Inai atau henna ini sememangnya sinonim dengan masyarakat India dan Melayu. Jika dulu inai hanya dipakai ketika majlis perkahwinan atau sekadar mengikut adat. Kini ia dianggap sebagai trend kecantikan seperti pewarna kuku.
Buat yang teringin nak pakai inai kuku, ini REMAJA kongsikan cara DIY sendiri perkongsian Rosdiana Dian di facebooknya.
Menariknya hanya guna tiga bahan sahaja dan paling penting selamat dibawa solat.
DIY ‘INAI’ Kuku Guna 3 Bahan
3 Bahan-bahan asas:
Hi semua…Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi. Actually uolls buleh jugak tanya pakcik Google. Cuma.. resepi ni mak dapat dari kawan Mak. Mungkin lain orang lain bahannya. Modal tak sampai 3 hengget..
Ads
1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan banyak-banyak takut panas. Kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.. hehehe..
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi) atau, sabun axion pun buleh. Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dalam Sukatan 1 sudu besar).
Ads
3. Pewarna makanan warna ceri merah. Ada yang pakai sirap. Hehehe.. ikut la nak kaler apa pun… oren, purple, hijo, cokelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… tu takleh.. lain jadinya karang. Hihihi.. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).
Cara-Cara Bancuhan DIY ‘INAI’ Kuku Guna 3 Bahan
Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau… Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Ads
Alaaaaa… susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan boleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar. Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku. Tak caya lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.. Hehehe…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telah berlangsungnya Majlis Jamuan Negara yang diadakan di Istana Buckingham apabila Raja Charles menerima kunjungan diplomatik daripada Presiden Korea Selatan, Yoon Sook Yeo dan isteri, Kim Keon Hee.
Dalam majlis yang dihadiri oleh 170 tetamu jemputan itu, antara personaliti yang menarik perhatian semestinya kelibat Princess of Wales, Kate Middleton yang anggun mengenakan busana gaun petang rona putih rekaan Jenny Packham.
Melengkapkan gayanya sebagai seorang puteri raja semestinya sebuah tiara yang terletak cantik di kepala. Namun tahukah anda? Tiara yang digayakan oleh Kate pada malam tersebut merupakan tiara yang sudah lama tidak dilihat umum.
Kenapakah mahkota ini diberi julukan ‘the forgotten crown’?
Ini disebabkan tiara yang direka berbentuk karangan bunga itu tidak pernah dilihat dalam hampir sembilan puluh tahun sejak 1930-an lagi!
Moyang Putera William, Queen Elizabeth the Queen Mother & King George VI.
Diberi nama ‘The Strathmore Rose Tiara’, Ia merupakan sebahagian daripada koleksi mendiang Queen Elizabeth the Queen Mother yang merupakan moyang kepada Putera William.
Menurut The Court Jeweller, nama aksesori itu berasal daripada bapa Queen Elizabeth the Queen Mother, yang merupakan Earl of Strathmore dan Kinghorne, dan merupakan hadiah perkahwinan apabila dia berkahwin dengan Putera Albert (kemudiannya dikenali sebagai Raja George VI, bapa Queen Elizabeth II).
Dengan kemunculan semula tiara ini, ia menjadikan Kate orang kedua yang memakai tiara Strathmore Rose di khalayak ramai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lama rasanya tiada pertunjukan fesyen dilangsungkan di Malaysia sejak negara dihambat musim pandemik COVID-19 pada tahun lalu.
Malahan sempena persediaan Aidilfitri 2020, tiada pertunjukan fesyen yang dilakukan oleh mana-mana jenama lokal kerana kekangan wabak.
Justeru, apabila jenama Leeyana Rahman tampil sebagai jenama lokal pertama yang melangsungkan pertunjukan fesyen Raya pertama untuk tahun ini, tentulah semua mata terarah kepada koleksi yang dinamakan sebagai Leeyana Rahman Glorious Raya 2021 ini.
*
Dilangsungkan di ibu negara semalam, pertunjukan fesyen ini turut dipancarkan secara langsung ke seluruh Malaysia dan di negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Mengambil tema rona persalinan ‘muted’ seperti pastel, neutral dan warna-warna semulajadi seperti beige serta sand, team Leeyana Rahman mengajak korang untuk meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan gaya tenang, sederhana namun masih manis untuk dipandang.
Antara kelainan yang dibawakan oleh mereka terletak pada potongan siluet berbeza bagi memenuhi keinginan pemakai jenama tersebut yang berlainan citarasa dan bentuk badan.
Ada potongan empire waist ala hanbok, ada juga draping pada bahagian dada yang memastikan figura tampil menarik.
Paling mencuri tumpuan adalah perincian bahu ‘terangkat’ sebagai statement pada bahagian top.
Koleksi ini juga seimbang dari segi potongan pakaian mendakap tubuh dan potongan yang longgar. Terpulang kepada korang sendiri untuk memilih gaya yang dirasakan selesa.
Ini merupakan 10 stail pilihan REMAJA daripada koleksi Leeyana Rahman Glorious Raya 2021.
*
So, yang mana satu paling korang gemari?
Sebelum korang klik ke laman web Leeyana Rahman untuk mendapatkan pakaian Raya untuk tahun ini, jom tonton dahulu sedikit bingkisan yang sempat REMAJA rakamkan semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia. Semua pesertanya mengimpikan untuk memegang takhta tersebut kerana ia mampu mengubah kehidupan mereka. Namun bukan semua yang bernasib baik.
Ahad lalu, Miss Universe telahpun memahkotakan pemenang yang ke 71 dan ia menjadi milik wakil Amerika Syarikat (USA), R’Bonney Gabriel. Kemenangannya itu menjadikan negara tersebut memiliki sembilan wakil bergelar Miss Universe.
Sejak tahun 1952, wakil USA sentiasa berjaya menjadi salah seorang peserta semifinalis. Namun tahukah anda, dalam kejayaan yang diraih itu terdapat empat wakil USA yang tidak mendapat sebarang tempat sekaligus tidak bergelar semifinalis.
BARBARA PETERSON
Merupakan Miss USA 1976, Barbara Peterson gagal bergelar semifinalis dan dia menjadi peserta pertama dari negara tersebut yang gagal mara ke peringkat yang seterusnya. Kini pada usia 70 tahun dia mengabdikan dirinya kepada kerja-kerja amal.
KIMBERLEY PRESSLER
Memenangi gelaran Miss USA pada usia 22 tahun, Kimberley menjadi Miss USA kedua yang gagal mara sebagai semifinalis. Kini dia merupakan seorang pengacara dan juga wartawan sukan untuk saluran televisyen FOX.
Kemenangan Shauntay pada tahun 2002 menjadikan dia sebagai Miss USA ke 50 dan wakil USA ketiga yang gagal mendapat sebarang tempat. Dalam pertandingan Miss Universe yang diadakan di Puerto Rico, dia kalah kepada Oksana Federova yang sehingga kini dianggap sebagai Miss Uniiverse paling cantik dalam sejarah pertandingan itu. Selepas pertandingan dia aktif sebagai pelakon.
RIMA FAKIH
Wanita berketurunan Lebanon ini ketika kemenangannya menjadi individu beragama Islam pertama yang memenangi gelaran Miss USA. Kemenangannya ketika itu mencipta pelbagai reaksi. Walaupun begitu nasib Rima tidak terlalu cerah apabila dia menjadi wakil keempat Amerika Syarikat yang gagal mendapat tempat di pentas Miss Universe. Rima kini sudah berkahwin dengan jutawan dan memiliki tiga orang cahaya mata.
Kenapa agaknya mereka tidak berjaya ya? Sedangkan pertandingan itu sering dikaitkan dengan USA kerana pemilik pertandingan ketika itu sebelum ini merupakan warganegara Amerika Syarikat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.