
Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi semalam (15 Julai 2021), iaitu sebanyak 13,215 kes. Hal ini amat membimbangkan masyarakat selepas melihat situasi ‘kronik’ yang berlaku di kebanyakan hospital, ekoran ribuan pesakit yang terpaksa menerima rawatan.
BACA: Kes Positif COVID-19 Terus Meningkat, HKL Cari Sukarelawan Untuk Tugasan Bukan Perubatan
Sebagai umat Islam, selain daripada patuh kepada arahan kerajaan untuk mengurangkan pergerakan di luar rumah, kita juga boleh ikhtiar dengan cara berdoa.
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan pernah berkongsi zikir dan doa keselamatan dan kesentosaan daripada segala wabak penyakit. Zikir dan doa ini boleh dibacakan selepas solat sunat fardhu dan solat sunat.





Sempena hari Jumaat ini, eloklah sekiranya kita mengambil barakah untuk memanjatkan doa bagi kesejahteraan diri, keluarga dan rakyat Malaysia.
Teruskan berdoa dan jaga pergerakan korang, jangan keluar rumah jika tidak ada urusan penting. Amalkan kerap mencuci tangan, gunakan hand sanitizer dan pakai topeng muka sekiranya berada di luar.
Semoga Allah menghentikan wabak COVID-19 ini daripada terus menular. Aamiin!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun Tersingkir EURO, Cristiano Ronaldo Masih Terkaya Di Instagram

Langkah pasukan bola sepak Portugal yang terhenti di pusingan 16 pasukan terbaik UEFA UERO 2020, Isnin lalu masih sukar untuk dihadam oleh skuad dan peminat Portugal.
Impian juara bertahan itu untuk sampai ke perlawanan terakhir tersekat dengan kekalahan 0-1 kepada Belgium. Lalu ia memberi ruang kepada 8 pasukan lain seperti The Red Devils, Switzerland, Czech Republic, Denmark, Ukraine, England dan dua lagi nama besar iaitu Sepanyol (juara EURO 2012 & Piala Dunia 2010) serta Itali (juara Piala Dunia 2006) untuk menjulang piala tersebut.
Penyerang utama Portugal iaitu Cristiano Ronaldo umpamanya kelihatan kecewa dengan keputusan tersebut. Menerusi hantaran di Instagram, beliau memohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan impian rakyat Portugal.
Namun, biarpun diselubungi rasa kecewa, nampaknya pengaruh Ronaldo langsung tidak terkesan. Malah, jumlah pengikut Instagram pemain kelab Juventus itu terus mencanak dan pendapatan yang diperolehinya menerusi aplikasi media sosial itu juga meningkat.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Hopper HQ, Ronaldo merupakan penerima pendapatan tertinggi di Instagram dan atlet paling dikenali di Instagram; sekaligus mengenepikan ‘saingan’ terdekatnya seperti Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Ariana Grande dan Kylie Jenner.
Dengan sejumlah 308 juta orang pengikut yang dikumpul Ronaldo, pemain berusia 36 tahun ini dilaporkan memperolehi kira-kira RM6.6 juta setiap kali beliau memuat naik hantaran di Instagram. Jumlah itu adalah 54% lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Bayangkan sajalah, ketika lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia, muat naik takziah Ronaldo memperolehi 20 juta likes. Agak-agak, berapa nilai pendapatan yang diperolehinya menerusi satu hantaran itu saja?
ARTIKEL BERKAITAN : 8 Ucapan Terakhir Untuk Diego Maradona Termasuk Ronaldo & Messi – REMAJA
Tidak hairanlah Ronaldo tidak kisah dengan tindakannya mengalihkan botol minuman Coca Cola di atas meja sidang media EURO 2020 bulan lalu walapun ia dipercayai membuatkan syarikat minuman gergasi itu tidak berpuas hati.
ARTIKEL BERKAITAN : Giliran Paul Pogba Alih Botol Di EURO Selepas Ronaldo – REMAJA
BACA LAGI: Campak & Tendang Lilitan Kapten, Ronaldo Jadi Mangsa Troll – REMAJA
Malah, Ronaldo juga merupakan salah satu atlet paling kerap memberikan sumbangan kepad golongan yang memerlukan termasuklah kepada rakyat Palestin.
BACA LAGI : Cristiano Ronaldo Derma USD1.5 Juta Kepada Palestin – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Petua Kurangkan Rambut Gugur, Rupanya Hanya Guna Buah Ini

Baru berangan nak rambut tebal dan lebat seperti model iklan syampu tapi apa kan daya bila pegang rambut sendiri dan sikat menggunakan jari, banyak pula rambut gugur. Sekali tengok cermin, mula nampak lopong-lopong di kulit kepala.
ARTIKEL BERKAITAN : [FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih ‘Fresh’ Apabila Memotong Rambut Pendek

Frust juga apabila mencuba pelbagai jenis cara tetapi tetap sama sahaja hasilnya. Kalau kamu mengalami situasi yang sama, jangan risau kerana ada penyelesaiannya.
Ada satu cara yang menjimatkan untuk korang merawat masalah rambut gugur iaitu dengan menggunakan buah keras. Buah ini terkenal dengan fungsi melebat dan mengurangkan rambut gugur.
Dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja, mudah-mudahan petua ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mengatasi masalah rambut gugur.
Bahan:
- Buah keras

Cara menyediakan:
1. Tumbuk buah keras sehingga hancur
2. Goreng buah keras yang telah ditumbuk tadi sehingga keperangan tanpa minyak
3. Tumbuk sekali lagi sampai pecah minyak
4. Jadikan pes buah keras sebagai masker rambut
5. Kemudian, basahkan rambut, lumur pada kulit kepala selama 10 minit
6. Bilas sehingga bersih
7. Amalkan petua ini dua kali seminggu

Hasilnya, rambut korang akan jadi lebih kuat dari akar rambut dan kurang gugur. Selamat mencuba!
BACA LAGI : Mahu Rambut Lebat Dan Kekal Sihat? Ini Antara Makanan Yang Anda Boleh Ambil
Sumber: Bella Shabudin
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyelidik Kardiovaskular Asal Malaysia Cemerlang Di UK, Jadi Peserta Kegemaran Rancangan Realiti Masakan

Minat yang mendalam dalam dunia masakan menjadikan Syabira Yusoff antara peserta kegemaran dalam rancangan The Great British Bake Off musim ke-13. Anak jati Malaysia ini mengejutkan ramai dengan teknik yang dimilikinya.
Syabira bermastautin ke United Kingdom pada tahun 2013 bagi meyambung pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Genetik dan Biologi Genom di University of Leichester. Dia kemudiannya bertugas sebagai Penyelidik dalam bidang Kardiovaskular di King’s College London (KCL).

Dalam satu temu bual bersama unit komunikasi KCL, Syabira berkongsi yang sebelum itu dia merupakan seorang pelajar Sains Pertanian di salah sebuah universiti di Malaysia. Menceritakan bagaimana dia boleh menyertai pertandingan realiti popular itu, Syabira sebenarnya pernah terlepas peluang kerana tarikh permohonan untuk menjadi peserta sudah tamat.
“Dua tahun lalu, saya menonton Bake Off bersama teman lelaki saya. Mereka sedang membuat brownies, dan saya berkata kepada diri saya sendiri yang saya boleh buat brownies jadi saya pun boleh menyertai rancangan itu juga. Malangnya, pada tahun itu permohonan telah pun ditutup.
“Jadi saya mempunyai masa setahun untuk belajar membuat roti dan pai, kerana sudah tentu Bake Off lebih daripada sekadar kek. Sehingga setahun yang lalu, saya hanya pernah membuat kek. Tetapi saya seorang yang cepat belajar dan sangat berdedikasi,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Berjaya Selepas 12 Kali Gagal Temu Duga,” – Kisah Cekal Bekas Barista Starbucks Mengejar Impian Di Awan Biru

Syabira juga berkongsi yang dia mengetahui dirinya terpilih sebagai salah seorang beserta The Great British Bake Off saat dirinya berada di dalam makmal. Rakan sekerjanya tidak terkejut kerana mereka yakin bahawa wanita berkulit hitam manis itu pasti akan berjaya dek kerana masakannya yang enak.
Mengimbangi masa di antara kerjaya dan juga memasak, wanita yang cemerlang dalam bidang akademik ini menyatakan bahawa pengurusan masa sangat penting. Kongsinya, “Ini semua tentang pengurusan masa. Di tempat kerja saya memberi tumpuan kepada tugas saya dan perkara yang perlu saya selesaikan pada hari itu.
“Semua idea atau latihan untuk memasak saya akan dilakukan sebelum ke tempat kerja. Semasa saya bersiap untuk Bake Off, saya mereka cipta resipi pada jam 5 pagi, dan kemudian saat saya menaiki kereta api, saya akan melayari Instagram dan Pinterest untuk mendapatkan idea. Sebaik sahaja saya pulang, saya akan membakar. Ia meletihkan tetapi ia sangat menyeronokkan.”

Dalam episod terbaharu rancangan tersebut, Syabira telah dinobatkan sebagai ‘Star Baker’. Kejayaannya itu mendapat perhatian pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan mereka mengucapkan syabas kepadanya di laman Facebook.
“Tahniah kepada Syabira Yusoff kerana telah dinobatkan sebagai Star Baker dalam rancangan The Great British Bake Off malam tadi! Seronok melihat masakan kreatif anda, sentiasa penuh dengan cita rasa Malaysia,” tulis mereka memberikan semangat kepada Syabira.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

