 3 warna itu pula dinamakan sempena minuman popular di situ iaitu Caramel, Green Tea dan Mocha.
Bagi setiap jualan ‘sebotol’ hijab ini, RM1.00 akan didermakan untuk projek Naelofar + Starbucks “MY Cups of Kindness” bagi membantu mereka yang memerlukan.
Apa yang menarik perhatian REMAJA adalah rasa teruja di kalangan peminat Neelofa, peminat Naelofar Hijab, pelanggan Starbucks dan para hijabis, secara amnya. Terlalu banyak soalan yang mereka tujukan sehingga admin akaun media sosial Starbucks sudah menyediakan jawapan standard bagi soalan berikut..
Di Mana Untuk Dapatkan?
Di kesemua cawangan stor seluruh negara.
Sampai Bila Ada?
Selagi stok masih ada di cawangan stor.
Ada Personal Shopper Tak?
Penulis lihat ramai yang menawarkan khidmat PS kerana sukar untuk memperolehi warna shawl yang mereka gemari. Habis stok!
Seorang Boleh Beli Berapa?
Beli jelah sis, tiada peraturan 1 hijab untuk seorang pembeli pun. Asalkan dompet berduit, kad debit berbaki..
*
Jadi, korang rasa berbaloi tak untuk dapatkan edisi terhad hijab ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru ini, negara amat berbangga dengan pencapaian seorang remaja berusia 20 tahun, Azhar Ali yang didakwa ditawarkan menerima biasiswa dari pihak National Aeronautics And Space Administration (NASA ) berikutan pecapaian cemerlangnya dalam program Artemis Student Challenge Program.
Dalam satu kenyataan tweet, diberitakan Azhar berada di kedudukan pertama dengan markah sebanyak 96.77 bagi Spacesuit Interface Efficiency Level sekaligus ditawarkan biasiswa oleh pihak pentadbiran angkasa lepas tersebut.
Namun nampaknya seperti “ada tidak kena”, akaun twitter atas nama Saturn sudah di privatekan.
Carian REMAJA juga dapati tweet ucapan tahniah dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah tidak dapat ditemui. Begitu juga twitter dari Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin mengenai hal yang sudah tiada lagi.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Remaja kongsikan satu perkongsian dari seorang individu Muhammad Syafik yang membuat carian mengenai Azhar Ali. Pemilik The Patriot ini banyak menulis mengenai ruang angkasa lepas dan sering berkongsi maklumat berguna untuk pembacaan kita semua.
“Tak ada pun nama ‘ Azhar Ali ‘ yang heboh terima biasiswa NASA selepas menyertai suatu cabaran daripada pihak NASA tu dekat mana – mana laman web NASA. Saya cari maklumat dia, satu pun tak ada .
Lagi satu, nak sertai #NASASUITS , setiap calon ahli pasukan mestilah pelajar sepenuh masa yang mendaftar di institusi pengajian tinggi di USA sana.
Akaun Twitter mamat ni pun dah tak public .
Haishhh.
Tidak tahu apa status sebenarnya tapi nampaknya, Jabatan Netizen Malaysia terpaksa bekerja pada hari Ahad ini, hikz.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!