Geram akibat dituduh, pelakon dan bintang terkenal Diana Danielle nafi dakwaan dari pihak suaminya yang ditemu bual oleh program Melodi pada Ahad lalu.
Farid Kamil ketika ditemubual oleh pihak Melodi Ahad lalu.
Menerusi temu bual tersebut, Farid Kamil (41) memberi kenyataan bahawa punca sebenar pelakon Imaginur itu memfailkan penceraian adalah kerana insiden ‘petik cili’ di mana beliau menegur kesalahan anaknya, Aurora yang masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran untuk memetik cili.
Tambah pelakon Lagenda Budak Setan itu lagi, tidak perlu untuk isu remeh itu untuk diperbesarkan sehingga ke mahkamah kerana ianya hanya akan membazirkan masa dan kos yang sangat banyak.
Perkahwinan dua pelakon ini akhirnya retak setelah sedekad bersama.
Namun kenyataan itu cepat dinafikan oleh pihak isterinya menerusi perkongsiannya di laman Instagram. Menurut Diana, insiden ‘petik cili’ bukanlah punca sebenar penceraian itu difailkan kerana dirinya sudah pun membuat permohonan itu dua hari sebelum insiden itu terjadi.
Ads
Tangkap layar penjelasan dari pihak Diana Danielle menerusi laman Instagram.
“Dia tahu, bukan tak tahu. Saya dah maklumkan padanya bahawa saya sedang failkan penceraian. Dia sendiri yang kata pergilah malah suruh saya percepatkan lagi proses itu, Tapi sekarang? Dia buat-buat keliru,” katanya lagi.
Tambah pelakon itu lagi, sepanjang hari mereka ditengking oleh pelakon itu atas sebab yang remeh.
Pelakon itu turut mengakui bahawa hukuman yang diberikan oleh Farid Kamil adalah melampau.
Ads
“Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut. Bila saya nak ambil Aurora masuk bilik kerana tak tahan melihat anak saya diperlakukan sebegitu rupa, dia tolak saya berkali-kali halang saya ambil anak saya,” ujarnya menerusi laman Instagram.
Mengaku dirinya takut dengan suaminya yang kelihatan seperti tidak dapat mengawal emosi, pelakon terkenal itu mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis untuk keluar dari rumah tersebut.
Dirinya turut berkata bahawa dari awal, dia tidak ingin membuka sebarang cerita mahupun aib. Namun disebabkan dakwaan yang dilemparkan oleh suaminya itu, meninggalkan dia tanpa sebarang pilihan lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Melodi, KopiPlanet
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semenjak kebelakangan ini, pemain bola sepak Mohamed Salah sering menjadi sebutan netizen di media sosial. Tidak semena-mena bintang Liverpool ini menjadi troll, mungkin kerana namanya yang membawa maksud dalam bahasa Malaysia.
Bagi orang lelaki mereka mungkin sudah cukup mengenali bintang bola sepak ini, namun di kalangan wanita pula, rasanya ada yang tertanya-tanya siapa Salah sebenarnya? Hiks!
Selain daripada bintang bola sepak Liverpool, berikut merupakan 7 fakta tentang Salah yang mungkin ramai tidak tahu.
1. Mohamed Salah pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan, oleh Persatuan Pemain Bola Speak Profesional England (PFA).
2. Penyerang Mesir berusia 25 tahun ini dianggar bernilai £29.75 juta berdasarkan laman web Transfer Market UK. Pemain kelahiran Mesir yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) daripada AS Roma setakat ini telah menjaringkan 30 gol bersama Liverpool.
3. Pernah terpalit kontroversi kerana enggan berlaga pipi bersama seorang hos wanita sewaktu menerima anugerah Pemain Terbaik Liga Swiss ketika bermain untuk Basel.
“Di Swiss, orang bertepuk tangan sedangkan di Mesir mereka mengkritik saya,” jelasnya.
4. Sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Makka, sempena nama kota suci umat Islam di mana ayat pertama al-Quran diturunkan buat pertama kali.
5. Mohamed Salah juga seorang pemain bola sepak Muslim yang tidak pernah berselindung tentang identiti Islamnya. Dia sering melakukan sujud syukur selepas berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan.
Pemain kelahiran Mesir, 15 Jun 1992 ini sering menadahkan pandangannya ke langit sambil menunjuk ke atas.
6. Walaupun sudah dikenali seluruh dunia, Salah yang lahir dan dibesarkan di perkampungan Nagrig di wilayah bahagian barat Mesir tetap tidak melupakan tanah airnya. Dia kerap membantu orang-orang miskin, hospital, sekolah dan teman-temannya sewaktu kecil dulu.
7. Pernah melibatkan diri di lapangan ketenteraan Mesir sebelum bergelar seorang pemain bola sepak.
Individu yang korang jadikan troll ni sebenarnya hebat orangnya tau. Jangan main-main dengan Salah. Hiks!
Karya fenomena, Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97,3 pada Mac tahun depan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pemilihan karya daripada sutradara Jin Ong itu hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS yang terdiri daripada barisan profesional dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat penyertaan ditetapkan oleh penganjur.
“Filem terbitan More Entertainments Sdn Bhd ini merangkul 19 anugerah antarabangsa, sekali gus satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.
“Antara pencapaian tertinggi adalah Anugerah Filem Terbaik, Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition Ke-22) dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics Award serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali.
“Di peringkat tempatan, filem ini mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik,” kata kenyataan itu.
Selain itu, FINAS turut memaklumkan karya hebat tersebut telah mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta sehingga 30 September lalu selepas mula ditayangkan sejak 21 September lalu.
Abang Adik mencetus fenomena tahun lalu dengan kutipan pecah panggung RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi.
Untuk info, Abang Adik menceritakan kehidupan dua anak yatim piatu lakonan Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren.
Mereka hidup tanpa dokumen dan tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu kawasan yang terkenal dengan pasar basah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: GSC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita penutupan operasi stesen televisyen NTV7 memberi impak yang besar kepada masyarakat Malaysia, khususnya bagi mereka yang membesar dengan menonton rancangan-rancangan menarik yang disiarkan oleh stesen TV ini.
Antara slot yang mendapat tempat di hati peminat adalah telenovela Amerika Latin yang disiarkan pada setiap petang. Walaupun satu siri telenovela ini menjangkau sehingga beratus episod, tetapi ia masih mampu menarik perhatian penonton untuk terus berada di depan kaca TV.
Pasti ramai yang merindui kenangan meluangkan masa bersama keluarga menonton telenovela. Betul tak?
Jom kita throwback sikit antara telenovela popular yang pernah ditayangkan di NTV7 satu ketika dahulu.
1. Maria Mercedes
Dibintangi oleh pelakon cantik Thalia, telenovela ini mengisahkan tentang gadis miskin Maria Mercedes yang menyara dua adiknya dengan bekerja sebagai penjual tiket loteri dan menjadi badut.
Wanita ini jatuh cinta dengan jejaka kacak yang kaya dan pelbagai dugaan datang menjadi penghalang cinta mereka. Paling best, lagu Maria Mercedes ni memang boleh buat kita terikut-ikut sekali.
2. La Usurpadora
Lain pula dengan kisah pasangan kembar yang telah terpisah sejak kecil dan apabila besar, mereka terperangkap dalam satu siri penyamaran. Apa yang bestnya drama ini bila si kakak yang hidup miskin perlu menggantikan tempat adiknnya yang menjadi isteri orang kaya kerana sering berlaku curang bersama lelaki lain.
Watak kembar yang antagonis ni memang boleh bikin kita rasa sakit hati setiap kali menonton telenovela ini.
3. Mis Tres Hermanas
Ini antara telenovela Latin yang paling sweet, berkisarkan tentang kekeluargaan di mana si abang sulung perlu menjaga tiga adik-beradik perempuannya selepas kematian ibu bapa mereka.
Setiap seorang adik perempuannya itu punya kisah mereka yang tersendiri dan si abang pula dengan kisah isterinya yang boleh tahan jahat. Itu buat penonton lebih geram.
Namun begitu, gandingan Scarlet Ortiz dan Ricardo Alamo menjadikan drama ini lebih romantis dengan kisah percintaan mereka yang penuh dugaan.
4. Secreto de Amor
Telenovela ini menjalankan penggambaran di Miami, Florida dan dilakonkan oleh bintang terkenal Scarlet Ortiz dan Jorge Aravena. Kisah percintaan mereka dilanda pelbagai liku dan bagaimana mereka bersatu mempertahankan cinta mereka.
5. Mi Gorda Bella
Siri Venezuela ini mempunyai sebanyak 178 episod dan ditayangkan selama setahun. Mi Gorda Bella mengisahkan tentang seorang gadis gemuk yang sering dicemuh, tetapi menjadi pilihan jejakan kacak. Drama ini turut diadaptasi oleh beberapa negara termasuklah India, Mexico dan Malaysia menerusi drama Manjalara.
6. Juana La Virgen
Juana La Virgen atau lebih popular di Malaysia dengan judul Juana’s Miracle menceritakan tentang seorang pelajar cemerlang bernama Juana yang dilakonkan Daniela Alvarado, hidup Juana mula berserabut dan huru hara apabila disahkan hamil akibat kesilapan daripada pihak hospital. Daniela digandingkan bersama Ricardo Alamo sebagai Mauricio de la Vega, bintang utama Mis 3 Hermanas.
Haih, kenangan sungguh..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!